..

Thursday, October 02, 2008

Paklah Strikes Back: Siapa Yang Bodoh Kali Ini? (suatu Persoalan)






Sesiapapun akan mengerti.

Mengapa tiba2 terlalu ramai manusia yang mempertikaikan kewibawaan Paklah sebagai PM Malaysia. Usul dan pendapat bagi mempercepat perletakan jawatan paklah kedengaran di sana sini seperti langau2 yang menghurung.

Mereka melihat bahawa Paklah bukanlah seorang genius. Apatah lagi seorang decision maker yang bagus. Pendek kata, keputusan yang dibuat oleh Paklah and the team bukan sahaja kurang-tepat, malah meletakkan Malaysia ini dalam keadaan yang merbahaya tanpa mempunyai risk-management yang sepatutnya.

Dalam pada itu, tanggapan orang-ramai terhadap kebodohan Paklah makin menjadi-jadi, apatah lagi dengan isu kenaikan harga petrol, bahanapi dan kejatuhan Pulau Batu Putih yang membuatkan keyakinan rakyat terhadap daya kepimpinan beliau semakin kabur dan terhakis.

Bagi aku, untuk menyalahkan seratus-peratus dan memperbodoh-bodohkan Paklah seorang dalam hal ini adalah kurang-patut. Paklah tidak berdiri dengan sendirinya di sini. Malah di belakang Paklah terdapat berjuta-juta lagi manusia yang sanggup menjadi 'tukang-kipas' yang setia (terutama sang-Melayu kot? Entah...).

Oleh itu, janganlah dihukum akan kebodohan Paklah seorang tetapi hendaklah mengukur 'Berapa-lama rakyat di Malaysia berjaya diperintah oleh seseorang yang bodoh'

Jika 7 tahun, Maknanya telah 7 tahun rakyat Malaysia membiarkan diri dan bertahan dengan diperintah oleh seseorang yang bodoh dan lemah.

Maknanya di sini, Paklah telah berjaya memperbodoh-bodohkan dan melemah-lemahkan rakyat Malaysia selama 7 tahun.

Oleh itu siapa yang bodoh ? Dan siapa yang lemah ?

__________________

Berlainan sekali dengan tradisi negara2 Maju yang mana otak pemikiran rakyat mereka berada di suatu tahap dimensa yang amat berlainan sekali berbanding dengan rakyat negara kita.

Isu perletakan jawatan bagi seorang pemerintah khususnya presiden dan perdana menteri bukanlah suatu perkara yang asing bagi mereka.

Jika tersilap, presiden mereka tidak berlengah-lengah dan tidak-segan silu meletakkan jawatan. Ini adalah bertujuan Bagi menghalang 'further damage' bagi keseluruhan parti yang memerintah mahupun situasi dalam negara.

Di situ kelihatan seolah-olah rakyat amat berkuasa dan berjaya menekan pemerintah agar bersedia untuk melakukan apa langkah yang sepatutnya walaupun kesilapan presiden dan perdana menteri agak kecil.

Labels: , ,

12 Comments:

Blogger Gelombang Rakyat said...

Elhakim, hampir sama pendapat kita:

Friday, September 26, 2008
Walaupun 30 Juta Pemimpin Dan Ahli UMNO Tak Nak Pak Lah Jadi Presiden Tapi Aiman Sorang Je Tak Kisah Walaupun Sehingga 1 Jun 2100

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/09/walaupun-30-juta-pemimpin-dan-ahli-umno.html

9:59 AM  
Blogger rastom said...

Kalau dihitung dari segi majoriti, memang rakyat Malaysialah yang bodoh. Aku tergolong di dalam kelompok yang minoriti.....hehehe yang yang tak mungkin mengecapi nikmat wang berkoyang koyang nilaian juta jutaan yang sering dilaung laungkan oleh kelompok Bumiputera yang beruntung meraih faedah DEB hehehehe....

7:43 AM  
Blogger leeds said...

elhakim,
selamat hari raya,
maaf zahir batin.

:)

8:54 PM  
Blogger Gelombang Rakyat said...

Elhakim,

Saya aktif di satu blog sahaja.

http://atotalblog.wordpress.com/

Lepas itu, Rastom cadangkan, tak usah campur pos BM dan BI dalam satu blog.

Jadi timbullah blog yang ini...

http://satublogtotal.blogspot.com/

Itu sahaja yang aktif, selainnya mungkin Arkib Malaysia nak beli, saya belum nak jual lagi.

Hehehehehe...

Sudah baca yang ini?

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/blogger-elhakim-mempersoal-kenapa-ada.html

9:23 PM  
Blogger zf_zamir said...

bro, salam lebaran..

gua tak nak cerita bodoh2 ni..

gua sakit hati..

haha..

8:44 AM  
Blogger Unknown said...

Saya pernah terfikir, mungkin kerana Melayu ini bangsa yang tak reti bagaimana cara2 yg betul hendak mengenang budi org, jadi jika diberi sehelai pelikat cap beruk tergantung pun depa akan menyokong, walaupun selepas itu depa akan diperbodohkan untuk tempoh 5 tahun lagi ;)

7:28 PM  
Blogger Mak Su said...

tak berani nak kata sesapa bodoh, sbb saya lagi haprak. huhuhu

6:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Dia bukan tak paham tapi buat2 tak paham. 7 tahun kena perintah ngan orang bodoh menunjukkan ramai rakyat yang malas nak pikir, nak amik tahu, buat bodoh... Saya pun tak berani kata sesape buduh esp Paklah... Sebab Paklah bukan buduh, dia cuma bangang, bahlol, sengal je...

12:30 AM  
Blogger Smithy said...

Saya setuju.... Kite minum duluuuu...

12:31 AM  
Blogger rastom said...

Ubah, ubah! Bila nak ubah entri baru! malaysia pun tak berubah ubah! Menyampah!

1:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

"Don't worry about the world coming to an end today...it's already tomorrow in Australia."

11:02 PM  
Blogger rastom said...

Hallo tuan, sedang sebok bersiap mau sambut deepavali ka aney? yennadah!

6:05 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker