..

Saturday, August 02, 2008

Pertikaian: Perbuatan Sumpah dan Natijah Persepsi


elhias: Apa tunjuk-tunjuk orang ni pak sheikh ??

Apabila terbaca artikel2 daripada media-arus perdana dan media-pembangkang, dalam konteks penggunaan bahasa, saya dapati bahawa memang benar terdapat terlalu banyak istilah Bahasa Melayu yang diceduk terus daripada Bahasa Arab contoh:

1. el-muzakarah
2. el-muhabalah
3. el-muqabalah
4. el-fitnatul

Media arus perdana negara kita adalah media yang diselia penuh oleh kerajaan. Maka sudah semestinya gunapakai istilah ceduk-cedukan ini mempunyai maksud yang tertentu walaupun pada asalnya telah lama popular dan digunapakai secara meluas oleh media parti pembangkang.

Aku berpendapat bahawa istilah penggunaan bahasa-ceduk-cedukan oleh media perdana adalah suatu gimik suara kerajaan yang seolah-olah berusaha untuk memantapkan kesyumulan agama Islam bersama pembangkang. Ini adalah bertujuan supaya mengembalikan sokongan bangsa Melayu terhadap parti yang hampir hendak karam itu.

Isu Sumpah-Bersumpah el-Muhabalah
---------------------------------------

Dalam isu ini, rakyat Malaysia boleh terbahagi kepada 2 iaitu

1. Pertama, Golongan yang gemar bersumpah-sumpah. Bagi aku golongan ini telahpun memertabatkan sumpah-bersumpah itu pada tahap tertinggi duniawi. Apabila telah bersumpah, maka golongan itu akan terlepas segala dosa dan tuduhan kesalahan ke atas mereka. Sumpah itu kelihatan seolah-olah suatu mekanisme penghapus dosa juga sebagai indicator supaya suatu tuduhan ke atas seseorang itu boleh terlucut hanya dengan bersumpah sahaja.

2. Kedua, Golongan yang faham apa itu sumpah. Golongan ini tidak gemar mempermainkan sumpah dan hanya menggunakan sumpah sebagai suatu jalan terakhir. Jika seseorang itu telahpun mempunyai "alibi" yang ramai, tidak kira samada para-penyokong, mahupun dari kalangan kaum keluarga, maka baginya tiada gunanya bersumpah, kerana tuduhan yang dilemparkan ke atasnya seolah2 tiada logik. Sementelahan lagi ALLAH SWT amat membenci manusia yang gemar bersumpah walaupun pada perkara yang benar. dan Sumpah ini bukannya boleh dibuat seperti permainan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.


Dalam kes Najib-Eltantuya, Najib dan isterinya telahpun bersumpah. Akibat dari persumpahan ini, maka kes tersebut dan tuduhan ke-atasnya kelihatan terpadam.

Begitu juga dengan si-Saiful (jambu ?) yang bersumpah telah diliwat. Akibat daripada persumpahan ini, maka liwat tersebut tersebut telahpun mempunyai kes yang bakal di bawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.

Dalam kes liwat DSAI, DSAI belum lagi bersumah. aku tiada tahu apakah akan terjadi jika DSAI turut bersumpah bahawa beliau (taraf atuk) tidak meliwat. Agaknya apakah kes tersebut akan dibatalkan ? mungkin hehe..

Apa-apapun guna untuk tidak turut bersumpah atau bermuhabalah oleh Anwar bagiku adalah suatu langkah yang bijak. Kerana, dalam hal ini, beliau tidak turut terjerat dengan golongan
yang mensyariatkan bahawa sumpah adalah suatu mekanisme pelepas dosa yang boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk melarikan diri dari tuduhan.

Kini telah nyata bahawa dunia telahpun terbalik. Hanya jauhari yang mengenal manikamnya. dan memang benar bahawa akhir zaman ini fitnah terjadi dengan berleluasa. dan tidak mustahil bahawa pembawa fitnah kelihatan seperti golongan kebenaran dan berani pula bersumpah sewenangnya2 di atas perbuatan mesum mereka.


wallahualam.

Labels: , , ,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tumpang tanya..jika sudah bersumpah dengan nama Allah di Makamah...apakah hukumnya di sisi Allah...? keran seseorang itu terpaksa bersumpah atas sst yg benar tp dengan niat utk menyelamatkan diri dari kekejaman org lain...?

5:15 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker