Permasalahan Melayu: Tengkarahnya Suatu Pertubuhan
Masih lagi bercerita tentang Melayu.
Melayu kita ini bukan sahaja suka dengar tentang persetubuhan malah suka juga dengan pertubuhan-pertubuhan.
Terkejut aku apabila terdengar berita baru-baru ini terdapat lagi suatu pertubuhan yang mendokong untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sila klik sini.
Untuk apa pertubuhan Pertahankan Hak Melayu itu ditubuhkan ? aku pun tidak tahu. Untuk memahaminya juga aku sudah tidak larat.
Kali ini, bontot siapa pula diletakkan di bawah pengawasan pertubuhan yang baru lahir ini ? tuhan saja mengerti selain manusia yang menubuhkannya.
Mengapa bangsa Melayu ini sentiasa melayukan diri ? Jangan bertanya pada aku. Lihat saja terma yang berbunyi "PERTUBUHAN PERTAHAN HAK MELAYU". Maksud frasa itu pun telah menjelaskan segala-galanya. Maka bangsa kita ini secara otomatik memang diberi hak untuk "melayu" sambil dipertahankan lagi "hak" itu...
dan presidennya adalah Datuk Ibrahim Ali, namanya itu agak tidak asing bagiku.
hehe...
------------------------
Jangan ditanya tentang mengapa Paklah acapkali gagal menjalankan amanahnya dengan baik. Rasa2 semua manusia di Malaysia ini sudahpun maklum akan hal itu kecuali orang asli dan sakai.
Apabila diajukan suatu soalan, paklah kadang2 tidak menjawab. Kadang2 tidak mendengar. Apabila seseorang mengajukan soalan kepadanya, beliau tidak segera menjawab. Sebaliknya beliau akan menyoal balik si-penyoal itu.
Itulah masalah apabila negara kita ditadbir oleh manusia yang kurang mendengar dan tidak suka disoal.
Labels: mentaliti, permasalahan Melayu, permasalahan politik Malaysia
5 Comments:
Maulana el Hakim, cuba tengok pula siapa Timbalan Presiden -->Datuk Fuad Hassan--> tak kenal atau buat buat tak kenal? Hehehehe..sepusat sepusing dengan seorang lagi anak Haji Hassan yang sedang medical leave hehehe...
hanya Pak Im yang tahu...
Masihkah kau ingat ElHakim, ketika Pak Lah ditanya, bila nak berhenti dari PM.
Dia tanya balik, "why should I?"
Rupanya dia ada banyak kerja tertunggak yang nak diselesaikan. Mungkin perlu masa nan panjang untuk menyelesaikannya, sekitar 2100 baru habis tiga suku. Kalau larat sambung lagi...
Melayu berpertubuhan ini, hak Melayu dipertahankan ertinya lingkungan depa yang ajk itu jah, jika tidak tentu rastom pun dapat hak yang dipertahankan itu, ye dak?
tuan elzubli
AKU hanya merasakan bahawa menantu-babahnya yang tidak mengizinkannya turun.
itu yang khianatnya.
Betul tu Elhakim.
Saya cuma melihat, PM kita, dia masalah nombor satu negara.
Tak kan Lah, bab kepentingan Rakyat dan Negara Malaysia,
pee dengar orang lain atau budak-budak cakap.
For once, buatlah keputusan sendiri.
Kedudukan diri itu sudah teruk.
Berhentilah.
Post a Comment
<< Home