..

Sunday, May 03, 2009

Checkmate Buat Pembangkang? (Suatu Persoalan)




Dalam situasi terkini pihak kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO meraih simpati pengundi, pihak pembangkang haruslah berhati-hati. Sa-dikit kesilapan yang dilakukan, bakal membawa padah pada PRU-13 yang bakal diadakan nanti.

Nampaknya pihak kerajaan BN telahpun melancarkan sisa-sisa 'peluru' yang masih lagi tersimpan dlm simpanannya bagi menutup ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh dasar mereka terhadap kaum bukan Bumiputra di negara ini. Justeru itu, hak2 Melayu akan terhakis lagi satu-persatu.

Umumnya, bangsa Melayu dalam hal ini agak payah . Kerana janji DEB dimansuhkan adalah pada tahun 1990. Tetapi ia telah dilanjutkan sehingga kini (???) untuk extra time. Kiranya masa kecederaan lah tu.

Apa yang kulihat, dalam hal ini, BN yang diterajui oleh UMNO seolah2 telah mendapat 'kredit' kerana telah berjaya mempertahankan dengan melengah-lengahkan penghapusan dasar itu. (walaupun status dasar itu masih dipersoalkan tentang tahap keadilannya ke atas keseluruhan bangsa Melayu)


Apa-apapun jua, masa menentukan segala-galanya. Pihak pembangkang haruslah bersepakat dan janganlah mengeruhkan suasana sehingga ia menjadi bola-tanggung pula kepada pihak BN.

Jika pihak kerajaan BN terus-terusan mengamalkan kaedah 'pintu-terbuka', yang menguntungkan kaum bukan-bumiputra, pembangkang berbangsa Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Tunggu saja kesilapan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan BN jika ada.

Akhir kalam, aku merasakan bahawa manusia yang cenderung sengaja membuat kesalahan, akan sentiasa sengaja melakukan kesalahan untuk kesekian kalinya.

wallahuaklam.

Labels: , ,

..

Thursday, November 06, 2008

Persoalan Obama: Paksi Kejatuhan Keunggulan Kuasa US? (Suatu Ramalan)


elhias: JOIN DA CLUB!


Entri ini ditulis apabila aku teringat akan seseorang penulis muda yang dikatakan sebagai seorang yang berfahaman Syiah dalam salah sebuah karya novel beliau yang bunyinya lebih kurang spt berikut:


Petanda-petanda Kuasa Amerika akan terhakis (tidak lagi dominan) apabila negara itu diterajui oleh seseorang yang bukannya daripada golongan kulit putih dan ia berpangkal pada tahun 2010.

err...

Bagiku itu hanya sebuah novel. Tetapi buat masa sekarang, umumnya aku ketahui matawang Dolar US sudahpun tidak berapa laku.

hehe.

Labels: , ,

..

Friday, May 16, 2008

Persoalan Pemimpin: Pengesyoran Mat-Tahir bakal di dakwa??? hahaha... janganlah buat lawak



Berita yg dipetik daripada akhbar cabok Star Online mengenai isu pengesyoran agar MatTahir dibicarakan mengenai kes-Lingam bukanlah suatu yang mengejutkan. Sesungguhnya ini bagi aku adalah suatu peluru penyelamat bagi junta Hadhari untuk mengaburi mata rakyat.

Dalam iMNO, Kalkulasi dan ALGORITHMS nyer senang boleh diagak. Jika terdapat mana-mana orang tua yang tak sehaluan dengan arus-perdana, maka ia bolehlah dijadikan sebagai kayu-api, iaitu sebagai alat untuk dikorbankan bagi menaikkan semula kredibiliti parti yang hampir2 tiada.

Terlalu amat sukar bagi aku untuk mengwar-warkan kehebatan MatTahir dan menyanjungi jasa-jasanya kerna kesilapan2 teknikalnya yang lalu, diatas beberapa sebab.

Sebab utamanya adalah penghinaan ke atas Al-Quran yang pernah dilabelkannya sebagai undang-undang di zaman unta. Dan kemudian, statement tersebut tidak pernahpun ditarik balik dan beliau seterusnya mengulangi dan mengulanginya lagi semasa beliau di puncak kuasa.

Bangsa2 kafir pun terlalu banyak mempersoalkan tentang kesucian Al-Quran. Tetapi bagi aku, itu tidak sama jika orang Islam itu sendiri yang mempersoalkannya. Apatah lagi jika orang Islam itu sendiri yang menghinanya.

Bukanlah di sini aku bertindak lebih berkuasa dari Allah SWT kerana telah menjatuhkan hukum. Tidak sesekali. Ini adalah suatu pandangan peribadi aku sendiri.

Apa yang aku lihat, Mahathir bukanlah hero kepada bangsa Melayu tetapi hanyalah suatu entiti yang telah mempermain-mainkan kebodohan bangsa-bangsa Melayu itu sendiri.

Kali ini biar beliau pula menjadi alat untuk dipermain-mainkan walaupun itu hanya sandiwara junta-el-hadhari. Aku akan tunggu dan lihat.

Kegagalan minda Melayu adalah apabila mereka gagal untuk menegur ketua semasa berada di puncak kuasa. Apabila ketua mereka sudah hilang kuasa, barulah mereka berani mengambil tindakan susulan.

"Sekarang ini mode-pembersihan" katanya.

Mode pembersihan yang dilakukan oleh kerajaan skg ini tidak ubah seperti suatu najis yang bertindak untuk membersihkan suatu najis yang lain.

Boleh jua diumpamakan sebagai Najis bertaraf Mughollazah Tahap-pertama sedang membersihkan Najis Mughollazah Tahap pertama-Yang Kian kering.


Yang aku takutnya Najis tersebut bertaut semulaaa....(kerna lakonan itu)

dan bangsa Melayu tertipu lagi...

hehehe...




elhias: Aku pelik. Aku sudah tidak bisa untuk membedakan antara gambar yang di atas dengan yg di bawah. tolong pak!

Labels: , ,

..

Tuesday, April 29, 2008

Permasalahan Politik Malaysia: Semakin Menyenakkan


elhias: Sebenarnya kedua2nya sama saja...

Pertelagahan antara ahli-ahli majlis tertinggi dan kepimpinan Barisan Nasional, bukanlah suatu fenomena asing mahupun fenomena baru di kalangan manusia2 yang mempunyai kepekaan yang kuat terhadap senario politik tanahair. Perkara ini adalah perkara biasa dan boleh diertikan sebagai rutin dalam kehidupan seorang pemipin berjiwa "Hidup-Barisan!!!"

Kalau dilihat dari segi sejarah, episod tikam-menikam dari belakang ini telahpun menjadi suatu senario biasa dalam parti tersebut. Boleh juga dikatakan sebagai suatu 'amalan'. hehe..

Cuma kali ini lain sa-dikit, kerna pertelagahan ini tercetus antara puak2 yang berlainan bangsa juga agama. Kalau tak silap, kita boleh beri kod mereka iaitu Penyapu vs Tol.


Intipati pertuduhan antara Penyapu a.k.a Tempe dan Tol ini tiadalah boleh dipandang ringan kerna 'weight' dan pemberatnya boleh menimbulkan ketidakpuasanhati antara dua pengikut igama yang berlainan. Silap haribulan, havoc dibuatnya.

Walaubagaimanapun, kita bernasib baik, kerna corak pemikiran rakyat majmuk di negara ini, sa-dikit sebanyak telah berubah. Kemungkinan agaknya, mereka lebih concern mengenai kenaikan harga barang dari terus-terusan memikirkan sentimen perkauman untuk menjadikan ianya lebih serius lagi.

Maksud dan erti pertelagahan dan sikap salah-menyalah antara mereka ini, aku tidak berapa faham. dan aku pun bukannya jenis yang menggemari untuk memahami situasi ini. Apa yang diperkatakan dalam media arus perdana, aku tidak mengambil kira. Terlalu banyak perkara2 yang hendak disorokkan di situ. Ibarat pepatah yang aku buat sendiri, "Berak tak habis, cuma kentut saja.."

Pada aku, cuma beberapa kerat sahaja golongan yang betul2 faham dan arif tentang ini iaitu:
1. Mereka yang terlibat
2. MT dan PM sendiri
3. Mat Tahir - tuan kepada individu2 terbabit yg mungkin dapat menjinakkan. (master-minda)



Nak Harapkan penjelasan 100 peratus daripada media arus perdana? jangan harap. Hanya 5 peratus sahaja yang boleh diterima pakai. Itupun terpaksa ditapis dengan logik akal sendiri. Cuma yang aku tergamamnya adalah, Jika betul, memang terdapat perselisahan yang sangat serious di situ, apa yang dicoretkan dalam blog (individu terbabit) seolah2 tidak sama dengan sifat sebenar individu yang sebelumnya menjadi pemimpin.


Maknanya di sini terdapat contrast antara kewibawaan dalam 'blog' itu dan sifat sebenar bekas pemimpin yang juga empunya blog tersebut. Oleh yang demikian, tidak perlulah membaca blognya. Buang masa!!!!


dan si-tol itu tidak lain, tidak bukan, hanyalah seketul sampah yang hanya tunggu masa..

Sumber Rujukan: AGENDADAILY

Labels: , ,

..

Wednesday, April 16, 2008

Permasalahan Imam Hadhiri eh! silap... Hadhari


elhias: siapa cakap PM kita tak hensem ?memang buta hati lah orang itu

Aku sebenarnya amat prihatin dengan perdana Menteri yang kita kasihi dan hormati ini. Teka Sebab apa?......... Sebabnya ialah kerna beliau adalah perdana menteri kita. Maka, oleh itu, janganlah ada sesiapa yang mempertikaikan mengapa aku suka memerhatikan dan sangat perihatin ke atas beliau.

hehe..

Memula dulu, aku sangka PM kita ini Perdana menteri Asia, sebab terlalu kerap ke-luar negara menghadiri majlis2 bertaraf Asia mahupun Dunia.

Tapi.. sejak gedegang!!! ni....hehe.. barulah selalu nampak muka. Jadi tahulah aku bahawa beliau memang Perdana Menteri untuk Malaysia jer... hehe..

Apa yg pentingnya, sehingga sekarang ini, majlis anjuran rakyat kecil-kecilan pun beliau hadhari.. eh.. silap hadiri. hehe..

sejak itu , majlis anjuran asia-asia pun beliau dah tak pergi dah. Kalau adapun, orang lain sahaja yang diwakilkan.

Kalau tak silap, mengikut takwil dan perkiraan aku, sebelum PU-12, setiap 2-minggu, beliau akan berangkat secara suka-suka ke-luar negara. tapi sejak akhir-akhir ni, beliau seolah2 seperti pemerintah yang susah-sama-susah. senang-sama-senang dengan rakyat. Kalau macamni lah, aku jamin, jika johore banjir nanti, mungkin PM kesayangan kita ini akan sanggup bermalam dengan mangsa2 banjir di pusat2 pemulihan banjir nanti.

hehe..


satu lagi aku tak berapa setuju kalau ada sesiapa yang memainkan isu bahawa PM kita ni adalah seseorang yang asyik ngantuk dan suka tidur sahaja. Bagi aku...itu seolah2 menghina tu.

Sebenarnya bukan apa....aku juga ada masalah ngantuk dan suka tidur siang.

tak tahulah.. kadang2 mengantuk ni mengatasi segala-galanya. Rasa-rasanya even KL ni dibomb, aku tetap dengan penyakit ngantuk dan tangkap ngantuk ni...dan aku pun tak tahu penyakit ngantuk aku ini pada tahap yang ke-berapa.

akan tapi....

semenjak-dua-menjak ini,

Pak Lah dah baik dari penyakit ngantuk ini. dan Nada Pengucapan awam beliau di hadapan orang ramai pun dah pulih. Tiada lagi bunyi seperti orang hendak menangis apabila berbahas isu-isu penting di khalayak ramai.

Walaubagaimanapun, Entah apalah nasib... aku jugak yang masih belum pulih penyakit suka mengantuk dan tidur petang ini.

Last sekali,
tiadalah aku menduga sama-sekali, beliau telahpun meminimalkan sebanyak mungkin penggunaan perkataan
menikmati.. (dengan tajwid yang sangat pekat pada huruf 'ain iaitu ni'mati)
menikmati..
menikmati..

Bukannya apa, tak salah aku, selama ini, hanya beliau seorang sahajalah yang meni'kmati kelzatan duniawi Rakyat Yang lain2nya tak berapa pun.

Contohnya orang2 kampung yg memang tidak pernah meni'mati apa yang PM kita ni'mati. <--- Frasa ini aku tujukan semasa PM-Hadhari kita membuat pengucapan-awam (yg macam bagooooooos) di hadapan orang-orang kampung pada hari itu. hehe..

Labels: , ,

..

Wednesday, April 02, 2008

Permasalahan UMNO: Pemimpin Lanun Tiada Kredibiliti

Dalam media arus perdana, kelihatan Menteri Besar Terengganu Baru seolah-olah seperti seseorang yang mempunyai kredibiliti yang amat tinggi. Seolah2 seperti taraf cendekiawan, Para solihin2 dan seperti-bagoossss

Tetapi

perangai dan budi-bicara mereka yang sebenarnya boleh dilihat melalui media-Alternatif

Di sini kita boleh buat perbandingan antara klip2 (Youtube) video di bawah:


elhias1: Ini adalah klip video Media ARUS PERDANA. Ahmad Said (MB Terengganu) sedang khusyuk sembahyang. Kelihatan seperti seorang pengamal-Islam yang syumul. Pengikut2 iMNO sudah tentu melabelkan Ahmad Said ini seperti Alim-Ulama bertaraf wali.




elhias2: Ini adalah klip video alternatif . Beginilah budibicara dan perangai sebenar Ahmad Saidi. Dahulu, kini dan selama-lamanya. hehe..





====================
Lain2 Video Politician-BN di yang sungguh menarik hati


elhias3 : Dato' Nozula(ADUN-BN) dengan Penerajang hikmatnya di dalam Dewan Undangan Negeri






=======================

Aku tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh ADUN-PAS ini. Tetapi video ini terlalu kelakar bagi aku terutama apabila ADUN-UMNO gagal menjawab dan telah memberi respon yang entah ke benda.


elhias4: hehehe....ado nork tanyo lagi ?

Labels: , ,

..

Saturday, March 22, 2008

Permasalahan Pantai Buruk : Keunggulan si-Kepala Najis dan Pencacai iMENO



el-Nyemak : Dulu lambang ini boleh dikatakan sebagai penyelamat golongan Nasionalisme. Tetapi pada hari ini ku lihat lambang ini tidak ubah seperti Lambang yang Mengungguli si-Kepala Najis, dan Pencacai-Pencacai Negara. Chittt!!!! Porah!!!!!



Dalam iMENO, kebangsatan seseorang itu dijulang berdasarkan kebesaran 'kepala-najis' yang sarat dikendung olehnya. Lagi besar kepala najis yg dikendung oleh seseorang itu, maka lagi besarlah tabik hormat yang diberikan kepadanya.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan orangramai memperkatakan bahawa hampir keseluruhan DUN di Terengganu masih menyokong Maha-Tongga Sir Idris Jusoh-II supaya menjadi MB.

Namun begitu, aku mempunyai persepsi aku sendiri.

Layak sungguh aku berkata bahawa Kemenangan iMENO di Terengganu adalah suatu kemenenangan HARAM puak-puak iMENO yang abadi.

Kemungkinan besar, YAB MB Mahatongga, Sir Idris Juson II lah yang mempelopori kemenangan Haram bte Najis iMENO tersebut.

DUN2 iMENO di Terengganu diibaratkan sebagai anak-anak najis. dan ketua mereka si-MAHATONGGA adalah kepala-najis.

Memang sah! anak-anak najis amat takut jika mereka kehilangan kepala dan bapa najis kesayangan mereka. Tiada lagi Monsoon-cup, katanya.

Jika si-kepala najis itu boleh berbahasa "I" dan "You" kepada sultan, ini secara otomatik bahawa si-kepala najis tersebut secara tidak sengaja telahpun mengisytiharkan dirinya setaraf dan kemungkinan jauh lebih atas dari Raja.

Tepat sekali dengan pepatah Melayu yang berbunyi

"Be-Rajakan di-Mata, ber-Sultankan di Hati"

Mengikut suatu fakta, orang yang mempunyai kriteria seperti ini adalah suatu contoh manusia yang selalu membuat khianat

dan

Mengikut suara ghaib dari Alam Roh pendekar-pendekar iMENO yang telah dulu pergi meninggalkan anak-anak najis iMENO,



Si-Pengkhianat ini HARUS DI-BUNUH!!!

Sebab itulah bangsa-bangsa Melayu yang masih khayal menghidu wap-wap kelazatan aroma babi bin khindzir di Melaka masih lagi meratapi pendekar kesayangan mereka.

Hidup Ghafar Baba!!! 3x

dan.. Jadilah mereka anak-anak Najis dan kuli-Pencacai iMENO Dulu, Kini dan Selama-lama-lamanya...............



el-Nyemak: Si-Tongga: Mulut Mau Manisss. Hati Mau Busukkkk!!!! Politikk!!!!

Labels: , , , , ,

..

Monday, March 17, 2008

Persoalan: Siapa Public Enemy Se-Malaysia No. 1 ?


elhias: Kerna semut badan binasa. Kerna Keluarga...
Kadang2 Keluarga adalah pemusnah negara


entahlah. Aku pun tak tahu mengapa.

Hendak dipersalahkan PM seluruh Asia dan Imam Hadhari Se-Malaysia, rasa melampau pula kerna fikiran aku berdetik. Bukan dia yang punya angkara semua.

Logik aku terfikir tentang krisis sepasang manusia yang berbulan-madu. Mereka memang tidak tahu apa2. Mungkin wanita yang didampingi itu adalah wanita yang diidam-idamkan selama ini, seluruh hayatnya.

Hasratnya hendak memperlihatkan dirinya adalah seorang Perdana Menteri di alam percintaan. Loving couple. Silapnya mungkin tidak kena tempat.

Sebuah kerajaan auto-pilot serta remote control. "Everything is under control".

Jika rakyat lapar akan diberi makan gula-gula.

Mungkin ada manusia2 rakus disebaliknya selain dia yang dituduh. Semuanya berhuruf 'Kho' dan 'kap'. Dari Singapore hinggalah N9. Mamak juga orangnya. Mungkin juga. Tidak pasti.

Wallahualam.

Allah kasih pada manusia2 itu. Mungkin jua.

p/s: Siapakah PUBLIC-ENEMY Se-Malaysia No. 1 ?

Labels: , ,

..

Friday, February 29, 2008

Persoalan Global: Siapa Menang ?


elhias 1: Kali ini menyaksikan pra-juara-menanti (Mc Cain) vs Mr. Barrack Obama

Jika ada sesiapa menyuruh aku teka siapa bakal menjadi presiden AS selepas Bush? Tanpa berfikir panjang lagi, aku akan menjawab, the other 'chimpanzee' lagi iaitu drpd partai yang sama dalam kepompong Bush.

Maknanya di sini, bukan aku menidakkan kredibiliti Barrack, atau harapan rakyat berbilang bangsa di AS, tetapi senario, permainan dan politiking antarabangsa seolah-olah tiada jua membenarkan selain daripada kultus-kultus konservatif bagi menerajui AS bagi melunaskan tuntutan2 puak mereka yang masih tertangguh.

Abad atau dekad ini, aku melihat sebagai suatu jangkamasa yang lebih memihak kepada mereka dan tiadalah jua sesiapa yang mengetahui bilakah jangkamasa itu akan beralih kepada pihak lawan. Dari aspek nilai2 persejarahan, jika dikaji dalam2, senario keagungan politik di zaman roman juga mengambil suatu jangka waktu yang agak lama sebelum mereka jatuh diganyang oleh seteru mereka. Apatah lagi, kegemilangan empayar-rom moden kini yang berkiblat di Amerika Utara dan Barat Eropah yang baru berumur tidak lebih daripada 200 tahun. (Sedangkan Empayar Rom Barat memerlukan masa lebih daripada 500 tahun baru mereka tumbang).


elhias 2: gajah lawan kaldai. hehe.. secara amnya siapa menang?


Yang paling ketaranya adalah, parti Republikanlah yang aku lihat sebagai sebuah parti yang mendokong cita2 seperti zaman perluasan-kuasa empayar Rom. Yakni selepas 50 tahun kemangkatan Yejus mereka. Walaubagaimanapun, peluang untuk parti demokrat untuk memerintah kali ini mungkin agak tipis. Jika parti Demokrat menang sekalipun, sudah pasti parti tersebut harus jua mendokong cita-cita para pamalu-kapitalis, imperialis untuk menjamin survival mereka semasa mereka memegang kuasa.

Polisi, agenda dan doktrin mereka , tetapkan sama. Tetapi hanyalah pertukaran pucuk pimpinan yang berlainan parti. Itu saja.

==============================

he.he..

Bagaimana Mr. Barrack boleh menewaskan Mrs. Clinton? he.he.. Aku akan menjawab, itu hanya gimmick politik sahaja. Untuk mengangkat ke-agongan Amerika sebagai suatu negara yang bergelar jaguh-demokratik. Maknanya di sini, siapa-siapa saja boleh memerintah Amerika. Tiada mengira asal keturunan, etcnicity dan warna kulit. Kecuali jangan sampai perbezaan ideologi (spt komunis dan Islam sahaja) pula yang memerintah.

Walaubagaimanapun, di sini seolah-olah ada suatu kuasa yang mengangkat agar Obama berjaya menentang Clinton. Supaya apabila pemilihan presiden nanti, kelihatan suatu drama yang agak kontras. Iaitu Obama vs McCain. Hitam vs Putih.


elhias 3: Dari political-gimmick, aku melihat Mc Cain seperti juara-menanti, Sir- Evander-Holyfield menunggu kedatangan Mike Tyson dalam gelanggang gusti di suatu waktu dahulu yang akhirnya kemenangan berpihak keseluruhannya ke atas Holyfield. Walaubgaimanapun kemenangan itu tidak glamour dan popular.



Di situlah kita akan tahu jua, the true-color dan isi hati sebenar keseluruhan penduduk Amerika tentang siapakah yang mereka julang sebagai peneraju mereka nanti. Sudah pastilah pemalu-pemalu neo-con dan pihat2 kultus konservatif menggunakan (by all means) kudrat yang mereka ada untuk menjamin keutuhan dan kepompong mereka daripada pecah.

Misi Afghanistan dan Iraq masih jauh dari tamat.

Walaubagaimanapun jika tekaan aku meleset. Anggap ia sebagai 'immature-prediction' atau suatu congakan dari suatu sudut pemikiran-negatif yang tidak-sehat.

Yang akupun berharap agar tekaan aku itu adalah tidak benar. kerna mempunyai pemikiran yang negatif, bukanlah jua satu keseronokan yang abadi.

he.he.he.

sekian, terima kasih.

Labels: , ,

..

Wednesday, February 27, 2008

Persoalan Negara: Cerita Sebiji "Telur itu" (he..he.)




sebiji telur
Tidakkan selama-lamanya menjadi telur
Bilakan ianya pecah
apakah menuruti bapanya?

walaubagaimanapun, telur itu masih disoket pembaringannya.
belum tiba masanya untuk bangkit.
masih di tahap lama.
Empat tahun lepas.

aku bertanya pada diriku.
ini rahsia kita.
biarkan rahsia menjadi rahsia.
aku seorang adja mengerti.

hehe..

Labels: , ,

..

Persoalan Kempen : Antara Mitos dan Realiti


elhias: pssstt...Bozo! hang pakai cermin mata lagi lawa naa...! he.he.

Sumber: Harga Petrol Tidak akan Naik

Memang tidak dinafikan, kerajaan semasa memerintah, sedikit sebanyak ada jasanya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku berbohong.

Memang tidak dinafikan jua, kerajaan semasa memerintah, banyak kezalimannya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku juga berbohong.

Permasalahannya, pro-dan-kontra sesuatu parti yang diisytiharkan menjadi pemerintah hendaklah ditimbang dan diadili sepenuhnya oleh rakyat secara terperinci. Walaubagaimanapun itu terpulanglah kepada otak, justifikasi rakyat itu sendiri. Manusia yang bijak, selalunya payah untuk ditipu. Manusia yang bodoh pula adalah sebaliknya.


he.he.he...

Walaubagaimanapun, suatu perjanjian oleh seorang menteri baru2 ini yang menegaskan bahawa harga petrol tidak akan naik selepas kemenangan parti politiknya dalam PU-12 ini aku sifatkan ia hanya sebagai:

Suatu perjanjian tanpa-endorsement.

Kerana janji tersebut boleh diibaratkan sebagai suatu 'janji' yang dibuat oleh suatu-pasangan-MUDA yang bernafsu, sihat-walafiat tubuh-badannya, tergesa2 mencintai satu-sama-lain, yang baru melafadzkan akad-nikah supaya tiada melakukan persetubuhan selama 2-bulan dan diberi menginap hotel-10-bintang secara percuma sepanjang waktu itu dan sebuah katil-Queen-amat empuk dengan bertilam sgt tebal untuk dikongsi bersama.






Perlu diingat juga makna 'tiada-kenaikan' terhadap harga tersebut berdasarkan apa? Sedangkan kita sudahpun tahu nafsu serakah pemimpin, pemerintah dan tukang-tukang cukong dari sesebuah parti politik ditahap yang mana? Contoh yang lain-lainnya sudahpun jelas dan patut diberi panduan secara kasar.

Berapa lama kerajaan dari "parti itu" boleh tahan dengan ketiadaan kenaikan tersebut? Itulah yang menjadi persoalannya.

Statement yang keluar dari mulut seseorang yang berbibir-merah, segar, basah, lagikan berkilat itu perlu dianalisis betul2 kerana ia hanya tertulis melalui 'mikrofon' dan bukannya di atas kertas putih ber-amendement. Sedangkan amendement telahpun beratus2 kali dipinda mengikut selera mereka sesetengahnya, inikan pula cakap-cakap mulut seseorang yang berbibir segar, berwarna merah lagi berkilat semasa terdesak berkempen.

Berapa lama tempoh harga tersebut tidak akan dinaikkan ?

Jika harga petrol tidak naik. Harga apa yang akan naik?
Jika sudah lama harga tidak naik, sekali ia naik, berapa pula harganya?

Pegawai kerajaan, kelazimannnya akan sentiasa senang (InsyaAllah).
Yang susahnya adalah orang2 kampung yg berpendapatan rendah dan tiada pekerjaan.

he.he..he.

Tarik kain ke bawah, nampak pusat.
Tarik kain ke atas, nampak lutut.
Buang kain, bogel teruss!!!

kah.kah.kah!!!

Labels: , , ,

..

Wednesday, December 05, 2007

Permasalahan Negara: Hikayat Penghipokritan Sang Politikus Demi Pilihanraya


elhias: Bosan...apa pandang2?!!! kang! aku gegeettt!!!


Sumber bermaklumat Teppe-Elekk klik saya!!!


Entah Jin-Islam berbangsa Arab mana yang merasuk, tiba-tiba Anak-Toyol mengesyorkan supaya penjawat awam hendaklah mengamalkan prinsip 6M ke dalam diri masing2. (dimulai dgn 2M kemudian, disusuli pula dgn 3M dan 4M).

Kalau nak ikutkan, byk sangat formula untuk penjawat awam daripada motto "kepimpinan melalui tauladan" sehinggala ke hari ini.


Kali ni, tergeliat lidah aku nak menyebutnya.

1. Musyaratah,
2. Muraqobah,
3. Muhasabah,
4. Mu‘aqobah,
5. Mu‘atabah
6. Mujahadah

(elok ditambah 2 lagi iaitu Mughollazah dan Mutawassitah)

Sekali imbas memanglah bunyinya macam bagus. (bagi pakcik-pakcik yang sudah 25 tahun pencen)

Entah apa relevannya tiba2 peristilahan Arab pulak nak digunakan. Mungkin agak Islamik kot.
Maklumlah Selangor ini adalah negeri yang paling Islam sekali dalam banyak2 negeri.

Tempat maksiat pun tidak ada. Syabas!!! sebab kali ini, toyol kita lebih bersikap ke-Arab-Araban dan lebih wara', lebih alim, lebih ulama' dan lebih Islam daripada rakan2 sejawat yang lain.

Tapi lama-kelamaan, ......

nampak sangat penjawat awam ini adalah golongan yang paling tidak berguna sekali dalam kerajaan. Kesalahan mereka senang dilihat. Kesilapan mereka selalu ditegur.

Mungkin betul. Aku tidak nafikan.

Tetapi, Sebaliknya ahli2 politik yang berkuasa di Malaysia ini agak bernasib baik kerana kekebalan mereka dalam apa jua aspek.

Maka sebab itulah mereka tidak perlu mengamalkan apa-apa prinsip.

Ke ma'asuman ahli-ahli politik-yang berkuasa di Malaysia tercetus apabila parti mereka menang-besar dalam setiap pilihanraya.

Hadiahkanlah seberapa banyak batang penyapu kepada pegawai kerajaan. Mereka tetap menerima dengan rela-hati.

Tapi kadang-kadang, yang ditakuti, penyapu tersebut bakal digunakan untuk menyapu bersih politikus dan tikus-tikus politik yang cakap-tak-serupa-bikin.

Paling tidakpun, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk mengetuk si-toyol itu.

chiiiiiiiittttttttttttttt!!!!!! Poraahhhh!!!!

Labels: , , ,

..

Tuesday, October 02, 2007

Permasalahan Demokrasi Negara: Teka Teki dan Pilihanraya


Sesetengah suara daripada partai pembangkang se-malaysia meneka dalam kesamaran tentang ramalan tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia adalah pada Mac 2008.

mmmm....kah kah kah..

Kesian sungguh... Boleh jadi ia betul. dan boleh jadi ia tidak. Apa-apapun aku tidak berani mengatakan samada ia benar atau salah kerna ia bukan sesuatu yang mudah diduga dan sementelahan itu, aku pun bukan seorang ahlil-Nujum.

Aku cuma menulis dengan menggunakan kuasa-logik dalil el-aqli aku sahaja. Pada aku, apa-apapun pilihanraya dibuat adalah berdasarkan pungutan-suara yang dibuat di kawasan-kawasan kampung, kawasan2 luar bandar baik di Semenanjung, mahupun Sabah dan Sarawak baik secara terbuka mahupun rahsia.

Selagi pungutan suara secara rahsia yang dijalankan oleh orang-orang Kementerian dan Jabatan Penerangan, polis2 SB, pakar2 mathematician/pakar statistik Negara yang pro-Kerajaan, Petugas-petugas Khas penyokong-Kerajaan, dan juga junta-junta unit gempur Ammeno (Umno), masih gagal memperoleh jumlah undian yang memihak kepada kerajaan, maka selagi itulah Pilihanraya pasti tidak akan diumumkan. Jika diumumkan juga, maka pihak kerajaan maknanya sudahpun tiada pilihan dan terpaksa berhadapan dengan risiko 50 - 50. Pejam mata...dan buat keputusan!!!


Buat masa ini, pihak partai yang memerintah sedang sibuk merangka pelan kontingensi, dan strategi untuk memenangi hati rakyat. Berbagai bentuk dan jenis gula-gula diberikan kepada kita semua agar sedap dikunyah sehingga pilihanraya diumumkan dan seterusnya dilaksanakan.

Walaubagaimananapun kali ini gula-gula itu ada sa-dikit pahit. Kejap manis. Kejap pahit. Kejap manis. kejap pahit.

Maksudku walaupun kenaikan gaji kakitangan awam diluluskan mahupun yuran-yuran persekolahan budak2 dimansuhkan tetapi kenaikan-kenaikan barangan-barangan lazim dapur secara tidak diduga naik mendadak sudah tentu menimbulkan kesan yang negatif pada bakal si-pengundi.

Tak tahulah bagaimana kerajaan akan cuma memulihkan situasi seperti ini nanti. dan yang paling buruknya adalah ura-ura kenaikan bahan-bakar iaitu gas-dapur dan kenaikan tol pada tahun hadapan yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi.


Nampaknya kali ini kerajaan kita (yang pro kepada bangsa-cina dalam sesetengah aspek) terpaksa bermain teka-teki lagi.

Pada pendapat aku, penetapan tarikh pilihanraya di Malaysia ini boleh diumpamakan sebagai penetapan tarikh peperiksaan bagi seseorang guru, dalam sesebuah kelas yang mempunyai sa-orang murid yang telah dipilih-kasih sehingga murid2 yang lain menjadi cemburu dan berasa tidak senang hati.


Selagi murid-kesayangan tersebut tidak bersedia dalam matapelajaran yang diajar oleh guru tadi, maka selagi itulah tarikh ujian akan ditunda sehingga murid tersebut mahir dalam matapelajaran tadi. Itupun setelah tips dan trick diberi secara rahsia kepada murid kesayangan tadi semoga murid tersebut mendapat kelebihan berbanding dengan para pelajar lain.


he..he..he..

nota: elhakim, tak baik menuduh. berdosa!!! tak ada bukti!!! elhakim: Ya ker berdosa? tak perlah... biar aku berdosa. tidak mengapa itu.

Labels: , , , , , , ,

..

Monday, June 04, 2007

Persoalan Politik: Gugup atau Gagapkah Samy?




nota: Catatan ini dibuat bukanlah bertujuan untuk memalukan individu. Jauh sekali untuk mereka-reka atau mengada-ngadakan sesuatu yang tiada.

Sebelum pergi ke intipati persoalan yang diberikan, klip video ringkas yang URLnya dipaparkan seperti di bawah ini hendaklah dilihat. Sila dengar dengan tekun, jika boleh sila catatkan bulat-bulat ayat-ayat Datuk seri S. Samy Vellu tentang apa yang dimaksudkannya. Sebagai menteri popular, orang besar, public-figure, dan ahli perniagaan yang berkerusi sentiasa panas, tatabahasa, gaya-bahasa yang dikeluarkan semasa persidangan di parlimen hendaklah diambil kira.


klik 1: http://www.youtube.com/watch?v=gukFaKtLjXE

klip 2: http://www.youtube.com/watch?v=F_dcV9ZjmTc

klip 3: http://www.youtube.com/watch?v=3vcmgy3KUCg

klip 4: http://www.youtube.com/watch?v=I7r-Op0BWAE


Pada dasarnya, jika dihitung secara congak, telah berapa tahunkah YAB Samy Vellu ini memegang jawatan sebagai menteri di Malaysia? Dan kita juga sedia maklum bahawa kerajaan sendiri serta negara Malaysia tercinta ini sedang bertungkus-lumus memartabatkan Bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Malaysia (bukan memutabakkan bahasa).

Di sini, tidak sekali-sekali aku berlakon sebagai hero atau jaguh untuk memperbetulkan seseorang apatah jauh sekali untuk menonjolkan diri aku sebagai seseorang yang terlebih pandai daripada Samy vellu ini. Kerna pada hemat aku, Samy Vellu ini tiada tolok bandingannya jika dibandingkan dengan seseorang yang bernama 'aku' - ini. Kalau tidak, masakan pengundi-pengundi Melayu tergamak mengundi beliau serta menganugerahkan beliau dengan gelaran dato' Seri yang mana orang Melayu yang berjuang dengan betul-betul ikhlas pun belum tentu memperoleh gelaran tersebut.

Bagi aku, penggunaan bahasa dalam persidangan parlimen amat penting kerna parlimen bersidang adalah bertujuan untuk mendengar ahli-ahli parlimen mengemukan segala rintihan rakyat.

Kadang-kadang aku segera terfikir bagaimana seseorang menteri betul-betul ikhlas bekerja untuk rakyat dan negara sedangkan gaya pertuturannya agak tunggang langgang. Pada kertas putih, bagi aku beliau adalah seorang pemimpin, ahli-politik, bukannya aney yang jual roti canai mahpun pembuat teh-tarik di tepi longkang.


Ada 3 sahaja kebarangkalian di sini,

1. jika beliau mempunyai kefasihan dalam Bahasa Tamil dan juga Bahasa Inggeris, tetapi TIDAK terhadap Bahasa Malaysia, maka secara logiknya, rasa hormat beliau terhadap bangsa Melayu memang boleh dipersoalkan. Di sini kita akan tahu di mana letaknya rasa hormat beliau terhadap bangsa dan negara kita.

2. jika beliau telahpun berpuluh2 tahun menjawat sebagai menteri, dan beliau mempunyai berbagai peluang dan sumber untuk memperbetulkan krisis 'lidah' tetapi masih gagal lagi untuk memperbetulkan, maka kita boleh juga membuat kesimpulan tahap keseriousan beliau dalam menangani apa jua masalah dalam bidang kuasanya. Seperti masalah dalam pembangunan, kerja-raya dan segala infrastrukutur yang maujud di dalam negara Malaysia yang tercinta ini. dan segala-galanya adalah cermin dan reflect diri beliau sendiri.

3. Kebarangkalian ke-3 ini agak rumit sa-dikit. kerna... ia mencerminkan peribadi, tingkah laku serta masalah tahap psikologi jika beliau dihadapkan dengan persoalan yang beliau sendiri tidak tahu hendak menjawabnya. Kebarangkalian ke-3 ini, bukan beliau sahaja yang terkena malah aku sendiri pun pernah mengalaminya.

he..he..he.

Pada hemat aku, kebarangkalian ke-3 ini, ada kena-mengena jika kita membuat salah atau melakukan sebarang kelalaian tetapi disembunyikan dengan sengaja. Tetapi jika, dipersoal atau diinterrogate maka jawapan tunggang-langgang juga adanya...(panic-strike)

Mari kita lihat dari sudut sejarah.

Nabi Musa adalah seorang rasul yang diutuskan oleh tuhan untuk Bani Israel di zaman Firaun Ramses II. jika dilihat dari segi fakta, Nabi Musa AS. memang mempunyai masalah pertuturan yang tidak jelas dan segala hujah dan penyampaian wahyu daripada Allah SWT kepada ummat beliau adalah dibantu oleh sepupunya iaitu Harun AS. Nabi Musa mempunyai masalah pertuturan adalah disengajakan dan dirancang dan juga memang kehendak ilahi kerna Nabi Musa adalah bakal penyelamat bani Israel semasa lidah beliau dicacatkan sejak beliau masih anak-anak lagi.

Sesungguhnya Di sini aku tidak nampak sebarang persamaan atau analogi yang boleh dikaitkan antara kelemahan yang terdapat pada DS Samy Vellu dan kisah Nabi Musa tadi.

Tidak tahulah jika terdapat segolongan pengikut Hindu yang tiba-tiba mengisytiharkan bahawa DS Samy Vellu sebagai penyelamat kaum Hindu di Malaysia serta kehendak tuhan mereka di atas kegagapan dan kegugupan beliau semasa sesi soal jawab dengan pemberita juga dengan ahli politik yang lain. wallahualam. Maaf aku tidak tahu.

Untuk N3 ini, aku sendiri tidak boleh membuat kesimpulannya. Hanya Samy dan keluarga-keluarga Samy yang tahu.

nota: Bahasa rojak dan tunggang-langgang yang aku gunakan tidak boleh diambil kira, kerna aku tidak mewakili mana-mana pihak jauh sekali the so-called 'politikus' yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Dan segala kesalahan adalah cerminan dan lentuk-liuk peribadi aku sendiri. Terimalah ia se-adanya.

sekian, terima kasih.




Labels: , ,

Online Users
eXTReMe Tracker