..

Tuesday, March 23, 2010

Persoalan Marhein: Tol, Struktur J/raya, Saman Penyebab Kemalangan ?

Kematian di jalan raya KL meningkat 38% mengikut alaysiakini (28 Dec 2009) Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya di ibu kota meningkat 38 peratus dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini berbading tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur sempena kempen Program Advokasi Keselamatan Jalanraya di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, 47 pemandu dan penumpang maut dalam tempoh tersebut berbanding 34 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Di Malaysia, jalanraya merupakan system pengangkutan darat yang terpenting. Sebelum era pemerintahan dictator Mahathir, amat sukar kita menemui jalanraya yang bertol. Walaupun saiz jalanraya era pra Mahathir adalah kecil, ia sepadan dengan jumlah penduduk dan pemilik kenderaan semasa itu yang jumlah sedikit. Perkembangan zaman dan polisi kerajaan yang menggalakkan penduduk Malaysia berhutang dan objektif kerajaan BN/UMNO untuk mengkayakan kroni merekayang menguasai Perusahaan Otomobil Negara (kononnya, sebenarnya negara atau rakyat tidak menikmati manfaatnya). Melalui kemudahan pinjaman, rakyat berlumba-lumba membeli kereta Proton yang mutunya hanya diakui oleh UMNO sebagai baik.

Setiap kali laporan kemalangan jalanraya didedahkan di media cetak atau elektronik, kerajaan BN/UMNO wajib akan menyalahkan pengguna. Pernahkah anda mendengar UMNO (Kerajaan) menyalahkan mutu jalanraya atau faktor-faktor lain sebagai penyebab kemalangan? Jawapannya ialah TIDAK. Makhluk atau Kerajaan UMNO ini menganggap diri mereka sebaga ‘maksum’. Mereka TIDAK PERNAH melakukan kesalahan. Semua yang mereka buat baik belaka. Sedangkan hakikatnya UMNO sebagai pemerintah terlalu banyak melakukan kemudaratan atas nama kemajuan,pembangunan, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Apa saja mereka lakukan, semestinya terselit agenda politik mengkayakan perut atau poket kroni-kroni mereka dan bersifat mendera rakyat.Namakan apa saja - buat sekolah, pejabat atau kompleks kerajaan, jalanraya hatta penswastaan tandas – semuanya difaraidkan kepada sanak saudara atau rakan-rakan mereka.

Benarkah kemalangan jalanraya disebabkan oleh kecuaian pemandu/ pengguna jalanraya? Secara konvensionalnya kemalangan jalanraya disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu kenderaan,jalanraya dan pemandu. Kenderaan yang tidak ‘roadworthy’ akan meningkatkan risiko berlakunya tragedi malan. Jalanraya yang rosak, pembinaan yang kurang sesuai seperti ‘side table’ yang tinggi dan jalan yang sempit menyumbang bahaya kepada semua pengguna. Pemandu yang mabuk, kurang cekap, ‘selfish’, tidak sabar dan sebagainya juga faktor kepada berlakunya kemalangan.

Tiga puluh tahun dahulu, kita amat sukar menemui tol di mana-mana jalan atau lebuhraya. Sewaktu itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) ditugaskan membina jalanraya kerana jalanraya adalah kemudahan awam. Menjadi kewajipan semua kerajaan tidak kira ia kerajaan demokrasi, sosialis atau komunis. Tetapi apabila Tun Mahathir keturunan Gujerat ini menjadi pemimpin parti Melayu hipokrit, kita dapati tol berada di mana sahaja ada lebuhraya. Bermula dari zaman beliaulah sehingga kini rakyat diperbodohkan minda mereka supaya dapat menerima budaya membayar tol apabila menggunakan lebuhraya. Mahathir menggunakan rasional iaitu kalau mahu kemudahan, rakyat perlu membayarnya – satu rasional bersifat ‘diabolical’. Malangnya kebanyakan rakyat khususnya orang melayu sudah menerima rasional pandir dan dungu Dr Mahathir ini dengan penuh keyakinan dan penghayatan. Golongan seperti ini sudah hilang akal budi dan rasional mereka akibat proses indoktrinasi pembodohan minda oleh UMNO sejak1946 lagi. Secara teorinya, tol ini di bina oleh pihak swasta apabila pihak kerajaan kurang belanjawan untuk membina jalanraya. Lalu kerajaan akan meminta swasta membinanya dengan memberi konsesi tol kepada pembinanya selama beberapa tahun sebagai balasannya.

Soalnya di sini ialah adakah kerajaan Malaysia tidak mampu? Malaysia adalah sebuah negara yang bukan kaya tetapi KAYA RAYA. UMNO menjarah harta rakyat dengan projek-projek mega yang tidak memberi faedah kepada rakyat marhaen seperti Twin Tower, Sepang Circuit, program-program sukan, hiburan, padang golf, stadium di sana sini, masjid yang tidak diperlukan, dewan konvensyen. Mereka menyelamatkan syarikat anak beranak mereka menggunakan wang rakyat hingga berbilion ringgit, mencipta projek-projek yang manfaatnya sedikit seperti PPSMI yang menelan belanja laksaan ringgit, PLKN dan lain-lain. Tiba-tiba bila nak bina jalanraya, mereka dakwa kerajaan tiada duit kononnya.

Meskipun rakyat membayar cukai sebanyak dua kali kerana menggunakan jalanraya (roadtax dan tol), kualiti jalanraya yang dibina oleh sikeparat pemegang konsesi ini adalah amat rendah. Kita masih ingat biarpun pihak JKR yang membina jalanraya tiga puluh tahun dahulu, mutunya lebih baik dari sekarang. Oleh kerana mutu jalanraya adalah setaraf dengan jalan yang dibina oleh orang gila, terlalu banyak kenderaan-kenderaan terjejas akibat daripadanya. Inilah adalah punca jalanraya yang disembunyikan oleh UMNO.

Sifat UMNO yang memang suka merompak wang rakyat menyebabkan otak mereka sentiasa kreatif memikirkan bagaimana cara mereka boleh memenuhi kantong-kantong mereka yang tidakpernah penuh dan selalu tiris. Lalu mereka mencipta idea membataskan kelajuan kenderaan rakyat ke satu had yang memerangkapkan. Had laju 110 km/j dan 90 km/j yang ditetapkan masing-masing dilebuhraya dan jalan biasa. Terdapat jalan-jalan tertentu yang dihadkan kelajuannya sehingga 30 – 70 km/j. Peraturan ini telah mengakibatkan jutaan rakyat di saman kerana melanggarnya. Lalu kerajaan dan pihak polis atau JPJ memperolehi hasil yang lumayan hasil dari saman ini.Tetapi adakah suatu statistic atau kajian rasmi yang dibuat membuktikan saman atau penetapan had laju berjaya mengurangkan kemalangan jalanraya? Jawapannya ialah TIADA.

Tol, jalanraya yang tidak bermutu dan saman polis/jpj adalah faktor utama berlakunya kemalangan jalanraya di negara ‘Malaysia Boleh’ ini. Kalau mahkamah UMNO ini betul-betul bebas, kita akan mendapati ramai pihak yang boleh menyaman kerajaan UMNO kerana membina jalanraya yang membahayakan penggunanya. Tetapi dalam satu kes yang mayhur iaitu Lim Kit Siang lawan UEM, (1987) dimana Plaintif mempertikaikan penganugerahan pembinaan jalanraya kepada UEM, mahkamah UMNO telah menolak saman Plaintif terhadap UEM (syarikat kroni Mahathir yang hamper bangkrap) dengan hujah tiada ‘locus standi’. Oleh itu kesannya ialah, kerajaan tidak boleh disaman jika kemalangan berlaku disebabkan kerosakan jalanraya. Dari sudut psikologi, pengguna yang sudah membayar tol, telah disaman, akan rasa sakit hati , jiwa dan fikiran mereka akan tertekan. Akibatnya, mereka akan kurang focus kepada kenderaan dan menjejaskan pemanduan mereka. Tetapi mungkin ramai psycho-homo sapien khususnya dari UMNO/BN yang kurang bersetuju dengan rasional artikel ini. Kalau begitu, bagi membuktikan kebenaran dan keyakinan alasan artikel ini kita sarankan, tuan/puan dari UMNO/BN menghapuskan tol an merasionalkan pengeluaran saman oleh polis dan JPJ. Kita lihat sama ada kadar kemalangan jalanraya menuru atau tidak. Tetapi kita tahu, gangster mana akan bersetuju untuk tidak membuli mangsanya. Kita juga tahu, tidak ada perompak yang akan bersetuju untuk merugikan dirinya untuk menolong orang yang jadi mangsanya. Siapakah perompak dan gangster ini? Siapa lagi kalau bukan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu???!!..."


sumber: dirahsiakan (umnopenipu)

Labels: ,

..

Friday, April 03, 2009

Persoalan Kerajaan: Ikhlas atau Tidak ?




Pembebasan 13 orang tahanan ISA dan penarikan balik KDN ke atas larangan penerbitan Harakah dan Suara keadilan terus menjadi persoalan. Adakah ini sebagai suatu projek "Mee Segera" setelah projek mee segera yang konvensional pre-pilihanraya dikatakan tidak mampu bagi mengelakkan pembaziran kononnya.

Keikhlasan itu patut dikaji.

Setelah ditahan tanpa pembicaraan dengan tempoh penahanan tanpa had tiba-tiba sebelum PRK, kesemua 13 banduan ISA dibebaskan. Atas kapasiti apa mereka ditahan, siapa orangnya? Terus jadi tandatanya.

Begitu juga beberapa larangan ke atas permit akhbar pembangkang seperti Harakah dan suara keadilan yang dijadualkan tempoh larangan selama 3-bulan, tiba-tiba sebaik sahaja sebelum PRK 7 April 2009 ini, ditarik balik.


Awak yang menetapkan harga
Awak sendiri yang membeli
Melayu bodoh mengaku pandai sahaja yang percaya 'keikhlasan' ini.

Labels: ,

..

Wednesday, September 17, 2008

Persoalan Pemimpin: Apalah Ertinya Sebuah Blog....



elhias: Blog dan laman web peribadi adalah suatu keperluan bagi seorang ahli-politik. Bukan lagi suatu kehendak. gambar: contoh aneka-rupa laman web dan blog yang berwarna-warni menggamit hati pembaca dalam era komunikasi digital.



Terbaca Suatu sindiran terhadap laman maya Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih condong kepada suatu laman web daripada suatu laman blog. Sindiran itu memberi maksud yang empunya blog tersebut tidak bersedia untuk berkongsi komen pengunjung yang mungkin disebabkan sesuatu yang agak payah diungkapkan.

Aku amat faham dengan senario seorang ahli politik memerintah yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Bagi mereka, blog bukannya suatu wadah bagi mereka untuk menerima teguran mahupun untuk melahirkan cetusan apa yang mereka perjuangkan.

Bagi mereka sebagai seseorang yang memegang tampuk pemerintahan atau jawatan tinggi, melahirkan idea secara berhadapan melalui ucapan di media massa sudah cukup untuk meraih populariti. Apakah gunanya blog jika audiencenya di kalangan mereka yang tidak nampak.

Boleh jadi juga seseorang ahli politik yang berjawatan tinggi tersebut sentiasa sibuk dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat-handai yang sangat ramai. Maka kemungkinan besar ahli politik itu tadi merasa amat 'secure' dan mereka menyalurkan idea mereka secara langsung, terus-menerus kepada audience yang sentiasa akan terhangguk-hangguk.

Blog dan laman web bagi mereka tidaklah menjadi medium utama bagi penyampaian mesej. Maklumat yang berkehendakkan anggukan tidak sampai kepada mereka. Maka, oleh yang demikian, laman web dan blog tadi bolehlah diabaikan.

Contoh paling tipikal, apabila Yang Berhormat Menteri dan ahli2 politik utama dapat belanja para penyokongnya memakan buah durian yang dibeli 10 bakul secara borong. Dikupas beramai-ramai dan memakannya sampai habis, sambil berbual-bual sudah cukup untuk meredakan keresahan YB itu tadi daripada kehilangan para penyokongnya selama 2-bulan.

Labels: , ,

..

Wednesday, July 02, 2008

Persoalan Kerajaan: Kerajaan kita anti-maksiat ?


elhias: "kami anti Liwat!!!"


hehe....

aku ingin sebut suatu isu lama . Isu lapuk 10 tahun dahulu...

Nampaknya kerajaan kita, iaitu kerajaan Barisan Nasional cap Ayam adalah sebuah kerajaan yang mulia dan bermoral tinggi, dichop sebagai anti-liwat, juga kerajaan yang menekankan hak kesamarataan, juga justice


nota:
(justice itu bermakna keadilan. Oleh kerana kerajaan malaysia sungguh allergic dengan perkataan keadilan maka ia dilenyapkan terus dalam kamus kerajaan. Sehingga terdapat sebuah bangunan perundangan di Putrajaya digelar sebagai "PALACE OF JUSTICE")



Salah satu aspek kemuliaan Moral yang terdapat dalam kerajaan Malaysia sekarang ini adalah untuk mengekang kegiatan liwat.

Liwat itu haram dan suatu kesalahan besar katanya.

Tetapi walaubagaimanapun, aktiviti persetubuhan haram antara lelaki perempuan, juga pengoperasian kelab-kelab gay di sekitar bandaraya, masih dibenarkan dan tidak dikenakan sebarang pengenaan undang2 yang serius. Hanya tangkap muat saja dalam berita.

dahulunya mangsa liwat dihukum dan dipenjarakan tetapi kali ini tidak.

Syabas BN!!!

Maju, Aman, Makmur dan Selamat

Labels: , ,

..

Monday, March 17, 2008

Persoalan Peranan Mainstream Media: Berniat Syaitan ?


elhias: Media Penghasut benda yg tak benar, seumpama....

Sumber klik saya


he..he.

Tak habis-habis nak menunjukkan percanggahan pendapat. Terutama fasal isu DEB yang tak seberapa.

1. Perak isytihar teruskan DEB.
2. Selangor kata tidak.

err... apakah dia DEB dalam konteks ini ?
Bagi aku, DEB di sini adalah isu untuk memperoleh dan membolot tender menjana harta sebanyak mungkin.


Ambil iktibar satu sahaja:
"masa ada kuasa bodoh melantun. Bila dah tiada, gila talak."


he..he.he.

Labels: , ,

..

Wednesday, February 27, 2008

Persoalan Kempen : Antara Mitos dan Realiti


elhias: pssstt...Bozo! hang pakai cermin mata lagi lawa naa...! he.he.

Sumber: Harga Petrol Tidak akan Naik

Memang tidak dinafikan, kerajaan semasa memerintah, sedikit sebanyak ada jasanya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku berbohong.

Memang tidak dinafikan jua, kerajaan semasa memerintah, banyak kezalimannya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku juga berbohong.

Permasalahannya, pro-dan-kontra sesuatu parti yang diisytiharkan menjadi pemerintah hendaklah ditimbang dan diadili sepenuhnya oleh rakyat secara terperinci. Walaubagaimanapun itu terpulanglah kepada otak, justifikasi rakyat itu sendiri. Manusia yang bijak, selalunya payah untuk ditipu. Manusia yang bodoh pula adalah sebaliknya.


he.he.he...

Walaubagaimanapun, suatu perjanjian oleh seorang menteri baru2 ini yang menegaskan bahawa harga petrol tidak akan naik selepas kemenangan parti politiknya dalam PU-12 ini aku sifatkan ia hanya sebagai:

Suatu perjanjian tanpa-endorsement.

Kerana janji tersebut boleh diibaratkan sebagai suatu 'janji' yang dibuat oleh suatu-pasangan-MUDA yang bernafsu, sihat-walafiat tubuh-badannya, tergesa2 mencintai satu-sama-lain, yang baru melafadzkan akad-nikah supaya tiada melakukan persetubuhan selama 2-bulan dan diberi menginap hotel-10-bintang secara percuma sepanjang waktu itu dan sebuah katil-Queen-amat empuk dengan bertilam sgt tebal untuk dikongsi bersama.






Perlu diingat juga makna 'tiada-kenaikan' terhadap harga tersebut berdasarkan apa? Sedangkan kita sudahpun tahu nafsu serakah pemimpin, pemerintah dan tukang-tukang cukong dari sesebuah parti politik ditahap yang mana? Contoh yang lain-lainnya sudahpun jelas dan patut diberi panduan secara kasar.

Berapa lama kerajaan dari "parti itu" boleh tahan dengan ketiadaan kenaikan tersebut? Itulah yang menjadi persoalannya.

Statement yang keluar dari mulut seseorang yang berbibir-merah, segar, basah, lagikan berkilat itu perlu dianalisis betul2 kerana ia hanya tertulis melalui 'mikrofon' dan bukannya di atas kertas putih ber-amendement. Sedangkan amendement telahpun beratus2 kali dipinda mengikut selera mereka sesetengahnya, inikan pula cakap-cakap mulut seseorang yang berbibir segar, berwarna merah lagi berkilat semasa terdesak berkempen.

Berapa lama tempoh harga tersebut tidak akan dinaikkan ?

Jika harga petrol tidak naik. Harga apa yang akan naik?
Jika sudah lama harga tidak naik, sekali ia naik, berapa pula harganya?

Pegawai kerajaan, kelazimannnya akan sentiasa senang (InsyaAllah).
Yang susahnya adalah orang2 kampung yg berpendapatan rendah dan tiada pekerjaan.

he.he..he.

Tarik kain ke bawah, nampak pusat.
Tarik kain ke atas, nampak lutut.
Buang kain, bogel teruss!!!

kah.kah.kah!!!

Labels: , , ,

..

Wednesday, February 13, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Ikhlaskah Kerajaan Kita ?


Elhias: Bangunan LTAT tersergam indah di Kuala Lumpur

Sumber Rujukan: Najib umum dividen LTAT 16 peratus

he..he..

entahlah. Sebenarnya aku tak suka kalau orang lain mengatakan aku tidak patriotik. atau pembelot bangsa mahupun negara. atau seseorang yang dengki mahupun iri-hati.

Bagiku dividen 16% ke atas LTAT dan 7% ke atas pencarum simpanan Lembaga Tabung Haji bukanlah sesuatu yang sa-dikit. Malah banyak jua.

Fenomena ini amatlah jelas semasa demam pilihanraya, harta (yang dikatakan harta-kerajaan) semuanya dilimpahkan ke atas rakyat, demi kesenangan dan kesejahteraan rakyat hakiki (kononnya) dan kebanyakan rakyat-Melayu sebenarnya buta dan gagal menghidu taktik-kotor parti pemerintah.

he..he..

Nampak sangat suatu 'trick' tentang dividen 16% ke atas pencarum LTAT. Sebenarnya apalah sangat jasa kerajaan ke atas pencarum tersebut, kerana keseluruhan bilangan anggota tentera di Malaysia yang diwajibkan mencarum di bawah skim itu berapa kerat sangat. Lagipun gaji anggota tentera Malaysia adalah MAHA-SECIPUT. Maka berapalah sangat (anggota yang bukan-pegawai) mencarum di dalam LTAT tersebut jika nak dibandingkan dengan mereka yang mencarum di bawah KWSP.

Sebenarnya 16, 17, 18 peratus itu hanyalah figure sahaja. Dan tidak mustahil, figure tersebut boleh ditarik balik pada bila2 masa sahaja apabila kerajaan menang besar dalam pilihanraya nanti secara TIDAK-DIRECT atau TIDAK-LANGSUNG melalui kenaikan harga petrol, tol, barangan dll lagi.

Yang aku nampak, he.he..he.. seoalah2 suatu bujukan desperado kerajaan terhadap individu tentera supaya tiada perlu mengundi untuk pilihanraya kali ini, dan sebaliknya hak individu tentera terbabit akan diberi kepada sokongan kerajaan melalui undi pos.

Maknanya di sini, jika terdapat 130 ribu orang anggota tentera maka, 130 ribu orang itulah yang bakal menjadi pengundi-POS yang mana kesemua sekali secara otomatik menyokong parti pemerintah.

Maaf jika aku tersilap, kerana aku terlalu mudah untuk melakukan serkap jarang, sebab bagiku ia seolah-olah suatu permainan dan juga suatu hobi bagi seseorang yang berfikiran negatif spt aku ini. he.he.he.. Sesungguhnya aku ada hak untuk itu.

dan lagi satu...

Apalah kiranya jika 16% tersebut dibuka untuk pencarum seperti aku dan juga kalian semua yang rata-rata adalah kakitangan Awam yang tersohor...
Buka semula suatu skim baru dalam Bank-Rakyat (atau institusi yang seumpamanya itu) utk membolehkan kami semua menerima faedah 16% peratus dengan format terbaru iaitu caruman tanpa-had yang mana suatu skim terdahulu diketahui telahpun ditutup buat selama-lamanya....

ada berani ? ada ikhlas ?
ada mampu ? <----- he..he..he.

Labels: , , , ,

..

Wednesday, January 30, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Cuba Menipu Rakyat Lagi ??????

Memetik daripada laporan UTUSAN MALAYSIA, sempena pengucapan besar-besaran DS Abdullah Hj Badawi di hadapan kakitangan awam kelmarin bahawa laporan IMD yang menyatakan bahawa Malaysia adalah di tempat ke-6 dalam World Competitiveness Scoreboard untuk Tahun 2007 bagi penilaian kecekapan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Apabila aku buka halaman web IMD Competitiveness Scoreboard (klik untuk bukti!)2007 aku dapati bahawa Malaysia sebenarnya jatuh kepada tangga ke 23 bagi tahun 2007 daripada tangga ke- 22 pada tahun 2006. dan bukannya pada anak tangga ke-6 seperti yang dilaporkan dan diwar-warkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi dalam Utusan Malaysia semalam.




Apabila aku cuba memasuki link Utusan Malaysia Online yang memberikan pengucapan tersebut, didapati link tersebut telah hilang dan telahpun dipadam. Laa ni... ada balik.. (heran aku)

klik saya dan lepas tu klik pada Utusan Malaysia Online terkini yang mempunyai kenyataan spt berikut
Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam ... Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, ...


Lain2 Blogger yang menyedari dan keliru dengan kenyataan Utusan malaysia juga disertakan di sini

1. Laman Web Zamri Mohamed

Rupa2nya bukanlah aku dan Saudara Tukaunama seorang yang menyedari kekeliruan ini. Dan mohon kepada sesiapa yang arif dalam hal ini untuk menerangkan kepada kami.

hurmmmm.....

Tak tahulah, mana satu yang betul sama ada:

1. Aku tersilap baca laporan semalam
2. Utusan Malaysia tersilap bagi laporan
3. Kerajaan cuba menipu

he.he.he..

Jika aku tersilap, maafkan aku kerna aku juga tidak lari daripada kesilapan. dan terima kasih pada TUKAUNAMA kerana memberitahu aku hal tersebut.

Jika betul Kerajaan Malaysia adalah kerajaan tercekap dan berada pada ranking ke-6 dunia sambil mengatasi negara2 kuasa nuklear dan negara2 maju yang lain seperti Australia, Germany, France, Canada, China, Iran, maka aku ucapkan

TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA!!!!

TAHNIAH PADA AKU JUGA sebab aku adalah kakitangan kerajaan. he..he..he...

KEDUA2 ADALAH WIN-WIN SITUATION BUAT AKU.

Labels: , ,

..

Wednesday, January 09, 2008

Permasalahan Rakyat: Retorika segalanya di angkasa



elhias: Kedua2 gambar tiada kena mengena. Hanya Hiasan saja.

dlm dunia ada 2. iaitu:
1. kerajaan meng-angkasa-kan bangsa
2. kerajaan meng-angkasa-kan keadilan undang2.

logik diri mengatakan bahawa kedua2 agaknya tiadalah dapat dijalankan serentak.

sebab itulah semasa kerajaan berpeluh2 ketiak semasa hendak meng-angkasa-kan bangsa tiba2 terlupa bagaimana hendak meng-angkasa-kan undang2 di bumi. contoh senang jer..hal-ehwal pemakanan dan pengguna.

seringkali di negara ini terlalu byk kes-kes shortage atau kekurangan barang makanan secara tiba2 mendadak dan kadang-kala tiadalah logik di akal.

a. contoh kekurangan ayam semasa raya
b. kekurangan gula
c. kekurangan minyak sawit.
d. berbagai lagi.

yang peliknya tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pihak-yang terlibat dan bertanggungjawab. Mustahil si-pelaku masalah tersebut tiada dapat dikesan.

sedangkan kita nampak kerajaan beria-ria dan bersungguh-benar untuk menggagalkan sebarang demonstrasi jalanan oleh pihak pembangkang sehingga ada seorang-dua penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup di Terengganu sehingga darah merah memancut-mancut dan membuak-buak dihadapan mata. nasib baik x mati he.he..he.

selalu sangat kerajaan menyebut bahawa demonstrasi jalanan menyusahkan rakyat sebab mengakibatkan traffic-jam dan kesesakan lalulintas.

Padahal yang terlibat dengan masalah kesesakan lalulintas bukannya keseluruhan rakyat-satu negara. hanya sikit saja rakyat yg terlibat.

Tapi masalah kekurangan barang-makanan dan kenaikan harga mendadak barang makanan yang menyusahkan rakyat satu-negara nampaknya seperti diambil ringan sahaja.

kan elok kalau si-penyeludup dan penyorok barangan itu ditembak dgn senapang gajah jer.. depan orang ramai. senang crita.! bagi pengajaran kat manusia yang lainnya. he.he.he.

Ini tidak...
si-pelaku dan si-pesalah lepas macam itu sahaja. Mcam dah berpakat.

Tak kedengaran ura2 nak jatuhkan hukuman berat telus di depan rakyat. Maka sebab tu aku katakan macam lakonan meraih-undi kesian untuk pilihanraya umum jer. masing2 nak jadi hero.



=============
hurmmm....
hahaha..
Pelik juga terdengar sesetengah khabar yang mengatakan bahawa Pak-Lah terlalu kerap ke luar negara. dalam sebulan dua.

Kadang2 timbul pertanyaan dalam hati.
Paklah ni Perdana Menteri Malaysia ker Perdana Menteri Asia ?

---------------------

Susah juga! kalau kerajaan yg berfikiran terlalu angkasa ni...

he.he.


angkasa-angkasalah segala srigalanya..

Labels: , ,

..

Tuesday, September 18, 2007

Persoalan Kerajaan: Bekerja Lebih Untuk Apa Haa??



sumber sila klik sini

Kes : Indeks Komposit Penyelewangan Rasuah di dalam Negara Malaysia terus menunjukkan peningkatan dan di jangka terus menjadi-jadi setelah suatu badan bebas dunia melakukan analisis berserta laporan yang dibuat berdasarkan fakta dan sumber-sumber sahih.

Ekoran itu, suatu wawancara dilakukan.....antara pihak BBC dan seorang ahli politikus terkenal se-Malaysia.

Suatu wawancara yang maha serious antara TunTanSri-Prof. Diraja-Engku Tungku ElSyed-El-Abrar aka Albar dengan pemberita dan wartawan BBC.

Jawapan yang maha confident adalah pada 2 minit pertama setelah ditanya fasal isu kemurtadan dan adakah Islam adalah sebuah negara Islam oleh pemberita BBC tersebut.

Apabila ditanya mengenai isu korupsi/penyelewangan/el-risuah yang semakin berleluasa di bawah pemerintahan DYMM Tuanku el-Abdullah Haji-Mabrur Badawi, maka kedengaran jawapan seperti berikut:

El-Albar : Kita perlu "bekerja lebih" (do a lot more work)...

he..he.he.
==============

Erti maksud perkataan "bekerja lebih" tersebut, terus-terusan menjadi tanda tanya di dalam benak kepala aku.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "bekerja lebih?"

Banyak sangat yang boleh didifinisikan dengan perkataan "bekerja lebih" ini contohnya....

1. Bekerja lebih untuk melakukan penyelewengan sbg tambahan kepada penyelewangan yang sudah sedia ada sekarang ker?

atau

2. Bekerja lebih untuk memperkayakan tubuh-badan sendiri ker ?

atau

3. Bekerja lebih untuk mempertingkatkan prestasi daya penerimaan rasuah di kalangan ahli-ahli politikus yang berkuasa ker?

atau

4. Bekerja lebih untuk melakukan penutupan-penutupan penipuan-penipuan yang semakin berleluasa ker?

atau

5. Bekerja lebih untuk menjaga reputasi penternak-penternak babi ker...?


he.he.he..

Ya...

10 tahun dahulu pun sudah cakap fasal bekerja lebih ni. Entah sampai bila harus bekerja lebih, tiada siapa yang tahu.

Bekerja lebih tanpa had sudah pastilah seolah2 mengenepikan istilah
dont work hard, but work smart.

Selalunya kalau kita bekerja lebih sudah tentu akan menampakkan hasilnya. Tambah-tambah lagi jika kerajaan bekerja lebih dari segi memantapkan ekonomi.

Aku tidak mahu dengar mana2 pihakpun yang memperkatakan bahawa kerajaan telah sedaya-upaya bertungkus lumus, itu dan ini demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat

Benda2 tu dah didengar 20 tahun dulu dah.

Terkadang terasa agak bingit telinga apabila TV dan Radio berjuta-juta kali menghebahkan fasal hasil usaha pihak kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi 6 peratus. itu dan ini...

Yang aku tahu, mana-manapun di sini mengeluh tentang kenaikan harga barang-barang harian.

Sehingga sebijik tapai yang dibungkus dengan daun pisang yang mempunyai 3 ulas ubikayu pun bernilai RM2/=

he...he...

Hasil daripada bekerja lebih kerajaan....

=============
Kepada politikus, bukan senang untuk menjadi pemerintah sebenarnya.
Mengikut Islam kehidupan manusia di dunia ini terbagi kepada 3 iaitu

1. 8 jam untuk dunia
2. 8 jam untuk akhirat
3. 8 jam untuk berehat

jumlah = 24 jam sehari

Yang menjadi persoalannya adakah pemerintah kita memperuntukkan sebenar-benarnya 1/3 daripada hari mereka bersungguh-sungguh bekerja demi kepentingan rakyat???

Tepuk dada tanya sendiri la...

sebab itulah kebanyakan ulama' pada masa dahulu menolak jika mereka dilantik untuk memegang jawatan tinggi....

Bukannya apa... takut tidak amanah

he.he.he.

Labels: , , , ,

..

Tuesday, September 11, 2007

Persoalan Kerajaan: Mampukah Menurunkan Harga Ayam?



Di sesetengah tempat terutama di Kuala Lumpur, harga ayam mentah naik pada tahap tertinggi duniawi iaitu RM 7/= 1 Kilo.

1. Terdapat si-bangang yang mengatakan bahawa kenaikan itu sedikit sahaja.
2. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa kita bukan beli tepat 1 kilogram. Malah lebih jua dan berhari-hari, berturut2.

============

Dalam suratkhabar main-stream, heboh menceritakan betapa prihatinnya pihak berkuasa (kerajaan) dalam menangani masalah ayam tersebut seolah-olah masalah rakyat tersebut akan diperjuangkan habis-habisan.

Apabila dikaji mengapa kenaikan ini berlaku,

seperti biasa,

1. kerajaan menyalahkan penjual...
2. penjual pula menyalahkan pemborong dan orang Tengah
3. orang tengah pula menyalahkan kerajaan kerana mungkin kenaikan harga makanan ayam disebabkan oleh kenaikan sumber bahanapi serta harga import makanan ayam juga taraf kehidupan
4. Kemudian selepas itu seperti biasa, kerajaan akan menyalahkan rakyat kerana kebergantungan hidup di atas ayam.
6. Banyak lagi makanan lain seperti ketam, ikan-masin, ubi-kayu yang boleh dimakan oleh rakyat. Mengapa makan ayam sahaja ?
7. kemudian orang tengah dan pakar ekonomi pula menafsirkan bahawa kenaikan itu berpunca daripada

"Permintaan melebihi Penawaran"

Begitulah senario yang biasa berlaku. Bukan kali pertama masalah ini dipertonjolkan tapi sebenarnya dah berpuluh-puluh kali. Dah muak dengar pasal kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera ke atas penjual ayam yang menaikkan harga.

Senario mencari kesalahan dan tuding-menuding ini samalah dengan kisah dan juga lagu-rakyat semasa tadika dulu iaitu

Kisah Bangau oh Bangau!

dan seperti biasa AKHIRNYA....kerajaan akan terpaksa akur dengan kehendak pemborong mahupun penjual kerna kemungkinan besar kesalahan tersebut memang berpunca daripada kerajaan sendiri dan hal ini sudah pasti akan disenyapkan oleh media massa apabila rakyat Melayu itu lupa dan sememangnya orang kita tidak peka dalam hal ini.

Dan apa yang pasti harga itu tetap naik dan menjadi semakin mahal pada masa akan datang.

Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan harga tersebut buat seketika kerna untuk memancing undi bagi pilihanraya akan datang.

Dan kenaikan harga ayam sememangnya tidak dapat di elakkan kerna selepas pilihanraya nanti harga siling ayam sudah pasti akan naik melampaui harga yang patut kerna:

1. harga sumber bahan api seperti PETROL dan DIESEL akan naik (naik 20sen - 40sen) yang menjadikan harga Petrol selepas pilihanraya adalah RM2.02 - RM2.22 sen seliter untuk petrol tanpa plumbum.

====================
Bagi segelintir pejuang-pejuang Islam pula (bukan semua) akan menjadikan isu ini sebagai suatu daya mengapa mereka memilih pembangkang dan Islam untuk pilihanraya.

Hanya disebabkan ayam sahaja maka sanggup menerima pembangkang.

dan yang sudah pastinya...Apabila harga ayam kembali normal pada harga RM3.50 atau RM 4.60 sekilo, ditakuti hilanglah semangat perjuangan Islam di kalangan pejuang-pejuang Islam tersebut...Lupa erti perjuangan Islam serta segala-galanya


dan...


begitulah definisi perjuangan Islam oleh mereka.
Begitu rapuhnya erti perjuangan mereka...

Selepas itu aku akan melihat....

Bekas pejuang2 Islam itu mengangguk-ngangguk makan nasik berlaukkan ayam kerana kesedapan yang amat sangat.

Kesedapan sehingga menjilat jari...

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker