Permasalahan Cinta: Cinta dan Kegagalannya
Pada suatu hampir senja, di sebuah pantai yang tenang. Yang cetek airnya. Yang ombaknya sayup-sayup kedengaran. Sekumpulan budak lelaki datang mendekatiku dan menanya aku tentang perihal kecantikan wanita yang menyebabkan pria boleh terpikat.
"Di manakah terletaknya kecantikan seseorang wanita? "
Seperti biasa aku menjawab, "kecantikan itu hanyalah terletak pada paras rupa dan bukan terletak pada sifat mereka yakni di hati. Yang di hati, padaku cumalah keindahan."
Budak pertama, menyoal kembali padaku, "berapa lama kecantikan seseorang wanita itu dapat dipertahankan?"
Aku menjawab, "Ia tidak lama, cuma seketika. Paling lama pun dalam 10 - 17 tahun. Kecantikan itu secara fitrahnya bermula pada umur 16 tahun."
Budak pertama mengangguk lemah. Tanda bersetuju.
Tiba-tiba budak kedua mencelah dan menyoalku, "berapa lama seseorang pria itu boleh menahan perasaan kecewa akibat kegagalan cinta mereka?".
Aku menjawab, "err...pun tidak lama juga, sekitar 1 - 2 tahun. Paling lama pun tidak lebih daripada 17 tahun mengikut kecantikan rupa-paras dan wajah wanita yang mengecewakan mereka. Semakin cantik dan jelita wajah wanita tersebut, semakin lama pria tersebut menangisi pemergian cinta mereka. Dan ia sudah semestinya suatu yang amat pedih. Dan tiada yang lebih menyiksa dari cinta yang tidak sampai."
Dan ini bagiku juga suatu fakta yang harus kalian semua tahu. Api rokok sudahpun dinyalakan. Kemudian aku menghembuskan asap perlahan-lahan ke arah udara.
Tiba-tiba budak ketiga bersuara, "betapa pula halnya jika seseorang pria yang meratapi pemergian cinta pada keseluruhan hayatnya?"
Sesungguhnya padaku ini adalah suatu soalan yang agak sukar dijawab. Kemungkinan budak ini mahu mendugaku. Walaubagaimanapun aku terpaksa menjawab walaupun dengan nada yang agak lemah. Soalan ini barangkali sudahpun memerangkapku.
"Jika begitu halnya terjadi, maka pria tersebut tidak sesekali meratapi cinta yang pergi semata-mata kerna dek kecantikan kerna kecantikan itu mungkin bersifat sementara. Dan aku lebih percaya bahawa pria tadi lebih meratapi pemergian cinta mereka kerna keindahan pada wanita tersebut telah hilang dan terlepas daripada jangkauannya. dan itu adalah tergolong dalam sebab-sebab yang nyata."
Kemudian keempat-empat budak tadi tersenyum padaku seolah-olah bersetuju. Setelah itu, mereka semua bergerak, berpaling dan mula menjauhi untuk meninggalkanku.
Pada masa itu, aku terkial-kial ke-saorangan sambil menyedut asap daripada sisa-sisa rokok yang tinggal. Sejurus itu aku pun mula menghampiri keretaku. dan malam pun melabuhkan tirainya. Hatiku berdetik dan mulutku berkata2 sendirian "Mengapa harus aku jawab soalan2 itu tadi dengan nada kesal"
Labels: cantik, cinta, kecantikan, permasalahan, permasalahan cinta
10 Comments:
kenapa kecantikan dan keindahan hanya dibicarakan untuk wanita ( yg kdg2 kedengaran spt mghukum)...bgaimana kecantikan dan keindahan lelaki....
Dear sueda,
Pertanyaan saudaari padaku amat sukar dijawab kerna kemungkinan..
ia adalah TAKDIR tuhan.
Manusia yakni lelaki, pada tanggapanku telahpun mengambil sa-dikit sa-banyak sifat tuhan seperti marah, cemburu, berkehendak, mahupun memuji kecantikan serta keindahan.
Allah SWT sukakan keindahan. Lelaki juga begitu.
Walaubagaimanapun Allah adalah maha agung dan bukannya makhluknya ~lelaki.
Tiadalah dibolehkan membuat perbandingan antaranya berdua.
Jika kita hendak bercakap tentang cinta, tidaklah keterlaluan jika aku nyatakan bahawa yang paling ariff sekali dalam hal ini adalah seorang sahabatku yang bernama
Dr. El-Azeel ibn El-Azim el-Pasulima di dalam bukunya
"DATANG DAN MENGHILANG"
beliau memang pakar dalam teknik merumuskan percintaan sejagat.
sehingga hari-hari yg berlalu, beliau rasakan sungguh indah sekali.
-salam-
aku hampir jatuh dari kerusi tadi ... apakah elhakim sudah mula menulis tentang cinta?
tak mengapa ... memang lama aku mahu tahu tentang rasa hati kamu itu ...
Lelaki dalam kes terakhir tu macam dah hampir pupus..
Sigh~
elmisstree,
masih ada...
org itu adalah penulis tesis
DATANG DAN MENGHILANG.
gile ke?
muahaha..
ini dan itu, semua kerja gila!!!
muahahaha
aku sedan ingin bercinta dgn kamu
aku?
aduh hakim,
bisa buat gwe penasaran deh..
tulisan kamu baik banget, bisa cair hati gwe..
hehe..
tukar topik la, bola sambung tahun depan, lepas pilihanraya ok?
salam!
maksud aku tukar ke topik cinta, baru best!!!
Post a Comment
<< Home