..

Saturday, June 07, 2008

Pertikaian Fasal Harga Petrol: Adilkah Statistik Perbandingan Media Massa Kita ?


elhias: membandingkan harga petrol di Malaysia dengan UK, samalah dengan membandingkan harga ringgit dengan pound sterling. Bodoh!



Terkadang pernah aku terbaca beberapa blog persendirian beberapa orang Melayu yang menyokong dan mengatakan tiada mengapa jika kerajaan menaikkan harga petrol sehingga kepada RM3/ seLitre. Mereka tetap akan menyokong kerajaan kerana mereka kononnya adalah tergolong dalam golongan manusia Melayu setia. (Padahal gaji mereka hanya ratus-ratus dan RM 2 RIBU ke bawah)

Syabas! kerana masih setia dalam kebodohan. Itulah dia otak-Banal-Semulajadi bangsa Melayu.

Yang paling lahanat sekali mereka (dengan kebodohannya) membandingkan harga petrol dengan negara2 seperti Singapura dan Thailand juga United Kingdom.

Anehnya mereka tiada pernah hendak membandingkan harga petrol dengan negara pengeluar minyak yang lain sedangkan Malaysia telahpun dinobatkan sebagai negara pengeluar minyak sebagai suatu industri yang serius.


Bagi aku adalah sangat Tolol jika rakyat Malaysia membandingkan harga petrol kita dengan Singapura kerana Singapura bukan negara pengeluar minyak. Jika harga petrol tinggipun, itu adalah adil, sebab mereka tidak mengeluarkan petrol.

Walaubagaiamanpun jika diteliti, Harga petrol di singapura adalah SGD 2.20. Tetapi Singapura telahpun menetapkan gaji-minimum pekerja iaitu SGD 1,000. dan kebanyakan rakyat di Singapura telahpun mempunyai pendapatan lebih daripada SGD 6,000/month. Setakat SGD 2.20 apalah sangat jika rata2 mereka bergaji SGD 6000++/sebulan (lihat kes pendapatan per-kapita) .

Lagipun keluasan tanah Singapura sangat kecil. Jarak pengangkutan paling jauh hanyalah 28 KM sahaja pada satu hala (berbanding Malaysia 480 KM dari Utara ke Selatan) . Oleh kerana pulau itu kecil, public transportnya sangat cekap dan praktikal. Penggunaan motokar boleh dihindari.

Jika harga petrol di Malaysia adalah RM 2.78/ liter, jika convert matawang Singapura, harga petrol adalah SGD 1.18 sahaja.

============

Membandingkan harga petrol Malaysia dengan UK juga satu usaha yang bodoh dan sia2. Kerana UK juga bukannya negara pengeluar minyak. Jika harga petrol agak melambung tinggi di UK pun tidak mengapa kerna tiada lombong petroleum di situ.

Walaubgaimanapun jika kita ingin terus membandingkan dengan UK maka pertimbangkanlah seperti berikut

Harga Petrol satu liter di UK = RM 6.90 (Memang agak tinggi bukan ?)
Tetapi Itu adalah mengikut nilaimatawang Malaysia. Mengapa perlu convert kepada matawang Malaysia? sedangkan rakyat UK menerima gaji daripada kerajaan mereka dengan nilai pound sterling yang sangat kukuh dan bukannya dari kerajaan Malaysia yg hanya menggunakan RM yang lemah itu.

Dalam pound sterling, 1 litre Petrol = 1.17 pound sterling sahaja.
Oleh itu, Harga petrol di UK masih rendah pada rakyatnya.
sumber: UK current petrol price sila klik

Ia saolah-olah seperti harga 1 liter Petrol = RM 1.10 pada tahun 1992 dulu di Malaysia.

Rakyat UK amat beruntung kerna gaji minimum ditetapkan pada1000 pound sterling.

Pegawai Kerajaan di UK sudah semestinya hidup mewah. Barangkali gaji pegawai yang setara dgn aku mungkin 5700++ pound sterling/sebulan. (maaf jika salah. aku tidak tahu matrik gaji pegawai kerajaan di UK. aku tak buat penyiasatan pun hanya andaian, serkap jarang. cuma)

Jika begitu, setakat 1 liter petrol dengan harga 1.17 pound sterling, apalah sangat di UK. Dahulu petrol cuma 0.79 pound sahaja per liter.

Akhir kalam, entahlah sangat bodoh otak bangsaku. Dalam hal-hal perbandingan yang senang pun mereka tidak lulus. TAKZIAH. Di bawah adalah harga petrol se-liter dalam ringgit-Malaysia bagi negara2 pengeluar minyak. source: current global info.


Labels: , , ,

4 Comments:

Blogger rastom said...

Elhakimoto Des ka!

Saya pernah termengurat awek awek turis dari Jepang. Dengan mengunakan BI tertunggang langgang dapat juga berkomunikasi. Tanya pi tanya mai - akhirnya dia bagitu mereka bertiga adalah pekerja super/hypermarket sebagai sales/promoter (yang kerja dok tanya encik mau apa gitu gini). Setiap hujung tahun mereka mampu (MAMPU) keluar negeri makan angin. Kita? Yang gaji ratus ratusan dan dibawah 2k? Simpan duit bertahun tahun untuk naik haji/umrah ...hehehehehe

11:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

Elhakim on da run reply to ELRASTOM,

yela..

at least dapat jugak 'mengurat'

hehehe..

1:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya sebagai rakyat malaysia begitu musykil kerana sebagai penasihat petronas che det juga telah tahu berita ini. Mungkin che det telah berbincang dengan pak lah semasa mereka sama-sama pergi ke jepun. Che det dan paklah mungkin sedang ketawa macam ini " kah kah kah, keh keh keh".

Dan dengan muka seposen che det, dia mungkin berkata " Orang Imno penakuttttttttttt. selalu kena tipuuuuuuuuuu".

12:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

the KDNK or FDI or whatever the mainstream media called the barometer of masses' economy proved to be somekind of spinning gasing by the related people.

the fact that matters is, its the buying power that exactly define the condition of the masses. i totally agree on ur points - singapore pay MORE on petrol than us, because THEY ARE PAID MORE than us.

its simple - buying power.

i am not all about complain and no go. i'm suggesting government think of something to make the living ratio of the people constant. input/ expenditure must be constant.

try tell that to shahir samad. they say he knows alot on econs.

ps- too bad PAS sent one timid tiger (salehuddin ayob) to go versus shahir last time. how about tony phua next time?

6:43 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker