..

Thursday, May 24, 2007

Persoalan Ummah: Ada Apa dengan Lubnan?



sejak seminggu lepas, otak dan fikiran aku sering berlegar tentang sebuah negara para anbiya yang dinamakan sebagai Lubnan/Lebanon. Negara kecil tersebut, tidak silap aku, sering bergolak dan sering dilanda ketidakstabilan politik yang mengakibatkan peperangan, demonstrasi dan perpecahan.

Dari segi sosialnya, terdapat banyak etnik, ras dalam sebuah negara kecil tersebut antaranya
1. Arab-Sunni
2. Arab-Syiah--militan Hezbollah
3. Puak Druze
4. Pelarian Palestine--militan Fatah-Al-Islam
5. Arab-Kristian
6. Yahudi-Jews
7. Warganegara Asing--Majoriti dari barat
8. Expatriate
9. dan lain-lain lagi

Jika hendak dinilai dari segi kemanusiaan, memang agak bangsat sekali kerajaan di bawah Perdana menteri Fouad Siniora dan Presiden Emil Lahoud. Kadang-kadang aku nampak bahawa kerajaan yang dipimpin oleh dua ekor beruk itu nampak dan kelihatan seperti dayus sahaja. Maksud aku, kedua-dua ekor bangsat itu bertindak seoalah-olah tak ada telur.

Semasa serangan Israel pada tahun lepas, kedua-dua ekor beruk-tiada telur ini hanya berdiam diri sahaja walaupun wilayah mereka di bahagian selatan telahpun dirogol bertubi-tubi oleh rejim zionist.

Tiada apa-apa yang mereka berani lakukan. Tentera-tentera Lubnan hanya menyepikan diri di bahagian utara dan tidak bertindak dan berhasrat untuk melakukan serangan balas.

Yang mempertahankan Selatan Lubnan pada masa itu hanyalah puak-puak militan Syiah Hezbollah/Hizbullah. (Bukannya Hasbullah Awang ). Kredit bagi puak Hezbollah kerana mereka amat berani mempertahankan kedaulatan wilayah Lubnan yang gagal dipertahankan oleh beruk-tidak-bertelur iaitu perdana menteri mereka sendiri. Apa yang menjadi persoalan bagi aku, bagaimana anggota Hezbollah yang cuma berjumlah tidak lebih daripada 20 ribu orang itu dapat menewaskan dan menggagalkan musuh mereka tentera israel yang mempunyai kelengkapan militer yang cukup canggih. Tidak salah aku, Rejim zionist dan Yahudi tersebut mempunyai kekuatan angkatan tentera yang ke-empat terkuat di dunia. (Rujuk fakta dalam CIA).

he..he. aku acah jer... apa yang hendak dihairankan, sedangkan tentera yang terkuat sekali di dunia iaitu tentera Amerika pernah gagal di Vietnam dan sekarang ini, sedangpun mengecapi dan menikmati kegagalan di Iraq dan Afghanistan.

Berbalik pula persoalan aku di Lubnan sekarang.

Mengapa sekarang ini, tentera-tentera Lubnan beriya-iya benar menyerang kedudukan militan Fatah Al-Islam, iaitu sebuah kumpulan militan yang bertindak sebagai penjaga atau mempertahankan hak pelarian-pelarian Palestine di Lubnan.

Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Lubnan untuk menumpaskan puak militan Fatah Al-Islam adalah
1. Jenayah rompakan bank yang dilakukan oleh Fatah Al-Islam baru2 ini(tuduhan sahaja)
2. Mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda (Al-Qaeda? benar-benar wujud ker?)

Jika difikirkan secara logik, tentera2 dan pihak berkuasa Lubnan hanya bertindak jika bank2 mereka dirompak dan bukan negara dan wilayah mereka dicerobohi.

Sementara itu, kelemahan yang terdapat pada Fatah Al-Islam adalah tidak memperoleh mana-mana back-up baik daripada pergerakan dan kerajaan Palestine itu sendiri mahupun daripada puak Hezbollah di Lubnan. Fatah Al-Islam dikatakan hanya bernaung di bawah pro-Syria ketika ini. Pada aku, itu hanyalah alasan dan pembohongan yang karut semata-mata.


dan...

Teori aku senang sahaja iaitu

1. Kerajaan pimpinan beruk-tidak-bertelur iaitu Fuad Siniora ini adalah pro-zionist dan pro-western itu sendiri.

2. Keengganan Pihak berkuasa Lubnan untuk campurtangan dalam mempertahankan wilayah selatan mereka semasa diserang oleh zionist-Israel adalah atas arahan barat dan Israel itu sendiri

3. Pihak berkuasa Lubnan membiarkan puak-Hezbollah mempertahankan wilayah selatan Lubnan dengan harapan agar Puak-Hezbollah akan dihancurkan oleh rejim zionist. Ini adalah sebahagian daripada dendam kesumat akibat daripada kehancuran tentera-selatan-lubnan iaiatu (South-Lebanon-Army--pro-zionist) yang dihancurkan oleh puak Hezbollah 20 tahun yang lalu.


4. Tumbesaran dan pemetaan semula negara Israel sedang cergas dilakukan

Kesimpulan
========

Tiada apa2 yang hendak disimpulkan. Jika ummat Islam masih berpecah, maka pecahlah kepala ummat Islam itu sendiri akibat ditembak oleh rejim zionist.


sekian, terima kasih.

Labels: , ,

5 Comments:

Blogger azeel said...

biar aku jawab persoalan kau.

mahu memusnahkan israel? tunggu seluruh tanah arab bersatu dan berperangi israel. itu saja.aku sering memimpikan hal yang satu ini.

noktah.

1:56 AM  
Blogger rastom said...

Sebagai seorang Trojan di dalam jentera yang korup, saya memahami dinamika politik negara Arab seperti Lubnan. Ia dipenuhi pelbagai Trojan, spyware, adware dan pelbagai anasir anasir yang telah di beri access ketika British melakar peta baru untuk bekas wilayah kerajaan Islam Ottoman dulu. Kesan dari pembukaan firewall Asia Barat ini memang menguntungkan hegemoni Anglo-Saxon ke atas musuh tradisinya. Hehehe

6:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

seikhlas hati saya nyatakan, X PERLU TUNGGU ARAB BERSATU....kite, saya, kamu dan smua umat islam yang ade dia ceruk rantau mana pon, mari baiki diri.

berapa peratus islam yang kita amalkan skang ni? (bukan ckp politikus). ie: kehidupan sehari2 kite macamana?

masjid kite tu harap cantik aje. tp orang yang dtg xde, ade la pakcik2 tua2 yang dengar ceramah untuk suke2. TIADA KEINGINAN. lupakan arab. fikirkan diri sendiri...maka umat ini Allah kurniakan kembali kekuatan. InsyaAllah.

-Aliuddin-

3:18 AM  
Blogger Elhakim said...

el-Alawidden,

kau betul.

Tetapi,

Tidak pernah juga dalam tulisanku untuk menegah atau menghalang seseorang untuk memperbaiki diri.

Muhasabahlah diri masing2 semuhasabah-muhasabah yang mungkin..

he..he..he..

tiada yang melarang itu...
Malah aku galakkan lagi...

Pada aku semuanya itu terletak pada Allah.

Tugas aku hanya mempersoalkan sahaja. Tidak lebih darpd itu.

he..he.he..

12:01 PM  
Blogger Elhakim said...

Tn Elrastom,

yg tak sedapnya spyware dan trojan tu tiada cleaner yang betul-betul berkesan.

Kalau boleh nak-nak saja aku minta pada tuhan untuk low-level re-formatkan saja kesemuanya...

he..he..he.


===========


El-Azeel,

apa kata kau dan aku pergi saja ke sana untuk berjuang.

jika kita berdua syahid,

Semoga terlepas dari belenggu cinta yang menyiksakan itu...

he...he..he..

12:14 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker