..

Friday, June 22, 2007

Permasalahan TMnet: Monopoli yang Monopause?


"Aku dah melanggan streamyx 4 mbps. he..he..(suara eksyen paling bangga)"

Begitulah kata seorang sahabat baikku yang terngiang-ngiang di telinga aku setelah beberapa bulan streamyx-broadband dengan kadar yang terbaru yang paling terlaju di negara ini dengan kadar promosi RM198/sebulan berbanding harga sebenar RM260/sebulan.

Tetapi kata-kata itu telahpun pudar. Seperti pudarnya gigi putihnya akibat dek nikotin, karat dan tembakau.

Pada dasarnya, di atas kertas, Streamyx-Tmnet adalah ISP yang mendominasi perkhidmatan internet di Malaysia berbanding dengan JARING-MIMOS mahupun isp kecil yang lain (jika wujud).



Tetapi Bagi aku, kualitas perkhidmatan yang diberikan sepatutnya hendaklah "tally" dengan istilah dominasi atau monopolize seperti yang diagung-agungkan oleh tokoh korporat Melayu. Jika tidak, ia hanya menyusahkan dan mengelirukan pengguna/subscriber yang menyebabkan paranoia, igauan-ngeri dan mimpi-mimpi buruk yang tak sudah yang mungkin menyebabkan ketidakberhentian frustasi dan niat-membunuh-diri.

Paling tidakpun sudah pasti beberapa peralatan komputer seperti keyboard, broadband modem, yang menjadi mangsa kemusnahan akibat dek sifat mazmumah ammarah si-pengguna.

Masih belum terlewat bagiku untuk mengucapkan tahniah kepada Mr. Tmnet yang mengeluarkan pakej 4Mbps dengan kadar serendah RM260/=. Walaupun negara2 yang lain sudah pun mencapai lebih 50Mbps. (lihat Korea/Jepun/Taiwan) dengan harga yang agak berpadanan dengan gaji dan taraf hidup mereka.

Yang paling membanggakan bagi aku adalah negara Korea Selatan. Yang telah berusaha menseragamkan talian rangkaian broadband mereka sehingga ke tahap paling teratas iaitu 100Mbps menjelang tahun 2010 (tidak lama lagi). Ini adalah satu breakthrough yang amat hebat. dan buat pengetahuan semua Korea adalah sebuah negara kecil yang berada pada tahap paling teratas dengan pecahan nisbah penggunaan internet di kalangan rakyat mereka amat tinggi sekaligus mengalahkan negara2 yang lainnya di dunia ini.

Apa yang paling memeranjatkan aku adalah, Korea telahpun mengalahkan Amerika Syarikat dan negara2 Eropah yang lainnya dalam pencapaian mereka dari segi teknologi rangkaian-komputer dan Internet. Syabas buat mereka.

Berbalik semula dengan persoalan di tanahair, bagaimana dengan persembahan, performance dan prestasi jalurlebar aka broadband sistem kita di Malaysia?

Beberapa pengguna telahpun mengutarakan pendapat dan pengalaman mereka. Antaranya adalah seperti berikut:

1. TMnet tidak professional. mereka seolah2 mengetepikan dan mengabaikan pengguna pakej kadar terendah seperti 384kbps, 512kbps dengan had.
2. Aduan yang dibuat agak lambat dan amat sukar diambil tindakan.
3. Kadang2 terlalu sukar untuk mendapatkan line
4. Talian terputus-putus. kadang-kadang terdapat intermittent dan latency antara subscriber dan server
5. Kadar lewatan/latency yang agak tinggi
6. Penaiktarafan perkhidmatan (service upgrade) dari 1Mbps kepada 4Mbps yang mengambil masa terlalu lama. Iaitu lebih daripada 4 minggu.

dan berbagai-bagai bentuk aduan dan masalah lagi yang malas hendak dicoretkan di sini.

oppss ada lagi....

Juga terdapat sesetengah kawasan di semenanjung Malaysia lagi yang masih belum dikuasai oleh broadband/jalurlebar streamyx kerana jaraknya agak jauh dengan exchange iaitu lebih daripada 5 km/radius. dan inilah yang paling dikesali

Dalam hal ini, kawasan aku amat bernasib baik kerna lingkaran FTTC nya adalah dikatakan sebagai yang termoden dengan menggunakan talian yang berjenis gentian/fibre optik (fibre optik) Maka masalah-masalah yang telah dinyatakan seperti di atas amat jarang-jarang aku alami dan boleh dikatakan hampir tidak pernah.

Walaubagaimanapun aku amat kasihan dengan subscriber yang lokasinya yang kurang cemerlang berbanding dengan lokasi aku ini.

sian..dier..

he..he.he..

Takper...takper... sabar..sabar..bertenang.. Sabar itu sebahagian daripada Iman.

he..he.he



Aku amat menyokong dengan kehadiran pakej/servis 4 Mbps daripada Tmnet ini. Tetapi masalah-masalah teknikal yang lain hendaklah di ambil kira seperti contohnya:

1. Mengurangkan lewatan atau kadar latency-ping
2. Menghubungkan exchange ker server dengan talian fiber optik (FTTC) bagi ke seluruhan negeri dan tempat untuk meminumkan error dan kadar lewatan di samping memperbesarkan bandwidth untuk masa yang akan datang.
3. Memperbaiki masalah disconnect/terputus-talian atau intermittency di sesetengah kawasan terutama di kawasan kampung dan luar bandar.
4. dan banyak lagi.


Jika TMnet masih lagi gagal untuk memperbaiki servisnya untuk certain kawasan dan tempat, janganlah hendak dikatakan ia sebagai sebuah ISP yang cemerlang di rantau ini.

Takut-takut nanti kalau ada yang mengatakan bahawa

Monopolinya Tmnet adalah Suatu Monopause dan ayat sentence tersebut adalah tidak keterlaluan bagiku...

he..he.he.

sekian, terima kasih.

Labels: , , , , , ,

4 Comments:

Blogger zf_zamir said...

aku tau siapa 'dier'..

biar aku jawab..

tetuan el-ras-tuut~

hehe..

aku sebenarnya nak tanya dah lama..

kenapa lagu aku ni kau guna tak habis2..haha

tak ada lagu lain ke..

haha..aku akan claim tu lagu aku jugak..

7:54 AM  
Blogger Elhakim said...

wrong answer u give me.

aku tak pernah pun berjumpa dengan dier.

he.he...he..


oklah aku bagi tau sapa dier.


Dier adalah towkeh mee-maggi. Yang duduknya tak jauh dari sini.

============
Lagu ini telahpun menjadi tema setiap N3 aku.

Maknanya lagu ini dan blog aku telahpun berpadu. ibarat isi dan kuku.

el-zamir yang amnesia,

Kau faham tak apa erti GILA-TALAK?

he..he.he.

8:05 PM  
Blogger leeds said...

monopause ke menopause ni?

kau biar betul elhakim. heheh...

:P

7:51 AM  
Blogger Elhakim said...

el-leeds,

he..he.

walau apapun kau masih faham bukan? maksudnya itu-itu jugakan?
;)

1:50 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker