..

Sunday, April 17, 2011

Permasalahan parti: Anai-anai dlm perjuangan


sesetengah golongan dalam Partai islam se-malaysia menyalahkan pentadbiran dan presiden kerana gerak kerja partai gagal menarik golongan baru utk menyertai partai itu.

entahlah. mungkin benar. mungkin tidak.


tetapi aku tidak yakin dengan hujah itu. kerna bagi aku, media memainkan peranan segala-galanya.

Rasulullah telah lama bersabda bahawa...

fitnah akhir zaman amat merbahaya. justeru media menenggelamkan kebenaran itu.

dan kena pula bangsa melayu adalah bangsa yang kurang mengkaji..

fitnah itu diibaratkan tuang minyak ke dalam api.

Labels:

..

Monday, August 04, 2008

Permasalahan Negara: PakLah Yang entah hapa-hapa


elhias: Khairy, menantu-Babah, tersenyum girang bila terpandang mertua a.k.a. babah kesayangannya yang memberi sepenuh kebahagian dan kasih-sayang terhadapnya. (hehe) Tak sia-sia perjuangan dan pengorbanan selama ini

nota: semasa aku menulis 'elhias' di atas, entah mengapa aku rasa seperti hendak muntah hijau dan agak meluat sangat. Kemungkinan aku sedang mengandung sekarang ini.


Semasa di sebuah restoran pagi tadi, Hairan juga apabila mendapati PM Malaysia terlau beria-ria sgt menyebelahi rakyat tentang isu Jejantas MRR2 yang kelihatan semakin retak (jika tidak menanti belah). Kenyataan PM Malaysia dibaca seolah-olah terlalu berjuang untuk rakyat sehingga hendak menubuhkan suatu siasatan tribunal khas bagi menyiasat keretakan MRR2 tersebut.

Boleh dikatakan aku hampir2 terkentut2 apabila terbaca statement yg mafhumnya spt di bawah:

PM Malaysia sangat risau dan concern kerana Rakyat amat marah dengan isu-keretakan jejantas MRR2 tersebut yang boleh mendatangkan kemerbahayaan kepada semua pihak

hehe.

Sejak bila pula Pak-lah ambik peduli tentang kemarahan rakyat ini ? Takkan lah pula isu keselamatan rakyat pun turut hendak dipolitikkan sempena By-Election di Pmtg Pauh ? Mengapa PM Malaysia tidak ambik peduli pula tentang kemarahan rakyat kerna isu-minyak petrol naik-mendadak dan tidak turun2 walhal Singapura sudah 6 kali menurunkan harga petrol mereka kerana harga pasaran petrol dunia sedang merudum sekarang.

Lain-lain Isu yang boleh membuatkan seseorang itu berasa pelik adalah

1. PM Malaysia terkejut dgn tarikh cadangan perletakan Jawatan DS Rafidah Aziz sebagai ketua Wanita.
2. PM Malaysia sedang sedaya upaya memerangi rasuah, penyelewengan dan politik-wang.

dan...

Sedang isu memerangi penyelewengan dan politi-wang oleh Paklah berkumandang di media-perdana, TIBA-TIBA Seorang veteran UMNO Dato' Mazlan Harun datang tampil ke hadapan membuat report BPR dan polis untuk membuat pendakwaan bahawa Pak Lah terlibat dengan suatu penyelewengan.

dan ZZZZZZZZZUUUUUUUPPP... WAYAR PUTUS.

hehehe..

Labels: , ,

..

Wednesday, April 30, 2008

Persoalan Politik: Wajarkah Siaran Langsung Dewan Rakyat di Batalkan?


elhias: Pentas Dewan Parlimen dan sebahagian para-pelakonnya.

Persoalan di atas adalah dirujuk.

Aku soal diri aku dan aku jawab sendiri soalan itu.
Jawapan aku,

Aku tidak bersetuju.

Kerna ini adalah salah satu peluang terbaik untuk rakyat-jelata menyaksikan sendiri performance wakil2 parlimen yang mereka pilih semasa PRU dahulu.


Mengapa perlu dibatalkan siaran langsung tersebut?
Pembatalan itu nampaknya telah didokong oleh kenyataan-kenyataan yang tidak kukuh dan tidak berasas langsung.

Baik dan buruknya gelagat ahli2 parlimen berhujjah seharusnya mendatangkan impak dan kesedaran kepada manusia2 yang menyaksikannya seterusnya mereka dapat membuat evaluation, penilaian terhadap ahli2 parlimen tersebut.

Sesungguhnya menyaksikan ahli2 parlimen cabar-mencabar, tegur-menegur, kondem-mengkondem dapat melahirkan sifat-sifat positif ke atas ahli2 parlimen itu sendiri (baik pihak pemerintah mahupun barisan pembangkang, sebab:

1. Mereka akan dinilai akan prestasi dan performance mereka secara telus/ dan secara langsung
oleh rakyat di seluruh negera.

2. Ahli2 parlimen itu sendiri terpaksa cuba sedaya untuk bertindak "seBAGOOSS" yang mungkin seperti menjaga tatatertib dan mengeluarkan hujjah yang bernas di dalam dewan rakyat sambil diperhatikan oleh rakyat2 yang mengundi mereka dahulu

3. Ahli2 parlimen terpaksa menjaga tatatertib dan etika seperti terpaksa menghadirkan diri mereka (tanpa ponteng-ponteng) ke parlimen


===================

Yang aku peliknya usul pembatalan siaran terus-menerus ini selalunya dikemukakan oleh pro-kerajaan. Sebab musababnya (?), entah. aku sendiri pun tidak tahu. Entah apa yang hendak disorokkan, tuhan azza wajalla jua yang mengerti.

Yang lahanat binti hairannya pegawai2 kerajaan yang bawah-bawah di analisis pula tentang prestasi dan performance mereka seperti

1. Mengadakan borang-borang evaluasi, penilaian dan peti aduan di jabatan2 kerajaan kepada pengadu-pengadu yang tidak berpuashati.

2. di universiti2 tenaga pengajar dinilai oleh student. dan student boleh memberi markah ke atas pensyarah2 mereka dan ia dibuat secara telus melalui borang penialaian pengajar.

3. Evaluasi ke atas performance staf kerajaan akan menjadi tenat apabila sesuatu jabatan kerajaan itu telah diletakkan di bawah ISO yang entah ke berapa (?).

Kesimpulan yang aku boleh ke atas kerajaan di bawah pimpinan BN ini adalah

1. Staf kerajaan (yang biasa2) dimestikan dinilai akan performance mereka secara telus dan kenaikan pangkat mereka akan dikenakan beberapa sekatan dan evaluasi lagi seperti PTK dan sebagainya.

tetapi

1. Ahli2 parlimen BN yang memerintah tidak boleh dinilai secara telus. Segala aduan salah laku ke atas mereka seboleh-bolehnya ditutup. Kenaikan pangkat is not applicable di sini tetapi kebolehan mereka untuk memperoleh wang baik secara halal, makruh mahupun haram adalah infiniti.

entahlah..


elhias 2: Wajah sebenar Samy Vellu. Mungkin inilah bekas ahli parlimen yang sangat disegani oleh Dr. Elrastom. Kemungkinan jua ia sebagai lagenda kepadanya. entah...(he..he.he..)

Labels: , ,

..

Tuesday, April 01, 2008

Permasalahan Negara: Pilihanraya Kecil DUN-Ijok Menyaksikan Segala-galanya.

Ulangtayang:

Tidak ramai yang tahu bahawa Pilihanraya Kecil DUN-Ijok pada April 2007 sebenarnya mengundang keganasan dan malapetaka kecil di tempat itu.

Polis berat sebelah, terbukti sudah.

Peristiwa Ijok dan Sungai-Darah, memberikan pengertian segala-galanya.

Labels: ,

..

Saturday, March 22, 2008

Permasalahan Pantai Buruk : Keunggulan si-Kepala Najis dan Pencacai iMENO



el-Nyemak : Dulu lambang ini boleh dikatakan sebagai penyelamat golongan Nasionalisme. Tetapi pada hari ini ku lihat lambang ini tidak ubah seperti Lambang yang Mengungguli si-Kepala Najis, dan Pencacai-Pencacai Negara. Chittt!!!! Porah!!!!!



