..

Saturday, November 29, 2008

Permasalahan: Pengkhianatan dan Teori Konspirasi Ala Malaysia (Yang Menyusahkan Rakyat Sendiri)


elhias: sekadar elhias sahaja


Tiadala aku mengerti bahawa mengapa mereka masih berasa sangsi dengan teori yang mengatakan bahawa kegagalan menaiktaraf kecekapan perngangkutan awam di negara ini adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan boleh jadi juga suatu konspirasi jahat oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Penghuraian aku tentang kasus ini amat mudah. Iaitu Jika public-transport di Malaysia ini dimajukan maka yang memperolehi keuntungan hanya satu-pihak sahaja iaitu

1. Syarikat public-transport Malaysia sdn bhd.


TETAPI

Jika public-transport TIDAK diusahakan bersungguh2 maka yang memperolehi keuntungan adalah tiga-pihak yang berkait-rapat. Iaitu

1. Pengusaha Otomobil Nasional (termasuk wakil penjual, pengedar/dan pihak finance, bank insuran)
2. Pengusaha yang terlibat dengan Petrol (Petronas dan pengusaha stesen-minyak tempatan)
3. Syarikat Konsesi TOL.

Aku namakan ketiga-tiga entiti di atas adalah suatu group kroni yang berpakat di mana jelas pemerolehan keuntungan mereka pada tahun ini adalah berlipat-lipat kali ganda dengan isu kenaikan TOL dan kenaikan harga PETROL juga kenaikan insuran kenderaan yang boleh dibuat sesuka hati oleh pihak pembuat-policy (flip-flop decision maker).

Nah! hasilnya adalah kemelaratan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang-piutang hampir seluruh hidup.

------------------

Sebenarnya aku tidak nampak mengapa perlunya setiap manusia yang bekerja di Malaysia ini mesti memerlukan sesebuah kenderaan. Sehingga ia hampir tidak logik apabila jika terdapat 3 orang yang bekerja dalam sesebuah rumah maka terdapat 3-motokar yang wajib utk seisi rumah tersebut akibat kegagalan public transport di Malaysia.

Yang peliknya kerajaan selalu menyuruh supaya rakyat Malaysia jangan membazir terutama di zaman kenaikan harga minyak dunia baru2 ini. Suruhan itu termasuk menggalakkan supaya rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi dalam masa yang sama, pengangkutan awam di Malaysia ini adalah sesuatu yang tidak boleh diharap.

Aku juga tidak nampak mengapa perlunya setiap rakyat di Malaysia ini wajib membeli kenderaan. Kerana terdapat sesetengah warganegara di negara2 maju yang mempunyai pekerjaan yang stabil tiada mempunyai kenderaan persendirian langsung. Kenderaan persendirian seperti kereta dan motor bagi mereka adalah sesuatu yang optional. Kerna apa? Kerana public transport mereka amat maju, efisien dan amat efektif.

Kerajaan selau menegah rakyat supaya jangan membuat perbandingan dengan negara2 maju dari segi public transportnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang setanding dengan mereka.

TETAPI yang peliknya kerajaan Malaysia selalu membuat perbandingan dengan negara yang BUKAN-PENGELUAR minyak apabila kerajaan bertegas utk menaikkan harga petrol tempatan.

Di sini sudah maklum bahawa Malaysia amat gemar membuat analisis terhadap negara yang bukan dalam kelas mereka. dan ini saya namakan sebagai kesilapan mental dalam menilaikan sesuatu atau dalam bahasa mudahnya adalah 'PENYALAHGUNAAN-STATISTIK PERBANDINGAN oleh MEREKA yang TIDAK MEMPUNYAI COMMON-SENSE'.

Sepatutnya persoalan membuat kebajikan utk menyediakan prasarana kemudahan bagi rakyat tidak sepatutnya kerajaan kita membuat perbandingan dengan mana-mana negara. Kerajaan kita sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kita. Jika kerajaan terus-terusan berdolak dalik dengan membuat perbandingan, maka sampai bila-bila pun permasalahan itu tidak akan selesai. Sebagai contohnya:

Kerajaan Zimbabwe gagal menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisien bagi rakyatnya. Oleh itu, kerajaan Malaysia tiada mempunyai sebab utk turut sama bersusah-payah menyediakan kemudahan tersebut kepada rakyatnya juga.

Labels: ,

..

Permasalahan: Ketidakcekapan Public Transport Malaysia Suatu Konspirasy



elhias: Ketidakcekapan Public Transport Suatu Konspirasy Jahat
Tangan2 Ghaib dalam Kerajaan Malaysia


Secara amnya kita telah melihat bahawa petrol merupakan suatu sumber pendapatan Malaysia yang mutlak. Kebergantungan rakyat Malaysia pada komoditi ini tiadalah boleh disangkal lagi. Dalam akhbar baru-baru ini, kita telahpun melihat bahawa keuntungan yang dicatatkan oleh PETRONAS adalah pada paras tertinggi dan keuntungan ini akan sentiasa mendaki dari setahun ke setahun.

Ironisnya, sehingga sekarang, tiada seorangpun rakyat profesional di negara ini boleh mengakui bahawa Malaysia mempunyai jaringan sistem pengangkutan awam yang serba cekap dan canggih yang menghubungkan antara luar-bandar, sub-bandar dan bandar.

Dengan keuntungan yang berlipat ganda yang diperolehi melalui PETRONAS pada setiap tahun, saya tidak nampak mengapa tahap keefisienan dan tahap efektif pengangkutan awam ini tidak dapat dipertingkatkan sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk di seluruh Malaysia dari setahun ke setahun.

Saya beri contohnya, perhatikan sistem pengangkutan awam di seluruh Malaysia yang kelihatan agak tidak boleh diharap. Begitu juga dengan kawasan berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam hal ini, kita boleh lihat bahawa kebergantungan terhadap sistem pengangkutan awam terlalu kurang dan Kebolehpercayaannya juga boleh dipertikaikan.

Oleh yang demikian, sehingga sekarang, kerajaan masih gagal menyediakan prasarana tersebut dengan kebolehpercayaan dan kecekapan yang tinggi kepada rakyat walaupun ianya telahpun dijanjikan lebih drpd 5 tahun dahulu.

Penantian ini bagi saya kelihatan seperti tiada kesudahannya.

Berlainan pula dengan pembuatan kereta tempatan yang kita lihat ianya semakin bertambah permintaannya dari masa ke semasa akibat daripada kegagalan pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang efektif lagi efisien kepada rakyat marhein.

Akibat daripada itu, keuntungan yang diperolehi oleh pihak kerajaan Malaysia AKAN SENTIASA berlipat ganda. Sementelahan itu, rakyat Malaysia yang berpendapatan kecil dan sederhana terpaksa membayar kos yang amat tinggi yang dapat memberi keuntungan kepada pihak kerajaan secara mutlak dengan:

1. Pembelian kereta nasional secara terpaksa
2. Penggunaan sumber bahanapi petrol kepada pemilikan kereta persendirian yang semakin bertambah (Juga secara terpaksa akibat penggunaan NGV tidak dipertingkatkan)

Sebagai kesimpulannya, saya melihat keadaan ini seolah-olah suatu konspirasi jahat yang disengajakan oleh pihak kerajaan Malaysia yang dikuasai secara tidak langsung oleh tangan-tangan ghaib bagi melindungi kepentingan peribadi mereka.

Labels:

..

Thursday, October 02, 2008

Paklah Strikes Back: Siapa Yang Bodoh Kali Ini? (suatu Persoalan)






Sesiapapun akan mengerti.

Mengapa tiba2 terlalu ramai manusia yang mempertikaikan kewibawaan Paklah sebagai PM Malaysia. Usul dan pendapat bagi mempercepat perletakan jawatan paklah kedengaran di sana sini seperti langau2 yang menghurung.

Mereka melihat bahawa Paklah bukanlah seorang genius. Apatah lagi seorang decision maker yang bagus. Pendek kata, keputusan yang dibuat oleh Paklah and the team bukan sahaja kurang-tepat, malah meletakkan Malaysia ini dalam keadaan yang merbahaya tanpa mempunyai risk-management yang sepatutnya.

Dalam pada itu, tanggapan orang-ramai terhadap kebodohan Paklah makin menjadi-jadi, apatah lagi dengan isu kenaikan harga petrol, bahanapi dan kejatuhan Pulau Batu Putih yang membuatkan keyakinan rakyat terhadap daya kepimpinan beliau semakin kabur dan terhakis.

Bagi aku, untuk menyalahkan seratus-peratus dan memperbodoh-bodohkan Paklah seorang dalam hal ini adalah kurang-patut. Paklah tidak berdiri dengan sendirinya di sini. Malah di belakang Paklah terdapat berjuta-juta lagi manusia yang sanggup menjadi 'tukang-kipas' yang setia (terutama sang-Melayu kot? Entah...).

Oleh itu, janganlah dihukum akan kebodohan Paklah seorang tetapi hendaklah mengukur 'Berapa-lama rakyat di Malaysia berjaya diperintah oleh seseorang yang bodoh'

Jika 7 tahun, Maknanya telah 7 tahun rakyat Malaysia membiarkan diri dan bertahan dengan diperintah oleh seseorang yang bodoh dan lemah.

Maknanya di sini, Paklah telah berjaya memperbodoh-bodohkan dan melemah-lemahkan rakyat Malaysia selama 7 tahun.

Oleh itu siapa yang bodoh ? Dan siapa yang lemah ?

__________________

Berlainan sekali dengan tradisi negara2 Maju yang mana otak pemikiran rakyat mereka berada di suatu tahap dimensa yang amat berlainan sekali berbanding dengan rakyat negara kita.

Isu perletakan jawatan bagi seorang pemerintah khususnya presiden dan perdana menteri bukanlah suatu perkara yang asing bagi mereka.

Jika tersilap, presiden mereka tidak berlengah-lengah dan tidak-segan silu meletakkan jawatan. Ini adalah bertujuan Bagi menghalang 'further damage' bagi keseluruhan parti yang memerintah mahupun situasi dalam negara.

Di situ kelihatan seolah-olah rakyat amat berkuasa dan berjaya menekan pemerintah agar bersedia untuk melakukan apa langkah yang sepatutnya walaupun kesilapan presiden dan perdana menteri agak kecil.

Labels: , ,

..

Wednesday, September 17, 2008

Persoalan Pemimpin: Apalah Ertinya Sebuah Blog....



elhias: Blog dan laman web peribadi adalah suatu keperluan bagi seorang ahli-politik. Bukan lagi suatu kehendak. gambar: contoh aneka-rupa laman web dan blog yang berwarna-warni menggamit hati pembaca dalam era komunikasi digital.



Terbaca Suatu sindiran terhadap laman maya Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih condong kepada suatu laman web daripada suatu laman blog. Sindiran itu memberi maksud yang empunya blog tersebut tidak bersedia untuk berkongsi komen pengunjung yang mungkin disebabkan sesuatu yang agak payah diungkapkan.

Aku amat faham dengan senario seorang ahli politik memerintah yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Bagi mereka, blog bukannya suatu wadah bagi mereka untuk menerima teguran mahupun untuk melahirkan cetusan apa yang mereka perjuangkan.

Bagi mereka sebagai seseorang yang memegang tampuk pemerintahan atau jawatan tinggi, melahirkan idea secara berhadapan melalui ucapan di media massa sudah cukup untuk meraih populariti. Apakah gunanya blog jika audiencenya di kalangan mereka yang tidak nampak.

Boleh jadi juga seseorang ahli politik yang berjawatan tinggi tersebut sentiasa sibuk dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat-handai yang sangat ramai. Maka kemungkinan besar ahli politik itu tadi merasa amat 'secure' dan mereka menyalurkan idea mereka secara langsung, terus-menerus kepada audience yang sentiasa akan terhangguk-hangguk.

Blog dan laman web bagi mereka tidaklah menjadi medium utama bagi penyampaian mesej. Maklumat yang berkehendakkan anggukan tidak sampai kepada mereka. Maka, oleh yang demikian, laman web dan blog tadi bolehlah diabaikan.

Contoh paling tipikal, apabila Yang Berhormat Menteri dan ahli2 politik utama dapat belanja para penyokongnya memakan buah durian yang dibeli 10 bakul secara borong. Dikupas beramai-ramai dan memakannya sampai habis, sambil berbual-bual sudah cukup untuk meredakan keresahan YB itu tadi daripada kehilangan para penyokongnya selama 2-bulan.

Labels: , ,

..

Friday, September 05, 2008

Permasalahan Kerajaan: Mentaliti Anak2 kecil Bermain dengan Isu ?


elhias: tanyalah Nostradamus pada 16 Sept ini. Dia pun tidak tahu. hehe..


Bila terbaca suatu forum, aku dapati kerajaan dan penyokong2nya kelihatan seperti keanak-anakan apabila membincangkan isu 16 September 2008 ini. Kelihatan bagi mereka tarikh tersebut seolah-olah suatu tarikh keramat bagi pihak pembangkang. Terdapat juga penyokong kerajaan menggunakan tarikh tersebut sebagai jerat yang membelit sendiri diri pihak pembangkang.

hehe...

Bagi aku pula tarikh tersebut sebenarnya hanyalah suatu janji yang belum lagi pasti. Terserahlah pada kudrat dan iradat tuhan yang maha esa. Takdir.

Ia masih lagi belum pasti. Mengapa hendak diperbesar-besarkan sehingga terdapat ahli2 parlimen kerajaan yang bakal di bawa keluar negara kerna takut menyeberang ke parti pihak pembangkang.

aneh sungguh tindakan kerajaan seolah2 terlalu takut sementelahan tindakan itu boleh disifatkan sebagai merugikan kerna ia bakal menghabiskan wang rakyat juga.

Perjanjian pertukaran kerajaan pada 16 Sept 2008 ini hanyalah suatu keazaman DSAI. Tetapi tiada guaranteenya ia betul2 terjadi.

Bagi aku, Ia boleh dilihat sebagai suatu tekad keazaman ahli-ahli sukan Malaysia yang pada mulanya bertekad berazam untuk memperolehi banyak pingat emas pada sukan olimpik. Berapi-api pada mulanya. Jika tidak dapat, tidak mengapalah.

That is not the end of the world. hehe...Macamlah sudah tiada hari lagi selepas 16 September ini.

Aku rasalah. Kerajaan dan media harus matang dalam bermain isu ini. Janganlah mengadu domba seperti anak kecil.

Rakyat lain meluat.



Labels: , ,

..

Thursday, August 28, 2008

Permasalahan Aku: Di ambang bajet Negara



Lihat gambar betul-betul.

Ada yang mengatakan bahawa itulah Perdana Menteri Malaysia. yang lain-lain adalah menteri-menteri pembantunya.

ada juga yang mengatakan bahawa itu adalah ketua kerajaan Malaysia. Bersama-sama pengiring-pengiringnya.

ntahlah..

aku akui aku mempunyai masalah untuk nampak itu semua.

Yang aku lihat hanyalah sekumpulan badut, yang sedang berlakon memegang pisang dalam bentuk simbolik.

Lihat betul-betul wajah dua orang yang dikiri kanannya. Badut kan?

haha!

p/s: persoalannya di manakah badut yang berambut putih itu?

Labels: ,

..

Wednesday, August 27, 2008

Permasalahan Kempen: Ada Apa Pada Dubor Si-Say-Fool ?


elhias: film-star "DUBOR oh DUBORku" yang tak berapa nak laku

Aku tertarik dengan suatu tulisan yg sumbernya seperti di bawah iaitu
sumber: Zubli-Zainordin atotal Blog
yang membolehkan aku memperoleh idea untuk menulis n3 ini.

hehe...

Tidak dapat hendak dinyatakan apakah rasionalnya isu-sodom buntut seorang lelaki dalam kempen murahan untuk by-election ini yang dicanang-canangkan pihak kerajaan umno dan barisan nasional ke seluruh negara (jika bukan seluruh dunia)

padahal..

si-Anwar dah mengorak jauh mengupas isu kebejatan ekonomi dan langkah pemulihannya dalam bahan kempennya dihadapan penonton.

Terkadang aku tertanya2 di dalam hati bahawa apakah perjuangan umno buat waktu ini hanya sekadar PERJUANGAN MENYELAMATKAN DUBOR seseorang individu ?

Bagi aku mudah sekali.

JIKA BERJUANG HANYA KERNA DUBOR, MAKA DUBORlah jawabnya.

Maka parti-dubor ini mungkin sudah pastinya akan terkeluar bersama najis-najisnya...

AWAS SHIT III !!! - NAJEEB

Labels: , ,

..

Monday, August 25, 2008

Permasalahan sumpah : Ramlan Porigi Teraniaya


elhias: haha! si-saifol yang tergambar dalam minda umno



Dear Tuanku El-Rastom fil langkawiyun el-radio

hehe...

Aku mendapat perintah dari TGNA tentang Ramlang Porigi.

Beliau (TGNA) menyuruh kita supaya jangan menjentik lagi telinga si-Imam-Ramlang Porigi itu kerna beliau tidak bersalah. Innocent katanya sejak dahulu lagi.

hehe..

dan terdapat link dalam internet yang mengatakan bahawa Ramlang Porigi itu rupa-rupanya memang teraniaya (haha!!)
Sumber Sahih sila klik


Apa pula kata si-Mat-Najib el-tantuya dalam hal ini??? KANTOL !!!
Sumber BHARIAN sini sila klik

haha! dia sudah panik!

Almarhum karammmmmm !!!!

Labels: , ,

..

Wednesday, July 23, 2008

Pertikaian: Jiwa KeIBLISAN, KeSYAITANAN & Kelahanatan Kerajaan Kita



elhias: dalam perkara untuk membuncitkan tembolok sendiri, cepaattt jer menangkap menteri2 kita ni.


sumber: Sila klik saya

hehe...

Salah satu sifat kebangsatan, kelahanatan, kesyaitanan , keiblisan dan kepunahan bangsa Melayu ini adalah terlalu "CEPAT-MENANGKAP" atau mengambil tindakan untuk menonjolkan kemewahan diri sendiri, rakan-taulan dan kaum-kerabat.

Amatlah terlalu padan muka kepada mereka yang terlibat seperti Menteri-Besar Terengganu dan konco-konconya kerana bagi aku mereka ini terlalu bengap dan susah-untuk-faham apabila membaca pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan atau rakan mereka sendiri.

Bila dalam pekeliling telah menggariskan supaya format-A diikut, dgn cepat bangsa Melayu-bertaraf lahanat itu membuat kesimpulan dan mengambil tindakan supaya Jalan-x mesti dilalui untuk mencapat format-A tadi dgn menggunakan berbagai alasan dan helah untuk memenuhi nafsu-sarakah dan nafsu bangsat mereka.

Sedangkan mereka tahu natijah dan waktu sekarang adalah tidak membolehkan mereka melakukan hal-yang demikian.

Tetapi oleh kerana mereka terlalu cepat-sangat-menangkap dalam kecenderungan itu, maka tindakan yang diambil akan menjadi drastik tanpa-tangguh-tangguh lagi. dan hasilnya memang PADAN-MUKA!

Persoalannya mengapa dalam hal untuk mengembungkan perut dan tembolok diri sendiri terlalu cepat untuk diambil tindakan? Tetapi untuk menyenangkan pihak rakyat, tindakan yang diambil terlalu lembab ibarat siput yang kehilangan lendirnya untuk bergerak ?? Itulah bangsat dan lahanatnya bangsa Melayu ini dibandingkan dengan bangsa-bangsa ultra-progresif spt bangsa jepun dan cina.

Kadang2 bukan saja kerajaan negeri saja yang dilabelkan oleh aku sebagai kerajaan lahanat. Kerajaan pusat juga 2 x 5.

Bab-bab pengambilan cukai dan menaikkan harga petrol amat drastik dan cepat dibuat keputusan. Dalam masa sehari atau semalaman saja tindakan menaikkan itu boleh dilakukan.

Tetapi bab-bab spt
1. mengembalikan wang terlebih bayar dalam LHDN kepada rakyat
2. isu pengurangan kadar tol yang membebankan rakyat
3. Upgrading sistem pengangkutan Negara untuk rakyat amat terlalu lambat dan masih lagi dalam proses pertimbangan.

Pertimbangan kepala hotak!!!

Miscellaneous
--------------
Walaupun ada segolongan dari pihak pembangkang yang mengucapkan syabas kepada Ahmad-Said kerana berani membongkar penyelewengan dalam penyelenggaraan harta kerajaan,

bagi aku ITU-TIDAK BOLEH!!!!! aku tidak bersetuju kerana ia akan melahirkan situasi menang-menang pada pihak kerajaan yang memerintah. Rakyat biasa dalam hal ini tetap juga kalah.

AKU KLASIFIKASIKAN KES AHMAD SAID INI SEBAGAI KES YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN.

Kesimpulan aku untuk hal yang ini adalah Puak2 yang bernafsu IBLIS memang TIDAK BOLEH DIKALAHKAN dengan hujjah-hujjah Puak yang Berjiwa KeSYAITANan

HEHE..

Labels: , , ,

..

Monday, July 21, 2008

Pertikaian: Apabila Iblis Mengajar Syaitan Jangan Membazir

z
elhias: Harapkan mahal jer lebih. tapi tak berkualiti. senang rosak.
oopss..sori. jgn salahkan aku. Bukan aku yg kata, tapi orang kuat kerajaan yang mengesahkan. hehe..

Utusan Malaysia: Isu Pembelian 14 Mercedes oleh Kerajaan BN Terengganu

hehe...

Tiada keanehan berlaku apabila kerajaan Pusat memiat telinga kerajaan Negeri atas sesuatu kesalahan yang dilakukan kerana ketua kpd kerajaan negeri tersebut bukanlah seseorang yg menjadi favorite-mereka.

Tetapi apa yang menarik di sini memperlihatkan seperti seseorang yang kelihatan macam-bagoos sedang membuli seseorang yang yang perangainya pun kelihatan macam bagoos juga.

dan

Secara tidak langsung kerajaan negeri tersebut telahpun mengkondem reputasi kereta nasional yang selama ini diwar-warkan sebagai kereta yg paling terbagoos di peringkat nasional iaitu PERDANA. Tak salah aku, wakil2 kerajaan sebelum ini tidak habis-habis memuji kebagoosan kereta nasional yang paling mahal itu.

Apa yang paling menggelikan sekali adalah: alasan kerajaan negeri untuk membeli kereta baru adalah disebabkan maintenance kereta lama (proton Perdana) tersebut melebihi RM 50,000/=.

Maka adalah sesuatu pembaziran jika kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan wang sebanyak itu bagi proses pembaikan.

Untuk MENGELAKKAN PEMBAZIRAN MAKA hendaklah kita beli MERCEDES 14-BIJIK.
Semoga agaknya cost-maintenance akan menjadi sifar.

Bagoos, bagooss... Bijak...bijak...

Semoga tuhan mengasihani pihak tuan.

Labels: , ,

..

Saturday, July 19, 2008

Persoalan Debat Anwar-Shabery : Hujjah Yang Mana Satu ?


elhias : Gambar Hiasan. Terdapat hujjah Anwar itu yang boleh menjadi HEADSHOT kepada Shabery-chik

Mungkin Agak terlewat untuk aku mengupas tentang debat antara Menteri Penerangan dan Pak Sheikh Anwar yang telah berlangsung pada Selasa lepas.

Namun begitu, hujjah yang diberi oleh Pak Sheikh tetap relevan untuk diketengahkan sampai bila-bila selagi polisi kerajaan tentang petrol ini tidak diubah.

Dalam byk2 hujjah, ada satu hujjah daripada Pak-Sheikh Anwar yang aku kira boleh menyebabkan parti UMNO yang didokong oleh Shabery Chik itu SEPATUTnya boleh gulung tikar disebabkan selama ini mereka hanya "BIKIN TARAK SERUPA CAKAP" atau hanya omongan kosong saja.


Persoalannya hujjah yang mana satu ?

hehe...

Aku pun sudah lupa akan hujjahnya tetapi cukuplah sekadar mafhum apa yang diperkatakan oleh Anwar yang jelasnya seperti berikut:

"Kenaikan minyak petrol/diesel ini sudah terang-terangan amat menyusahkan dan membunuh secara diam orang2 Melayu kerna peratus kemiskinan di kalangan Melayu amat tinggi. Untuk apakah kerajaan Barisan Nasional mengwar-warkan mempertahankan HAK dan kedaulatan bangsa Melayu sedangkan pada masa yang sama bangsa Melayu sudahpun terjelepuk kesusahan dek kerna kenaikan harga minyak secara mendadak di luar kemampuan orang Melayu itu sendiri."

Selepas hujjah itu dikemukakan oleh Anwar, sepatutnya Shabery harus turun dari pentas dan mengaku kalah kerna jika diteruskan adalah tiada gunanya.

Hujjah bodoh si Shabery tentang Rakyat di Malaysia cukup makan sudah tidak dapat diterima lagi. Kerna Rancangan Bersamamu di TV3, sebuah stesen TV DOKONGAN Kerajaan BN sendiripun telah mengesahkan bahawa terdapat rakyat di negara ini yang hanya memakan nasik berlaukkan siput babi.


AKHIR KALAM, HEADSHOT BUAT iMNO



Labels: , ,

..

Wednesday, July 02, 2008

Persoalan Kerajaan: Kerajaan kita anti-maksiat ?


elhias: "kami anti Liwat!!!"


hehe....

aku ingin sebut suatu isu lama . Isu lapuk 10 tahun dahulu...

Nampaknya kerajaan kita, iaitu kerajaan Barisan Nasional cap Ayam adalah sebuah kerajaan yang mulia dan bermoral tinggi, dichop sebagai anti-liwat, juga kerajaan yang menekankan hak kesamarataan, juga justice


nota:
(justice itu bermakna keadilan. Oleh kerana kerajaan malaysia sungguh allergic dengan perkataan keadilan maka ia dilenyapkan terus dalam kamus kerajaan. Sehingga terdapat sebuah bangunan perundangan di Putrajaya digelar sebagai "PALACE OF JUSTICE")



Salah satu aspek kemuliaan Moral yang terdapat dalam kerajaan Malaysia sekarang ini adalah untuk mengekang kegiatan liwat.

Liwat itu haram dan suatu kesalahan besar katanya.

Tetapi walaubagaimanapun, aktiviti persetubuhan haram antara lelaki perempuan, juga pengoperasian kelab-kelab gay di sekitar bandaraya, masih dibenarkan dan tidak dikenakan sebarang pengenaan undang2 yang serius. Hanya tangkap muat saja dalam berita.

dahulunya mangsa liwat dihukum dan dipenjarakan tetapi kali ini tidak.

Syabas BN!!!

Maju, Aman, Makmur dan Selamat

Labels: , ,

..

Tuesday, May 27, 2008

Permasalahan Negara: Kerajaan Tolol Mengajak Rakyat jadi Bahalol


elhias: cium2 keris tak guna. Silap haribulan, tertikam bontot sendiri. Cium keris??? boleh syirik dan perbuatan syaitooonnnnnnnnn....... even omputeh pun tak pernah cium senapang di khalayak ramai dalam majlis2 resmi walaupun menang dalam setiap peperangan. Bodoh!!! like hell


4 hari telah berlalu. Aku hanya melihat Isu keputusan hak penguasaan Pulau Batu Butih diberikan ke atas Singapura oleh ICJ, dipandang ringan dan sepi oleh kerajaan dayus ala-ala hadhari ini.

Yang paling menyesakkan jiwa adalah tiada langsung usul menyedarkan kepada rakyat isu tentang penghakisan sempadan wilayah oleh negara jiran iaitu Singapura oleh kuasa majlis tertinggi pemerintah sepertimana yang dilaung2 tentang isu penghakisan ketuanan Melayu setelah parti Petualang Kebangsatan Melayu iaitu iMNO hampir kalah pada PU-12 Mac lalu.

Sepatutnya pada masa inilah kerajaan harus mengadakan forum2, perbincangan tentang bagaimana untuk memperkukuhkan lagi kedaulatan Negara dalam HAK-menjaga wilayah sendiri seperti pengambilalih tugas menjaga rumah api di pulau pisang di Pontian serta isu hak penjagaan kawasan tadahan air Singapura dekat Johor Bahru. Bukannya mengadakan perjumpaan tentang penghakisan Ketuanan Melayu yang nampaknya hanya suatu retorik-bangsat akibat kekalahan di 5 buah negeri.

Apa yang aku nampak kerajaan tolol pimpinan iMNO ini hanya melakukan perkara2 yang tidak perlu.

Yang wajib dilakukan, mereka tidak buat. Barangkali beginilah gaya-baru suatu kepimpinan kerajaan dayus, tiada telur, ala Islam-Mislam-hadhari gamaknya.

Apa yang aku dapat bayangkan hanyalah suatu kepimpinan iMNO yang asyik terlalu gemar menggosok-gosok belakang cina-cina dan towkey2 singapura semasa bermain golf. Untuk apa digosok, aku pun tidak tahu. Jangkitan Homoseks bangkali.

"Kita hendaklah menghormati keputusan ICJ kerana keputusan itu muktamad".

Begitulah kata2 terhambur dari mulut salah seorang pemimpin yang menjadi kiblat pada sesetengah masyarakat bengap Melayu sambil tersengih-sengih di hadapan kaca TV. Jika diteliti dan difokus dekat, terpamerlah barisan2 gigi yang kelihatan hendak tertanggal.

Pandai pula si-bangsat itu menyuruh supaya rakyat jelata menghormati hak dan keputusan ICJ. Sedangkan hak rakyat tidak reti-reti pula si-kerajaan bangsat ini untuk menghormati seperti

1. Hak rakyat bagi tuntutan mengenakan dakwat di jari semasa pilihanraya
2. Hak rakyat bagi tuntutan pengiraan undi yang betul, tulus tanpa kehadiran peti undi rahsia dan pengundi hantu
3. Hak majoriti rakyat S'ngor untuk mendapatkan air-percuma 20m padu dan jangan diungkit2.
4. Hak majoriti rakyat supaya subsidi petrol ditingkatkan sejajar dengan keuntungan berbibilon2 PETRONAS sewaktu harga minyak mentah semakin naik.

* Apa yang pedih sekali adalah rupa2nya dakwat untuk pengundi yang dikatakan telah dibeli dalam kuantiti banyak untuk rakyat Malaysia rupa-rupanya TIADA WUJUD DALAM SIMPANAN*

Bangsat binti Lahanat sungguh...

errr.....
Tidak perlu aku tulis panjang2 kerna... ada suatu yang lebih penting dari ini iaitu......

"KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK iMNO!!!"

when ppl ask u not to play by the rule, bcoz you cannot, win, You played by the rule.
when ppl ask u to play by the rule upon your people and internal affairs, You violate the rule.

Labels: ,

..

Thursday, April 17, 2008

Permasalahan aku : Antara Ketulusan Kerajaan dan Ketulusan Penerimaan AKU


elhias: sampai la ni aku x dapat nak bezakan antara keling sebenar dan keling dalam jiwa sesetengah melayu.

errrrr...
hehe...

aku bukan nak kata apa. cuma aku pelik.

sejak kebelakangan ini, adalah beberapa isu yang aku anggap seolah2 suatu kemurahan kerajaan pusat untuk rakyat yang mereka 'kasihi'

beberapa hari lalu caj paip meter di terengganu telah pun dikecualikan. begitu juga dengan elaun guru KAFA di johor pun telah dinaikkan.

banyak lagi perubahan dan penggubahan yg telah dilakukan oleh kerajaan pusat kesemuanya dikatakan sebagai inisiatif untuk menolong rakyat 'tercinta'. contohnya pembaikan sistem kehakiman dan gantirugi pada mereka yg terpecat, dipecat,

kah.kah.kah..

Sila Ingat!!! ada quotation yang aku tulis untuk perkataan KASIHI DAN TERCINTA di sini

hehehe...

kadang2 aku rasa seolah2 kerajaan pusat yg kiter 'kasihi' ni mengikut suatu trend atau budaya yang dikenali sebagai budaya ikut-ikutan ala-CELCOM gitu..

contohnya.. dulu... tahun 2004 iaitu tahun letusan teknologi komunikasi selular peringkat se-Malaysia

maka syarikat telekomunikasi berebut2 hendak menawarkan pakej2 murahan masing2...
celcom dengan kemurahan itu.
maxis dengan kemurahan ini
digi dengan kemurahan itu dan ini
apatah lagi dengan syarikat tm-touch dengan seribu macam kelecehan dapat juga menandingi sykt yang telahpun lama mempelopori dunia teknologi telefon selular.

hehehe...

walaubagaimanapun boleh percaya ker ini punya kerajaan. Tak salah aku, itu semua cara-otak saing kapitalist yang dipinjam oleh tan-sri sir anadaraj el-awta keling dan diadaptasi ker versi se-Malaysia seterusnya di salurkan kepada kerajaan pusat untuk dimanfaatkan bersama.

el-sedia maklumlah..bahawa Tok-guru kerajaan pusat yang kita kasihi ini pun dulunya adalah seorang mahaguru el-awta el-keling tp sekarang dah pun downgrade. malah dulu, pangkat kekelingannya adalah pada tahap tertinggi universal. mencapai tahap global dan glokal. cuma taklah sampai pada tahap glukos. kah..kah.kah..

Kalau ikutkan hati dan nurani aku, perangai keling dan super keling ini menjadikan aku geli-geleman lah pulak.

Mungkin isu tawar menawar dan penganugerahan inisiatif ke atas rakyat ini bermula dengan manifestos pembangkang yang menang dibeberapa buah negeri dengan segera:
1. mencabut meter parking kereta di AS (bukan Amerika Sykt)
2. percumakan 20m-padu di Selangor
3. pembukaan tender secara telus, adil dan saksama dlm negeri yg dikuasai oleh pembangkang
4. byk lagi malas aku nak tulis

dan yang paling kerajaan pusat rasa tercabar mengikut perkiraan aku apabila tiba2 beberapa akhbar tabloid dan akhbar parti-pembangkang (Yang aku rahsiakan jenamanya demi keselamatan) tertulis

"LIM GUAN ENG HENDAK MENIRU GAYA KEPIMPINAN UMAR ABD EL-AZIZ"

kah..kah..kah.

ini memang kes haru-biru!!!

tak tau lah kalau mereka menulis begini:

"LIM GUAN ENG HENDAK MENIRU GAYA KEPIMPINAN RASULULLAH"

agaknya tak mustahil kerajaan pusat akan percumakan segala-galanya agaknya...
termasuk petrol dan minyak-masak <---- inilah yang ianya... walaubagaimapun... suka aku kitar semula kata2 "THE CLOWN" bahawa apa yang terjadi di Malaysia ini oleh kerajaan pusat adalah "CAKAP-CAKAP POLITIK" hehe..

Labels: ,

..

Tuesday, March 18, 2008

Permasalahan Najis : Nak Tercirit dan Terkincit?


elhias: jgn dekat bahaya! busok sgt...!!

Sebagai manusia yg tidak kebal dari segala jenis penyakit, 'gejala sakit-perut', cirit-birit, diarhea, cholera dan rasa nak-terkincit mungkin tidak dapat kita pisahkan dari kehidupan kita sehari-harian. Ianya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan akibat terlalu suka makan digerai-gerai luar yang tidak menjamin kebersihan. Terutama kedai mamak bandero dan mamak-gurpati kurpali.

Situasi dan iterasi berikut mungkin agak tipikal bagi sesetengah pemandu yang baru pekena rojak-basi dan teh-tarik di kedai mamak pada waktu pagi dan hendak ke pejabat.

1. Rasa nak terkincit. dan tercirit
2. Terpaksa tahan kerana berada dalam kesesakan lalu lintas
3. lubang dubur terkumat-kamit, kembang-kempis seperti hidung kambing menahan cairan najis
4. apabila angin daripada usus dan rektum dapat dibuang sa-dikit,

rasa legaaaaaaaa........... -----> tapi lega yang sa-dikit dan mungkin dapat bertahan selama 5 minit sebelum iterasi dan kronologi di atas berulang-kembali.

hehe..

Kalau nak tau keadaan 'LEGA sa-dikit' itulah yang boleh kita samakan dengan barisan kabinet terbaru (yg lama) kepimpinan Barisan Nasional yang baru saja diberi 'NAFAS BARU'

Majulah Malaysia!

hik..hik..hik..


elhias 2: lega...mana2 pun bolee..

Nota
====
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang situasi politik tanahair, refer
KLPOS <--- KLIK!

Labels: , ,

..

Wednesday, January 09, 2008

Persoalan Perkataan Subsidi : Kerajaan terlalu obses dan gemar menggunakannya secara excessively?




he..he.

maaf berkali2 dipinta.

Aku menulis melalui gerak hati dan takdir ilahi. Ilham datang dari alam ghaib. Yang aku tiada tahu siapa pengutusnya.

tiadalah gemar menulis terlalu beralas. macam lakonan saja.

istilah yang dibenci adalah pijak semut tak mati. Sudah takdir mana2 semut dipijak semua mati. Yang tiada dipijak dengan betul sebab itulah tak mati.


he..he...

semasa ini dalam ruangan akhbar2 media-utama tak kira TV, radio seringkali terdengar satu perkataan favorite. Iaitu

"subsidi"

kadang2 rasa perkataan itu tiadalah perlu diulang banyak kali. Kadang2 timbul rasa meluat dan benci di hati.

===============Tentang Wanita ================

Analoginya begini.

Ada satu jenis kaum lelaki yang dianugerahi oleh Allah SWT satu sifat mulia iaitu rendah diri dan berwibawa. Mempunyai rupa, kereta, pangkat, gaji dan rumah besar.

Lelaki tersebut pendiam tetapi peramah dan tulus ikhlas.

Seorang wanita ter-perasan cantik (kes sensitif ) menggoda lelaki tersebut dan tidak habis-habis memperagakan kesemua fesyen pakaian, kecantikan, alat-mekap, kasut dan semua senjata sulit wanita tersebut habis dipaparkan untuk santapan lelaki itu.




"cantik tak saya ni Mr. Hans ? "
"lawa tak saya ni ? Mr Hans?"
"anggun tak I ni Hans? "
"hari ni saya pakai esteeee lauderrrrrrr Hans "
"brand i pakai semua mehol-mehol. an evenin in Paris"

siang malam.
siang malam.
siang malam.

perkataan yang sama dicurahkan. tiada lain.
kes-menunjuk-nunjuk show-off jua adanya.

Apa terjadi akhirnya ?

Lelaki ikhlas, berkualiti tinggi dan berwibawa selalunya akan reject-terus wanita begini. Rupa2nya wanita begini terlalu banyak kekurangan.

Lelaki yang berwibawa selalu berfikir bahawa wanita yang suka menonjolkan kecantikan mereka sebenarnya cuba sedaya-upaya menutupi keburukan mereka.

Lelaki yang jahat, akan terus ngapp! saja wanita itu.

he..he...he..

===================

Tiadalah aku mahu samakan anologi di atas itu dengan sesiapa. Ia hanya perumpamaan sejagat.
Tetapi kes naik meluat itu adalah realiti sebenarnya.

Sila baca artikel Utusan Malaysia di bawah


README OK? <-----CLICK SAYA



Kemudian, sila find perkataan "subsidi" dalam halaman dan artikel tersebut.
Gunakan khidmat pelayar-kesayangan anda.

Coba Fikirkan baik2. Adakah perlu perkataan tempelan 'subsidi' diulang cetak byk kali setiap kali pada sesetengah perkataan sebelumnya? Fikir...fikir.. tengok baik2.


Ada berapakah ke-semuanya ?

he..he..

sebenarnya begini.
Maksud artikel itu telahpun difahami iaitu

minyak masak ini adalah subsidi dari kerajaan
petrol ini adalah subsidi dari kerajaan
itu ini adalah subsidi dari kerajaan

artikel itu sebenarnya tiadalah apa sangat. Cuma hendak dihighlightkan perkataan subsidi dan kerajaan sahaja.

* Padahal segala subsidi tersebut adalah datangnya daripada wang rakyat juga melalui cukai tinggi kerajaan ke atas rakyat. Sedikitpun tidak dinyatakan dalam akhbar2 mahupun TV.

errr... he..he.. cuma teringat jer..

tokoh2 Islam selalu berkata...

Pertolongan berlandaskan keikhlasan selalunya tiada diketahui oleh mereka yang disekeliling.
(Selalunya laaa.....)
Amaran Keras:
Adalah menjadi hak mana2 parti yg berkempen untuk mempromosikan kehebatan dan kelebihan masing2. Termasuk Jasa dan Bakti mereka pada rakyat. Rakyat pula mempunyai hak untuk menilai melalui fikrah masing-masing.

Artikel yang tidak seberapa ini adalah lantunan dan hasil-impak kerja-keras- jentera kempen parti-yang memerintah jualah adanya.

Labels: ,

..

Tuesday, September 04, 2007

Permasalahan Kerajaan : Membunuh Bangsa Sendiri, Bersekongkol dengan Babi





he..he..he..

Setelah terdengar Bulletin TV3 pada malam ini yang memberitahu bahawa pihak berkuasa, kerajaan Negeri Melaka dan penguatkuasa tempatan gagal bertindak untuk menghapuskan ternakan Babi Haram di Melaka, hati aku berdetik bahawa mengapa jadi begini?

FRU gagal bertindak melawan penternak babi.
FRU gagal melawan tokey babi.

Berbalik kepada kejadian yang telah berlaku pada tahun lepas
1. Betapa gagahnya FRU menumpaskan penduduk Melayu beragama Islam Kampung Berembang yang menghalang pihak berkuasa tempatan meruntuhkan penempatan haram mereka di situ.
2. Betapa gagahnya FRU menumpaskan demonstrasi kaum Melayu semasa persidangan2 yang ada pada tahun ini dan tahun lepas.
3. Betapa gagahnya FRU menumpaskan demonstrasi oleh kaum Melayu yang menghalang sebuah surau daripada diruntuhkan di Terengganu (aku lupa fakta ini)

Sudah jelas pada aku bahawa... he.he..he..

FRU, pihak berkuasa, dan Kerajaan kita tidak gagah dan bakal akan kalah kepada bangsa Kafir dan tokey Babi.

dan amatlah tidak mustahil jika tentera2 Malaysia berperang dengan babi pun maka tentera Malaysia yang rata-ratanya adalah orang Melayu yang gagah2 pun akan tewas.

Maka sudah tersirat apa yang tersurat bahawa Kerajaan Malaysia sudah pun kowtim dengan bangsa-bangsa kafir ini dengan menggadaikan apa yang ada terutama sesetengah hak bangsa Melayu. demi menyambut kemerdekaan negara.. he.he.he.. dan TANYA SPR la..


Akhir kalam

Menang sorak, Kampung Tergadai

Hidup Babi!!!
Hidup Kerajaan Melaka!!!

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker