..

Sunday, June 08, 2008

Permasalahan Mentaliti iMNO: Patah Siku bertongkat Dagu


elhias: Lelaki Kurus Tua Melayu yang iMNO

Diadakanlah akan suatu perumpamaan dialog seorang penyokong-totok iMNO sebagai seorang lelaki tua kurus yang berpakaian labuh pada mulanya dengan 'tuhannya' tentang pengenaan suatu teori gila yang dinamakan sebagai Fatwa-Ubah-Gaya Hidup dalam suatu medan nan-sejuk. Seperti yang berikut jualah bunyinya:


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai Lelaki Kurus nan hodoh. tanggalkan overcoat mu itu berilah kepada keluargaku terdekat. Iaitu abangku.

Lelaki Kurus : Baiklah aku tanggalkan aku tetap bersyukur dan berterima kasih padamu


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki Kurus yang hodoh. tanggalkan baju luaranmu itu dan beri pada sepupuku.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri pada sepupumu itu. Aku mesti bersyukur padamu.


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaku kurus yang hodoh dan tolol lagi bahalol. tanggalkanlah baju dalammu itu. dan berilah pada anak-saudaraku.
Lelaku Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri padanya. Namun aku tetap kagum denganmu dan berlutut di hadapanmu wahai suara keramat.


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki kurus yang hodoh, tolol, lagi bahalol dan samdol. tanggalkanlah pula seluarmu. dan berilah pada datukku.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri pada datukmu. sesungguhnya datukmu lebih memerlukannya daripada aku. Namun begitu, akulah yang sepatutnya berterima kasih padamu wahai suara ghaib.



SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki tua, kurus, hodoh, tolol, bahalol, wal samdol lagi cilaka seperti monyet berjambul. tanggalkanlah pula seluar dalammu. Berilah ia kepada kawanku itu.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggal spenderku itu dan beri pada kawanmu. Dia lebih berhak daripada aku. Aku sangat setia dan kasih padamu wahai suara suci.



SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki tua, keparat, bangsat, lahanat, yg hodoh, tolol, bahlol, cilaka, bongok, wal tak senonoh. Apakah kau tiada malu bertelanjang di hadapanku sambil kemaluanmu yg tak bermaya, lembik terkontang-kanting di hadapanku ? Ayuh! ambil tahi-lembu kering itu dan lumurkan pd kemaluan bengkok mu itu agar saudara maraku tiada nampak akan kemaluanmu itu. Dan hendaklah kau bterimakasih terhadapku yang memberikan kau cadangan itu.
Lelaki kurus: Ayohai suara Keramat, sememangnya aku benar-benar memerlukan tahi-kering itu untuk menutupi kemaluanku ini. Berterima kasih jualah aku kepadamu adalah tetap spt selalu. Kaulah suara nan agung. Se agung anggapanku di sisimu.

Maka dilumurkanlah tahi-lembu kering itu diseluruh badannya. Arakian, kelihatan legamlah dan amat hina dinalah si lelaki kurus ini pada mata orang-orang yang berfikir.

Sejenak itu, suatu suara lain menjengah memecah keheningan yang menyapa lelaki tua yang berkudup dgn tahi itu.

SUARA-Ghaib-lain : Wahai lelaki tua yang jelek, mengapakah kau berkeadaan seperti ini? tiada malukah kau. dan dengan siapakah kau berkata2 sebentar tadi ?
Lelaki Kurus: dengan TOOOHAANNN......

SUARA ELhakim: Dahtu nak buat macam mana ? Betul tak?

Labels: , , ,

..

Tuesday, April 29, 2008

Permasalahan Politik Malaysia: Semakin Menyenakkan


elhias: Sebenarnya kedua2nya sama saja...

Pertelagahan antara ahli-ahli majlis tertinggi dan kepimpinan Barisan Nasional, bukanlah suatu fenomena asing mahupun fenomena baru di kalangan manusia2 yang mempunyai kepekaan yang kuat terhadap senario politik tanahair. Perkara ini adalah perkara biasa dan boleh diertikan sebagai rutin dalam kehidupan seorang pemipin berjiwa "Hidup-Barisan!!!"

Kalau dilihat dari segi sejarah, episod tikam-menikam dari belakang ini telahpun menjadi suatu senario biasa dalam parti tersebut. Boleh juga dikatakan sebagai suatu 'amalan'. hehe..

Cuma kali ini lain sa-dikit, kerna pertelagahan ini tercetus antara puak2 yang berlainan bangsa juga agama. Kalau tak silap, kita boleh beri kod mereka iaitu Penyapu vs Tol.


Intipati pertuduhan antara Penyapu a.k.a Tempe dan Tol ini tiadalah boleh dipandang ringan kerna 'weight' dan pemberatnya boleh menimbulkan ketidakpuasanhati antara dua pengikut igama yang berlainan. Silap haribulan, havoc dibuatnya.

Walaubagaimanapun, kita bernasib baik, kerna corak pemikiran rakyat majmuk di negara ini, sa-dikit sebanyak telah berubah. Kemungkinan agaknya, mereka lebih concern mengenai kenaikan harga barang dari terus-terusan memikirkan sentimen perkauman untuk menjadikan ianya lebih serius lagi.

Maksud dan erti pertelagahan dan sikap salah-menyalah antara mereka ini, aku tidak berapa faham. dan aku pun bukannya jenis yang menggemari untuk memahami situasi ini. Apa yang diperkatakan dalam media arus perdana, aku tidak mengambil kira. Terlalu banyak perkara2 yang hendak disorokkan di situ. Ibarat pepatah yang aku buat sendiri, "Berak tak habis, cuma kentut saja.."

Pada aku, cuma beberapa kerat sahaja golongan yang betul2 faham dan arif tentang ini iaitu:
1. Mereka yang terlibat
2. MT dan PM sendiri
3. Mat Tahir - tuan kepada individu2 terbabit yg mungkin dapat menjinakkan. (master-minda)



Nak Harapkan penjelasan 100 peratus daripada media arus perdana? jangan harap. Hanya 5 peratus sahaja yang boleh diterima pakai. Itupun terpaksa ditapis dengan logik akal sendiri. Cuma yang aku tergamamnya adalah, Jika betul, memang terdapat perselisahan yang sangat serious di situ, apa yang dicoretkan dalam blog (individu terbabit) seolah2 tidak sama dengan sifat sebenar individu yang sebelumnya menjadi pemimpin.


Maknanya di sini terdapat contrast antara kewibawaan dalam 'blog' itu dan sifat sebenar bekas pemimpin yang juga empunya blog tersebut. Oleh yang demikian, tidak perlulah membaca blognya. Buang masa!!!!


dan si-tol itu tidak lain, tidak bukan, hanyalah seketul sampah yang hanya tunggu masa..

Sumber Rujukan: AGENDADAILY

Labels: , ,

..

Tuesday, March 18, 2008

Permasalahan Najis : Nak Tercirit dan Terkincit?


elhias: jgn dekat bahaya! busok sgt...!!

Sebagai manusia yg tidak kebal dari segala jenis penyakit, 'gejala sakit-perut', cirit-birit, diarhea, cholera dan rasa nak-terkincit mungkin tidak dapat kita pisahkan dari kehidupan kita sehari-harian. Ianya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan akibat terlalu suka makan digerai-gerai luar yang tidak menjamin kebersihan. Terutama kedai mamak bandero dan mamak-gurpati kurpali.

Situasi dan iterasi berikut mungkin agak tipikal bagi sesetengah pemandu yang baru pekena rojak-basi dan teh-tarik di kedai mamak pada waktu pagi dan hendak ke pejabat.

1. Rasa nak terkincit. dan tercirit
2. Terpaksa tahan kerana berada dalam kesesakan lalu lintas
3. lubang dubur terkumat-kamit, kembang-kempis seperti hidung kambing menahan cairan najis
4. apabila angin daripada usus dan rektum dapat dibuang sa-dikit,

rasa legaaaaaaaa........... -----> tapi lega yang sa-dikit dan mungkin dapat bertahan selama 5 minit sebelum iterasi dan kronologi di atas berulang-kembali.

hehe..

Kalau nak tau keadaan 'LEGA sa-dikit' itulah yang boleh kita samakan dengan barisan kabinet terbaru (yg lama) kepimpinan Barisan Nasional yang baru saja diberi 'NAFAS BARU'

Majulah Malaysia!

hik..hik..hik..


elhias 2: lega...mana2 pun bolee..

Nota
====
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang situasi politik tanahair, refer
KLPOS <--- KLIK!

Labels: , ,

..

Tuesday, October 02, 2007

Permasalahan Demokrasi Negara: Teka Teki dan Pilihanraya


Sesetengah suara daripada partai pembangkang se-malaysia meneka dalam kesamaran tentang ramalan tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia adalah pada Mac 2008.

mmmm....kah kah kah..

Kesian sungguh... Boleh jadi ia betul. dan boleh jadi ia tidak. Apa-apapun aku tidak berani mengatakan samada ia benar atau salah kerna ia bukan sesuatu yang mudah diduga dan sementelahan itu, aku pun bukan seorang ahlil-Nujum.

Aku cuma menulis dengan menggunakan kuasa-logik dalil el-aqli aku sahaja. Pada aku, apa-apapun pilihanraya dibuat adalah berdasarkan pungutan-suara yang dibuat di kawasan-kawasan kampung, kawasan2 luar bandar baik di Semenanjung, mahupun Sabah dan Sarawak baik secara terbuka mahupun rahsia.

Selagi pungutan suara secara rahsia yang dijalankan oleh orang-orang Kementerian dan Jabatan Penerangan, polis2 SB, pakar2 mathematician/pakar statistik Negara yang pro-Kerajaan, Petugas-petugas Khas penyokong-Kerajaan, dan juga junta-junta unit gempur Ammeno (Umno), masih gagal memperoleh jumlah undian yang memihak kepada kerajaan, maka selagi itulah Pilihanraya pasti tidak akan diumumkan. Jika diumumkan juga, maka pihak kerajaan maknanya sudahpun tiada pilihan dan terpaksa berhadapan dengan risiko 50 - 50. Pejam mata...dan buat keputusan!!!


Buat masa ini, pihak partai yang memerintah sedang sibuk merangka pelan kontingensi, dan strategi untuk memenangi hati rakyat. Berbagai bentuk dan jenis gula-gula diberikan kepada kita semua agar sedap dikunyah sehingga pilihanraya diumumkan dan seterusnya dilaksanakan.

Walaubagaimananapun kali ini gula-gula itu ada sa-dikit pahit. Kejap manis. Kejap pahit. Kejap manis. kejap pahit.

Maksudku walaupun kenaikan gaji kakitangan awam diluluskan mahupun yuran-yuran persekolahan budak2 dimansuhkan tetapi kenaikan-kenaikan barangan-barangan lazim dapur secara tidak diduga naik mendadak sudah tentu menimbulkan kesan yang negatif pada bakal si-pengundi.

Tak tahulah bagaimana kerajaan akan cuma memulihkan situasi seperti ini nanti. dan yang paling buruknya adalah ura-ura kenaikan bahan-bakar iaitu gas-dapur dan kenaikan tol pada tahun hadapan yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi.


Nampaknya kali ini kerajaan kita (yang pro kepada bangsa-cina dalam sesetengah aspek) terpaksa bermain teka-teki lagi.

Pada pendapat aku, penetapan tarikh pilihanraya di Malaysia ini boleh diumpamakan sebagai penetapan tarikh peperiksaan bagi seseorang guru, dalam sesebuah kelas yang mempunyai sa-orang murid yang telah dipilih-kasih sehingga murid2 yang lain menjadi cemburu dan berasa tidak senang hati.


Selagi murid-kesayangan tersebut tidak bersedia dalam matapelajaran yang diajar oleh guru tadi, maka selagi itulah tarikh ujian akan ditunda sehingga murid tersebut mahir dalam matapelajaran tadi. Itupun setelah tips dan trick diberi secara rahsia kepada murid kesayangan tadi semoga murid tersebut mendapat kelebihan berbanding dengan para pelajar lain.


he..he..he..

nota: elhakim, tak baik menuduh. berdosa!!! tak ada bukti!!! elhakim: Ya ker berdosa? tak perlah... biar aku berdosa. tidak mengapa itu.

Labels: , , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker