..

Monday, September 22, 2008

Permasalahan Melayu: Tengkarahnya Suatu Pertubuhan




Masih lagi bercerita tentang Melayu.

Melayu kita ini bukan sahaja suka dengar tentang persetubuhan malah suka juga dengan pertubuhan-pertubuhan.

Terkejut aku apabila terdengar berita baru-baru ini terdapat lagi suatu pertubuhan yang mendokong untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sila klik sini.

Untuk apa pertubuhan Pertahankan Hak Melayu itu ditubuhkan ? aku pun tidak tahu. Untuk memahaminya juga aku sudah tidak larat.

Kali ini, bontot siapa pula diletakkan di bawah pengawasan pertubuhan yang baru lahir ini ? tuhan saja mengerti selain manusia yang menubuhkannya.

Mengapa bangsa Melayu ini sentiasa melayukan diri ? Jangan bertanya pada aku. Lihat saja terma yang berbunyi "PERTUBUHAN PERTAHAN HAK MELAYU". Maksud frasa itu pun telah menjelaskan segala-galanya. Maka bangsa kita ini secara otomatik memang diberi hak untuk "melayu" sambil dipertahankan lagi "hak" itu...

dan presidennya adalah Datuk Ibrahim Ali, namanya itu agak tidak asing bagiku.

hehe...

------------------------

Jangan ditanya tentang mengapa Paklah acapkali gagal menjalankan amanahnya dengan baik. Rasa2 semua manusia di Malaysia ini sudahpun maklum akan hal itu kecuali orang asli dan sakai.

Apabila diajukan suatu soalan, paklah kadang2 tidak menjawab. Kadang2 tidak mendengar. Apabila seseorang mengajukan soalan kepadanya, beliau tidak segera menjawab. Sebaliknya beliau akan menyoal balik si-penyoal itu.

Itulah masalah apabila negara kita ditadbir oleh manusia yang kurang mendengar dan tidak suka disoal.





Labels: , ,

..

Thursday, September 11, 2008

Permasalahan Paklah: Strategi Yang Membelit Diri Sendiri ?


elhias: Inilah ketua bagi kelas yang belajar bertani di taiwan dalam bulan posa ini. hehe...


Adalah menjadi suatu lumrah bahawa setiap pelaburan berkehendakkan hasilnya.

Kedengaran suatu kedunguan apabila sebuah parti yang memerintah berusaha untuk menidakkan ahli MPnya daripada melompat ke parti lawan dengan menggesa separuh daripada jumlah keseluruhan ahli perlimennya pergi ke Taiwan pada suatu tarikh yang panjang semasa dalam bulan puasa ini dengan alasan hanya utk membuat lawatan sambil belajar dalam agriculture/pertanian.

Bagi mereka yang mempercayai tentang lawatan sambil belajar itu, tidakkah mereka terfikir tiadakah lagi hari-hari lain selepas hariraya aidilfitri bagi melakukan lawatan sambil belajar tersebut ? yang peliknya tidakkan pembelajaran itu sesuai untuk diajar kepada usahawan2 agriculture yang berpotensi. Mengapa ahli politik pula yg dikerah untuk belajar bertani?

itulah ajaibnya dalam pemerintah Paklah kita ini. Mcm2 boleh berlaku.

Aku cuba bersifat positif dalam hal ini.

Jika benarlah penghantaran lawatan sambil belajar itu betul2 suatu niat ikhlas oleh PM kita dalam memajukan industri pertanian dan bukannya sebab-sebab politik maka hendaklah kita pandang juga hasilnya.

Ini adalah suatu pelaburan yang bukan kecil kosnya kerna melibatkan anak murid yang berjawatan menteri dan ahli parlimen. Sudah tentu mereka tergolong dalam kategori petani2 yang bijak, berkarisma tinggi dan berwibawa hehehe...

Jangan tulis panjang-panjang. Cukuplah. Membazir tenaga sahaja.

Hanya dua sahaja yang aku pinta bagi hasil pelaburan dgn kos yang amat tinggi itu.
iaitu:

1. Harga Beras hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (pemindahan teknologi penanaman padi)
2. Harga Ayam hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (memperkenalkan ayam berteknologi tinggi dgn kos ternak rendah)

TETAPI

Jika SEGALA-GALANYA masih MAHAL juga, sahlah bahawa cara paklah dan menteri kabinetnya berfikir adalah GOOD FOR NOTHING!!!

Untuk apa diadakan sesi lawatan sambil belajar dengan cara tergesa2 ini, aku pun tiada tahu.

Jangan dikatakan sbg strategi membelit diri sendiri sudahlah!

hehe..

Labels: ,

..

Friday, September 05, 2008

Permasalahan Kerajaan: Mentaliti Anak2 kecil Bermain dengan Isu ?


elhias: tanyalah Nostradamus pada 16 Sept ini. Dia pun tidak tahu. hehe..


Bila terbaca suatu forum, aku dapati kerajaan dan penyokong2nya kelihatan seperti keanak-anakan apabila membincangkan isu 16 September 2008 ini. Kelihatan bagi mereka tarikh tersebut seolah-olah suatu tarikh keramat bagi pihak pembangkang. Terdapat juga penyokong kerajaan menggunakan tarikh tersebut sebagai jerat yang membelit sendiri diri pihak pembangkang.

hehe...

Bagi aku pula tarikh tersebut sebenarnya hanyalah suatu janji yang belum lagi pasti. Terserahlah pada kudrat dan iradat tuhan yang maha esa. Takdir.

Ia masih lagi belum pasti. Mengapa hendak diperbesar-besarkan sehingga terdapat ahli2 parlimen kerajaan yang bakal di bawa keluar negara kerna takut menyeberang ke parti pihak pembangkang.

aneh sungguh tindakan kerajaan seolah2 terlalu takut sementelahan tindakan itu boleh disifatkan sebagai merugikan kerna ia bakal menghabiskan wang rakyat juga.

Perjanjian pertukaran kerajaan pada 16 Sept 2008 ini hanyalah suatu keazaman DSAI. Tetapi tiada guaranteenya ia betul2 terjadi.

Bagi aku, Ia boleh dilihat sebagai suatu tekad keazaman ahli-ahli sukan Malaysia yang pada mulanya bertekad berazam untuk memperolehi banyak pingat emas pada sukan olimpik. Berapi-api pada mulanya. Jika tidak dapat, tidak mengapalah.

That is not the end of the world. hehe...Macamlah sudah tiada hari lagi selepas 16 September ini.

Aku rasalah. Kerajaan dan media harus matang dalam bermain isu ini. Janganlah mengadu domba seperti anak kecil.

Rakyat lain meluat.



Labels: , ,

..

Saturday, August 16, 2008

Permasalahan VC Uitm: Komen Beliau Memang Tidak Berkualiti dan Menggelikan Hati


elhias: sorry.. aku tak faham apa yang kau bebelkan dalam TV3 malam tadi. cakap kasik tepat dan clear tak boleh ke brader ????


hehe...

siapa ada menonton buletin utama TV3 pada malam ini?

Maksudku tentang ancaman VC UiTM untuk mengheret Tan Sri Khalid ke mahkamah hanya semata-mata Tan sri Khalid menolak gesaan meminta maaf di atas kenyataannya itu.

Dalam keadaan masih separa-emosional VC Uitm sempat memberikan contoh yang entah hapa-hapa yang aku sendiri pun tiada faham di mana katanya ia boleh mencetuskan perbalahan antara Melayu dengan Melayu. ( Akibat hanya saranan Tan Sri Khalid itu saja.)

Apa kena mengena dengan contoh Pakistan dalam hal ini dengan pengeboman antara sunnah dan syiah ???? Aku sendiri pun kurang pasti.

Setahu aku, perbalahan antara Melayu di Malaysia ini tiada yg melibatkan bom-mengebom.

Bagi aku, yang kuat mengebom manusia lain di Malaysia ini adalah si-Najib-altantuya.

haha.!




ntahler..wallahualam

Labels: , ,

..

Thursday, August 07, 2008

Permasalahan : Minda Melayu Semakin Bersinar Kebodohannya


elhias: hehe.. hobi tetap Melayu Haprak daripada golongan itu

tajuk sgt provokatif. Aku suka.

Yang dimaksudkan bodoh bukannya Melayu ini. Tetapi Melayu itu. Melayu itu, Melayu apa ?
Melayu itu adalah Melayu UMNO yang miskin wang, tetapi minda taraf pencacai. Umno pencacai ini bukan saja miskin wang, malah miskin budi-pekerti juga miskin minda.

Melayu haprak taraf pencacai itu semata-mata mengangumi Mahathir yang kononnya hanya hensem di mata. Apa yang mahathir dan paklah buat di belakang-belakang ??? Mereka tak tahu. dan tidak hendak pun ambik tahu.

Kerana apa? kerana urat-saraf otak mereka telah tertutup dan tersumbat dengan lemak seratan najis daripada santapan rohani yang berpunca daripada goyangan pinggul berahi kesyaitanan Inul dan rakan-rakan. Samada yang sewaktu, mahupun yang lebih dahulu daripadanya.


Yang mereka tahu hanyalah memuji-memuji dan memuja. Semoga pujian mereka pada kerajaan akan terpercik seketul dinar emas dan masuk ke dalam kantung seterusnya tembolok mereka untuk sama-sama menumpang tuah kerajaan pujaan tercinta.

hehehe...

Hey kawan... jangan perasan. Janganlah bermimpi di siang hari.
Keter-perasanan kamu itu adalah lambang kedunguan dan kealpaan diri kamu sendiri.

Ia saolah-olah tidak ubah seperti seseorang lelaki yang terperasan bahawa beliau akan memperoleh isteri yg bertepatan dgn ciri2 pelakon wanita pujaannya dan begitulah sebaliknya jika dia seorang wanita.

Soalan paling senang. Adakah kamu menjaga akhlak dan adab bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri. Jangan jawab pada aku. Jawab sendiri dalam hati.


Kes Liwath yang Lewat Anwar
-----------------------------

Melihatkan penampilan aku, orangramai akan mengetahui bahawa aku bukanlah penyokong PKR. Tiada satupun ceramah PKR yang aku hadiri.

Walaubagaimanapun kes liwat mantan TPM itu haruslah diperhalusi sedalam-dalamnya.

Kini nampak sangat jelas lagi nyata bahawa kes Liwath tersebut semakin terbongkar akan ke-tidakwujudannya dengan beberapa fakta dan hujjah para-pendakwa yang kelihatan sungguh kartun.

Aku perhatikan segelintir rakan-rakan aku dari kalangan penyokong unmo-totok (walaupun miskin ya-amat) sejak dari dahulu menyokong pertuduhan itu dengan penuh yakin dan konfiden.

Apabila tembelang mula pecah-satu-persatu, darjah keyakinan akan pertuduhan itu semakin goyah perlahan-perlahan. Keyakinan mereka mula terjejas, apabila tiada satu butir pertuduhan pun yang keluar juga ketidakwujudan salinan report oleh pihak yang menuduh dan melanggar prosedur undang-undang biasa. Ya tuduhan itu kelihatan sangat luar-biasa.

hehe...

Apabila sudah malu, mereka mula mengeluarkan hujjah yang baru pula iaitu, samada Anwar melakukan liwat atau tidak, itu tidak penting. Yang pentingnya Anwar mendapat pujian dan backup support daripada Kerajaan Amerika. Anwar agen Yahudi dan Amerika !!!!

hehe... apa punya dungu.

Mengapa setiap kali Amerika memuji Anwar tidak boleh ? Sedangkan suratkhabar dan media-massa perdana malaysia selalunya sentiasa kebulur dan mengwar-warkan pujian ke atas Malaysia oleh Bush dan Amerika seperti
1. Malaysia model negara Islam Syumul yang sebenar - Bush
2. Mahkamah Malaysia adalah Adil - Bush

Jika dilihat dari segi ekonomi, hampir seratus-peratus ekonomi Malaysia telahpun lama bergantung penuh kepada kapitalist Amerika termasuk pengendalian WPI-Iskandar seluas beratus2 hektar diberi sepenuhnya kepada Singapura.

Tiada satu apapun di Malaysia kecuali Amerika. TESCO pun hak Yahudi. Manakala Sykt Haliburton di Johor itu adalah hak milik Amerika. Yahudi dan Amerika telah berbilion2 dollar mengaut untung di Malaysia, pun masih Melayu2 haprak dungu itu tidak tahu.

Jelaslah di sini bahawa Melayu Umno memang Melayu Haprak yang amat memalukan dan membimbangkan.

Kembalilah pada ajaran Islam.

Memang benar....Nampaknya UMNO semakin haprak dan tidak releven

Labels: , ,

..

Monday, August 04, 2008

Permasalahan Negara: Jenayah Tahap Pencacai Semakin Amat Membimbangkan


elhias: apa punya haprak dan low-class pencuri di malaysia ni. kunci-mangga pun nak disapu ke? Siap tubuhkan sindeket lagi. TAKZIAH

Diakui, dengan kenaikan kos tambang bas serta pengangkutan lain di negara kita akan menambahkan lagi darjah kemisikinan dan indeks kemelaratan di bumi Malaysia ini.

Impak dan efek terhadap kenaikan itu aku akui akan terus-menerus menekan keseluruhan rakyat Malaysia khususnya bangsa-Melayu yang rata-ratanya miskin (jika nampak kaya-pun, sbnrnya hanya berhutang pakai kad-kredit/bank. Usah perasan la kamu...).

Syukurlah rata-rata bangsa Melayu banyak-tidak-mengeluh dan meredhoi segala2nya yang berlaku kerana bangsa Melayu ini sudah ditakdirkan sebagai bangsa yang kurang-mendesak pihak yang berwajib serta alpa.

Sebenarnya bukannya apa, alternatif pengangkutan awam untuk kemdudahan rakyat tidak banyak bezanya daripada dahulu, iaitu rakyat marhaen tidak mempunyai banyak pilihan yang selesa. Pengangkutan awam spt bas ekspress untuk ke seluruh pelusuk negara sebenarnya masih kurang. Penggunaan kapal-terbang pula melibatkan kos yang mahal serta tidak praktikal. Keretapi pula, adalah tidak menyeluruh dan terhad terutama musim perayaan. Teksi, pula langsung mencekik darah.


Akibat daripada kesempitan hidup itulah, tidak mustahil pelbagai cabang jenayah terutama jenayah mencuri semakin berleluasa di Malaysia.

Kadang-kadang jenayah mencuri ini melibatkan kes pencurian yang tidak masuk akal yang sangat rendah nilai moralnya sehingga kecurian pada tahap-pencacai seperti

1. Kecurian kemudahan masyarakat spt papan-papan tanda dan besi divider jalan
2. Kecurian kabel-kabel telekomunikasi TELEKOM
3. Kecurian meter kepala paip di bandar-bandar besar
4. Kecurian mangga2 kunci padlock di serata negeri selangor, WP-KL, Johor, Perak dan Pulau-Pinang
5. kecurian komponen2 kereta lama
6. Kecurian suratkhabar2 lama yang diletakkan di garaj kereta
7. kes pecah rumah warga miskin yang melibatkan hanya kecurian pakaian, bingkai cermin-mata dan handset.
8. Kes kecurian dawai-dawai berpagar dan kawat-berduri
9. Kecurian air melalui tapping kepada meter
10. Kecurian letrik

dan banyak lagi.

dan seterusnya kos kehidupan yang tinggi juga aku rasa akan menyebabkan staf bertaraf rendah/ dan pegawai-berkolar biru lambat untuk mereka bertemu jodoh yang diidamkan bagi proses perkahwinan terutama lelaki.

Malangnya, akibat daripada itu maka tidak hairanlah jika kes-kes pheodophile iaitu kegiatan seks terkutuk yang melibatkan kanak-kanak perempuan sungguh berleluasa sekarang.

Aku yakin ia akan bertambah lagi dari masa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa......

Labels: ,

..

Monday, July 28, 2008

Persoalan PAS: Mahukah Mengulangi Pengalaman Lama ?


elhias: There's no Escape for the Broken heart.


Sumber: Utusan Malaysia (Sila klik)

Tawaran umno kepada PAS untuk menerajui kerajaan negeri Perak sepatutnya tidak diambil peduli oleh PAS.

Kerana bagi aku, aku yakin bahawa iMNO bukanlah suatu wadah perjuangan ikhlas lagi.

Keikhlasan hati para pemimpin iMNO sudah lama mati. Ibarat seorang Atok-tua yang berumur 89-tahun yang kematian pucuk pada umur 51-tahun akibat Eksiden. (hehe..)

iMNO bagi aku hanya untuk mengenakan PAS. Seperti biasa habis manis, sepah dibuang.

Pemimpin berjiwa syaitan dan bertunjangkan nafsu, mana mempunyai semangat dan bercita2 keislaman.

Persoalannya, jika iMNO betul-betul ikhlas untuk bergabung dengan PAS maka 2 perkara di bawah harus dilakukan pada awal-awal lagi iaitu

1. Menyerahkan negeri-negeri (spt Tganu, Perlis) yang masih di bawah BN untuk diterajui oleh PAS. Mengapa sibuk untuk memiliki Perak yang sudah sememangnya ditadbir oleh pakatan rakyat?

2. Ahli-ahli iMNO sepatutnya bernaung di bawah PAS. dan merealisasikan kewujudan dan bercita-cita untuk menubuhkan negera di bawah pentadbiran Islam yang melaksanakan hukum hudud mengikut syariat yang ditetapkan.


Kepada PAS, tolong janganlah terlalu ghairah dengan pangkat dan harta. Sesungguhnya ia adalah suatu PERANGKAP.

Jika para pemimpin PAS bersetuju dengan tawaran iMNO maka tidak syak lagi bahawa

"....THE DAMAGE HAS BEEN DONE..." ----


Labels: , , ,

..

Wednesday, July 23, 2008

Pertikaian: Jiwa KeIBLISAN, KeSYAITANAN & Kelahanatan Kerajaan Kita



elhias: dalam perkara untuk membuncitkan tembolok sendiri, cepaattt jer menangkap menteri2 kita ni.


sumber: Sila klik saya

hehe...

Salah satu sifat kebangsatan, kelahanatan, kesyaitanan , keiblisan dan kepunahan bangsa Melayu ini adalah terlalu "CEPAT-MENANGKAP" atau mengambil tindakan untuk menonjolkan kemewahan diri sendiri, rakan-taulan dan kaum-kerabat.

Amatlah terlalu padan muka kepada mereka yang terlibat seperti Menteri-Besar Terengganu dan konco-konconya kerana bagi aku mereka ini terlalu bengap dan susah-untuk-faham apabila membaca pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan atau rakan mereka sendiri.

Bila dalam pekeliling telah menggariskan supaya format-A diikut, dgn cepat bangsa Melayu-bertaraf lahanat itu membuat kesimpulan dan mengambil tindakan supaya Jalan-x mesti dilalui untuk mencapat format-A tadi dgn menggunakan berbagai alasan dan helah untuk memenuhi nafsu-sarakah dan nafsu bangsat mereka.

Sedangkan mereka tahu natijah dan waktu sekarang adalah tidak membolehkan mereka melakukan hal-yang demikian.

Tetapi oleh kerana mereka terlalu cepat-sangat-menangkap dalam kecenderungan itu, maka tindakan yang diambil akan menjadi drastik tanpa-tangguh-tangguh lagi. dan hasilnya memang PADAN-MUKA!

Persoalannya mengapa dalam hal untuk mengembungkan perut dan tembolok diri sendiri terlalu cepat untuk diambil tindakan? Tetapi untuk menyenangkan pihak rakyat, tindakan yang diambil terlalu lembab ibarat siput yang kehilangan lendirnya untuk bergerak ?? Itulah bangsat dan lahanatnya bangsa Melayu ini dibandingkan dengan bangsa-bangsa ultra-progresif spt bangsa jepun dan cina.

Kadang2 bukan saja kerajaan negeri saja yang dilabelkan oleh aku sebagai kerajaan lahanat. Kerajaan pusat juga 2 x 5.

Bab-bab pengambilan cukai dan menaikkan harga petrol amat drastik dan cepat dibuat keputusan. Dalam masa sehari atau semalaman saja tindakan menaikkan itu boleh dilakukan.

Tetapi bab-bab spt
1. mengembalikan wang terlebih bayar dalam LHDN kepada rakyat
2. isu pengurangan kadar tol yang membebankan rakyat
3. Upgrading sistem pengangkutan Negara untuk rakyat amat terlalu lambat dan masih lagi dalam proses pertimbangan.

Pertimbangan kepala hotak!!!

Miscellaneous
--------------
Walaupun ada segolongan dari pihak pembangkang yang mengucapkan syabas kepada Ahmad-Said kerana berani membongkar penyelewengan dalam penyelenggaraan harta kerajaan,

bagi aku ITU-TIDAK BOLEH!!!!! aku tidak bersetuju kerana ia akan melahirkan situasi menang-menang pada pihak kerajaan yang memerintah. Rakyat biasa dalam hal ini tetap juga kalah.

AKU KLASIFIKASIKAN KES AHMAD SAID INI SEBAGAI KES YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN.

Kesimpulan aku untuk hal yang ini adalah Puak2 yang bernafsu IBLIS memang TIDAK BOLEH DIKALAHKAN dengan hujjah-hujjah Puak yang Berjiwa KeSYAITANan

HEHE..

Labels: , , ,

..

Monday, July 21, 2008

Pertikaian: Apabila Iblis Mengajar Syaitan Jangan Membazir

z
elhias: Harapkan mahal jer lebih. tapi tak berkualiti. senang rosak.
oopss..sori. jgn salahkan aku. Bukan aku yg kata, tapi orang kuat kerajaan yang mengesahkan. hehe..

Utusan Malaysia: Isu Pembelian 14 Mercedes oleh Kerajaan BN Terengganu

hehe...

Tiada keanehan berlaku apabila kerajaan Pusat memiat telinga kerajaan Negeri atas sesuatu kesalahan yang dilakukan kerana ketua kpd kerajaan negeri tersebut bukanlah seseorang yg menjadi favorite-mereka.

Tetapi apa yang menarik di sini memperlihatkan seperti seseorang yang kelihatan macam-bagoos sedang membuli seseorang yang yang perangainya pun kelihatan macam bagoos juga.

dan

Secara tidak langsung kerajaan negeri tersebut telahpun mengkondem reputasi kereta nasional yang selama ini diwar-warkan sebagai kereta yg paling terbagoos di peringkat nasional iaitu PERDANA. Tak salah aku, wakil2 kerajaan sebelum ini tidak habis-habis memuji kebagoosan kereta nasional yang paling mahal itu.

Apa yang paling menggelikan sekali adalah: alasan kerajaan negeri untuk membeli kereta baru adalah disebabkan maintenance kereta lama (proton Perdana) tersebut melebihi RM 50,000/=.

Maka adalah sesuatu pembaziran jika kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan wang sebanyak itu bagi proses pembaikan.

Untuk MENGELAKKAN PEMBAZIRAN MAKA hendaklah kita beli MERCEDES 14-BIJIK.
Semoga agaknya cost-maintenance akan menjadi sifar.

Bagoos, bagooss... Bijak...bijak...

Semoga tuhan mengasihani pihak tuan.

Labels: , ,

..

Wednesday, July 02, 2008

Persoalan Kerajaan: Kerajaan kita anti-maksiat ?


elhias: "kami anti Liwat!!!"


hehe....

aku ingin sebut suatu isu lama . Isu lapuk 10 tahun dahulu...

Nampaknya kerajaan kita, iaitu kerajaan Barisan Nasional cap Ayam adalah sebuah kerajaan yang mulia dan bermoral tinggi, dichop sebagai anti-liwat, juga kerajaan yang menekankan hak kesamarataan, juga justice


nota:
(justice itu bermakna keadilan. Oleh kerana kerajaan malaysia sungguh allergic dengan perkataan keadilan maka ia dilenyapkan terus dalam kamus kerajaan. Sehingga terdapat sebuah bangunan perundangan di Putrajaya digelar sebagai "PALACE OF JUSTICE")



Salah satu aspek kemuliaan Moral yang terdapat dalam kerajaan Malaysia sekarang ini adalah untuk mengekang kegiatan liwat.

Liwat itu haram dan suatu kesalahan besar katanya.

Tetapi walaubagaimanapun, aktiviti persetubuhan haram antara lelaki perempuan, juga pengoperasian kelab-kelab gay di sekitar bandaraya, masih dibenarkan dan tidak dikenakan sebarang pengenaan undang2 yang serius. Hanya tangkap muat saja dalam berita.

dahulunya mangsa liwat dihukum dan dipenjarakan tetapi kali ini tidak.

Syabas BN!!!

Maju, Aman, Makmur dan Selamat

Labels: , ,

..

Sunday, June 08, 2008

Permasalahan Mentaliti iMNO: Patah Siku bertongkat Dagu


elhias: Lelaki Kurus Tua Melayu yang iMNO

Diadakanlah akan suatu perumpamaan dialog seorang penyokong-totok iMNO sebagai seorang lelaki tua kurus yang berpakaian labuh pada mulanya dengan 'tuhannya' tentang pengenaan suatu teori gila yang dinamakan sebagai Fatwa-Ubah-Gaya Hidup dalam suatu medan nan-sejuk. Seperti yang berikut jualah bunyinya:


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai Lelaki Kurus nan hodoh. tanggalkan overcoat mu itu berilah kepada keluargaku terdekat. Iaitu abangku.

Lelaki Kurus : Baiklah aku tanggalkan aku tetap bersyukur dan berterima kasih padamu


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki Kurus yang hodoh. tanggalkan baju luaranmu itu dan beri pada sepupuku.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri pada sepupumu itu. Aku mesti bersyukur padamu.


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaku kurus yang hodoh dan tolol lagi bahalol. tanggalkanlah baju dalammu itu. dan berilah pada anak-saudaraku.
Lelaku Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri padanya. Namun aku tetap kagum denganmu dan berlutut di hadapanmu wahai suara keramat.


SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki kurus yang hodoh, tolol, lagi bahalol dan samdol. tanggalkanlah pula seluarmu. dan berilah pada datukku.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggalkan dan beri pada datukmu. sesungguhnya datukmu lebih memerlukannya daripada aku. Namun begitu, akulah yang sepatutnya berterima kasih padamu wahai suara ghaib.



SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki tua, kurus, hodoh, tolol, bahalol, wal samdol lagi cilaka seperti monyet berjambul. tanggalkanlah pula seluar dalammu. Berilah ia kepada kawanku itu.
Lelaki Kurus: Baiklah. akan aku tanggal spenderku itu dan beri pada kawanmu. Dia lebih berhak daripada aku. Aku sangat setia dan kasih padamu wahai suara suci.



SUARA KERAMAT iMNO: Wahai lelaki tua, keparat, bangsat, lahanat, yg hodoh, tolol, bahlol, cilaka, bongok, wal tak senonoh. Apakah kau tiada malu bertelanjang di hadapanku sambil kemaluanmu yg tak bermaya, lembik terkontang-kanting di hadapanku ? Ayuh! ambil tahi-lembu kering itu dan lumurkan pd kemaluan bengkok mu itu agar saudara maraku tiada nampak akan kemaluanmu itu. Dan hendaklah kau bterimakasih terhadapku yang memberikan kau cadangan itu.
Lelaki kurus: Ayohai suara Keramat, sememangnya aku benar-benar memerlukan tahi-kering itu untuk menutupi kemaluanku ini. Berterima kasih jualah aku kepadamu adalah tetap spt selalu. Kaulah suara nan agung. Se agung anggapanku di sisimu.

Maka dilumurkanlah tahi-lembu kering itu diseluruh badannya. Arakian, kelihatan legamlah dan amat hina dinalah si lelaki kurus ini pada mata orang-orang yang berfikir.

Sejenak itu, suatu suara lain menjengah memecah keheningan yang menyapa lelaki tua yang berkudup dgn tahi itu.

SUARA-Ghaib-lain : Wahai lelaki tua yang jelek, mengapakah kau berkeadaan seperti ini? tiada malukah kau. dan dengan siapakah kau berkata2 sebentar tadi ?
Lelaki Kurus: dengan TOOOHAANNN......

SUARA ELhakim: Dahtu nak buat macam mana ? Betul tak?

Labels: , , ,

..

Saturday, June 07, 2008

Pertikaian Fasal Harga Petrol: Adilkah Statistik Perbandingan Media Massa Kita ?


elhias: membandingkan harga petrol di Malaysia dengan UK, samalah dengan membandingkan harga ringgit dengan pound sterling. Bodoh!



Terkadang pernah aku terbaca beberapa blog persendirian beberapa orang Melayu yang menyokong dan mengatakan tiada mengapa jika kerajaan menaikkan harga petrol sehingga kepada RM3/ seLitre. Mereka tetap akan menyokong kerajaan kerana mereka kononnya adalah tergolong dalam golongan manusia Melayu setia. (Padahal gaji mereka hanya ratus-ratus dan RM 2 RIBU ke bawah)

Syabas! kerana masih setia dalam kebodohan. Itulah dia otak-Banal-Semulajadi bangsa Melayu.

Yang paling lahanat sekali mereka (dengan kebodohannya) membandingkan harga petrol dengan negara2 seperti Singapura dan Thailand juga United Kingdom.

Anehnya mereka tiada pernah hendak membandingkan harga petrol dengan negara pengeluar minyak yang lain sedangkan Malaysia telahpun dinobatkan sebagai negara pengeluar minyak sebagai suatu industri yang serius.


Bagi aku adalah sangat Tolol jika rakyat Malaysia membandingkan harga petrol kita dengan Singapura kerana Singapura bukan negara pengeluar minyak. Jika harga petrol tinggipun, itu adalah adil, sebab mereka tidak mengeluarkan petrol.

Walaubagaiamanpun jika diteliti, Harga petrol di singapura adalah SGD 2.20. Tetapi Singapura telahpun menetapkan gaji-minimum pekerja iaitu SGD 1,000. dan kebanyakan rakyat di Singapura telahpun mempunyai pendapatan lebih daripada SGD 6,000/month. Setakat SGD 2.20 apalah sangat jika rata2 mereka bergaji SGD 6000++/sebulan (lihat kes pendapatan per-kapita) .

Lagipun keluasan tanah Singapura sangat kecil. Jarak pengangkutan paling jauh hanyalah 28 KM sahaja pada satu hala (berbanding Malaysia 480 KM dari Utara ke Selatan) . Oleh kerana pulau itu kecil, public transportnya sangat cekap dan praktikal. Penggunaan motokar boleh dihindari.

Jika harga petrol di Malaysia adalah RM 2.78/ liter, jika convert matawang Singapura, harga petrol adalah SGD 1.18 sahaja.

============

Membandingkan harga petrol Malaysia dengan UK juga satu usaha yang bodoh dan sia2. Kerana UK juga bukannya negara pengeluar minyak. Jika harga petrol agak melambung tinggi di UK pun tidak mengapa kerna tiada lombong petroleum di situ.

Walaubgaimanapun jika kita ingin terus membandingkan dengan UK maka pertimbangkanlah seperti berikut

Harga Petrol satu liter di UK = RM 6.90 (Memang agak tinggi bukan ?)
Tetapi Itu adalah mengikut nilaimatawang Malaysia. Mengapa perlu convert kepada matawang Malaysia? sedangkan rakyat UK menerima gaji daripada kerajaan mereka dengan nilai pound sterling yang sangat kukuh dan bukannya dari kerajaan Malaysia yg hanya menggunakan RM yang lemah itu.

Dalam pound sterling, 1 litre Petrol = 1.17 pound sterling sahaja.
Oleh itu, Harga petrol di UK masih rendah pada rakyatnya.
sumber: UK current petrol price sila klik

Ia saolah-olah seperti harga 1 liter Petrol = RM 1.10 pada tahun 1992 dulu di Malaysia.

Rakyat UK amat beruntung kerna gaji minimum ditetapkan pada1000 pound sterling.

Pegawai Kerajaan di UK sudah semestinya hidup mewah. Barangkali gaji pegawai yang setara dgn aku mungkin 5700++ pound sterling/sebulan. (maaf jika salah. aku tidak tahu matrik gaji pegawai kerajaan di UK. aku tak buat penyiasatan pun hanya andaian, serkap jarang. cuma)

Jika begitu, setakat 1 liter petrol dengan harga 1.17 pound sterling, apalah sangat di UK. Dahulu petrol cuma 0.79 pound sahaja per liter.

Akhir kalam, entahlah sangat bodoh otak bangsaku. Dalam hal-hal perbandingan yang senang pun mereka tidak lulus. TAKZIAH. Di bawah adalah harga petrol se-liter dalam ringgit-Malaysia bagi negara2 pengeluar minyak. source: current global info.


Labels: , , ,

..

Friday, June 06, 2008

Permasalahan Negara : Kenaikan Harga Petrol Domestik Permainan Kerajaan


elhias: Penulis mempunyai masalah utk mempercayai kata2 manusia yang mempunyai mata kecik sebelah. (mata-negek). Jika dajjal disabitkan dalam hadith bermata buta sebelah, aku masih gagal untuk me-relate antara sifat dzahir dajjal yang buta sebelah dengan seseorang yang bermata kecik-sebelah. Separa-dajjal bangkali. Nauzubillah. (hehehe..)

Sesungguhnya aku rasa ragu-ragu dengan kenaikan harga petrol domestik dalam Malaysia ini. Seolah2 ada sesuatu trick dan helah oleh pihak kerajaan BN ke atas rakyat di situ.

Aku teringat kisah zaman MatTahir dan dongengan MahaKuno dan Mahafiraunnya tentang kehebantan cara beliau ber-auta yang sekian kalinya menipu rakyat marhaen yang rata-ratanya amat bodoh, bengap, biol, tolol, bahlol dan bongok. Yelah... spt, biasa, bangsa Melayu jua yg tertipu disebabkan kebodohan dan kedunguan sendiri. Habis siapa lagi ?

Aku recycle kembali apa yang aku tulis pada entry dulu2.

Kisah Tol pada tahun 2000.

1. Harga Tol di Subang Jaya pada mulanya RM1/=
2. Kemudian ura2 kenaikan tol oleh syarikat konsesi kepada RM 1.50/=
3. Rakyat membantah dan adakan demonstarasi
4. MahaTongga dan Mahakeling juga junta2 MahaFiraun dan MaT-Tahir menurunkan kembali kepada RM 1.00
5. Mahatongga dan Junta Dr. MatTahir dinobatkan sebagai hero oleh Melayu2 tolol dan bahalol juga Melayu2 pencacai yang rata-ratanya amat hodoh rupanya.

6. Padahal tol tersebut secara default, adalah terang2 sesetengah sahamnya dipunyai oleh MatTahir, dan Mahatongga dan seumpamanya itu.

Mungkin samalah juga dengan kisah al-petrol di sini.

1. Ada seorang MP dari parti kerajaan bangun yang kononnya bertegas utk menurunkan harga PETROL dan MEMANSUHKAN TOL SEMASA PERSIDANGAN RAKYAT.

2. MP tersebut adalah terlalu rapat dengan Imam-el-Hadhari.

3. Maka, kemungkinan kadar tol diturunkan/, harga Petrol sekarang mungkin akan kembali pada asalnya (harga turun).

4. Maka rakyat dungu (khususnya Melayu yang berupa hodoh) akan berterima kasih dengan kerajaan.

Maknanya di sini,

1. THEY (KERAJAAN) CREATE THE VACUUM
2. THEY FILL THE VACUUM

atau ibarat Dr. Salleh Yakub dalam nyanyiannya.

GALI-GALI GALI LOBANG....KAMBUS LOBANG.... GALI LOBANG...


ATAU KALAU susah sangat nak faham...

1. Mereka (kerajaan) cipta masalah
2. Mereka juga yang menyelesaikan...


Kadang2 payah betul hendak kasik faham bangsa Melayu ini, sebab itulah rata-rata filem Melayu explanationnya banyak yang redundancy. Filem dan narasinya menjadi basi di sebabkan towkey filem tersebut tidak percaya dengan pemahaman penonton yang rata2nya adalah

1. Mat2/minah Kilang
2. Mat2/Minah University yang grednya cukup-cukup makan

Akibatnya, pengarah terpaksa berulang2 kali explain dalam dialog mengapa sesuatu perkara itu terjadi yang menjadikan filem garapannya hambar dan tidak suspen lagi.


KESIMPULAN,

aku isytiharkan discredit untuk bangsa Melayu yang tinggal di
1. Johor
2. Pahang
3. Perlis

disebabkan mereka masih bodoh dan berperangai hodoh Juga kecacatan otak dan fikiran mereka.

TAKZIAH!!!

P/S: Kadang2 jua aku terfikir, kemungkinan besar penyokong2 UMNO-totok ini mempunyai ibu-bapa yang mempunyai pertalian saudara terdekat iaitu ADIK-BERADIK. atau perkahwinan sepupu yang menyebabkan "KEMATIAN-WALI".

Maknanya, mungkin

ibu-bapa mereka sepupu terdekat atau

Ibu mereka adalah kakak kepada Bapa mereka

atau ibu-mereka adalah emak-saudara-benar kepada Bapa-mereka. entahlah.. aku tidak hipokrit. aku menyatakan apa yang ada dalam fikiran aku buat masa ini.

DALAM UMNO segala benda-benda pelik dan nista tidak mustahil terjadi.

wallahualam

Labels: ,

..

Tuesday, June 03, 2008

Permasalahan Kerajaan: Tetap Seperti Biasa


elhias: Cuma ubah sikit jer iaitu buang 'M'... maka jadilah Bersekutu Bertambah KUTU . 'M' itu Mahathir (haruslah dibuang). diganti dgn K. 'K' itu adalah Kalimullah boleh jadi juga Khairy atau boleh jadi juga Kamaluddin


entahlah...

kali ini aku rasa macam terlalu sukar untuk mengulas tentang kebobrokan kerajaan-pusat seperti ada yang membelenggu dalam saraf otak.

terlalu byk sangat kegagalan. hasil dari kegagalan masyarakt Melayu itu sendiri.

Untuk menulis mengenai el-imam el-hadhari pun aku tiada mempunyai apa2 pandangan yang ekstreme. Segala-galanya agak mendatar dan kabur. Mungkin aku terlampau kenyang dan terlalu bersenang-lenang. Itu aku tak- tau.

dan...

Sehingga terlalu payah untuk aku membayangkan muka PM hatta gerak-gerinya sekalipun.

Untuk membayangkan muka PM, aku perlu mengingati wajah Arwah-si-Tompel terlebih dahulu. (Pelakon lawak dulu-dulu yang digandingkan dengan Ibrahim-Din bersama P. Ramlee.) Kemudian barulah muncul muka PM itu.

hehe..

Kali ini aku buat2 terperanjat besar apabila menganalisis berita mengenai PM hadhari yang menggesa supaya

dunia perangi kenaikan melampau kos makanan, minyak

dalam suratkhabar utama, penyebar-fikiran rakyat (katanya)

Tak dapat jua aku membayangkan ketegasan PM apabila mendendangkan rhetorik sebegitu yang mengajak ajak-ajak ayam supaya dunia perangi kos melampau minyak yang menyaingi kos makanan.

Apa yang tergambar dalam benakku adalah KEMUNGKINAN ucapan PM dalam sedar tidak sedar seperti berikut:

"kita hendaklah mengurangi perbelanjaan kita, dan kita hendaklah bersyukur akan minyak yang naik ini kerna dengan kenaikan kos minyak ini, maka..... kita akan menikmati apa yang kita ada sekarang......... oleh itu dunia hendaklah berjimat cermat. kitar semula apa yang ada dalam negara kita, dengan itu, minyak akan bertambah banyak"

lebih kurang begitulah apa yang aku dapat bayangkan akan ucapan PM tersebut.

Selepas itu, suratkhabar akan mengwar-warkan tepukan gemuruh hadirin dan hadirat dari seluruh ceruk rantau dunia. media malaysia fokus muka PM dan Raja Nazrin bersalaman tanda kejayaan-kejayaan sebegitu rupa. kejayaan kejayaan biasa jua.

Selepas itu, tiada apa2 yang berlaku.

semua menjadi seperti biasa juga.
wajah burok dan hodoh orang Melayu pun kelihatan seperti biasa juga
muka2 menteri hadhari seperti Mohd Noh, Afdhal, Nazri pun seperti biasa juga
kesusahan orang-orang kampung yang berbangsa melayu tetap seperti biasa juga
hutang-piutang orang melayu pun seperti biasa juga
rancangan bersamamu pun tetap berjalan seperti biasa juga dengan adanya slot2 yang baharu

yang paling gampangnya...perut-perut orang melayu pun bertambah boroi seperti biasa.

boroi yang dipenuhi dengan anak-haram
juga
boroi yang dipenuhi dengan lemak-berpenyakit...

segala-galanya seperti biasa juga...

yang luar biasa adalah cina singapura. sebab perairan laut mereka bertambah besar. dan rakyat mereka masih boleh tetap menikmati subsidi yang diberi oleh kerajaan-biasa-malaysia kepada rakyat-biasa malaysia.

dan yang peliknya...

senyuman cina singapura kelihatan tak seperti biasa....

Labels: ,

..

Thursday, May 29, 2008

Permasalahan Melayu: Bongkak Tahap Berlagak


elhias 1: Khalid Ibrahim default

TAJUK KHAS FAKTA: Kerajaan Selangor Membeli RM 500K BERAS untuk diberi kepada FAKIR Miskin secara PERCUMA.

Amat payah untuk aku menganalisis, mempraktikal tajuk yang di atas kerana
1. siapa yang fakir di Selangor ?
2. siapa yang miskin di Selangor ?

Siapakah bakal yang tidak dapat nanti ?
Adilkah pembahagian dan pemberian itu nanti ?

Walaubagaimanapun soalan2 seperti di atas bolehlah diabaikan, kerana terdapat keyword PERCUMA di situ.

Bagi puak2 iMNO pula, sudah semestnya mereka tidak bersetuju dan terus mengatakan bahawa otak kerajaan pro-pembangkang adalah mentaliti PERCUMA. dan sentiasa hendak PERCUMA.


elhias 2: Khalid Ibrahim versi Honky-tonk-Man 80's



AHA!!!! Kalau hendak tahu, itulah punca kebodohan dan kebangangan serta kerendahan-IQ cara berfikir masyarakat Melayu.
Itulah puncanya bangsa Melayu semakin mundur, lemah dan hak mereka semakin lama semakin terhakis.
Pendek kata, amat afdhal jika aku kaitkan bahawa

MELAYU ITU ADALAH BANGSAT
DAN
BANGSAT ITU ADALAH MELAYU

kerna apa ????

SELAMA INI MEREKA GAGAL MEM-PERKUDAKAN KERAJAAN. SEBALIKNYA KERAJAAN YANG MEMPERKUDAKAN MEREKA SELAMA INI.
hehehe...

Begitulah bodoh dan bangsatnya cara berfikir masyarakat Melayu yang malu-malu tahap khindzir pada darjah yang ke-12. Apabila diberi percuma secara halal, tidak mahu, kerna segan kononnya. Jaga standard. pooooraahhh!!!!!

Impak kepada segan pada tahap bangsat inilah yang membawa bangsa Melayu kepada tahap penyelewengan yang pada umumnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
1. Penyelewangan-Murni
2. Penyelewengan-Keji

Aku tidak akan menghuraikan kedua2 bahagian penyelewangan itu kerna sudah tentu ada yang TERASA. HEHE..

=========

errr....

Siapa pegawai2 kerajaan di sini berani membuka tembelang mereka di hadapan eksekutif swasta/SWASTERA bahawa gaji dan pendapatan mereka amat kecil berbanding dengan swasta ?

Mana dia pegawai2 Kerajaan berbangsa Melayu yang berani menuntut kenaikan gaji secara besar-besaran dan mogok di hadapan pejabat dan kementerian masing2 ???? mana dia ya ?

hehe..



elhias 3: Khalid Ibrahim versi Sahol

Apa yang aku saksikan, Semuanyaaa makan hati....duduk diam2. Tidak mengaku dan berlagak kaya. Akibatnya ramailah pegawai2 kerajaan yang cuba men-doublekan income mereka secara senyap2.

Fikirkan apakah impaknya nanti jika semua pegawai kerajaan melakukan 2 atau 3 kerja dalam satu masa. hehehe...

Aku lebih percaya sistem ini iaitu..........

"Mengapa Perlu Melakukan double/triple-income ? Sedangkan 1st income dan benefits pun SUDAH LEBIH MENCUKUPI"

sebagai kesimpulan,
Jika sistem yang aku percaya itu belum wujud lagi di Malaysia, maka terserlahlah sudah akan mentaliti kita dan orang-orang kita dulu kini dan selama-nya.

Labels: , ,

..

Tuesday, May 20, 2008

Permasalahan Melayu: Kuman di Sebarang Nampak


Sangat tertarik apabila terbaca suatu keratan akhbar yang dirahsiakan jenamanya, tentang sesuatu yang terkeluar daripada minda anak kepada mantan PM-Semalaysia iaitu el-Dato' el-Mukhriz (JKK) yang bunyinya adalah spt yang berikut:

"Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti;"

...
...
...

Persoalan demi persoalan yang seharusnya timbul dalam benak penyokong kuat Tun Mat-Tahir adalah

"SEJAK BILA PULA TUN-MATTAHIR MENGAMALKAN DEMOKRASI MENYELURUH DALAM SISTEM PEMERINTAHANNYA SEMASA BELIAU BERKUASA???"

ya itulah yang sepatutnya menjadi teras persoalan bagi die-hard fan kepada TUN-MATTAHIR. Bukannya mengkritik dan menyuruh orang lain meletak jawatan secara sembrono tanpa melihat kepada diri sendiri.

walau apa pun yang pentingnya...

"KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK DAN UBI KAYU iMNO!!!!!!!"

Labels: , ,

..

Thursday, May 15, 2008

Permasalahan Melayu: Kerana Mulut Jiwa Binasa



Masih ada yang main-main lagi dgn isu-air selangor. Yang sudah tu sudahlah... Di sekeliling aku ada yang menyokong. Ada yang tidak menyokong pemberian air percuma.

Yang tak menyokong itu adalah penduduk Melayu di KL. Bukan Selangor. Gaji mereka kecil, namun mereka masih suka jika saudara mereka, penduduk Selangor membayar bil air. kenapa? Mungkin Allah saja yang tahu. Yang pastinya aku meneka mungkin mereka saki-baki pengundi-ikhlas parti iMNO.

"Demi pembangunan katanyer...."

Penduduk Melayu Selangor hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak setuju. Memang betul. Kebanyakan mereka adalah golongan terlalu-KAYA. penyokong iMNO totok jua.

Aku bukannya penyokong 100% Pak-Khalid. Tapi aku masih terima cadangan beliau supaya mana-mana orang Melayu yang tidak sudi pemberian air-percuma 20 meter padu silalah kemukakan bantahan secara bertulis. Sudah tentu kerajaan negeri akan menerima permohonan dan pembayaran mereka nanti kelak. Janganlah khuatir.

dan tolong jangan besar-besarkan lagi isu remeh-temeh ini!!

Bloodyfool!!!
mengapa media2 bangsat itu suka sangat memperbesar-besarkan keluhan daripada mereka dari golongan yang paling minoriti yang gatal mulut untuk tidak bersetuju pada perkara kebajikan rakyat ?

98.9% setuju
1.1 % sahaja yang tidak sejuju

Dalam hal ini menatang alah 1.1 % tu jugak yang diberi perhatian dan penekanan..

Bodoh!

Aku dah naik fed-up.

Labels: ,

..

Friday, May 09, 2008

Persoalan Politik Negara: Dah Tak Ada Orang Lain Lagi ker ?


elhias: Orang Kuat el-hadhari ni "Hj Nakasone"... Semua kena respek. Tabik respek!!! Jangan tak respek!!!!


dalam beberapa hari ini sempat juga aku menonton beberapa slot berita2 el-perdana dari siaran2 langsung daripada bilik2 berita TV SeMalaysia..

hehe.. bukannya apa... sepatutnya aku tidak perlu menulis apa-apa pun tentang ini...

pada kali ini aku cuma abadikan beberapa persoalan dalam hati aku di dalam blog yang serba canggih ini. hehe..

tentang...

seorang mamat yang agak vogue pada zaman 80an dulu tu...
siapa lagi...kalau tak lain, tak bukan...

el-haji el-nakhaie el haji Ahmad el-nakasone..

============

pelik juga... dalam 5 -7 kali aku menonton slot buletin utama, dalam byk tu jugalah aku ternampak..... mesti ada kelibat Haji Nakhaie el Nakasone ini di belakang Perdana Menteri kita yang sentiasa meni'mati Nikmat dunia ini...

Mengapa tiba2 pengarah Yadim atau bekas menteri yang tak berportfolio ini pula dipilih oleh PM kita untuk mengiringi beliau ke mana2 saja beliau pergi sejak tamatnya PRU-12?

tak ada orang lain lagi ker ??

Yang paling peliknya, semasa PM kita ingin menyatakan sesuatu berkenaan dengan kenaikan harga beras, kelibat si Nakasone ini ada-ada saja...(di belakang PM pulak tu)

begitu juga pada lain2 masa...

Haji Nakasone ini seolah2 akan sentiasa wujud di mana-mana sahaja jika lain-lain menteri kabinet BN berucap...

pelik betul... confiusss aku dibuatnya...



hint:

Untuk melumpuhkan Islam, selalunya pihak orientalist menggunakan pendekatan Islam itu sendiri. Contohnya, memesongkan dan memecahbelahkan ummat Islam dengan tarikat2 songsang, serta ayat-ayat Al-Quran yang telah disalah tafsir.

Untuk melumpuhkan PAS, .....................................???

hehe..

wallahualam...

Labels: ,

..

Tuesday, May 06, 2008

Persoalan The Clown: Mana Janjimu ?




Semalam tidak semena2 clown-negara, mengklasifikasikan bahawa kerajaan negeri Selangor ini gagal disebabkan kegagalan untuk menurunkan kadar cukai pada sesetengah perkara sepertimana termaktub dalam manifestos pembangkang pada PRU yang lalu.

Aku tidak menyalahkan pihak clown, jika kerajaan selangor dengan sengaja tidak menunaikan janji2 mereka sebelum PRU tersebut sedangkan mereka mampu berbuat demikian.

Maknanya di sini, ukuran kejayaan sesebuah kerajaan yang memerintah bagi pihak the-clown adalah dengan menjanjikan kenaikan harga barangan (dalam menifesto) dan mereka merealisasikan janji2 itu setelah menang dalam PRU.

Syabas! Bagus sungguh idea the clown tersebut. Mana dia belajar aku pun tak tau. Kerajaan yang berusia tidak sampaipun 2-bulan dengan resminya dicop sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Hanya satu sahaja kena ingat,

kadang2 sebab-musabab orangramai beralih-arah utk tidak mengundi kita bukan disebabkan janji2 pihak itu untuk menurunkan harga itu dan ini.

Mungkin orangramai itu dah jemu dengan latarbelakang kita yang kerap mengamalkan korupsi dan budaya gangsterisme.

hehe.. wallahualam

Labels: ,

..

Permasalahan Macam-Bagos: Tarabaca punya orang!!!!



elhias: Mengelirukan bagi yang buta politik tanahair. Jusoh and Jusoh. atau sesuai sahaja aku memanggil mereka Jusoh Bros.
(walaupun DNA tiada bersangkut paut)

Amatlah memalukan apabila kita bercakap di khalayak ramai di kedai2 kopi seolah-olah kita mahir dalam krisis politik tanahair padahal pelakon-pelakon politik negara pun kita masih tidak tahu apatah lagi mengenali dengan lebih dekat tentang susur galur dan latar belakang ringkasnya.

Kes yang tidak sepatutnya berlaku apabila seseorang yang mengatakan bahawa presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu adalah mantan Menteri-Besar Terengganu dan begitulah sebaliknya (kes yang jarang2 berlaku tetapi tidak mustahil berlaku)

dan ada pula yang mengatakan bahawa bekas speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu dahulunya adalah Menteri Besar Terengganu itu sendiri.

kot yer pun, kalau nak jadi champion kedai kopi pun, baca-baca la dulu..

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker