..

Monday, August 04, 2008

Permasalahan Negara: Jenayah Tahap Pencacai Semakin Amat Membimbangkan


elhias: apa punya haprak dan low-class pencuri di malaysia ni. kunci-mangga pun nak disapu ke? Siap tubuhkan sindeket lagi. TAKZIAH

Diakui, dengan kenaikan kos tambang bas serta pengangkutan lain di negara kita akan menambahkan lagi darjah kemisikinan dan indeks kemelaratan di bumi Malaysia ini.

Impak dan efek terhadap kenaikan itu aku akui akan terus-menerus menekan keseluruhan rakyat Malaysia khususnya bangsa-Melayu yang rata-ratanya miskin (jika nampak kaya-pun, sbnrnya hanya berhutang pakai kad-kredit/bank. Usah perasan la kamu...).

Syukurlah rata-rata bangsa Melayu banyak-tidak-mengeluh dan meredhoi segala2nya yang berlaku kerana bangsa Melayu ini sudah ditakdirkan sebagai bangsa yang kurang-mendesak pihak yang berwajib serta alpa.

Sebenarnya bukannya apa, alternatif pengangkutan awam untuk kemdudahan rakyat tidak banyak bezanya daripada dahulu, iaitu rakyat marhaen tidak mempunyai banyak pilihan yang selesa. Pengangkutan awam spt bas ekspress untuk ke seluruh pelusuk negara sebenarnya masih kurang. Penggunaan kapal-terbang pula melibatkan kos yang mahal serta tidak praktikal. Keretapi pula, adalah tidak menyeluruh dan terhad terutama musim perayaan. Teksi, pula langsung mencekik darah.


Akibat daripada kesempitan hidup itulah, tidak mustahil pelbagai cabang jenayah terutama jenayah mencuri semakin berleluasa di Malaysia.

Kadang-kadang jenayah mencuri ini melibatkan kes pencurian yang tidak masuk akal yang sangat rendah nilai moralnya sehingga kecurian pada tahap-pencacai seperti

1. Kecurian kemudahan masyarakat spt papan-papan tanda dan besi divider jalan
2. Kecurian kabel-kabel telekomunikasi TELEKOM
3. Kecurian meter kepala paip di bandar-bandar besar
4. Kecurian mangga2 kunci padlock di serata negeri selangor, WP-KL, Johor, Perak dan Pulau-Pinang
5. kecurian komponen2 kereta lama
6. Kecurian suratkhabar2 lama yang diletakkan di garaj kereta
7. kes pecah rumah warga miskin yang melibatkan hanya kecurian pakaian, bingkai cermin-mata dan handset.
8. Kes kecurian dawai-dawai berpagar dan kawat-berduri
9. Kecurian air melalui tapping kepada meter
10. Kecurian letrik

dan banyak lagi.

dan seterusnya kos kehidupan yang tinggi juga aku rasa akan menyebabkan staf bertaraf rendah/ dan pegawai-berkolar biru lambat untuk mereka bertemu jodoh yang diidamkan bagi proses perkahwinan terutama lelaki.

Malangnya, akibat daripada itu maka tidak hairanlah jika kes-kes pheodophile iaitu kegiatan seks terkutuk yang melibatkan kanak-kanak perempuan sungguh berleluasa sekarang.

Aku yakin ia akan bertambah lagi dari masa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa......

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker