..

Thursday, January 31, 2008

Permasalahan Bangsa Kita: Lagenda Mahsuri Adalah Punca Segala-galanya


elhias: Potret El-Mahsuri. Dia inilah puncanya mengapa Melayu sering mundur dan malang... chett!!! pengkhianat!!

pada tahun lepas, pernah aku terbaca beberapa artikel yang menyatakan tentang permasalahan dan kekurangan bangsa Melayu sehingga menyebabkan bangsa sentiasa menjadi mangsa keadaan dan kita gagal bersaing dengan bangsa bukan-Melayu terutama dalam bidang sains, ilmu-pengetahuan dan juga bidang ekonomi/kewangan.

Aku rasa semua itu karut.

Aku menafikan segala-gala apa yang pernah aku baca itu. semuanya tidak benar dan tahyol semata2. penulis2 itu tiada bukti dan asas yang kukuh untuk menyatakan perkara2 yang negatif terhadap bangsa Melayu kita ini.

Sebenarnya bangsa Melayu ini telah terkena sumpahan.

Ya! sumpahan. Memang betul. Bangsa kita sebenarnya telah disumpah.


...
...
...





Bangsa Melayu ini sebenarnya telah disumpah oleh Mahsuri.

Semasa Mahsuri hendak dibunuh, ada yang meriwayatkan bahawa Mahsuri tiada menghalalkan darahnya jatuh ke bumi, dan beliau bersumpah ke atas 7 keturunan penduduk Langkawi tidakkan hidup aman dan sentiasa dirundung malang, malapetaka termasuk kekalahan dengan Siam bakal terjadi.

Sebenarnya salah. Bukannya 7 keturunan dan bukannya penduduk Pulau Langkawi sahaja. Figure tu salah. You need to find the correct one! You absolutely wrong!

Sebenarnya yang aku tahu Mahsuri sebenarnya memaksudkan bahawa sumpahan beliau adalah ke-atas seluruh penduduk Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bangsa Melayu akan sentiasa dirundung malang selepas itu.

???????????

Oh ya! Mungkin ada yang bertanya, Mengapa seluruh bangsa Melayu? apa salah mereka dan apa kena-mengena mereka dengan Mahsuri dalam hal ini?

Untuk menjawab persoalan ini, aku ingin menyoal balik kalian, mengapa sumpahan Mahsuri tersebut mesti disebut ke atas seluruh penduduk Pulau Langkawi yang tiada-kena-mengena dengan beliau ? Kan elok kalau Mahsuri menyumpah supaya separuh daripada tanah-Siam masuk dalam peta Semenanjung Tanah Melayu termasuk 4 wilayah Petani yang sedang bergolak itu?

Mengapa keseluruhan penduduk Langkawi yang terima padahnya ? Bukankah hanya beberapa orang sahaja yang terlibat dalam pemfitnahan itu ?

Oleh kerna tergamak Mahsuri menyumpah keseluruhan penduduk Langkawi yang mungkin tiada-bersalah atas nasib malang yang menimpa dirinya, maka bagi aku tiada sebab untuk dia tidak menyumpah keseluruhan penduduk berbangsa Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Alang-alang menyeluk perkasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Dengan itu kelihatan sumpahan Mahsuri akan kedengaran lebih 'vogue' dan lebih 'happening'. Itulah penyakit yang sangat diminati oleh orang Melayu dewasa ini.


he...he.he..

Lagi satu...

Yang 7-keturunan itu sebenarnya adalah 70-keturunan. Periwayat sebenarnya tersilap dengar disebabkan penyakit Pekak Badak sejak kecil lagi atas sebab2 tidak hygienik semasa dilahirkan.

Yang silapnya pada masa itu tidak ada handset NOKIA untuk merakamkan segala-galanya.


...
...
...


Aik ?? Kenapa ?

Tak puas hati?? masih tak percaya ???


Tanya diri sendiri bagaimana untuk menidakkan tuduhan aku.

Ada footage asli pembunuhan itu ??


he.he.he..

10 - 0


Labels: , , ,

..

Wednesday, January 30, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Cuba Menipu Rakyat Lagi ??????

Memetik daripada laporan UTUSAN MALAYSIA, sempena pengucapan besar-besaran DS Abdullah Hj Badawi di hadapan kakitangan awam kelmarin bahawa laporan IMD yang menyatakan bahawa Malaysia adalah di tempat ke-6 dalam World Competitiveness Scoreboard untuk Tahun 2007 bagi penilaian kecekapan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Apabila aku buka halaman web IMD Competitiveness Scoreboard (klik untuk bukti!)2007 aku dapati bahawa Malaysia sebenarnya jatuh kepada tangga ke 23 bagi tahun 2007 daripada tangga ke- 22 pada tahun 2006. dan bukannya pada anak tangga ke-6 seperti yang dilaporkan dan diwar-warkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi dalam Utusan Malaysia semalam.




Apabila aku cuba memasuki link Utusan Malaysia Online yang memberikan pengucapan tersebut, didapati link tersebut telah hilang dan telahpun dipadam. Laa ni... ada balik.. (heran aku)

klik saya dan lepas tu klik pada Utusan Malaysia Online terkini yang mempunyai kenyataan spt berikut
Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam ... Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, ...


Lain2 Blogger yang menyedari dan keliru dengan kenyataan Utusan malaysia juga disertakan di sini

1. Laman Web Zamri Mohamed

Rupa2nya bukanlah aku dan Saudara Tukaunama seorang yang menyedari kekeliruan ini. Dan mohon kepada sesiapa yang arif dalam hal ini untuk menerangkan kepada kami.

hurmmmm.....

Tak tahulah, mana satu yang betul sama ada:

1. Aku tersilap baca laporan semalam
2. Utusan Malaysia tersilap bagi laporan
3. Kerajaan cuba menipu

he.he.he..

Jika aku tersilap, maafkan aku kerna aku juga tidak lari daripada kesilapan. dan terima kasih pada TUKAUNAMA kerana memberitahu aku hal tersebut.

Jika betul Kerajaan Malaysia adalah kerajaan tercekap dan berada pada ranking ke-6 dunia sambil mengatasi negara2 kuasa nuklear dan negara2 maju yang lain seperti Australia, Germany, France, Canada, China, Iran, maka aku ucapkan

TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA!!!!

TAHNIAH PADA AKU JUGA sebab aku adalah kakitangan kerajaan. he..he..he...

KEDUA2 ADALAH WIN-WIN SITUATION BUAT AKU.

Labels: , ,

..

Sunday, January 27, 2008

Permasalahan Bangsa: Suatu Cetusan Idea secara Akademik daripada Kolumn Editorial Terpilih


elhias: Apa laaaaaa yg kau tulis ni.. ??? kdg2 stail tulisan kau lebih kurang macam el-naquib al-attas. tak tahulah aku kalau acuan dah sama.


hurmmm...

Ada suatu kolumn yang agak menarik perhatian aku tentang Renungan Nasib bangsa Melayu.

Kolumn tersebut agak akademik, objektif dan faktual tulisan DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS

tetapi... (baca sendiri la..he.he.he..)

RENUNGAN NASIB MELAYU <---baca lerr..


Dalam tulisan beliau, Bangsa Melayu di belenggu oleh ‘katatonia intelektual' apa tu ? Tak pernah langsung aku dengar.

he.he.he

Labels: , , ,

..

Saturday, January 26, 2008

Persoalan Negara: Macam-Macam Hal. Macam-Macam Ragam


huuuarggghhh (menguap).....
ingat semua rakyat saya!!
Hadith Nabi mengatakan bahawa sesungguhnya Setan dan Iblis sangat takut dengan mereka yang sedang nyenyak tidur daripada mereka yang beribadat.


he..he..

bukannya apa,

hari ini naik bangga juga bila terbaca beberapa akhbar media-perdana yang mengisytiharkan ekonomi Malaysia semakin naik dan kukuh

ekonomi Malaysia naik kukuh

ekonomi Malaysia naik kukuh
ekonomi Malaysia naik kukuh
ekonomi Malaysia naik kukuh

ekonomi Malaysia Naik kukuh

tapi pisang goreng tanduk 2 ketul = singgit
susu dutch lady (sebotol) biasa RM 3.20 dah jadi RM 3.80
roti canai sekeping ....dari 70 sen dah jadi 90 sen
susu pekat manis di Tesco...... dari RM1.79 dah jadi RM2.19

Nampaknya semua naik. Elhamdulillah...
cuma satu jer... prestasi bolasepak Malaysia juga jatuh... tak naik-naik.

maklumlerr..... 'melayu'

he..he..he.


catatan penting:
Dalam arena bolasepak, Kadang2 media tempatan terpaksa mengalah dan tak boleh berdolak-dalik apabila ranking itu dibuat oleh badan antarabangsa. Tidak boleh tipu punya. Kalau ranking cakap Malaysia tempat tercorot maka corotlah kita.

Lain pula kalau ekonomi. cukuplah dengan gimmick proton mengeluarkan versi terbaru proton-Saga iaitu SAGA-BLM. Maka media arus perdana Malaysia pun mengatakan bahawa ekonomi Malaysia TELAH BANGKIT DAN SEMAKIN KUKUH!!!!! he..he.he.

aik ??? itupun boleh kukuh ?


===================================

Negara Islam : Malaysia tidak Perlu Pengiktirafan PAS ?

Soalan: KENAPA kerajaan tak perlu pengiktirafan Negara Islam daripada PAS ?
Jawapan: Sebab Malaysia lebih perlu Pengiktirafan Negara Islam daripada Amerika dan zionis.

itu adalah satu fakta. dan Ia juga bertepatan dengan syariat-syariat yang telah diijtihad daripada pemuka-pemuka El-Islam Hadhari yang ada 'had' dan juga ada 'hari'.

Islam Hadhari mengikut tafsir aku adalah

"Suatu Cara dan gimmick Islam yang dilabelkan ke atas sesuatu pelaksanaan tetapi diharamkan pula ke atas sesuatu pelaksanaan yang lain mengikut citarasa pemimpin dan segolongan manusia yang dipimpin"

dan


Islam di sini adalah seperti 'variable' atau pembolehubah yang boleh ditukar ganti mengikut citarasa dan selera pemimpin.

Ya! Maknanya Islam dalam perspektif hadhari tak ubah macam biskut.

Iaitu kejap ada. Kejap tak ada.


Iaitu kejap Malaysia ni macam negara Islam. Kejap negara Malaysia ni macam negara Kafir.

begitulah fleksibelnya dan specialnya Islam-Hadhari ni.

Sungguh seronok rasanya bagi sesiapa yang mengisytiharkan mereka sebagai memeluk agama Islam versi hadhari ini. Boleh dikatakan mereka macam 'chameleon'

he..he.he..
====================================

Walaubagaimanapun sebagai penutup,

Aku ingin mengucapkan Tahniah!!! kepada BN buat kesekian kalinya kerana telah menang dengan majoriti cemerlang dalam pilihanraya umum yang ke-12

Syabas!!!

Bangsa Melayu memang 'bijak' dalam 'memilih'

kah!..kah!..kah!


elhias 2: sedap tidur tau. dahlah gaji jalan. banyak pulak tu. Lepastu..Setan takut ngan aku.. he..he...he... pedulik haper aku dengan depa semua...

Labels:

..

Tuesday, January 22, 2008

Permasalahan Bolasepak: Melayu Tiada Harapan Untuk Itu



elhias 0: Bangkali Sultan di atas tersilap mengangkat jari. Jari yang tengah(middled-finger). Itulah sebenar yang dimaksudkan. (he..he.he.)

Hari ini cuti Thaipusam. Tiada perlu aku mengucapkan apa2 untuk itu.

Menjawab mengenai pengesyoran Tuan El-Moderator tentang Memantapkan sukan bolasepak Negara dengan membersihkan segala bentuk rasuah, dan pertukaran pihak pengurusan pasukan yang mempunyai agenda politikingnya sendiri bagiku adalah suatu perbuatan sia-sia.

Bangsa Melayu dengan kapisiti sepertimana yang kita lihat sekarang tiada mempunyai NASIB untuk sukan fizikal itu.

Jika ditakdirkan pasukan bolasepak kita diuruskan oleh manusia-manusia bersih yang datangnya dari langit pun hasilnya tetap seperti itu. Malang yang tetap malang untuk pasukan kita. Bangsa kita dijadikan tuhan bukannya untuk tujuan seperti itu.

Jika tahap displin pasukan kita tinggi dan utuh setinggi manapun, hasilnya pun tiada boleh pergi jauh. Jika nasib baik, kita hanya dapat menjuarai bahagian Asia-Tenggara sahaja. Itupun bernasib baik. Sedangkan kita tahu, bahawa nasib selalunya tidak menyebelahi kita jika kita berjuang di pihak antarabangsa.

Semalam selepas aku tertidur semasa aku memakan maggi-goreng di gerai makcik simpang, aku mendapat suatu petunjuk dari mimpiku berkisar tentang bolasepak juga.

Petunjuk itu telah mengatakan bahawa bangsa yang mempunyai sinar harapan yang cerah dan mempunyai nasib yang cemerlang dalam persada bolasepak dunia adalah bangsa yang mempunyai rekod yang baik bagi kedua-dua jenis sukan di bawah

1. Bangsa yg mempunyai Rekod dunia yang baik dalam sukan Tinju
2. Bangsa yg memiliki Rekod dunia yang baik dalam sukan Gusti

Aku mendapat ilham dari tidurku bahawa bangsa kita lemah dalam serba serbi terutama sukan-bolasepak kerna berpunca daripada
1. saiz/ isipadu paru-paru yang kecil relatif to others kerna bersaiz badan/fizikal yg kecil
2. ketumpatan jisim tulang-belulang yang kurang tumpat berbanding dgn bangsa2 gagah/dominan yg lain

Gambarajah Rekaan Saintifik secara schematics
=================================



Elhias 1: Ketumpatan sel/jisim tulang-belulang bangsa yang cemerlang dalam sukan. Sel-sel tulang mereka amat rapat, tumpat, dan mampat. Menunjukkan tulang yang kuat dan mantap


elhias 2: Ketumpatan jirim/sel tulang-belulang bangsa Melayu. Penjarakkan sel-sel yang luas menunjukkan tulang yang rapuh, kadar kecepatan semput, dan kadar penuaan yang tinggi di kalangan bangsa Melayu. Oleh itu tidak sesuai untuk segala jenis sukan.

Jangan pula kita perasan dan terpedaya dengan mengatakan bahawa pasukan bolasepak kita agak unggul pada tahun 1970an dan hampir ke pusingan akhir sukan Olimpik di Moskva kerna mempunyai semangat juang yang tinggi dan bersih seperti zaman Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan V. Arumugam, Santokh Singh. Kita semua tertipu. Pada masa itu sebenarnya kita mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan negara lain iaitu

1. Ekonomi yang agak mantap selepas era Tun-Razak berbanding dengan negara ke-3 yang lain
2. Banyak lagi negara di Asia yang masih baru dan masih belum 'expose' dengan sukan bolasepak ini. Oleh itu, sudah tentu mereka dengan mudah, dibuli oleh pasukan negara kita. Ini termasuk pasukan Korea-Selatan, Arab-Saudi, Kuwait, UAE, China dan Jepun. (semua dibuli oleh Malaysia pada masa itu)
3. Terdapat bangsa yang selain daripada bangsa Melayu dengan jumlah yang agak 'banyak'. Contohnya bangsa sikh, India dan Cina untuk menjadi tonggak utama kesebelasan pasukan bolasepak negara kita.

Soalan: Apakah Tiada Jalan Keluar Untuk kemelut ini ?
Jawapan: TiAda
Soalan: kenapa ?
Jawapan: Sudah Takdir. Takdir jua tiada memberi inisiatif untuk bangsa Melayu mengubah pemakanan dan sikap mereka.

Labels: , ,

..

Monday, January 21, 2008

Permasalahan Negara: To Debunk Debunkum



elhias: Yennadei... yennagele... arecheke...aaaa dusyum! dusyum! rojak wonnek!!!

he...he..he..

sumber: Klik saya!Link
Sebab mabuk maka apa yang berlaku adalah halal. Kerna apa yang dilakukan termasuk apa yang diluahkan adalah di bawah sedar. Tidak sengaja. Boleh Tutup dan dibuang kes. Jika ini berlaku, maka kesemua rakyat yg masih-waras-berfikir akan terpinga2 termasuk lebai malang yang kali entah ke berapa "miss" makan kenduri.

Jika dilihat dari atas kemungkinan satu advantage bagi parti yang melabelkan parti mereka adalah parti Islam untuk melupuskan ke-semua kilang-kilang arak yang terang-terang mendatangkan terlalu banyak keburukan daripada kebaikan dalam manifesto pilihanraya mereka nanti.

Apa yang aku khuatirkan nanti adalah sesiapa yang terogol dan melakukan perkara sumbang juga boleh terlepas kerana alasan yang diberikan adalah "tiadak-sedar" kerana mabuk. Sudah terang lagikan bersuluh. Terlalu banyak "ding-dong" dalam kes high-profil ini yang masih menjadi siasatan-Di-Raja.

Apa-apapun rata-rata bangsa Melayu masih lagi menadah karpet merah untuk seteru mereka bangsa-cina dengan mengatakan bahawa undang-undang-zaman unta tiada boleh dipakai. Kerana negara Malaysia ini dihuni oleh pelbagai kaum. Toleransi beb!

Ingin aku persoalkan di sini. Jika bangsa cina itu memerintah. Adakah toleransi mereka juga sebegitu rupa? Lihat saja kawan kita di Singapura. Untuk perdengarkan azan dan meraikan sembelihan korban terang-terangan pun tiada boleh. Sebaliknya mereka pula disembelih!

he..he.he..

Labels: ,

..

Thursday, January 17, 2008

Persoalan Kabur Fikiran: Rabunkah Aku ?


elhias: Ni bukan Wardina yg ni adalah scarlett ortiz, pelakon mistress hermanaz dari venezuela


Bolasepak Lagi

==========

he.he.he..

Aku buat2 terkejut pagi tadi apabila dalam MALAYSIA HARI INI/MHI di TV3, seorang hostnya tiba2 mengeluarkan kenyataan bahawa

Pasukan bolasepak Malaysia telah jatuh dari anak-tangga 159 ke anak-tangga 164 dalam senarai ranking FIFA dunia.

Yang sebenarnya di sini aku tidak tertarik langsung dengan kenyataan itu tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku adalah tentang salah seorang host MHI/SPM yang bergelar Wardinia. Pada aku bunyinya sedap macam roti Gardenia. Bertudung kuning macam tembikai kuning. Manis. Ranum. he.he.. (aku x cakap)

Berbalik pada cerita bolasepak tadi.

oleh kerana aku adalah seorang yang negatif. Ingin aku isytiharkan pada kalian semua yang TER-SUDI membaca blog aku yg tidak seberapa ini bahawa

Pasukan bolasepak Malaysia bukanlah sebenarnya terletak pada anak tangga ke 164. Tetapi adalah pada anak tangga ker 201 ( Jika betul jumlah ke-semua negara dalam dunia ini adalah 200).

Kenapa?

Sebab negara2 yang lain itu adalah negara yang tercorot dari segi ekonomi yg tiada menjanjikan sponsorship mahupun kelengkapan persada. Miskin. Haprak. Peperangan sana-sini.

Jika mereka diberi peluang sama-rata dengan Malaysia, adalah tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa mereka mungkin jauh lebih bagus daripada pemain2 kita.

Termasuk negara GREENLAND dan ANTARTICA. (Cuma sang-eskimo itu tiada padang rumput hijau untuk bermain.)

Yang paling gampang binti cipannya di sini adalah apabila kedua-dua personaliti TV3 tadi menyatakan bahawa tiada satupun antara mereka yang meminati sukan bolasepak ini padahal tidak silap aku, dahulunya semasa sesuatu temasya/tournament bolasepak, selalu sangat mereka mengatakan

GO MALAYSIA GO!
MALAYSIA BOLEH.!!
dan ENTAH APA kejadahnya.

Akibat kecorotan dan kebesaran kemaluan pemain2 bolasepak negara itu (seperti dipam-pam), maka mereka pun mula berpaling dan menjauhkan diri dan menafikan segala2nya.

A BUNCH OF HYPOCRITES !!!!! at the highest order!!!!

Walaubagaimanapun aku amat respek dengan si-AZEEL, kerana walau secorot mana sekalipun pasukan Malaysia ini, beliau tetap berada di hadapan saf di stadium2 bolasepak. Mungkin untuk menilai mutu bolasepak-wanita barangkali...

he..he.

elhias 2: Ini bukan Scarlett Ortiz. Tapi Wardina of Malaysia



elhias 3: yg ni pulak bukan Scarlett Ortiz, mahupun Wardina. Si busuk mana ntah. aku pun tak tau. Tanyalah penjaga dia.


Bercakap Mengeluarkan Pendapat

========================

Hal dan perkara ini telah lama aku perhatikan. Apa yang aku nampak, jika secara candid, spontan seorang reporter pick any Malays atau seseorang Melayu secara rawak/random bagi sesuatu sampel untuk memberikan pendapat atau keterangan samada mengenai

kenaikan minyak, kenaikan rating-jenayah, kes-penculikan, hal2 demokrasi, kenaikan harga-barang dan lain lain lagi untuk dipaparkan di Televisyen dalam slot berita,

maka AGAK-RAMAI daripada orang Melayu tadi ternyata amat gugup, tiada boleh beri pendapat yang bernas, tidak lancar percakapannya, tersekat-sekat, mengah, terdiam, lembab-bercakap dan tidak reti memberikan pendapat. Ada yang kaku dan senyum-senyum kambing sahaja. Ada yang mulutnya terkatup rapat (mulot busuk sgt kot?)

Apa yang selalu aku dengar adalah seperti berikut:

uu ark..u uh uh... huh..hmm aaaa ... a...

bla..bla..macam. macam..bla....bla.. biasa la kan?.... bla..bla..biasa la kan..?

bla..bla.. biasa la kan? biasa la kan?

mmm..... arg...... uh... arh... aaaaa..... mmmmh. arguhh... mmm...

macam err,...macamm.. macam... macamm.

errr... err. macam macam.. macam.. macam..macam... macamm... macam...macam...

macam tu la kan ? macam tu la kan? kan ? kan ?

I rasa la kan... macam...macam..macam...

betul tak ?.... ar....arr.... betul tak ?? kan ? arr ugh..arr..ugg..

Dan jika nak dibandingkan dengan bangsa lain, ternyata ada antara mereka lebih jauh advanced dari segi mengeluarkan pendapat. Kadang-kadang si-Hindu estet lebih sedap memberi keterangan dan lebih berkesan dalam menggunakan ayat BM secara spontan dalam TV berbanding dengan orang Melayu yang dipilih secara rawak di bandar2 besar.

Adakah orang Melayu sendiri gagal dalam menguasai bahasa ibunda sendiri?
Adakah orang Melayu lemah dari segi memberikan pendapat ?
Adakah lembab berfikir? kurang membaca? kurang cakap ? segan ? penyakit angin-ahmar-senggugut?

Apa-apapun dalam sejarah Islam sudah tertera... orang yang petah dalam percakapannya adalah seseorang yang bijak. Orang yang pandai berpidato orang yang bijak. Orang yang suka berdebat, berani mematahkan cakap lawan dan idea diterima oleh orangramai adalah orang bijak.

aku tak pandai berpidato kot. sebb tu tak bijak. he.he.he..

Sudah tiba masanya untuk para pengkaji psikologi dan pakar-bedah-otak untuk membedah otak2 Melayu kita dan membuat kajian untuk dibandingkan dengan otak bangsa lain yang terlalu pandai dan sangat lancar percakapannya terutama bangsa Caucasian, Arab, Hindustan, Hindu-estet dll lagi.

Aku harap ada seorang pembaca kita tampil ke hadapan untuk dijadikan bahan-eksperimen untuk dibedah otaknya. Daripada otak itu, boleh diambil airnya untuk diukur tahap bacaan pHnya. Sama ada terlebih sifat ke-asidan ataupun alkali.

walauapapun jua...di mana kita berada, ujikaji itu tidak termasuk aku.

he.he.he..

Labels: , ,

..

Wednesday, January 16, 2008

Persoalan Dunia: Wajarkah Menyerang Iran?





Sudah puas aku tunggu2 apakah kesudahan episod pertelagahan antara Iran dan US dalam perkembangan ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Bermula dengan kecaman tentera US terhadap IRAN yang mengatakan terdapat pengawal pantai Iran yang bertindak untuk mengebom kapal laut mereka.

Sehingga sekarang permasalahan tentang pertuduhan demi pertuduhan tentera US terhadap aktiviti2 melatih pejuang2 Iraq oleh tentera Iran masih lagi terjadi.

persaluran wang dan senjata dari Iran ke Iraq, yang itulah yang menjadi tandatanya bagiku. Sudah semestinya tentera US mempunyai satelit untuk memantau aktiviti2 tersebut tetapi satelit itu nampaknya kurang berfungsi dlm memberi gambaran yang sebenar.

