..

Saturday, October 25, 2008

Permasalahan: Kangar dan Impian seorang UNWANTED


elhias 1: muka disebelah badawi tu muka siapa ha ???




elihias 2: Kangar di ambang perayaan

Semasa 1o hari di Kangar, Perlis aku buat-buat tersentak apabila terlihat banner gambar muka unwanted-guy lebih 'gah' dibandingkan dengan gambar Menteri Besar negeri itu sendiri.

Aku hampir2 mengatakan bahawa beliau masih lagi seorang MB Perlis.

malam itu, aku berkata2 sendiri di dalam hati.

Mungkin Beliau masih lagi mempunyai harapan untuk memegang jawatan itu.

atau

fikiran beliau sudah rusak atau sudah gila meroyan.

haha.!

dan yang paling aku hairan sekali adalah kata-kata beliau dalam TV3 sebaik sahaja gagal untuk memperoleh kembali jawatan lama...

beliau berkata...

"la ni.... saya pun tiada rumah sendiri... saya menumpang rumah kakak saya....."
haiwan2 di rumah rasmi saya tinggalkan dulu di rumah kawan-kawan saya..

Selama lebih 10 tahun jadi MB besar rumah pun tak terbeli? manyak hairan. hehe..




elhias 3: dahulunya Looking Good dan TOP'S. Tapi towkey dia kalah berjudi. THE STORE ambil alih hehe..


elhias 4: tempat biasa aku mengeluarkan uang..hehe...

Labels: ,

..

Monday, August 25, 2008

Permasalahan sumpah : Ramlan Porigi Teraniaya


elhias: haha! si-saifol yang tergambar dalam minda umno



Dear Tuanku El-Rastom fil langkawiyun el-radio

hehe...

Aku mendapat perintah dari TGNA tentang Ramlang Porigi.

Beliau (TGNA) menyuruh kita supaya jangan menjentik lagi telinga si-Imam-Ramlang Porigi itu kerna beliau tidak bersalah. Innocent katanya sejak dahulu lagi.

hehe..

dan terdapat link dalam internet yang mengatakan bahawa Ramlang Porigi itu rupa-rupanya memang teraniaya (haha!!)
Sumber Sahih sila klik


Apa pula kata si-Mat-Najib el-tantuya dalam hal ini??? KANTOL !!!
Sumber BHARIAN sini sila klik

haha! dia sudah panik!

Almarhum karammmmmm !!!!

Labels: , ,

..

Friday, June 27, 2008

Persoalan Ra'ayat: Siapa Pembunuh El-TanTuya El-Shaari Seeibu ?


elhias: Gengkhis Khan, iaitu datuk kepada datuk kepada datuk kepada moyang kepada si-mati.



hehe...

sungguh pening memikirkan persoalan yang di atas. Seorang keturunan Mongoloid telahpun disumpah menjadi bangkai.

sudahlah menjadi bangkai, mayat dan jasadnya diletup pulak sehingga berkecai sehingga amat payah dikenali. DNA jua yang dianalisisnya.

Kalau difikirkan secara logik, kalah di Iraq. Sekurang-kurangnya di Iraq, mayat yang dibom masih tertinggal sisa-sisa, daging dan kulit. Mungkin masih wujud lagi kepala dan badan yang mungkin boleh dikenali oleh sanak-saudara jika tidak mereput.

hehe...

Lain pula halnya di Malaysia. Negara yang tenang, aman dan damai jangan disangka tiada buaya.

Jika sesiapa yang cuba mencabar pihak berkuasa, belum tentu arwah jadinya. Tetapi belum tentu juga selamat, perasaannya. Setakat calar-balar, itu sudah lumrah gamaknya.

Di mana-mana pun begitu. Pihak berkuasa dianggap sebagai suatu entiti THE UNTOUCHABLE.

hehe..

Persoalan di sini....

SIAPA PEMBUNUH EL-TANTUYA EL-SHAARIBU EL-MONGOLOID meredil Tererterk ????

hehe...

aku rasa aku ada hint...

orangnya bukan lelaki, bukan jua pondan, bukan jua gay.
tetapi seseorang yang bernafsu besar. Amat kuat cemburunya. Kuasanya menerusi proksi juaa..

hehehehe...

tuhan itu amat bijaksana....

Labels: ,

..

Monday, May 19, 2008

Persoalan Pemimpin: Pemimpin iMNO boleh diPenjarakan ?


elhias: Logikkah jika Mat-Tahir dipenjara begini oleh junta elhadhari?? Tak logiiikkkkkk...


Hari ini melakar suatu sejarah.............................
...

...

...

Begitu mudah untuk membuat telahan mengapa si-Mat-Tahir tiba2 mengeluarkan dirinya daripada kepompong tahi. Ramai manusia2 Playsafe membuat spekulasi bahawa terkeluarnya Mat-Tahir daripada sarang tahik iMNO kerana ketidakpuasan hati beliau thdp el-Hadhari kerna menyebabkan penyusutan sokongan ke atas iMNO dlm PRU-12 Mac lalu. Bagi aku itu adalah spekulasi tak-bermutu. spekulasi terlalu menjaga vontot.

Aku ada spekulasi aku sendiri. Mengikut logik fikiran aku, yang sebenarnya si-Mat-Tahir ini takut dipenjara kerna kesalahan lalu. Lagipun si-Mat Tahir telahpun tahu bahawa imam-Hadhari dan balachi-balachinya sedang berusaha untuk mencari kambing hitam sebanyak mana yang boleh agar kekuatan sarang-tahik mereka pulih kembali. Buat masa ini, Mat-Tahir adalah mangsa yang paling mungil. Vulnerable dan helpless. Perisainya lesap entah ke mana. dan lagipun keceluparan mulutnya mungkin jua mengancam keselamatan junta el-hadhari.
hehehe...


TV3 ada menayangkan muka si-Mat Tahir jam 8 malam tadi mengenai dirinya yang dah keluar daripada iMNO. Banyak juga ketidakpuasan hati yang diluahkan oleh beliau. Tetapi apabila disebut 'penjara' aku dapat merasakan bahawa hatinya agak 'sebak' dan 'sayu'.

Dari segi logik, memanglah amat sukar untuk memenjarakan si-Mat-Tahir ini. Memandangkan jasa2 beliau kepada partai el-Tahik. Kemungkinan sandiwara juga di situ. ntahlah. Aku x berani berkata apa2.

Walaubagaimanapun, jika Mat-Tahir dipenjarakan juga, hanya satu saja pesanku. Kemungkinan aku akan pergi dahulu dari dunia ini daripada si-Mat-Tahir, kerna memandangkan usia si-Mat-Tahir ini masih muda, panjang dan liat.

Hanya satu sahaja Pesanku kepada Mat-Tahir , jika beliau dipenjarakan kelak ............


iaitu...

iaitu..


iaitu


iaitu..


iaitu..


iaitu


iaitu



iaitu


iaitu


iaitu



iaitu



JANGAN BUANG NASIKKKK!!!!!!

(sebab beras mahal)

Sokonglah kempen makan ubi keledek iMNO

hehehe....

Labels: , , ,

..

Wednesday, April 30, 2008

Persoalan Politik: Wajarkah Siaran Langsung Dewan Rakyat di Batalkan?


elhias: Pentas Dewan Parlimen dan sebahagian para-pelakonnya.

Persoalan di atas adalah dirujuk.

Aku soal diri aku dan aku jawab sendiri soalan itu.
Jawapan aku,

Aku tidak bersetuju.

Kerna ini adalah salah satu peluang terbaik untuk rakyat-jelata menyaksikan sendiri performance wakil2 parlimen yang mereka pilih semasa PRU dahulu.


Mengapa perlu dibatalkan siaran langsung tersebut?
Pembatalan itu nampaknya telah didokong oleh kenyataan-kenyataan yang tidak kukuh dan tidak berasas langsung.

Baik dan buruknya gelagat ahli2 parlimen berhujjah seharusnya mendatangkan impak dan kesedaran kepada manusia2 yang menyaksikannya seterusnya mereka dapat membuat evaluation, penilaian terhadap ahli2 parlimen tersebut.

Sesungguhnya menyaksikan ahli2 parlimen cabar-mencabar, tegur-menegur, kondem-mengkondem dapat melahirkan sifat-sifat positif ke atas ahli2 parlimen itu sendiri (baik pihak pemerintah mahupun barisan pembangkang, sebab:

1. Mereka akan dinilai akan prestasi dan performance mereka secara telus/ dan secara langsung
oleh rakyat di seluruh negera.

2. Ahli2 parlimen itu sendiri terpaksa cuba sedaya untuk bertindak "seBAGOOSS" yang mungkin seperti menjaga tatatertib dan mengeluarkan hujjah yang bernas di dalam dewan rakyat sambil diperhatikan oleh rakyat2 yang mengundi mereka dahulu

3. Ahli2 parlimen terpaksa menjaga tatatertib dan etika seperti terpaksa menghadirkan diri mereka (tanpa ponteng-ponteng) ke parlimen


===================

Yang aku peliknya usul pembatalan siaran terus-menerus ini selalunya dikemukakan oleh pro-kerajaan. Sebab musababnya (?), entah. aku sendiri pun tidak tahu. Entah apa yang hendak disorokkan, tuhan azza wajalla jua yang mengerti.

Yang lahanat binti hairannya pegawai2 kerajaan yang bawah-bawah di analisis pula tentang prestasi dan performance mereka seperti

1. Mengadakan borang-borang evaluasi, penilaian dan peti aduan di jabatan2 kerajaan kepada pengadu-pengadu yang tidak berpuashati.

2. di universiti2 tenaga pengajar dinilai oleh student. dan student boleh memberi markah ke atas pensyarah2 mereka dan ia dibuat secara telus melalui borang penialaian pengajar.

3. Evaluasi ke atas performance staf kerajaan akan menjadi tenat apabila sesuatu jabatan kerajaan itu telah diletakkan di bawah ISO yang entah ke berapa (?).

Kesimpulan yang aku boleh ke atas kerajaan di bawah pimpinan BN ini adalah

1. Staf kerajaan (yang biasa2) dimestikan dinilai akan performance mereka secara telus dan kenaikan pangkat mereka akan dikenakan beberapa sekatan dan evaluasi lagi seperti PTK dan sebagainya.

tetapi

1. Ahli2 parlimen BN yang memerintah tidak boleh dinilai secara telus. Segala aduan salah laku ke atas mereka seboleh-bolehnya ditutup. Kenaikan pangkat is not applicable di sini tetapi kebolehan mereka untuk memperoleh wang baik secara halal, makruh mahupun haram adalah infiniti.

entahlah..


elhias 2: Wajah sebenar Samy Vellu. Mungkin inilah bekas ahli parlimen yang sangat disegani oleh Dr. Elrastom. Kemungkinan jua ia sebagai lagenda kepadanya. entah...(he..he.he..)

Labels: , ,

..

Saturday, March 29, 2008

Persoalan Pemimpin: Ikhlaskan si-Mat-Tahir ?


elhias: Mat Tahir dan unfair-games suatu entiti yang telah diwujudkan pada zaman kekuasaan beliau.

hehe..

pelik kali ini.

Tiba2 Maha-Mahatma Gandhi el-Mat-Tahir menghebah-hebahkan supaya 1.4 Billion umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda kerana negara tersebut telah menerbitkan suatu filem yang terang-terangan menghina Al-Quran dan Islam.

Aku tiadalah mempertikaikan apa2 tentang maksud saranan si-Mat-Tahir itu,

tetapi,

Yang aku peliknya mengapa tiba2 beliau (si-Mat-Tahir) beria-ria benar mengusulkan pemboikotan itu? Adakah beliau berniat mahu mengulangi zaman hero yang pernah dikecapi waktu dahulu dengan mengembalikan populariti beliau yang sehari-sehari semakin susut di mamah waktu ?

atau

Adakah pada kali ini beliau agak terdesak dengan kebangkitan si-Nuar ?

Bagi aku suatu kemusykilan pula, tiba2 apabila manusia yang telah tiada mempunyai apa2 kuasa beria-ria benar untuk pulau-memulaukan sesuatu sedangkan semasa beliau berkuasa dahulu perkataan boikot-memboikot dan pulau-memulau ini adalah sesuatu yang jijik baginya. Seolah2 perkataan tersebut hanyalah sesuai dan dicap sebagai anasir dan dakyah parti pembangkang sahaja.

Aku masih belum lagi dapat melupakan pasal isu-pemain kriket dari Israel yang masuk ke Malaysia tanpa mendapat restu majoriti penduduk beragama Islam di negara ini, ketika itu. dan bendera Israel telah dikibarkan secara megah di PWTC. Mengapa kerajaan di bawah si-Mat Tahir pada ketika itu tiada mempertimbangkan kesensitivitian umat Islam sehingga tergamak membawa masuk pemain2 Israel tersebut ? Sedangkan pada ketika itu, Israel telah terang-terangan menghina umat Islam Palestin dan mencemarkan kesucian Al-Aqsa. Aku akui, perbuatan rejim Israel pada ketika itu jauh lebih dahsyat berbanding dengan penghinaan Belanda ke atas Islam yang hanya dipaparkan melalui sebuah filem.

Mengapa pula si-Mat-Tahir tidak teragak2 untuk memboikot Israel pada masa itu ? Bukankah beliau pada masa itu sedang berada di puncak mahligai kekuasaan ?

Itulah yang menjadi persoalannya.

Walaubagaimanapun aku berpegang hanya pada satu sahaja.

iaitu:

Segala niat orang-orang iMNO yang mengusulkan sesuatu atas sebab agama hanyalah kepalsuan semata-mata.

Tiada apa yang mereka fikirkan kecuali bagaimana untuk membuncitkan perut dan mengkayakan tukang2 ampu mereka.

Maafkan aku jika kedengaran agak keras dan tidak adil.

Tetapi yakinlah bahawa itulah prinsip orang-orang iMNO...

Labels: , , ,

..

Wednesday, March 19, 2008

Persoalan primate: satu vs dua. Siapa Menang ?

http://www.quantum-conservation.org/ESB/mandrill.gif
elnyemak: "cilakak 2-ekor berok tu. Memang depa nak kena dengan aku"

Terkikih-kikih 2-ekor itu, setelah Gangster-Besar dapat disingkirkan daripada jawatan "UTAMA". Namun begitu, Gelak-sakan kedua-dua ekor itu tidak lama, kerna mereka jua turut disingkirkan daripada dapur BIG-BOSS yang sudah agak mengecil dari sebelumnya.





"Kalau saya tak jadi dilantik, saya mau dua-ekor berok tu pun turun juga. Ini angkara depa laa ni..." - Bekas-Gangster-Besar merungut di depan BIG-BOSSnya itu. Mata BIG-BOSSnya terkebil-kebil tidak boleh berbuat apa-apa.

=============

...
...
...


Ada orang menyatakan beliau memiliki "SEMANGAT JEBAT" dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Aku pula bertanya. Jika dia memiliki aura si-JEBAT, aura si-TUAH dimiliki oleh siapa pula ?


Labels: , ,

..

Monday, March 17, 2008

Persoalan: Siapa Public Enemy Se-Malaysia No. 1 ?


elhias: Kerna semut badan binasa. Kerna Keluarga...
Kadang2 Keluarga adalah pemusnah negara


entahlah. Aku pun tak tahu mengapa.

Hendak dipersalahkan PM seluruh Asia dan Imam Hadhari Se-Malaysia, rasa melampau pula kerna fikiran aku berdetik. Bukan dia yang punya angkara semua.

Logik aku terfikir tentang krisis sepasang manusia yang berbulan-madu. Mereka memang tidak tahu apa2. Mungkin wanita yang didampingi itu adalah wanita yang diidam-idamkan selama ini, seluruh hayatnya.

Hasratnya hendak memperlihatkan dirinya adalah seorang Perdana Menteri di alam percintaan. Loving couple. Silapnya mungkin tidak kena tempat.

Sebuah kerajaan auto-pilot serta remote control. "Everything is under control".

Jika rakyat lapar akan diberi makan gula-gula.

Mungkin ada manusia2 rakus disebaliknya selain dia yang dituduh. Semuanya berhuruf 'Kho' dan 'kap'. Dari Singapore hinggalah N9. Mamak juga orangnya. Mungkin juga. Tidak pasti.

Wallahualam.

Allah kasih pada manusia2 itu. Mungkin jua.

p/s: Siapakah PUBLIC-ENEMY Se-Malaysia No. 1 ?

Labels: , ,

..

Wednesday, November 28, 2007

Permasalahan Negara: Berleluasanya Konflik Antara Kaum



elhias: Konflik. TAR. antara Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pengkhianat Bangsa. Azab yang pedih bagi sesiapa yang mengkhianati agama dan bangsa. Rakyat yang memilih pemimpin yang bodoh pun turut sama terheret dengan azab ini.

~wallahualam



Duduk tak duduk, hak kedaulatan bangsa Melayu masih terus tergugat. melalui tuntutan Hindraf.

klik saya untuk maklumat.


Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat, sehingga ada yang menyatakan bahawa hal tersebut adalah suatu konspirasi antara pihak kerajaan dan kesatuan-India. Bagiku pula, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang sepi dan ringan.

Konflik perkauman sebenarnya adalah sesuatu yang sangat sukar ditangani. Untuk mencapai tahap kepuasanhati bagi semua pihak juga bukanlah suatu yang mudah. (Malah mustahil). Di mana-mana dalam dunia ini pun konflik perkauman masih lagi berleluasa. Cuma antara formal dengan tidak formal sahaja.

Dulu Apharteid dijalankan secara formal di Afrika Selatan. Kini tidak lagi. Namun begitu aku masih berasa sangsi lagi dengan ketelusan dan keikhlasan hati bangsa kulit putih di situ. Paling tidakpun ada antara bangsa kulit putih yang merasa meloya bila melihat orang berkulithitam sedang lena dalam gerabak keretapi berkelas-1

Di Malaysia ini lain pula halnya. Krisis warna kulit hampir-hampir tidak berlaku. Cuma pertelagahan ethnik mengenai hak masing-masing. Yang paling penting sekali di sini adalah untuk mendapatkan hak sama rata antara semua kaum. Terutama sekali adalah dalam bidang politik dan ekonomi.

Dalam hal ini, apa yang dilihat adalah, hak ketuanan bangsa Melayu telah lama terhakis dan diinjak-injak. Kadang-kadang bukanlah hendak diperkatakan bahawa bangsa lain yang menumpang di Malaysia ini terlalu bijak, tetapi sebenarnya lebih kepada kebodohan bangsa kita sendiri terutama pada barisan pemimpin. (yang selalu kelihatan seolah-olah terlalu pandai)


Perkara yang telah berlalu tiada gunanya untuk diungkitkan kembali. Beginilah, aku hanya beri pendapat resolusi tentang perkara itu.

Sebagai bangsa yang telah lama mempertahankan Tanah Melayu ini, sepatutnya Bangsa Melayu harus dan wajib menitikberatkan satu perkara saja, untuk menjamin hak ketuanan bangsa Melayu untuk selama-lamanya.


Satu-satunya perkara itu adalah:

Mempertahankan 70% keluasan tanah yang atas nama Hak bangsa Melayu. Baik dibayar dengan darah sekalipun.

Aku tidak nampak, apa-apa advantage pun dari segi ekonomi jika bangsa lain menguasai segala-gala bidang tetapi se-inchi tanah orang Melayupun mereka tidak boleh usik. I

Itu hak orang Melayu. Paling tidakpun, agama pun dapat dipertahankan dengan mempertahankan hak ini.

Tinggallah bangsa-bangsa itu di pangsapuri-pangsapuri mewah, terawang-awangan, mahupun di angkasa, dan jangan sekali-kali menjejaki kaki ke tanah.

Dan itulah tugas yang paling perit sekali untuk barisan pemimpin selagi itulah yang dinamakan sebagai bangsa yang masih mempunyai kuasa.

Labels: , , ,

..

Monday, August 27, 2007

Persoalan Pemimpin Malaysia : Segala-galanya kah Mat-Tahir ?




Kerap dan acapkali aku terdengar muda-mudi tidak kira Melayu-wiyeen mahupun bangsa Kafir di Malaysia, apabila ditanya, pemimpin manakah yang disanjungi? Mereka dengan segara menjawab. dr. elMahathir aka MatTahir.

Kenapa?
1. Sebab MatTahir Berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dari segi pembangunan materialistik.
2. Sebab MatTahirlah Malaysia maju
3. Sebab MatTahirlah semua orang jadi celik IT
4. Sebab MatTahirlah semua orang dalam dunia kenali Malaysia
5. Sebab MatTahirlah ada MSC,
6. Sebab MatTahirlah segelintir kecil Melayu berkorporat
7. Sebab MatTahirlah itu dan ini, begitu begini dan Malaysia ini menjadi OK.
8. bla..bla..bla..

he..he..he..

Dari suatu sudut, pandangan tesebut memang betul tetapi dari suatu sudut yang satu lagi, memang meninggalkan beribu persoalan dan mampu dipertikaikan.

Betulkah jika tiada wujudnya MatTahir maka Melayu serta Malaysia ini akan hilang segala-galanya? Betulkah ?

dan ini aku lihat sa-olah2 MatTahir telah berjaya melahirkan rakyat yang mampu taksub kepadanya. Sa-olah2 MatTahir sahaja yang memegang 'kunci' pembangunan negara dan menjadikan rakyat Malaysia ini celik IT.

Terkadang aku membayangkan apakah tiada orang lain yang mampu berbuat seperti MatTahir dalam erti kata PEMBANGUNAN Malaysia dari segi Materialistik.

Aku cuba create suatu senario, apa kata jika slot yang diisi oleh MatTahir dari tahun 1981 - 2005 di isi oleh si-lahanat Lew Kuan Yew of Singapore ?

Adakah Malaysia ini semakin jauh MAJU terkehadapan atau jauh tertinggal ke belakang DARI SEGI PEMBANGUNAN MATERIALISTIK ?

Oleh itu,

Apakah bangsa Melayu ini tidak dapat berfikir bahawa bukan MatTahir seorang sahaja yang dapat memajukan negara ini.

Apa yang dikesalkan adalah senario yang ada sekarang ini sa-olah2 bangsa Melayu telah menyerah bulat2 kepada MatTahir bahawa tiada orang yang dapat mengubah Malaysia kecuali si MatTahir itu sendiri. Dan ini, sekaligus ku lihat bangsa Melayu tidak yakin bahawa akan kebolehan saudara-saudara mereka yang lain dalam mentadbir negara ini.

Pada aku satu sahaja iaitu... sebenarnya pemikiran kebanyakan orang Melayu memang mempunyai masalah (termasuk aku sendiri) iaitu : Bangsa Melayu ini TIDAK mempunyai daya pemikiran 3-Dimensi apatah lagi plan-contingency. Dan kesempatan inilah juga digunakan oleh si-MatTahir sebagai advantage baginya untuk melonjakkan namanya pada tahap teratas di dunia khususnya Malaysiawi.

Apakah yang dimaksudkan sebagai pemikiran 3-Dimensi ini?

Aku ambil suatu contoh.

Bila ditanya pada orang Melayu apakah itu besi itu sesuai dibuat sebagai tempat beristeri-rihat?

sudah pastinya kebanyakan orang Melayu akan menjawab, besi adalah bersifat keras, bahaya dan berkarat, tajam jika diasah, dan amatlah tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat dan tempat beristeri-rihat.

Lain pula halnya jika ditanya pada bangsa lain yang berfikiran 3 mahupun 4-Dimensi. Agaknya beginilah jawapan mereka.

Besi adalah sejenis logam yang keras tetapi besi juga bersifat lentur. Oleh itu besi ini amat sesuai digunakan sebagai alas untuk manusia bersiteri-rihat.

Bagaimana?

besi yang panjang tersebut dinipiskan dijadikan dawai kemudian dilentur dijadikan gegelung berbentuk spring atau pegas. Pegas itulah dijadikan komponen dalam kasur/tilam mahupun divan sebagai suatu bentuk keselesaan untuk manusia beristeri-rihat dan juga tempat pembaringan.

Ya itu adalah suatu contoh mudah perbandingan bagi manusia yang berfikiran 3-Dimensi dan 2-Dimensi.

Banyak lagi contoh2 rumit yang tidak akan dipertonjolkan di sini.

Bagiku, Mat-Tahir memang menggunakan kesempatan ini untuk meracuni pemikiran2 sempit ummat Melayu supaya mereka dengan mudah digoblokkan dari suatu segi. contohnya menggunakan alat komunikasi seperti media untuk menyebelahi sesuatu pihak.
contoh:

apa yang tidak kena dengan dua senario (pada tahun 1999) di bawah:

1. seseorang artis-remaja yg masih bersekolah yang memakai T-shirt yang bergambar Dr. Mat-Tahir tertera di situ: "Majulah Malaysia!"
2. seseorang budak yg masih bersekolah yang mengenakan T-shirt yang tertera gambar Dato' Paduka el-Hadi-el-Awang dengan cogan kata: "Bersamamu Islam-Mislam"

Mana satukah yang dikatakan sebagai ekstremist@fundamentalist@pelampau dan yang mana satukah di panggil sebagai semangat patriotisme yang sihat lagi menyihatkan. (subur murni.)

Dan memang telah terkenal pada masa itu isu ketaksuban terhadap mana-mana pemimpin dengan menonjol-nonjolkan gambar mereka adalah boleh dijadikan isu dan menimbulkan persoalan.

Tetapi pada masa yang sama dibolehkan jika pemimpin tersebut sedang berkuasa gambar seseoraang itu di mana2 sahaja terpampang.

Suatu lagi kejayaan Mat Tahir adalah mewujudkan kemenangan di suatu pihak dengan mengembang-biakkan budaya cantas-mencantas di luar batasan atau unfair-games. Jika seseorang Melayu itu mempunyai daya pemikiran yang cemerlang dan mungkin dirasai boleh mengancam kedudukannya maka budaya cantas-menyantas ini akan dilanjutkan.

Persoalan di sini: Segala-galanya kah Dr. Mat-Tahir ?

Oleh itu, sebagai menghormati Dato' Dr. Seri Profesorr Hj-Mabrur Abdullah Hj-Mabrur Badawi aku seru kepada semua penjawat perkhidmatan awam

"KITA TIDURRR DULU.............."

:pppp
uweekk!!

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker