..

Saturday, November 29, 2008

Permasalahan: Ketidakcekapan Public Transport Malaysia Suatu Konspirasy



elhias: Ketidakcekapan Public Transport Suatu Konspirasy Jahat
Tangan2 Ghaib dalam Kerajaan Malaysia


Secara amnya kita telah melihat bahawa petrol merupakan suatu sumber pendapatan Malaysia yang mutlak. Kebergantungan rakyat Malaysia pada komoditi ini tiadalah boleh disangkal lagi. Dalam akhbar baru-baru ini, kita telahpun melihat bahawa keuntungan yang dicatatkan oleh PETRONAS adalah pada paras tertinggi dan keuntungan ini akan sentiasa mendaki dari setahun ke setahun.

Ironisnya, sehingga sekarang, tiada seorangpun rakyat profesional di negara ini boleh mengakui bahawa Malaysia mempunyai jaringan sistem pengangkutan awam yang serba cekap dan canggih yang menghubungkan antara luar-bandar, sub-bandar dan bandar.

Dengan keuntungan yang berlipat ganda yang diperolehi melalui PETRONAS pada setiap tahun, saya tidak nampak mengapa tahap keefisienan dan tahap efektif pengangkutan awam ini tidak dapat dipertingkatkan sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk di seluruh Malaysia dari setahun ke setahun.

Saya beri contohnya, perhatikan sistem pengangkutan awam di seluruh Malaysia yang kelihatan agak tidak boleh diharap. Begitu juga dengan kawasan berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam hal ini, kita boleh lihat bahawa kebergantungan terhadap sistem pengangkutan awam terlalu kurang dan Kebolehpercayaannya juga boleh dipertikaikan.

Oleh yang demikian, sehingga sekarang, kerajaan masih gagal menyediakan prasarana tersebut dengan kebolehpercayaan dan kecekapan yang tinggi kepada rakyat walaupun ianya telahpun dijanjikan lebih drpd 5 tahun dahulu.

Penantian ini bagi saya kelihatan seperti tiada kesudahannya.

Berlainan pula dengan pembuatan kereta tempatan yang kita lihat ianya semakin bertambah permintaannya dari masa ke semasa akibat daripada kegagalan pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang efektif lagi efisien kepada rakyat marhein.

Akibat daripada itu, keuntungan yang diperolehi oleh pihak kerajaan Malaysia AKAN SENTIASA berlipat ganda. Sementelahan itu, rakyat Malaysia yang berpendapatan kecil dan sederhana terpaksa membayar kos yang amat tinggi yang dapat memberi keuntungan kepada pihak kerajaan secara mutlak dengan:

1. Pembelian kereta nasional secara terpaksa
2. Penggunaan sumber bahanapi petrol kepada pemilikan kereta persendirian yang semakin bertambah (Juga secara terpaksa akibat penggunaan NGV tidak dipertingkatkan)

Sebagai kesimpulannya, saya melihat keadaan ini seolah-olah suatu konspirasi jahat yang disengajakan oleh pihak kerajaan Malaysia yang dikuasai secara tidak langsung oleh tangan-tangan ghaib bagi melindungi kepentingan peribadi mereka.

Labels:

3 Comments:

Blogger rastom said...

Konspirasi? Hehehehe..dah lama dah! SAtu lagi..cuba buat satu investigation...dalam banyak banyak syarikat bas bas ekspres (ini yang lebih diberikan tumpuan daripada yang lain oleh gomen...kasi permit banyak banyak)...ada tak mana mana syarikat yang secara langsung atau tidak berkait dengan mana mana muntri? hehehehe...

6:43 AM  
Blogger Elhakim said...

TUN ELRASTOM,

kerajaan,utk menyediakan segala kebajikan kepada rakyat, terpaksa berijtihad 299 kali...tidak termasuk berfikir.

hehe..

7:41 PM  
Blogger rastom said...

Setelah merujuk para pakar maka dengan ini kerajaan Malaysia merumuskan bahawa yoga itu haram. Bab Public transport, nanti dulu la..hehehe...

9:17 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker