..

Monday, June 04, 2007

Persoalan Ummah: Mengapa Malas Beribadah?



Aku bukanlah seseorang yang pantas membincangkan topik yang berat ini iaitu persoalan mengenai peribadatan. Aku apa kurangnya dengan kemalasan yang ada pada aku. Jika dilihat dari sudut luaran, aku bukanlah seorang ahli ibadah mahupun ahli sufi jauh sekali daripada menjadi imam-imam besar, ulamak mahupun ahli-ahli mujtahid serta mujahid.

Aku sebenarnya orang yang amalannya biasa sahaja. mengandungi sifat malas serta mata dan pemandangan yang meliar.

Sengaja aku mencatatkan segala naluri rasa aku mengenai persoalan kemalasan peribadatan ini untuk aku menterjemahkan dan mengumumkan kemalasan-kemalasan tersebut dikhalayak ramai agar aku dapat samakan kemalasan peribadatan aku dengan kalian semua tiada bedanya.

he..he.he.

Topik ini agak berat. Walaubagaimanapun aku cuba ringan-ringankan sebanyak yang mungkin agar catatan ini senang difaham untuk aku kenang sebelum aku dihisab dikemudian hari kelak.

Mengapa manusia berasa malas beribadat?

Soalan ini agak berat. Tetapi jawapannya agak senang bagi aku.

Manusia malas beribadat kerna...............................

manusia itu tidak tahu akan tarikh matinya untuk segala amalannya dihisab.

Itulah jawapannya. Mudah dan ringkas bukan?

Dari segi logika, Itulah jawapan yang paling tepat, padat dan mampat. Kalian yang membaca catatan yang tidak seberapa ini harus akui akan kebenaran jawapan daripada aku tentang mengapa dan kenapa manusia malas beribadat.

Sebab dan musabab tentang kemalasan manusia menunaikan ibadat ini tiada pun dalam hadith mahupun Al-Quran. Jangan dicuba untuk mencari-cari di situ. Jika dicari juga, kebuntuanlah yang kita dapat.

Pada hemat aku, kemalasan ini sebenarnya berpunca dari sikap-mikap manusia itu sendiri yang mana di antaranya adalah seperti yang berikut:
1. berkeluh-kesah
2. tidak sabar
3. terburu-buru
4. suka menyalahkan yang lain
5. suka memberi alasan
6. tidak tahu dan malas untuk ambil kisah

Keenam-enam sifat lemah manusia di atas jika dihimpunkan sudah cukup untuk menjadikan manusia tersebut bersifat malas dalam mengerjakan ibadatnya.

dan

Sesungguhnya aku akui, jika manusia diberi peluang untuk mengetahui tarikh kematiannya, dengan secara otomatis manusia-manusia itu akan segera rajin dalam amalan peribadatannya. Itu memang sudah aku duga dan memang terjamin akan kebenarannya.

Contoh paling lazim dan tipikal adalah waktu peperiksaan yang semakin hampir di mana para pelajar agak sibuk mentelaan pelajarannya.

Begitu juga dengan tarikh kematian. Jika manusia tahu akan tarikh kematiannya maka manusia-manusia di dunia ini akan segera berbuat baik di kala waktu ajal mereka semakin hampir.

Walaubagaimanapun terdapat kontranya jika manusia ini tahu tarikh kematiannya iaitu, jika saat kematian mereka masih lagi jauh, mereka akan sentiasa berbuat kejahatan kerana mereka akan pandai congak, bahawa mereka akan segera kuat beribadah di kala ajal mereka hampir tiba sahaja seperti 'work hard exam is around the corner'.

Satu lagi fakta yang sering aku terfikir tentang kemalasan manusia ini untuk beribadat adalah ketidak-tahuan manusia tersebut akan titik kematiannya.

manusia-manusia ini sering ditipu oleh dunia. Semakin lama manusia2 ini di dalam dunia maka semakin panjang usia yang dirasai.

Jika seseorang manusia itu berumur 40 tahun, diikutkan logik, tidak sepicin pun mereka terfikir bahawa ajal dan maut mereka sudah terlalu hampir atau noktah kematian mereka sedang berada di hadapan.

Apa yang dirasakan oleh mereka adalah terlalu banyak benda-benda di dunia yang mendatang atau semakin deras nikmat-nikmat tersebut yang dirasai.

Oleh itu, perasaan untuk sedar akan noktah kematian itu semakin jauh dirasai.

Agaknya itulah sebab-musabab mengapa manusia itu berasa malas untuk beribadat di samping faktor-faktor lain seperti
1. jahil (ignorance)
2. terlalu ikutkan nafsu
3. leka

Dan inilah agaknya yang dinamakan sebagai tipu-daya dunia.

gambar di bawah: Wajah syaitan yang menegah manusia daripada beribadah (agaknya)



wallahualam

Labels: , ,

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya yang jahil dan malas ni jugak mau menyumbang sikit mengenai isu umat manusia ini.

malsnye kite beribadat, kerana yakin kite bahawa ibadat itu hanya solat, zakat dan apa2 yang dianggap ritual dan NAMPAK gaya beragama. tetapi yang sebenarnye, berniaga cara islam pon ibadat (dengan niat kerana Allah).
satu lagi, kurang yakin bahawa ibadat dapat selesaikan masalah akhirat dan JUGAK MASALAH DUNIA.

ibadat ni 24 jam. hm, kalau kurang faham, mari la berbaik2 dengan sheikh2 yang dah mengaji lama.

sekian

-aliuddin-

1:14 AM  
Blogger Elhakim said...

ya.
telahpun aku tahu itu.

tenkiu.

6:18 AM  
Blogger azeel said...

bagus la kau, sekarang.
aku nak solat zohor jap ...
kim, kau jadi imam yer...

12:06 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker