..

Thursday, July 05, 2007

Persoalan Gempar: Wang Ringgit berucap?




Bangsa Melayu ini kulihat terlalu boros berbelanja. Memang resminya begitu. Membeli perkara yang sama berulang-ulang, mahu kelihatan bergaya, suka bermegah-megah dengan perkara yang kecil dan lagha adalah suatu yang agak sinonim dengan bangsaku ini. Ia kelihatan amat unik dan lain dari bangsa yang lebih kompetitif di Malaysia ini. Bangsa yang lain rata-rata kelihatan agak jarang-jarang berbora-bora mungkin kerana kuasa membeli mereka agak kurang dan mereka sendiri adalah penjual dan peniaga.

Dan...............





Berdekah-dekah aku tergelak dan hampir terkentut-kentut apabila aku ketahui bahawa terdapat sesetengah wang ringgit Malaysia boleh bercakap supaya bangsa kita ini:

1. Simpan duit banyak-banyak, untuk kemudian hari
2. Rajin menabung walaupun seringgit satu hari


Begitulah suatu keajaiban yang wujud, yang ditakdirkan oleh Allah SWT supaya bangsa kita berjimat-cermat. Begitulah sayangnya Allah pada bangsaku ini. Alhamdulillah.

Mungkin bangsa kita tidak dapat berfikir dengan waras kerana kegagalan kelenjar pituari merembeskan hormon berfikir secara rasional tentang keburukan pembaziran, sehingga ALLAH SWT menggunakan kuasanya untuk membolehkan DUIT DAN WANG RINGGIT BERCAKAP dalam bahasa Melayu supaya bangsa Melayu ini mengubah tabiat berbelanja secara jelas.

Almarhum Tuanku Abdul Rahman, DYYM Seri Paduka Baginda YDP Agong Malaysia yang pertama diberi mandat oleh Allah SWT untuk menjalankan amanat itu.
wallahualam........
Allah lah yang mengetahui segala-galanya.



Sila klik saya

Kedengaran agak clumsy, tetapi sebenarnya aku serius. Mungkin takdirnya begitu. Sesungguhnya aku tidak bersalah.

Labels: , , ,

4 Comments:

Blogger leeds said...

keh keh keh..

wpun aku suka shopping, aku ttp simpan 0.001 dr gaji aku.

okla tu kan

10:19 PM  
Blogger zf_zamir said...

duit bercakap suara elhakim

kim, patut duit tambah;

'jangan..jangan beli rokok..sebab rokok dah naik harga..'

kahkahkah...

3:33 AM  
Blogger Ryna said...

ahahah... ada tambahan:
"rokok naik 60sen sekotak Kim, simpan duit... jangan bakar. Nanti nak jaga anak orang"

7:59 PM  
Blogger Elhakim said...

elzamir,

he..he..
aku akan mati sbb x merokok.

kalau aku merokok, pun aku mati juga.

baik aku merokok.

he..he..


Elmisa,

Biarlah naik macam manapun... yang pentingnya adalah rokok.

Anak orang itu mungkin telah dimiliki oleh si-perokok lain.

he..he.he..

1:12 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker