Persoalan Pemimpin: Apalah Ertinya Sebuah Blog....
elhias: Blog dan laman web peribadi adalah suatu keperluan bagi seorang ahli-politik. Bukan lagi suatu kehendak. gambar: contoh aneka-rupa laman web dan blog yang berwarna-warni menggamit hati pembaca dalam era komunikasi digital.
Terbaca Suatu sindiran terhadap laman maya Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih condong kepada suatu laman web daripada suatu laman blog. Sindiran itu memberi maksud yang empunya blog tersebut tidak bersedia untuk berkongsi komen pengunjung yang mungkin disebabkan sesuatu yang agak payah diungkapkan.
Aku amat faham dengan senario seorang ahli politik memerintah yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Bagi mereka, blog bukannya suatu wadah bagi mereka untuk menerima teguran mahupun untuk melahirkan cetusan apa yang mereka perjuangkan.
Bagi mereka sebagai seseorang yang memegang tampuk pemerintahan atau jawatan tinggi, melahirkan idea secara berhadapan melalui ucapan di media massa sudah cukup untuk meraih populariti. Apakah gunanya blog jika audiencenya di kalangan mereka yang tidak nampak.
Boleh jadi juga seseorang ahli politik yang berjawatan tinggi tersebut sentiasa sibuk dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat-handai yang sangat ramai. Maka kemungkinan besar ahli politik itu tadi merasa amat 'secure' dan mereka menyalurkan idea mereka secara langsung, terus-menerus kepada audience yang sentiasa akan terhangguk-hangguk.
Blog dan laman web bagi mereka tidaklah menjadi medium utama bagi penyampaian mesej. Maklumat yang berkehendakkan anggukan tidak sampai kepada mereka. Maka, oleh yang demikian, laman web dan blog tadi bolehlah diabaikan.
Contoh paling tipikal, apabila Yang Berhormat Menteri dan ahli2 politik utama dapat belanja para penyokongnya memakan buah durian yang dibeli 10 bakul secara borong. Dikupas beramai-ramai dan memakannya sampai habis, sambil berbual-bual sudah cukup untuk meredakan keresahan YB itu tadi daripada kehilangan para penyokongnya selama 2-bulan.
Labels: Permasalahan kerajaan, persoalan, Persoalan kerajaan
4 Comments:
YA sheikhul Arqam 2.0., sduah tengok Tun Mukhriz punya website? Hehehe....
Orang nak blog mereka pun nak blog jugak.
Sejak 9 Mac 2008, macam-macam didengari perihal blog dan bloggers.
Sebelum itu pun, pelbagai penghinaannya.
Namun, entah bagaimana, yang mengutuk dan menghina itu sendiri pun kemudiannya ke kancah bloggosphera juga.
Itulah yang peleknya.
Dari jumlah pemimpin politik ke kancah blog, belum ada yang dapat menyamai blog Che Det.
Jika nak blog dan nak kan anggukan serta pujian sekadar dapat makan durian percuma, alamat berdurilah lalang blog mereka ini.
hhhmmm, tempat saya mencurah idea sudah tentu tak sekufu dgn dorang tu, hebat2 belaka
takut kena kutuk kaw, kaw kot...
Post a Comment
<< Home