..

Thursday, January 31, 2008

Permasalahan Bangsa Kita: Lagenda Mahsuri Adalah Punca Segala-galanya


elhias: Potret El-Mahsuri. Dia inilah puncanya mengapa Melayu sering mundur dan malang... chett!!! pengkhianat!!

pada tahun lepas, pernah aku terbaca beberapa artikel yang menyatakan tentang permasalahan dan kekurangan bangsa Melayu sehingga menyebabkan bangsa sentiasa menjadi mangsa keadaan dan kita gagal bersaing dengan bangsa bukan-Melayu terutama dalam bidang sains, ilmu-pengetahuan dan juga bidang ekonomi/kewangan.

Aku rasa semua itu karut.

Aku menafikan segala-gala apa yang pernah aku baca itu. semuanya tidak benar dan tahyol semata2. penulis2 itu tiada bukti dan asas yang kukuh untuk menyatakan perkara2 yang negatif terhadap bangsa Melayu kita ini.

Sebenarnya bangsa Melayu ini telah terkena sumpahan.

Ya! sumpahan. Memang betul. Bangsa kita sebenarnya telah disumpah.


...
...
...





Bangsa Melayu ini sebenarnya telah disumpah oleh Mahsuri.

Semasa Mahsuri hendak dibunuh, ada yang meriwayatkan bahawa Mahsuri tiada menghalalkan darahnya jatuh ke bumi, dan beliau bersumpah ke atas 7 keturunan penduduk Langkawi tidakkan hidup aman dan sentiasa dirundung malang, malapetaka termasuk kekalahan dengan Siam bakal terjadi.

Sebenarnya salah. Bukannya 7 keturunan dan bukannya penduduk Pulau Langkawi sahaja. Figure tu salah. You need to find the correct one! You absolutely wrong!

Sebenarnya yang aku tahu Mahsuri sebenarnya memaksudkan bahawa sumpahan beliau adalah ke-atas seluruh penduduk Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bangsa Melayu akan sentiasa dirundung malang selepas itu.

???????????

Oh ya! Mungkin ada yang bertanya, Mengapa seluruh bangsa Melayu? apa salah mereka dan apa kena-mengena mereka dengan Mahsuri dalam hal ini?

Untuk menjawab persoalan ini, aku ingin menyoal balik kalian, mengapa sumpahan Mahsuri tersebut mesti disebut ke atas seluruh penduduk Pulau Langkawi yang tiada-kena-mengena dengan beliau ? Kan elok kalau Mahsuri menyumpah supaya separuh daripada tanah-Siam masuk dalam peta Semenanjung Tanah Melayu termasuk 4 wilayah Petani yang sedang bergolak itu?

Mengapa keseluruhan penduduk Langkawi yang terima padahnya ? Bukankah hanya beberapa orang sahaja yang terlibat dalam pemfitnahan itu ?

Oleh kerna tergamak Mahsuri menyumpah keseluruhan penduduk Langkawi yang mungkin tiada-bersalah atas nasib malang yang menimpa dirinya, maka bagi aku tiada sebab untuk dia tidak menyumpah keseluruhan penduduk berbangsa Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Alang-alang menyeluk perkasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Dengan itu kelihatan sumpahan Mahsuri akan kedengaran lebih 'vogue' dan lebih 'happening'. Itulah penyakit yang sangat diminati oleh orang Melayu dewasa ini.


he...he.he..

Lagi satu...

Yang 7-keturunan itu sebenarnya adalah 70-keturunan. Periwayat sebenarnya tersilap dengar disebabkan penyakit Pekak Badak sejak kecil lagi atas sebab2 tidak hygienik semasa dilahirkan.

Yang silapnya pada masa itu tidak ada handset NOKIA untuk merakamkan segala-galanya.


...
...
...


Aik ?? Kenapa ?

Tak puas hati?? masih tak percaya ???


Tanya diri sendiri bagaimana untuk menidakkan tuduhan aku.

Ada footage asli pembunuhan itu ??


he.he.he..

10 - 0


Labels: , , ,

4 Comments:

Blogger azeel said...

mahsuri itu cuma lagenda. kisah itu benar, cuma sudah ditokok tambah. nampak seperti ada kesaktian.

kalau ikut aku yang tak berapa pandai dalam hukum hakam agama, takkan sumpah mahsuri tu akan termakan kepada semua orang. cuma kepada orang-orang yang terbabit dalam konspirasi pembunuhannya. allah tu kan maha besar, penyayang, maha adil....

aku rasa kemunduran melayu banyak disebabkan kurang ilmu. dan kurang bersemangat. dengan bahasa yang lebih kasar, melayu sejak dari dulu dungu dan malas. itu saja, kalau boleh diperbaiki, insyaallah melayu akan lebih baik seperti bangsa-bangsa yang lain. (jangan lupa, bangsa lain juga ada kelemahan mereka sendiri.

5:58 PM  
Blogger azeel said...

ehhmm ...

sekarang ini musim nak menyambut pilihan raya....

macam hypermarket yang inginkan keuntungan menjelang hari perayaan, pasti ada promosi mengatakan mereka mempunyai kekuatan masing-masing. atau lebih teruk bila mengatakan saigan mereka mempunyai kekurangan.

jadi, terserah kita sebagai 'pembeli' .... mana satu yang jadi pilihan.

sejak dari dulu, aku menganggap politik itu satu perniagaan. tanpa strategi, maka boleh laku barang jualan kita. tanpa promosi, tiada jualan yang mampu dilakukan. dan tanpa persaingan, monopoli akan terjadi.

p/s: suka tengok orang jual ubat di jalanan. kelentongnya lebih, khasiatnya belum tahu lagi ... hahahaha ....

6:04 PM  
Blogger azeel said...

el hakim....

ada komen di bawah, ditulis oleh seseorang yang mengelarkan dirinya 'si-azeel' ...

itu bukan aku ...

2:07 AM  
Blogger zf_zamir said...

krisis kepimpinan yang kita hadapi adalah proses semulajadi hasil masyarakat cetak rompak dan bangsa kartun kita..

krisis kepimpinan boleh jadi sebab major kenapa bangsa kita terdoktrin sebegini rupa..

berbalik bagaimana sekalipun, hasilnya dimulai oleh bangsa kartun dan masyarakat cetak rompak kita juga..

7:46 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker