Persoalan Pemimpin Malaysia : Segala-galanya kah Mat-Tahir ?
Kerap dan acapkali aku terdengar muda-mudi tidak kira Melayu-wiyeen mahupun bangsa Kafir di Malaysia, apabila ditanya, pemimpin manakah yang disanjungi? Mereka dengan segara menjawab. dr. elMahathir aka MatTahir.
Kenapa?
1. Sebab MatTahir Berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dari segi pembangunan materialistik.
2. Sebab MatTahirlah Malaysia maju
3. Sebab MatTahirlah semua orang jadi celik IT
4. Sebab MatTahirlah semua orang dalam dunia kenali Malaysia
5. Sebab MatTahirlah ada MSC,
6. Sebab MatTahirlah segelintir kecil Melayu berkorporat
7. Sebab MatTahirlah itu dan ini, begitu begini dan Malaysia ini menjadi OK.
8. bla..bla..bla..
he..he..he..
Dari suatu sudut, pandangan tesebut memang betul tetapi dari suatu sudut yang satu lagi, memang meninggalkan beribu persoalan dan mampu dipertikaikan.
Betulkah jika tiada wujudnya MatTahir maka Melayu serta Malaysia ini akan hilang segala-galanya? Betulkah ?
dan ini aku lihat sa-olah2 MatTahir telah berjaya melahirkan rakyat yang mampu taksub kepadanya. Sa-olah2 MatTahir sahaja yang memegang 'kunci' pembangunan negara dan menjadikan rakyat Malaysia ini celik IT.
Terkadang aku membayangkan apakah tiada orang lain yang mampu berbuat seperti MatTahir dalam erti kata PEMBANGUNAN Malaysia dari segi Materialistik.
Aku cuba create suatu senario, apa kata jika slot yang diisi oleh MatTahir dari tahun 1981 - 2005 di isi oleh si-lahanat Lew Kuan Yew of Singapore ?
Adakah Malaysia ini semakin jauh MAJU terkehadapan atau jauh tertinggal ke belakang DARI SEGI PEMBANGUNAN MATERIALISTIK ?
Oleh itu,
Apakah bangsa Melayu ini tidak dapat berfikir bahawa bukan MatTahir seorang sahaja yang dapat memajukan negara ini.
Apa yang dikesalkan adalah senario yang ada sekarang ini sa-olah2 bangsa Melayu telah menyerah bulat2 kepada MatTahir bahawa tiada orang yang dapat mengubah Malaysia kecuali si MatTahir itu sendiri. Dan ini, sekaligus ku lihat bangsa Melayu tidak yakin bahawa akan kebolehan saudara-saudara mereka yang lain dalam mentadbir negara ini.
Pada aku satu sahaja iaitu... sebenarnya pemikiran kebanyakan orang Melayu memang mempunyai masalah (termasuk aku sendiri) iaitu : Bangsa Melayu ini TIDAK mempunyai daya pemikiran 3-Dimensi apatah lagi plan-contingency. Dan kesempatan inilah juga digunakan oleh si-MatTahir sebagai advantage baginya untuk melonjakkan namanya pada tahap teratas di dunia khususnya Malaysiawi.
Apakah yang dimaksudkan sebagai pemikiran 3-Dimensi ini?
Aku ambil suatu contoh.
Bila ditanya pada orang Melayu apakah itu besi itu sesuai dibuat sebagai tempat beristeri-rihat?
sudah pastinya kebanyakan orang Melayu akan menjawab, besi adalah bersifat keras, bahaya dan berkarat, tajam jika diasah, dan amatlah tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat dan tempat beristeri-rihat.
Lain pula halnya jika ditanya pada bangsa lain yang berfikiran 3 mahupun 4-Dimensi. Agaknya beginilah jawapan mereka.
Besi adalah sejenis logam yang keras tetapi besi juga bersifat lentur. Oleh itu besi ini amat sesuai digunakan sebagai alas untuk manusia bersiteri-rihat.
Bagaimana?
besi yang panjang tersebut dinipiskan dijadikan dawai kemudian dilentur dijadikan gegelung berbentuk spring atau pegas. Pegas itulah dijadikan komponen dalam kasur/tilam mahupun divan sebagai suatu bentuk keselesaan untuk manusia beristeri-rihat dan juga tempat pembaringan.
Ya itu adalah suatu contoh mudah perbandingan bagi manusia yang berfikiran 3-Dimensi dan 2-Dimensi.
Banyak lagi contoh2 rumit yang tidak akan dipertonjolkan di sini.
Bagiku, Mat-Tahir memang menggunakan kesempatan ini untuk meracuni pemikiran2 sempit ummat Melayu supaya mereka dengan mudah digoblokkan dari suatu segi. contohnya menggunakan alat komunikasi seperti media untuk menyebelahi sesuatu pihak.
contoh:
apa yang tidak kena dengan dua senario (pada tahun 1999) di bawah:
1. seseorang artis-remaja yg masih bersekolah yang memakai T-shirt yang bergambar Dr. Mat-Tahir tertera di situ: "Majulah Malaysia!"
2. seseorang budak yg masih bersekolah yang mengenakan T-shirt yang tertera gambar Dato' Paduka el-Hadi-el-Awang dengan cogan kata: "Bersamamu Islam-Mislam"
Mana satukah yang dikatakan sebagai ekstremist@fundamentalist@pelampau dan yang mana satukah di panggil sebagai semangat patriotisme yang sihat lagi menyihatkan. (subur murni.)
Dan memang telah terkenal pada masa itu isu ketaksuban terhadap mana-mana pemimpin dengan menonjol-nonjolkan gambar mereka adalah boleh dijadikan isu dan menimbulkan persoalan.
Tetapi pada masa yang sama dibolehkan jika pemimpin tersebut sedang berkuasa gambar seseoraang itu di mana2 sahaja terpampang.
Suatu lagi kejayaan Mat Tahir adalah mewujudkan kemenangan di suatu pihak dengan mengembang-biakkan budaya cantas-mencantas di luar batasan atau unfair-games. Jika seseorang Melayu itu mempunyai daya pemikiran yang cemerlang dan mungkin dirasai boleh mengancam kedudukannya maka budaya cantas-menyantas ini akan dilanjutkan.
Persoalan di sini: Segala-galanya kah Dr. Mat-Tahir ?
Oleh itu, sebagai menghormati Dato' Dr. Seri Profesorr Hj-Mabrur Abdullah Hj-Mabrur Badawi aku seru kepada semua penjawat perkhidmatan awam
"KITA TIDURRR DULU.............."
:pppp
uweekk!!
Labels: 3-Dimensi, Mahathir, Persoalah Pemimpin, persoalan
2 Comments:
dear elhakim,
Yes u are right. ramai yang jadi ekstremist utk defend dr. mahathir.
But at least dia telahpun buat sesuatu untuk Malaysia kan?
kenapa kita tidak bangga padanya?
Novel itu telah diharamkan oleh MatTahir ini. Karya Prof yang sangat tinggi mutunya. Novel yang sepatutnya diharamkan diedarkan pula dalam setiap beg perwakilan. Cerita sudah muktamad. Si Dr Tua itu masih lagi disanjungi. Cari dan hayati senikata lagu Sifu dalam lagu "anak-anak kita". Untuk anak-anak yang lahir dari darah daging ku. Telah ku ajar erti benci kepada Dr TUA. Aku ajar erti benci dengan konsep pembangunan yang dijanakan. Anak-anak aku telah aku ajar bagaimana menilai DR TUA. Tidak ada satu pun yang dijanakan oleh DR TUA untuk rakyat. Hanya PROKSInya menyapu bersih. Cucu cicit DR TUA sentiasa kaya raya. Cucu cicit rakyat, sentiasa menderita. Pakai kereta jenama negara, hutang masih berjela. Cucu cicit DR TUA tak perlu hidup susah. Pakai kereta import. Cerita lama sudah berlalu. Untuk anak-anak dan keturunanku seterusnya. Sedarlah DR TUA tidak pernah melihat tinggi kamu semua. MALAYSIA adalah miliknya.
Post a Comment
<< Home