Dalam iMENO, kebangsatan seseorang itu dijulang berdasarkan kebesaran 'kepala-najis' yang sarat dikendung olehnya. Lagi besar kepala najis yg dikendung oleh seseorang itu, maka lagi besarlah tabik hormat yang diberikan kepadanya.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan orangramai memperkatakan bahawa hampir keseluruhan DUN di Terengganu masih menyokong Maha-Tongga Sir Idris Jusoh-II supaya menjadi MB.

Namun begitu, aku mempunyai persepsi aku sendiri.

Layak sungguh aku berkata bahawa Kemenangan iMENO di Terengganu adalah suatu kemenenangan HARAM puak-puak iMENO yang abadi.

Kemungkinan besar, YAB MB Mahatongga, Sir Idris Juson II lah yang mempelopori kemenangan Haram bte Najis iMENO tersebut.

DUN2 iMENO di Terengganu diibaratkan sebagai anak-anak najis. dan ketua mereka si-MAHATONGGA adalah kepala-najis.

Memang sah! anak-anak najis amat takut jika mereka kehilangan kepala dan bapa najis kesayangan mereka. Tiada lagi Monsoon-cup, katanya.

Jika si-kepala najis itu boleh berbahasa "I" dan "You" kepada sultan, ini secara otomatik bahawa si-kepala najis tersebut secara tidak sengaja telahpun mengisytiharkan dirinya setaraf dan kemungkinan jauh lebih atas dari Raja.

Tepat sekali dengan pepatah Melayu yang berbunyi

"Be-Rajakan di-Mata, ber-Sultankan di Hati"

Mengikut suatu fakta, orang yang mempunyai kriteria seperti ini adalah suatu contoh manusia yang selalu membuat khianat

dan

Mengikut suara ghaib dari Alam Roh pendekar-pendekar iMENO yang telah dulu pergi meninggalkan anak-anak najis iMENO,



Si-Pengkhianat ini HARUS DI-BUNUH!!!

Sebab itulah bangsa-bangsa Melayu yang masih khayal menghidu wap-wap kelazatan aroma babi bin khindzir di Melaka masih lagi meratapi pendekar kesayangan mereka.

Hidup Ghafar Baba!!! 3x

dan.. Jadilah mereka anak-anak Najis dan kuli-Pencacai iMENO Dulu, Kini dan Selama-lama-lamanya...............



el-Nyemak: Si-Tongga: Mulut Mau Manisss. Hati Mau Busukkkk!!!! Politikk!!!!

Labels: , , , , ,

..

Tuesday, March 04, 2008

Permasalahan SPR: Antara kredibiliti dan keBANALan


elhias: waaah... hensem la lu ...gigi puteehh!!!


he..he..

Tak tau la aku..

Daripada Pengarah-Besar Suruhanjaya-Pilihanraya-Malaysia (SPR) Mengeluarkan idea-idea yang agak super-BANAL, adalah lebih baik supaya beliau memaklumkan secara besar-besaran kepada anak2 buahnya supaya membetulkan segala kesilapan-kesilapan yang banal juga (jika terbukti wujud)

Tak taulah aku jika terdapat 11 orang (mungkin lebih) di Malaysia ini yang telahpun berumur lebih 120-tahun. Ingin juga aku berjumpa dan bersemuka dengan mereka dan bertanyakan apakah rahsia untuk berumur panjang. Kalau boleh, panggilah World Guiness Book of Records agar mereka diberi perhatian yang sewajarnya.

Berikut adalah manusia2 yang telah lahir pada tahun 1880-an dan masih sihat dan boleh mengundi:

801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365

sila masukkan no. kp tersebut melalui URL SPR-online di bawah:

1. http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
2. http://202.190.126.62/

Lihat tahun bila mereka dilahirkan. Yang paling muda jika dihitung adalah berumur 124-tahun.

Sepatutnya kesilapan perkara-perkara sensitif yang boleh mendatangkan fitnah ini, tidak sepatutnya wujud. Bagaimana laa.. kesemua rakyat nak yakin dengan sistem yang ada.

Kebetulan pengarahnya pula selalu 'acting' macam BAGOSSSS!!!
Kalau betul-betul bagus tak apa. Dan itulah punca permasalahannya


akhir kalam,

hidup Ghafar Baba!!!
hidup Ghafar Baba!!!
hidup Ghafar Baba!!!

"Gemilang Cemerlang Tembelang"


nota: Kemungkinan SPR akan membetulkan tahun kelahiran tersebut apabila orang-ramai membuat aduan yg telah dikemukakan 3 bulan lepas.


Labels: , , ,

..

Tuesday, October 02, 2007

Permasalahan Demokrasi Negara: Teka Teki dan Pilihanraya


Sesetengah suara daripada partai pembangkang se-malaysia meneka dalam kesamaran tentang ramalan tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia adalah pada Mac 2008.

mmmm....kah kah kah..

Kesian sungguh... Boleh jadi ia betul. dan boleh jadi ia tidak. Apa-apapun aku tidak berani mengatakan samada ia benar atau salah kerna ia bukan sesuatu yang mudah diduga dan sementelahan itu, aku pun bukan seorang ahlil-Nujum.

Aku cuma menulis dengan menggunakan kuasa-logik dalil el-aqli aku sahaja. Pada aku, apa-apapun pilihanraya dibuat adalah berdasarkan pungutan-suara yang dibuat di kawasan-kawasan kampung, kawasan2 luar bandar baik di Semenanjung, mahupun Sabah dan Sarawak baik secara terbuka mahupun rahsia.

Selagi pungutan suara secara rahsia yang dijalankan oleh orang-orang Kementerian dan Jabatan Penerangan, polis2 SB, pakar2 mathematician/pakar statistik Negara yang pro-Kerajaan, Petugas-petugas Khas penyokong-Kerajaan, dan juga junta-junta unit gempur Ammeno (Umno), masih gagal memperoleh jumlah undian yang memihak kepada kerajaan, maka selagi itulah Pilihanraya pasti tidak akan diumumkan. Jika diumumkan juga, maka pihak kerajaan maknanya sudahpun tiada pilihan dan terpaksa berhadapan dengan risiko 50 - 50. Pejam mata...dan buat keputusan!!!


Buat masa ini, pihak partai yang memerintah sedang sibuk merangka pelan kontingensi, dan strategi untuk memenangi hati rakyat. Berbagai bentuk dan jenis gula-gula diberikan kepada kita semua agar sedap dikunyah sehingga pilihanraya diumumkan dan seterusnya dilaksanakan.

Walaubagaimananapun kali ini gula-gula itu ada sa-dikit pahit. Kejap manis. Kejap pahit. Kejap manis. kejap pahit.

Maksudku walaupun kenaikan gaji kakitangan awam diluluskan mahupun yuran-yuran persekolahan budak2 dimansuhkan tetapi kenaikan-kenaikan barangan-barangan lazim dapur secara tidak diduga naik mendadak sudah tentu menimbulkan kesan yang negatif pada bakal si-pengundi.

Tak tahulah bagaimana kerajaan akan cuma memulihkan situasi seperti ini nanti. dan yang paling buruknya adalah ura-ura kenaikan bahan-bakar iaitu gas-dapur dan kenaikan tol pada tahun hadapan yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi.


Nampaknya kali ini kerajaan kita (yang pro kepada bangsa-cina dalam sesetengah aspek) terpaksa bermain teka-teki lagi.

Pada pendapat aku, penetapan tarikh pilihanraya di Malaysia ini boleh diumpamakan sebagai penetapan tarikh peperiksaan bagi seseorang guru, dalam sesebuah kelas yang mempunyai sa-orang murid yang telah dipilih-kasih sehingga murid2 yang lain menjadi cemburu dan berasa tidak senang hati.


Selagi murid-kesayangan tersebut tidak bersedia dalam matapelajaran yang diajar oleh guru tadi, maka selagi itulah tarikh ujian akan ditunda sehingga murid tersebut mahir dalam matapelajaran tadi. Itupun setelah tips dan trick diberi secara rahsia kepada murid kesayangan tadi semoga murid tersebut mendapat kelebihan berbanding dengan para pelajar lain.


he..he..he..

nota: elhakim, tak baik menuduh. berdosa!!! tak ada bukti!!! elhakim: Ya ker berdosa? tak perlah... biar aku berdosa. tidak mengapa itu.

Labels: , , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker