..

Wednesday, January 30, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Cuba Menipu Rakyat Lagi ??????

Memetik daripada laporan UTUSAN MALAYSIA, sempena pengucapan besar-besaran DS Abdullah Hj Badawi di hadapan kakitangan awam kelmarin bahawa laporan IMD yang menyatakan bahawa Malaysia adalah di tempat ke-6 dalam World Competitiveness Scoreboard untuk Tahun 2007 bagi penilaian kecekapan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Apabila aku buka halaman web IMD Competitiveness Scoreboard (klik untuk bukti!)2007 aku dapati bahawa Malaysia sebenarnya jatuh kepada tangga ke 23 bagi tahun 2007 daripada tangga ke- 22 pada tahun 2006. dan bukannya pada anak tangga ke-6 seperti yang dilaporkan dan diwar-warkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi dalam Utusan Malaysia semalam.




Apabila aku cuba memasuki link Utusan Malaysia Online yang memberikan pengucapan tersebut, didapati link tersebut telah hilang dan telahpun dipadam. Laa ni... ada balik.. (heran aku)

klik saya dan lepas tu klik pada Utusan Malaysia Online terkini yang mempunyai kenyataan spt berikut
Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam ... Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, ...


Lain2 Blogger yang menyedari dan keliru dengan kenyataan Utusan malaysia juga disertakan di sini

1. Laman Web Zamri Mohamed

Rupa2nya bukanlah aku dan Saudara Tukaunama seorang yang menyedari kekeliruan ini. Dan mohon kepada sesiapa yang arif dalam hal ini untuk menerangkan kepada kami.

hurmmmm.....

Tak tahulah, mana satu yang betul sama ada:

1. Aku tersilap baca laporan semalam
2. Utusan Malaysia tersilap bagi laporan
3. Kerajaan cuba menipu

he.he.he..

Jika aku tersilap, maafkan aku kerna aku juga tidak lari daripada kesilapan. dan terima kasih pada TUKAUNAMA kerana memberitahu aku hal tersebut.

Jika betul Kerajaan Malaysia adalah kerajaan tercekap dan berada pada ranking ke-6 dunia sambil mengatasi negara2 kuasa nuklear dan negara2 maju yang lain seperti Australia, Germany, France, Canada, China, Iran, maka aku ucapkan

TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA!!!!

TAHNIAH PADA AKU JUGA sebab aku adalah kakitangan kerajaan. he..he..he...

KEDUA2 ADALAH WIN-WIN SITUATION BUAT AKU.

Labels: , ,

4 Comments:

Blogger rastom said...

Tuan el Hakim Sivaji De Boss el Battacharya

Jangan lupa, sekarang ini masa menampilkan statistik, ranking dan apa apa yang wangi, harum,lagi semerbak hehehehe. Satu lagi petua Merdeka 50 tahun ialah menjelang p'raya, jangan baca suratkhabar bab bab lain daripada hiburan dan keputusan KTM (Kuda, Toto, Magnum) hehehehe ....dirgahayu kakitangan kerajaan!

3:31 AM  
Blogger the indie story said...

Lebai el-hakim.

gilo ko elhakim, yang ko pi ikut sunnah si rastom tu kenapa?

Karang kaau dua2 dah kena tangkap...aku mana ada duit nak jamin?

baca jer paper tu, kalau susah jugak nak percaya...paksa jugak baca...sampai percaya.

kena praktis lebih sikit.

8:56 AM  
Blogger Mak Su said...

pelik ni, ada magic ker?

9:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

Deyyy tambi ElHakim,

Tukaunama dengan Thirunama dua orang yang lain. Thirunama itu adik V.K Lingam. Tukaunama itu Melayu Power tu. Ingat sikit.

Untuk ElHakim, selamat mengundi pilihanraya akan datang. Tentukan pilihan yang tepat. Kalau tidak tentu kena tipoooo lagi dalam paper dan tv. Aku tak sanggup kena tipooooo lagi.

10:46 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker