Persoalan Pembikinan Filem: Protagonis atau Antagonis ? Yang mana satu ?
Aku bukanlah lulusan sarjana perfileman dari mana2 universitas. Bahkan juga, jauh sekali seorang karyawan filem. Aku suka mengkritik filem secara bersendirian dan abadikannya ke dalam blog sebagai hobi.
Pada pendapat aku, untuk bikin sesuatu filem mahupun drama yang pasti tidak mengecewakan penonton bukanlah suatu yang susah, jika para producer mahupun sutradara tahu FORMULA-ASAS itu. Formula asas itu boleh juga dipanggil sebagai basic, elementary, foundation dalam meladeni selera penonton. (he..he.he.). Jika sutradara itu telahpun tahu formula asas selera penonton tadi, maka senanglah mereka. Yang lainnya adalah ikut template dan acuan sahaja. he..he..he.
Asas dan foundation yang menjadikan sesebuah drama/filem memperoleh daya tarikan yang luar biasa sebenarnya tertumpu pada 2 perkara iaitu:
1. kesempurnaan watak ANTAGONIS. dan bukannya PROTAGONIS (sepertimana kebanyakan sutradara2 tempatan berfikir)
2. konflik yang kukuh dan matang
Di sini aku hanya mengutarakan pendapat aku mengenai watak antagonis sahaja dan tidak mengenai konflik. Konflik pada aku adalah sesuatu yang agak subjektif dan fluctuate.
Yang tololnya adalah karyawan/sutradara sesuatu filem/drama tersebut yang memberikan lebih penumpuan pada watak protagonis dengan menitikberatkan
1. kehenseman / kejelitaan hero / heroin
2. kebolehan dan kekayaan hero tanpa dipertontonkan kebolehan orang-jahat yang sungguh dahsyat
2. keperkasaan seseorang hero sehingga tidak boleh dikalahkan oleh pihak lawan
dan kesilapan besar itu juga sering melanda karyawan perfileman Malaysia, Filipina dan baru-baru ini ~ Jackie Chan--yang semakin malap dalam sambutan filemnya.
Watak Antogonis sebenarnya adalah reflect kepada watak protagonis. Watak Antagonis sepatutnya dilihat dengan lebih teliti dan bukannya protagonis. Watak antagonis hendaklah didevelop dengan kukuh sehingga watak tersebut sangat sukar dikalahkan, dibenci dan dikagumi. Jika watak antogonis berjaya meniupkan kemarahan penonton, maka filem/drama tersebut dikira sebagai berjaya. dan amat bernasib baik watak antagonis yang dibenci itu dapat ditangkis oleh protagonis. dan barulah di situ gunanya watak protagonis. Dari titik situlah bibit2 watak protagonis mula dikembangkan.
Penonton amat appreciate jika seseorang protagonis itu dapat mengalahkan antagonis yang perkasa, bijak, licik dan menyakitkan hati daripada mengalahkan antagonis yang lembik dan tidak bermaya.
Mengapa drama2 telenovela latin mahupun korea/Jepun dapat sambutan luar biasa di seluruh dunia walaupun hanya menggunakan alihsuara mahupun subtititle ?
senang saja jawapannya. Ini adalah kerna sutradaranya sangat pandai dalam mengembangkan watak si-antagonist yang jahat dan licik itu. Kadang-kadang keadaan menjadi lebih complicated dengan penambahan watak-watak antagonist sehingga lebih daripada 3 mahupun 4. Semakin ramai antagonist yang gagah-perkasa., cerdik dan licik dalam sesebuah drama mahupun filem tersebut, maka semakin mendapat sambutanlah filem tersebut. Itu aku jamin. harus pegang kata-kataku ini.
Dan yang pentingnya drama tersebut tidak cepat nak habis kerna masalah yang agak rumit yang terpaksa dihadapi oleh si-protagonist (jalan penyelesaian masalah oleh si-protagonis itulah yang mahu dilihat oleh si-penonton dan bukannya penampilan hero yang separa hensem itu).
Agak aneh kerna jarang-jarang benar drama Melayu dapat bertahan sehingga 100 episod kecuali drama "SEMBELIT" kot dengan hal-hal percintaan yang tak sudah-sudah sehingga menjadi agak tidak relevan pula. Kadang-kadang naik loya jugak tekak sebab TER-tengok.
Oleh kerana sutradara drama tempatan gagal mengembangkan watak si-antagonist tersebut betul2 maka agaknya sebab itulah terdapat drama Melayu yang telah dihentikan awal siarannya seperti Mahligai Gading pada episod ke-20 daripada 300 Episod mengikut perancangan awalnya kerna gagal menarik peminat penonton. Agak Memalukan bukan.? kah..kah.kah
Drama2 mahupun filem hasil kerja bangsa Melayu dalam sedekad-dua ini aku lihat sungguh tidak bermaya kerna sutradara kita kurang menonjolkan dan kurang mengembangkan watak antogonist. Sebaliknya lebih mengutamakan penampilan watak hero atau protagonist. contohnya lihat saja kelembekan drama2 Melayu mahupun filem2 Melayu seperti contoh tradisi di bawah:
1. Watak co-hero, Shamsul- anak kepada Datuk Seri Paduka Yusoff Haslam dalam drama "Sembelit".
2. ke-kaku-an Zed Zaidi
3. watak antagonist yang separa-tiada seperti tidak berapa wujud dalam drama Sembelit
4. Lihat saja telemovie-telemovie hasil garapan director Melayu dalam bentuk VCD (kebanyakannya tidak berapa laris. setakat balik modal jer). Sila lihat watak antagonist mereka. Sejauh mana watak antagonist tersebut berjaya dikembangkan
Bagi sesetengah pihak, drama Melayu yang bertajuk Manjalara agak berjaya dan mendapat sambutan serta rating tertinggi peringkat dunia. (huh?). Bagi aku, itu tidak sah kerna drama tersebut:
1. diadaptasi daripada telenovela Latin yang bertajuk "Mi Gorda Bella" -- Mexican.
2. Pengarahnya hampir bukan Melayu (kot?)
Walaubagaimanapun aku akui drama itu agak menarik kerna keboleh-tahanan watak antagonist yang berjaya dikembangkan. (walaupun tiru hasil kerja orang lain. heh.heh..heh.)
Kesimpulannya,
kepada tuan-director drama Melayu, sila:
perkembangkan dan perkukuhkan watak-watak antagonis dalam drama-filem kamu sebelum antagonis dan tonto2 di luar filem memperkukuhkan kedudukan mereka. (kah..kah..kah.)
Sepatutnya aku tidak perlu tulis N3 ini kerna masing2 sudahpun pakar.
uweeekk!!
:PPPPP
Labels: antagonis, filem, melayu, persoalan, Persoalan Pembikinan Filem, protagonis
3 Comments:
kehebatan si hero berkadar terus dgn watak si antagonist. semakin brutal si penjahat tahi kucing itu, semakin terserlahlah si protagonist itu.
drama, filem melayu skg jrg ada watak2 begini, elhakim. drama, filem melayu cuma ingin mempopularkan jejaka, gadis bermuka cantik yg darahnya bercampur aduk. drama,filem melayu mahu tunjukkan ttg cinta 3 segi, pertentangan dua darjat, atau kelasakan anak melayu di jalanraya. (lumba motor dan kereta). atau filem, drama melayu yg mempaparkan hantu melayu yang tidak la terlalu misteri. tidak ada plot kuat sprt filem2 hantu jepun.
kalau aku ada duit untuk bikin filem pun, baik aku buat dokumentari. boleh bikin duit lebih mudah. utk nak buat filem demi memuaskan hati org melayu, nanti aku jadi sakit jiwa sendiri!
abg kim, aku agak bz kebelakangan ini, tetapi aku masih mahu anda menjawab segala kutukan mengenai melayu di laman sangap bernama uncyclopedia itu..
atau kau kah yang menulisnya?
muahaha..
aku tahu kau lebih banyak kerja dari mengeji dalam kadar yang rendah amat itu..
selamat mengomen..
pekerja budaya yang senget mindanya akan melahirkan budaya yg senget disekelilingnya. Filem..'senget'
Post a Comment
<< Home