Jika ada sudah tentu gambar aktiviti2 itu akan diletakkan di dada2 akhbar resmi US.

Mungkin ia hanya helah, untuk US mengumpul mata dan point sebelum mereka bertindak ke atas Iran sepertimana yang terjadi ke atas Iraq dahulu.

Bagi aku pula,

Permasalahan US kali ini agak payah kerana Iran adalah negara yang kurang mempunyai musuh luaran. Jika adapun, Israel. Itupun Israel sedang dikekang pergerakannya oleh militan Hezbollah.

Musuh dalaman Iran juga agak kurang. Pemberontakan puak Kurdish-iran dan puak penentang dalaman pun seolah-olah tidak berfungsi dengan baiknya.

Kali ini advantage bagi Iran kerana mempunyai masa untuk membangunkan ketentaraan mereka. Rakyat mereka juga jauh lebih ramai daripada Iraq di samping kedudukan strategik dan mempunyai geografi yang luas.


Walaubagaimanapun hari-hari sebelum tentera US melakukan serangan ke atas Iran MUNGKIN BOLEH dikira bermula pada hari ini. (itupun jika ada peluang terjadi)

1. Headline 1

Labels: , , ,

..

Permasalahan Muda-Mudi: Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT


elhias: Bukan-dia yang aku minat. cuma penghias blog yg aku sendiri pun dah bosan. tapi aku cuba buat2 tak bosan untuk mengatasi kebosanan itu.



RUJUK-SAYA

he.he..he..

suratkhabar pagi tadi betul2 menarik perhatian aku. bukannya pasal apa tetapi berkenaan dengan percintaan muda-mudi.

Ya! susah jadi muda-mudi di IPTA ni sebab terdedah dengan gejala perasaan dan terperasan nak bercintan-cinton.

he..he.he..

Sebab tulah aku payah nak beri komen kalau ada orang nak buat maksiat, terlanjur berjimak-rempit, tertangkap basah, nak terbunuh diri akibat hasil-masyuk bercintan-cinton ala-ala kicap meggi cap ayam ni.

bukannya apa sebab aku juga pernah mengalami zaman cintan-cinton yang maha tak-berkualiti cap kelapa sawit itu. (walaupun macam sedap. entahlah aku tak tau)

pada masa tu aku ada terminat seorang anak-gadis. yg bulu matanya agak-agak lentik, mata tersepet-sepet, tingginya satu-hasta melebihi pokok kelapa sawit dan berkeadaan sangat tunjang dalam rangka 3-dimensi bila kita lihat dari sudut luaran.

bau badannya tidak pernah aku tercium kerana aku akan mengeletar apabila berkedudukan dalam jarak 3 batu nautika apabila dalam keadaan cuba menghampirnya. Tidak tahulah mengapa? kemungkinan besar akibat gelombang dan gelora, ribut puting beliung sangkut-sangkut, kilat sambar-menyambar dan petir dalam satu-dua-tiga tempat yang cuba memanah api asmaraku yang seolah-olah hampir2 tak kunjung terpadam.

mengapa jadi begitu?

mengikut sesetengah perawi-komik, aku dalam keadaan senggugut.
mengikut pula sesetengah dukun-bomoh linggam, pada masa itu aku berkeadaan darah gemuruh.

bila aku bertanya dengan rakan-karibku mengapa aku jadi begitu? rakan karibku cepat2 tukar tajuk dan berkata bahawa aku memang mempunyai penyakit angin ahmar versi senggugut.
kalau takpun, angin kus-kus level varsiti.

sebab angin ahmar versi senggugut tulah kepala aku sekarang hampir2 nak botak. tapi takper akibat teknologi vidal sassoon dan hikmat SamyVellu Adulyadej Q-Maisaralah tiba2 rambut aku tumbuh balik dengan lebatnya sehingga pak-beruang menjadi sangsi dengan aku.

Dalam kelas aku juga merupakan Day-dreamer top scorer. sehingga seorang professor orang putih yang tidak kurang kehebatan kekangkongnya itu pernah menegur aku kerana terdapat banyak perkataan

"SILA-TANYA"

dalam buku-teks pada setiap soalan matematik kalkulus 3 Dimensi dalam siri selang-seli bergeometri dengan berpersamaan serentak.

Professor tidak kurang hebat kekangkongan tadi bertanya

"WHAT IS THIS ?" sambil menunjuk perkataan TANYA.
"IS THIS YOUR GIRL-FRIEND NAME ?"

he..he..

cepat cepat aku menjawab " NO. THAT IS NOT MY GIRL FRIEND NAME. IN MALAY it MEANS TO ASK-YOU"


lega...selamat. padahal...............................................

..

..

TANYA tadi memang bukan nama wanita yang aku minat itu. Kerna aku meminati seorang wanita Melayu berbangsa Khmer-Rouge.


Kadang2 kelas aku berada di bawah. tempat duduk aku di tepi sekali. oopss ada cermin 10 naco di kananku. Aku selalu melihat keluar. Pukul 11:30 pagi mesti awek-Khmer-Rouge itu akan melintas medan di sudut sana.

he.he..he..

Tak dapat cakap, tapi dapat tengok kelibat pun sudah cukuplah.

tak tahulah macam mana aku boleh terminat awek melayu itu. sedangkan rakan-rakan ku yang lain mengatakan bahawa aku tak ada taste.

Bukannya apa aku hanya minat frame dia. Tak tahu mengapa frame dia memang aku sangat minat yang bagiku seolah-olah seperti frame helicopter BLUE-THUNDER yang memang sangat sesuai dengan citarasa kekampungan dan kekolotan aku sendiri.

pelik

sampai sekarang aku menyumpah2 akibat ke-bagok-an aku itu.

sehingga skg aku tak dapat bygkan rupa paras original si-khmer rouge itu kerana aku mengesyaki tuhan-alam semesta telahpun melahanati aku sejak sekian lama.

he.he.. nntah ler
===rasa-rasa nak sambung bila mood aku ada ================

Labels: ,

..

Tuesday, January 15, 2008

Persoalan Minyak Dunia : Waraskah Peak-Oil Theory oleh Hubert ?



elhias: Sungguh sedap minum minyak sebab kepekatannya lebih tinggi daripada air.



Dajjal dunia telah mengeluarkan arahan supaya negara2 pengeluar minyak menambahkan lagi pengeluaran mereka.


Spekulasi Hubert dalam "Peak-oil" theori-lapuknya ada menyatakan bahawa simpanan minyak dalam dunia semakin susut, menyusut dan bakal habis tiada lama.

Walaubagaimanapun mengikut firasatku, theori Hubert tersebut adalah tiada benar melainkan ianya hanya palsu semata-mata. Kemungkinan hanya impian ngeri sang-penglipur lara durjana dunia untuk menakutkan sang manusia.

Bagiku simpanan minyak dalam sesuatu negara kemungkinan akan lupus. Tetapi tidak untuk seluruh dunia. Kerana Allah SWT telahpun merangka rezeki ummat manusia secukup-cukupnya dalam 6 jangka masa.

Jika terjadipun biarlah aku dan sesiapa jua yang bersangkut paut denganku sudah tiada lagi di dalam dunia. Karenanya aku tiada rela ke pejabat menunggangi unta dan kuda jika kereta berletrik masih lagi belum dikembang-cipta.


Labels: , ,

..

Sunday, January 13, 2008

Pertikaian Pengiktirafan Islam: Tidak Terujakah kita ?


elhias: Tidur dalam jaga pun..tup..tup.. dah sampai ke Spain.? Baru semalam melawat Soeharto kan? suuuppp...sana zuuuppppp sini.... sah! Memang Pak Lah ni Perdana Menteri merangkap seluruh Asia. Korang kena respek ni..lu apa adaaa ????? air liur jugaa kalu..


Sumber-Sila Klik-Saya


Alhamdulillah..

syukran! jazilan di atas kemurahan usaha murni kerajaan-Sepanyol yang telahpun memertabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya.

Sebelum ini George W. Bush telahpun lama mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah daulah Islamiyah yang syumul.

Bukannya senang nak diiktiraf sebagai negara Islam berjaya ni .

Iran yang hampir-hampir mempunyai senjata nuklear dan hampir 100-peratus bilangan penduduknya beragama Islam pun masih gagal memperolehi gelaran tersebut.
Sebaliknya dianggap sebagai negara terrorist.


Nampaknya Malaysia kali ini menang mudah gelaran tersebut dengan penuh bergaya sekali.

Tip-top. no sweat.


errr...


Kita perlu mengumpul beberapa pengiktirafan sebagai Kerajaan Islam yang syumul daripada beberapa buah negara/ Pakatan lagi.

antaranya ialah:

1. Pengiktirafan daulah Islam drpd Pakatan NATO
2. Anugerah Islam-Jitu daripada gabungan kerajaan British dan Peranchis
3. Anugerah Muslim sejati daripada Kerajaan Persekutuan Rusian (Federation of Russia)
4. Anugerah Islam-Keislaman daripada Kerajaan China dan Mongolia
6. Pingat Jasa Kebaktian Islam drpd Negara2 Anggota Kesatuan Eropah (EU)
7. Pingat Kegemilangan Hadhari Moslem-Angkasa drpd Kerajaan Burma
8. Pingat Ahli Mangku Negara Islam daripada Pergerakan Tamil Eelam berpusat di Colombo
9. Anugerah Islamiyah daripada King Bhumiphol Adulyadej of Thailand
10. Penganugerahan Islam Tertinggi daripada Sir Lord-Mountbatten dan Viceroy yang pemakamannya di India.

Apabila kita telah cukup kumpul 12 mata maka dengan ini kita (negara Malaysia) akan diisytiharkan sbg negara yang bakal tersenarai dalam lingkungan negara-negara elit Islam seperti tersenarainya 12 negara induk yang mempunyai ke-Islamannya yang tertinggi di seluruh dunia.

Cuma satu jer lagi...

Jika kita dapat satu lagi bintang pengiktirafan sebagai Negara Suci Islam daripada

1. Kerajaan Zionist-Israel, berpaksikan judas-Talmudian,

zzzaasssss!!

maka memang sah!!! Malaysia akan terus dinobatkan sebagai negara para2 wali, dan Islam syumul oleh dunia. Khususnya dunia barat.

Akan terkembang kuncuplah hidung-hidung pesek pemimpin2 negara yang kita hormati nanti.


Maka, dengan itu, tidak berterima kasihkah kita ?



elhias 2: Majunya galaxy-ber-empayar. Menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah yang meliputi 7 lapis petala langit dan 7 lapis petala bumi

Labels: , , ,

..

Wednesday, January 09, 2008

Persoalan Perkataan Subsidi : Kerajaan terlalu obses dan gemar menggunakannya secara excessively?




he..he.

maaf berkali2 dipinta.

Aku menulis melalui gerak hati dan takdir ilahi. Ilham datang dari alam ghaib. Yang aku tiada tahu siapa pengutusnya.

tiadalah gemar menulis terlalu beralas. macam lakonan saja.

istilah yang dibenci adalah pijak semut tak mati. Sudah takdir mana2 semut dipijak semua mati. Yang tiada dipijak dengan betul sebab itulah tak mati.


he..he...

semasa ini dalam ruangan akhbar2 media-utama tak kira TV, radio seringkali terdengar satu perkataan favorite. Iaitu

"subsidi"

kadang2 rasa perkataan itu tiadalah perlu diulang banyak kali. Kadang2 timbul rasa meluat dan benci di hati.

===============Tentang Wanita ================

Analoginya begini.

Ada satu jenis kaum lelaki yang dianugerahi oleh Allah SWT satu sifat mulia iaitu rendah diri dan berwibawa. Mempunyai rupa, kereta, pangkat, gaji dan rumah besar.

Lelaki tersebut pendiam tetapi peramah dan tulus ikhlas.

Seorang wanita ter-perasan cantik (kes sensitif ) menggoda lelaki tersebut dan tidak habis-habis memperagakan kesemua fesyen pakaian, kecantikan, alat-mekap, kasut dan semua senjata sulit wanita tersebut habis dipaparkan untuk santapan lelaki itu.




"cantik tak saya ni Mr. Hans ? "
"lawa tak saya ni ? Mr Hans?"
"anggun tak I ni Hans? "
"hari ni saya pakai esteeee lauderrrrrrr Hans "
"brand i pakai semua mehol-mehol. an evenin in Paris"

siang malam.
siang malam.
siang malam.

perkataan yang sama dicurahkan. tiada lain.
kes-menunjuk-nunjuk show-off jua adanya.

Apa terjadi akhirnya ?

Lelaki ikhlas, berkualiti tinggi dan berwibawa selalunya akan reject-terus wanita begini. Rupa2nya wanita begini terlalu banyak kekurangan.

Lelaki yang berwibawa selalu berfikir bahawa wanita yang suka menonjolkan kecantikan mereka sebenarnya cuba sedaya-upaya menutupi keburukan mereka.

Lelaki yang jahat, akan terus ngapp! saja wanita itu.

he..he...he..

===================

Tiadalah aku mahu samakan anologi di atas itu dengan sesiapa. Ia hanya perumpamaan sejagat.
Tetapi kes naik meluat itu adalah realiti sebenarnya.

Sila baca artikel Utusan Malaysia di bawah


README OK? <-----CLICK SAYA



Kemudian, sila find perkataan "subsidi" dalam halaman dan artikel tersebut.
Gunakan khidmat pelayar-kesayangan anda.

Coba Fikirkan baik2. Adakah perlu perkataan tempelan 'subsidi' diulang cetak byk kali setiap kali pada sesetengah perkataan sebelumnya? Fikir...fikir.. tengok baik2.


Ada berapakah ke-semuanya ?

he..he..

sebenarnya begini.
Maksud artikel itu telahpun difahami iaitu

minyak masak ini adalah subsidi dari kerajaan
petrol ini adalah subsidi dari kerajaan
itu ini adalah subsidi dari kerajaan

artikel itu sebenarnya tiadalah apa sangat. Cuma hendak dihighlightkan perkataan subsidi dan kerajaan sahaja.

* Padahal segala subsidi tersebut adalah datangnya daripada wang rakyat juga melalui cukai tinggi kerajaan ke atas rakyat. Sedikitpun tidak dinyatakan dalam akhbar2 mahupun TV.

errr... he..he.. cuma teringat jer..

tokoh2 Islam selalu berkata...

Pertolongan berlandaskan keikhlasan selalunya tiada diketahui oleh mereka yang disekeliling.
(Selalunya laaa.....)
Amaran Keras:
Adalah menjadi hak mana2 parti yg berkempen untuk mempromosikan kehebatan dan kelebihan masing2. Termasuk Jasa dan Bakti mereka pada rakyat. Rakyat pula mempunyai hak untuk menilai melalui fikrah masing-masing.

Artikel yang tidak seberapa ini adalah lantunan dan hasil-impak kerja-keras- jentera kempen parti-yang memerintah jualah adanya.

Labels: ,

..

Permasalahan Rakyat: Retorika segalanya di angkasa



elhias: Kedua2 gambar tiada kena mengena. Hanya Hiasan saja.

dlm dunia ada 2. iaitu:
1. kerajaan meng-angkasa-kan bangsa
2. kerajaan meng-angkasa-kan keadilan undang2.

logik diri mengatakan bahawa kedua2 agaknya tiadalah dapat dijalankan serentak.

sebab itulah semasa kerajaan berpeluh2 ketiak semasa hendak meng-angkasa-kan bangsa tiba2 terlupa bagaimana hendak meng-angkasa-kan undang2 di bumi. contoh senang jer..hal-ehwal pemakanan dan pengguna.

seringkali di negara ini terlalu byk kes-kes shortage atau kekurangan barang makanan secara tiba2 mendadak dan kadang-kala tiadalah logik di akal.

a. contoh kekurangan ayam semasa raya
b. kekurangan gula
c. kekurangan minyak sawit.
d. berbagai lagi.

yang peliknya tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pihak-yang terlibat dan bertanggungjawab. Mustahil si-pelaku masalah tersebut tiada dapat dikesan.

sedangkan kita nampak kerajaan beria-ria dan bersungguh-benar untuk menggagalkan sebarang demonstrasi jalanan oleh pihak pembangkang sehingga ada seorang-dua penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup di Terengganu sehingga darah merah memancut-mancut dan membuak-buak dihadapan mata. nasib baik x mati he.he..he.

selalu sangat kerajaan menyebut bahawa demonstrasi jalanan menyusahkan rakyat sebab mengakibatkan traffic-jam dan kesesakan lalulintas.

Padahal yang terlibat dengan masalah kesesakan lalulintas bukannya keseluruhan rakyat-satu negara. hanya sikit saja rakyat yg terlibat.

Tapi masalah kekurangan barang-makanan dan kenaikan harga mendadak barang makanan yang menyusahkan rakyat satu-negara nampaknya seperti diambil ringan sahaja.

kan elok kalau si-penyeludup dan penyorok barangan itu ditembak dgn senapang gajah jer.. depan orang ramai. senang crita.! bagi pengajaran kat manusia yang lainnya. he.he.he.

Ini tidak...
si-pelaku dan si-pesalah lepas macam itu sahaja. Mcam dah berpakat.

Tak kedengaran ura2 nak jatuhkan hukuman berat telus di depan rakyat. Maka sebab tu aku katakan macam lakonan meraih-undi kesian untuk pilihanraya umum jer. masing2 nak jadi hero.



=============
hurmmm....
hahaha..
Pelik juga terdengar sesetengah khabar yang mengatakan bahawa Pak-Lah terlalu kerap ke luar negara. dalam sebulan dua.

Kadang2 timbul pertanyaan dalam hati.
Paklah ni Perdana Menteri Malaysia ker Perdana Menteri Asia ?

---------------------

Susah juga! kalau kerajaan yg berfikiran terlalu angkasa ni...

he.he.


angkasa-angkasalah segala srigalanya..

Labels: , ,

..

Sunday, January 06, 2008

Pertikaian Permasalahan Negara: Oh Petrol! Oh Minyak Sawit!


elhias: nak muntah dengar pasal masalah minyak masak. macam masalah petrol pulak.

he..he.

Pelikkan? sekarang adalah tahun baru 2008. Harga minyak se-tong di pasaran global adalah 100 US Dollar. meningkat mendadak.

Tapi harga petrol di Malaysia terus kekal. Tidak naik.

Jangan perasan. Sebenarnya Pilihanraya Belum lagi. he..he.e.

sorry aku tiada berminat untuk bercerita pasal petroleum sebab ia bukan makanan aku.
Nak cerita sikit pasal minyak masak. Sebab pagi tadi ternampak satu-tong minyak masak kat gerai-simpang.

=============

entahler...

sifat negatif aku kadangkala menyangkal dan agak kurang percaya dengan kewujudan permasalahan kekurangan bekalan minyak masak berjenis sawit. Rasa-rasa masalah ini diwujudkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab2 politik bangkali, fikirku.

Ada sesetengah pihak dalam hal ini, cuba menjadi hero. Dalang pun dia. Aku mengesyaki sahaja.

Ada persamaan juga dengan kes kenaikan TOL di Subang Jaya tidak lama dahulu. Kenaikan itu menjadikan bayaran tol naik daripada RM 1/= kepada RM 1.50/=. Ramai protest. Tiba2 ada jagoan bergelar mamak menurunkan kembali bayaran tersebut. Ia kekal kepada RM 1/=.

Mamak tadi tiba2 menjadi pendekar dan disanjung tinggi. Padahal kemungkinan sykt dia yang mengusulkan kenaikan sebelum itu.

Dia yang menaikkan dan dia juga menurunkan. Demi untuk menjadi hero.

Dalam kes minyak masak pun begitu juga. Sudah pasti badan dan organisasi yang berjaya menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak ini akan bergelar hero dan disanjung tinggi. Sudah semestinya organisasi tersebut adalah pihak berkuasa dan berwajib.

Lagi kredit untuk pihak yang berwajib yang sudah pasti di-war-warkan di media massa jika masalah itu dapat diselesaikan. pilihanraya makin hampir.

he.he.he.

Bukannya apa, pada malam ini, tiba2 aku terfikir bahawa minyak masak berlandaskan sawit bukannya suatu kegunaan global untuk seantero dunia. he..he.

Tidak layak.

Tidak layak ia disamakan dengan petroleum.

ada juga pihak menangguk di air yang keruh menggunakan ke-populariti permasalahan petroleum untuk disabitkan dengan masalah kekurangan minyak masak semata2 utk mencipta nama dan menaikkan populariti golongan mereka yang agak menurun (agaknya)

syabas!! ramai tertipu.

kalau betul. sorry la yer.. minta maaf. aku pun x tahu.
makan saja aku tahu.

he..he.he.

Labels: , , ,

..

Saturday, January 05, 2008

Pertikaian Ucapan : Masih Tersasul Lagi ?


elhias: apa-apalah..

he..he..he..

Sesuatu yang sangat pelik apabila seorang calon presiden Amerika-Syarikat berkempen melaung-laungkan akan menarik segera keseluruhan bala-tentera mereka di Iraq sebaik sahaja menang dalam pemilihan presiden tiba-tiba berikrar dalam masa yang sama bertekad akan menghapuskan kesemua jihadist, pengganas dan pemberontak Islamists khususnya di Iraq dan Afghanistan bagi menjamin kestabilan politik di rantau itu.


he.he..he

Jika sedang hangat berkempen, apa-apapun boleh "terkeluar".

====================

maklumlah..ia boleh dikategorikan sebagai public-speaking yang bercorak Persuasive-Talks yang boleh diseertikan dengan Jualan Mujarobat Orde Dunia Baru di khalayak ramai.

Bukannya apa, terkenang semasa dahulu, bilamana aku terlihat pedagang-pedagang dari Acheh dan Jawa memperagakan segala kepandaian mereka di hadapan khalayak ramai di Chow Kit Road, Kuala Lumpur. Kepandaian itu termasuk Tarian-Dabus.

Labels: , ,

..

Friday, January 04, 2008

Permasalahan Bangsa: ....Dan akhirnya Takdir Jua yang Bertakhta.......





pilihanraya bakal tiba.

pihak kerajaan bertungkus lumus meraikan kempen dengan memertabatkan BPR seberapa segera. Tampak lakonan dan ke-entahapa-hapaan jelas terpampang di mata.
Segala-galanya sangat sumbang amat jelas ketara.
Jelas maksudnya sang-pemimpin teringin menjadi sultan-beraja?
Mengekalkan ketrampilan demokrasi ala-tentera ?
Hanya dapat dikesan dek manusia yang berfikiran terbuka sahaja.

=================

pembangkang lain pula ceriteranya. sesetengah golongan amat mengingkari kontrak-sosial perlembagaan negara.
Ingin menghapuskan terus nusa pertiwi dan hak bonda tercinta. mengapri-siasikan sistem dimerit yang amat pahit mencuka.
Bagi bangsa yang selama-lamanya belum bersedia. siapa yang rugi akhirnya. ditakuti hak bangsa kita bakal lenyap selama-lamanya.


....dan akhirnya takdir jua yang bertakhta..... ?


nukilan elhakim Jan 2008.

Labels: , ,

..

Tuesday, January 01, 2008

Persoalan Antarabangsa: Osama Bin Laden Mati diBunuh ?


elhias: wawancara mengenai pembunuhan Bin Laden antara David Frost dan Arwah el-Bhutto

Lebih 2 Bulan yang lalu, satu wawancara di adakan antara Arwah el-Bhutto dan David Frost.

Salah satu pernyataan daripada el-Bhutto semasa wawancara tersebut adalah tentang pembongkaran pembunuhan Osama Bin Laden yang menjadi kegemparan umat manusia di tangan seorang pengganas antarabangsa iaitu shaykh Omer (bukan Mullah Omar of Taliban). Pembunuhan itu terjadi pada Dec 2001.

Omer adalah seorang perisik Pakistan yang bergerak bebas dalam lingkungan inner circle of Pakistani Police, Puak Taliban dan Al-Qaeda. Omer juga dikatakan sebagai manusia yang bertanggungjawab membunuh pemberita majalah antarabangsa yang berketurunan Yahudi iaitu David Pearl dari Amerika Syarikat. (wartawan disembelih dalam video)


Motif dan sebab-musabab pembunuhan tiadalah aku ketahui. dan terdapat banyak tanda tanya dan misteri di sebalik pembunuhan itu. Adakah Omer telah digunakan oleh CIA untuk mengotori imej Islam ? Adakah pembunuhan el-Bhutto mempunyai kaitan dengan pembongkaran pembunuhan El-Osama bin Laden ?

Aku sangat keliru sebenarnya. Ada sesiapa yang mahu menyatakan teorinya sendiri ?

jika sudi, silakan ya.

Apa-apapun clip atau footage video ini agak kurang popular dan diharamkan untuk diulangtayang dalam mainstream news/berita.

wallahua'lam

he..he.he.

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker