Persoalan Wanita: Poligami, Wanita dan Sister In Islam
Aku baru membaca email daripada seorang kenalan blogger yang bernama El-Misha Atsushi El Misha Omar tentang persoalan poligami dan tanggapan buruk oleh sister Hadhari El-Sister in Islam.
Izinkan hujjah aku tidak bersandarkan nas-nas dalil Al-Quran, Qias, ijtihad mahupun apa-apa mengenai Agama Islam.
Izinkan hujjah aku mengikut logik dan pandangan otak negatif aku.
Aku tidak bersandarkan Islam dalam hujjah aku kerna hujjah dalam Islam telahpun wujud dalam blog-blog Igama. Ustaz-Mustaz pun boleh direfer begitu juga terdapat beribu-ribu para-cerdik-pandai igama dalam hal ini, baik cerdek-pandai kerajaan mahupun cerdik-pandai bukan Kerajaan (pemberontak). Persoalan poligamous ini telahpun jelas. Kita boleh mengambil junjungan yang sangat dikasihi iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai contoh-montoh hakiki mahupun maknawi.
Untuk menjawab hal ini, sila ikut rule aku. Jika tidak, berpandulah saja daripada pandangan Ustaz-Mustaz baik ustaz mustaz UMNO, abim, PAS mahpun Al-Arqam. Boleh juga refer pada pencerama-penceramah Bebas. he..he.he.
Yang paling bangsat sekali adalah:
1. Cerdik-pandai Kerajaan seolah2 condong pada desakan2 Barat supaya tidak mempromosikan poligamous ini. Seolah2 poligamous ini sebagai suatu entiti yang hina, tidak berperikemanusiaan.
2. Yang aku nampak, pembesar-pembesar kerajaan ini jugalah yang rata-rata banyak mengamalkan poligamous baik yang senang dilihat mahupun yang ghaib dalam ertikata 'yang tak nampak' mahupun yang sorok-sorok.
3. Yang amat melahanatkan sekali tidak kira artis, mahupun golongan anti-poligami agak keterlaluan mempromosikan cerai-berai daripada mempraktikkan poligami. Akibatnya, yang merana adalah wanita juga kerna terdapat sesetengah sang lelaki gagal untuk memberikan tuntutan nafkah selepas cerai mahupun mengendalikan soal hak penjagaan anak.
Nampaknya tindak-tanduk anti-poligamous ini menjerut leher mereka sendiri. He..he.he..
Mengikut perkiraan aku, sisters in Islam adalah suatu badan yang agak memutarbelitkan agama Islam itu sendiri. Mereka hanya melihat poligami ini hanya dari suatu sudut iaitu sudut nafsu wanita itu sendiri. Nafsu itu dikenali sebagai sifat cemburu. Itu saja yang mereka nampak. Dari segi positif mereka tidak dapat melihat. Hati mereka sudah gelap. Fikiran dan mata hati telahpun tertutup.
Untuk mengaburi mata bagi menutupi sifat cemburu tersebut mereka cuba kaitkan poligami ini dgn
1. Ketidak adilan rumahtangga
2. Keganasan rumahtangga
Padahal mereka tidak pernah menyatakan kebaikan poligami itu. Sedangkan yang mengamalkan poligami itu sendiri adalah Rasul mereka sendiri. Nabi, seorang insan yang mulia. Utusan tuhan. JIka mereka melahanatkan poligami beerti mereka telah melahanatkan suatu contoh yang baik Amanah daripada Allah SWT. Jadi dalam soal ini, keimanan dan Aqidah mereka terletak di mana ya?
Mengikut perkiraan aku la.. jika diberi pilihan kepada sisters in Islam sama ada untuk vote for
1. mencontohi RAsulullah
2. mencontohi Bush/Bill Clinton.
For sure mereka akan pilih no. 2. he..he..he. Hak asasi Kemanusiaan kononya. Biarkan saja mereka.
Pada firasat aku untuk menyalahkan poligami semata-semata kerana ia menyebabkan ketidakadilan dalam rumahtangga adalah suatu yang maha tidak adil. Justifikasi aku begini. Jika kita pandang dari segi keburukan, memang sesuatu cadangan itu tidak kemana. contoh:
Aku boleh juga menyatakan bahawa Internet adalah sesuatu teknologi yang membawa keburukan dan bawa padah pada umat manusia. Kerna terdapat banyak poison-letters, fitnah, gambar lucah di dalamnya.
Oleh kerana itu JANGAN GUNAKAN INTERNET. Mudah saja konklusi yang aku buat bukan? Begitu juga konklusi-mudah yang dibuat oleh sisters in Islam untuk menjahanamkan reputasi poligami. Oleh kerana ditakuti poligami ini membawa kepada ketidakadilan dalam rumahtangga maka JANGAN BERPOLIGAMI. HARAMKAN POLIGAMI. Biarlah suami-suami mereka menabur benih mereka thdp wanita pujaan mereka di hotel mahupun di dalam kereta saja. he..he.he..
Pada aku, senang saja iaitu poligami ini hanya untuk MEREKA YANG MAMPU sahaja. Mampu dlm ertikata untuk berlaku adil-saksama baik dari segi dzahir mahupun batin. Jika tidak mampu TIDAK USAHLAH BERPOLIGAMI.
he..he.he.
==========================================xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx=======================================
Aku kini akan menghakimi poligami ini mengikut saraf otak aku tanpa berpandukan nas2 dalil naqli. dalil2 Naqli aku tolak ke tepi. Kini Ikut logik aku saja.
Brain-Processing will begin shortly
Begin!!!
..............................
Aku sudah dapat hasilnya....
Aku menghakimi bahawa Poligami, dalam sesuatu hal keadaan, adalah sesuatu yang fitrah, normal, sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Aku tidak Bias. Ini adalah soal fitrah kemanusiaan sejagat.
Akal aku berkata seperti di bawah:
Sifat jantan/kelakian dalam sesuatu ciptaan Allah SWT memang ditakdirkan begitu (konsep takdir). Jantan/kelakian memiliki sifat dominan iaitu.. jika mereka melihat sesuatu yang menarik perhatian, hati mereka terus berdetik untuk memilikinya. Tidak kiralah sama ada barang mahupun wanita pujaan.
Sifat berkehendakkan lebih daripada seorang wanita ini bukan hanya terdapat pada manusia, malah juga pada haiwan. (Aku tidak bermaksud bahawa manusia ini hendaklah jadi seperti haiwan/binatang. cuma contoh sahaja)
Aku ambil contoh seperti berikut:
Dahulu, arwah nenek penulis pernah memiliki seekor kucing jantan perkasa (dominan yang normal) dan seekor kucing jantan pasif (tidak dominan. lemah).
Kucing jantan dominan bersikap seperti berikut:
1. Selalu lesap. Merantau jauh terlalu aktif dan kuat bergaduh, berani dan sang-penakhluk.
2. memperlihatkan sifat dominan yang suka pancut merata-rata
3. mempunyai rupa yang agak macho. Sekali pandang seperti harimau jantan. Bermuka kembang, berleher pendek, berjambang, bermisai dan berjanggut.
4. berbadan berat, keras dan liat
5. Terlalu jarang terkena penyakit.
6. Bunyi mengiau kuat yang terlalu mampu memikat si-betina. Sekali mengiau, kucing betina yang lain terus mengeliat-ngeliat.
7. Mempunyai banyak pasangan, bini, gundik serta betina simpanan
Kucing penakut/ tidak-dominan adalah seperti yang berikut:
1. Lemah, penakut, nampak kucing jantan lain, tercirit2 dan lari lintang pukang
2. Gagal untuk memikat sebarang betina. Silap haribulan mengamalkan homosexual seperti kaldai.
3. Senang dihinggapi penyakit.
Jika kita soal kucing betina, kucing jantan yang mana satukah yang menjadi pilihan. Sudah tentu kucing betina akan mengimpikan kucing dominan yang mempunyai sifat-sifat dominan tersebut.
Begitu juga dengan wanita/perempuan. Sudah tentu mereka menginginkan lelaki yang dominan, sempurna sifat lelakinya yang membolehkan si-lelaki itu memuaskan dzahir dan batinnya.
Jadi aku nak tegaskan di sini bahawa, jika terdapat sang-suami yang boleh terpikat dengan wanita lain, maka janganlah pelik. Anggap itu adalah normal. Tahniah! Suami anda mempunyai sifat normal dan dominan. Cuma dia tidak mampu dan masih berfikiran waras dengan masih terus mengamalkan ajaran Islam dengan menjauhi larangannya. (he..he..he..)
Rasululah adalah suatu contoh lelaki dominan. Walaupun RAsulullah adalah suatu yang patut dicontohi, tetapi sahabat2 yang terdekat masih ramai yang tidak mengamalkan poligami. Ini adalah suatu contoh yang ajaib. Begitu juga dengan alim-ulamak di seluruh dunia termasuk para-para muslihin, ustaz-mustaz. Cuba listkan berapa kerat antara mereka yang mengamalkan poligamous?
Dalam Al-Quran terdapat suatu surah yang berkeratan seperti berikut:
"Jagalah isteri-isteri kamu.... "
isteri-isteri ini menunjukkan kata-plural, jamak. Dalam konteks al-Quran telahpun menunjukkan bahawa sifat lelaki dalam Islam secara default mempunyai isteri lebih daripada seorang. dan... oleh kerana ketidakmampuan, maka hal ini terabai dan tidak dilaksanakan.
Dan jika lelaki Islam itu menuruti ajaran Islam secara jujur, maka sebelum mereka berfikir untuk berkahwin lebih daripada seorang, hendaklah mereka menyoal diri masing2 sama ada boleh berlaku jujur atau tidak. JIka tidak mampu berlaku jujur, maka jangan amalkan poligamous ini.
Oleh yang demikian, persoalan oleh sisters In Islam tentang ketidakadilan dalam soal poligami dalam Islam seharusnya tidak timbul. Orang yang tidak berlaku jujur dan gagal untuk bertindak adil semasa melakukan poligami adalah tergolong dalam golongan mereka-mereka yang GAGAL MEMPRAKTIKKAN ISLAM. Dalam ertikata lain mereka ini adalah orang yang tidak mengikut landasan syariat yang betul. Maka, oleh itu, SISTER IN ISLAM tidak sewajarnya menyalahkan Islam itu sendiri yang menghalalkan poligamous. Jika Sister in Islam terus-menerus menjahanamkan reputasi poligami yang dihalalkan oleh syariah maka jadilah mereka tergolong dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan. he..he.he...
Sebagai kesimpulannya aku berharap supaya teman-teman bloggers lelaki hendaklah mempunyai sifat dominan sesuai dengan fitrah muslim sejati. Oleh itu aku mendoakan supaya teman2 seperti, El-Zamir, El-Azim, El-Rastom, El-Aku, El-Anak-Bumi, El-Myself, El-Chinteng dan nama2 yang gagal aku nyatakan di sini, jika tidak keberatan, dan sangat mampu, carilah isteri lebih daripada seorang kerana ia adalah Halal dari segi syarak. Tambahan lagi, ia adalah sesuatu yang 'sedap', lezat lagi berkhasiat. Tapi kalau tidak mampu, baik tidak usah. Dan tergolonglah anda dalam golongan manusia-manusia yang tidak berkemampuan. (he..he..he.). Walau bagaimanapun aku berharap supaya El-Azim dan El-Rastom mempraktikkan sunnah Rasulullah secara total dan full-throttle. (he..he..he..)
Hidup sunnah!!! Hidup Takdir!!!
Aku juga berharap agar manusia-manusia wanita-Muslimah seperti di bawah:
1. El-Mazween
2. El-Leeds El Malique
3. El-Misa Atsushi
4. El-Ustazah berdua. El-Putih dan El-Zalisa
5. El-Nuraina / El-RAfflesia merah
6. etc. terlalu banyak untuk dinyatakan termasuk anynomous-bloggers
ini agar mereka mempunyai atau bakal memperoleh Lelaki sejati yang dominan. Kalau boleh, hendaklah kamu semua bakal dimadukan oleh suami kamu iaitu seorang lelaki sejati yang dominan.
Kepada Leeds, Misa, mazween, hidup bermadu ini adalah sesuatu yang sihat. Penuh dengan persaingan yang positif. Aku doakan kamu (he..he..he.). Galakkan suami anda. InsyaAllah...InsyaAllah.
Dalam hal ekonomi, persaingan sengit sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain adalah sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Maka hasilnya seluruh organisasi itu akan bertambah mantap dengan menghasilkan product yang kompetitf lagi berkualiti dan mampu memuaskan hati pengguna.
Begitu juga dengan kaedah perkahwinan poligami dan bermadu. Isteri-isteri hendaklah bersaing antara satu sama lain supaya dapat melayan suami mereka dengan sebaik-baiknya. Performance masing-masing hendaklah dijaga supaya mereka dapat memberikan layanan semaksima pada suami yang seorang itu.
he..he....he...
sekian, terima kasih
49 Comments:
aku lebih sanggup kawin dgn lelaki tak dominan dari kawin dgn lelaki dominan macam elhakim.
sungguh aku tak hingin.
:P
hahaaha gelak sakan aku baca entry ko pasal poligami ni elhakim... namun aku bukan kucing..dan aku tak kena mengena ngan "kucing dominan" ko gambar kan tu kekekeke :P
bagi aku masalah utamanya ialah masalah MELAYU.. masih lagi dalam lingkungan melayu dan yang ada seribu satu permasalahan. bab poligami ni pun tak lepas dari persoalan melayu maksudnya pemikiran melayu. kalau lelaki yang nak poligami berfikir secara melayu..pempuan yang nak menerima madu pun berfikir secara melayu..pempuan yang nak dikawini pun sama jugak.. so macam mana isu poligami ni nak dibahas atau diterima dengan baik oleh manusia yang bernama melayu ni?
aku tak salahkan rakyat melayu sepenuhnya jugaklah kalau dah memang dari kecik sampai besar..dari celik mata sampai pejam mata semua perkara yang membentuk jatidiri, pemikiran atau apa saja ke arah pemikiran melayu atau lebih teruk dipanggil sekular. tak ada hubungan langsung dengan Islam..baik pendidikannya, baik persekitaran sosialnya , politik lebih lagi lah..apa saja mesti bersifat melayu sekular.
ko tengok macam mana pempuan bersentimen giler bila sebut pasal poligami...bukan nak ambik pemikiran Islam..bukan nak ambik hujah hujah Islam..bukan nak ambik sejarah dan sirah..sunnah.. kalau pun ambik pasti bertujuan untuk menolak poligami..cumanya ada yang menolak secara terang terangan dan ada pula yang agak bersopan menolak dengan mengemukakan hujah dari Islam konon wahal sebenarnya sama je menolak poligami.. mungkin agak sopan lah kalau mereka berkata... " aha lelaki kalau boleh bersikap adil macam Nabi boleh lah berpoligami" ..sebenarnya dalam kepala otak mereka..jelas dan tidak menerima sama sekali poligami..maksud lain ialah mereka hanya menerima Nabi saja yang dianggap boleh berpoligami..lain dari Nabi kalau adapun seratus juta dalam satu.... mereka menolak samaa sekali lelaki mutakhir ini untuk diyakini dan dipercayai boleh berlaku adil dan saksama.
lebih teruk sebenarnya bukan soal adil..tetapi wanita ni kebanyakkannya tamak..tak mau berkongsi..masa kawin dulu niatnya salah..kalau niat kerana Allah..mesti boleh menerima poligami ni..banyaknya niat semata mata nak berkahwin sebab cinta kononnya....memiliki..tak ada istilah berkongsi kasih bagi mereka..
wanita di Malaysia ni banyak berfikiran melayu..kalau yang boleh menerima poligami adalah mereka yang berfikir secara Islam..yang bukan saja menggunakan kepala otak tetapi Al Quran, sunnah dan ijma' serta qias..dengan pandangan agama dari yang berkelayakan dan benar....
sama jugaklah dengan lelaki yang berkahwin..atau nak berpoligami..masalahnya lelaki ni tak mengambarkan pemikiran Islam..banyaknya yang nak kawin adalah lelaki melayu ..yang akan buat ikut kepala otak dia je..bukan dia kisah pasal agama atau pandangan Islam dalam soal poligami..
so pertembungan pemikiran melayu pempuan dengan pemikiran melayu lelaki ni lah yang mengkucar kacirkan masyarakat...tak kisah samaada dia melayu kedai kopi ke, melayu universiti ke..melayu politik ke..melayu NGO's ke..semuanya sama je.. bila bercakap banyak timbulkan kekeliruan dan masalah.
bagi aku mudah je lah..mana sunnah ..mana Nabi buat...tu aku tak akan pertikai langsung ..nak berhujah tentang ketidakadilan dalam poligami berhujahlah tak salah..tapi jangan menolak poligami...jangan sampai tindakan kita mengambarkan kita menentang poligami.
elhakim.. saranan ko agar lelaki menjadi dominan tu bagus...dominan bukan hanya sebab bleh kawin lebih dari satu..tapi dominan sebenar ialah bila lelaki dapat menjadi lelaki yang sebenar mengikut apa yang Islam ajar :)
manusia tak kira lelaki ke perempuan ke.. mesti semampu mungkin mengabdikan diri kepada Allah..ni lah dominan..nilah kebahagiaan hakiki untuk seorang insan.. aku bleh cakaplah tapi nak buat tu..rasanya bagus ko dari aku elhakim hahahhaah :P
sedikit tambahan.. sebenarnya persoalan..
kalau poligami tidak dibenarkan..apa pilihan yang ada pada para suami yang telah jatuh hati pada orang lain? Islam telah beri jalan keluar yang paling baik dan paling sesuai.. Allah yang jadikan manusia..dan Allah Maha Mengetahui makhluk yang diciptanya..Allah tau tentang hati dan perasaan manusia.. terlalu banyak hikmah yang tersurat dan tersirat dalam poligami..
tiba tiba manusia dengan sedikit akal yang kontot ini mendabik dada menafikan apa yang telah Allah halalkan buat manusia.. siapa kita?
uish! kalau bab kawin banyak ni berdegar2!
kemain semangat lagi...
Quote:
"tetapi wanita ni kebanyakkannya tamak..tak mau berkongsi."
tamak? perempuan tamakkan seorang lelaki atau lelaki yang tamak nak ramai perempuan?
siapa yang tamak sebenarnya?
jawab la kalau berani...
Quote:
"hidup bermadu ini adalah sesuatu yang sihat. Penuh dengan persaingan yang positif. Isteri-isteri hendaklah bersaing antara satu sama lain supaya dapat melayan suami mereka dengan sebaik-baiknya. PERFORMANCE masing-masing hendaklah dijaga supaya mereka dapat memberikan layanan seMAKSIMA pada suami yang seorang itu."
ayat ini jelas menggambarkan EGO seorang lelaki.
macam bagus je 'suami yang seorang itu'.
uweekkkk!!
:P :P :P :P :P :P :P
Quote:
"hidup bermadu ini adalah sesuatu yang sihat. Penuh dengan persaingan yang positif. Isteri-isteri hendaklah bersaing antara satu sama lain supaya dapat melayan suami mereka dengan sebaik-baiknya. PERFORMANCE masing-masing hendaklah dijaga supaya mereka dapat memberikan layanan seMAKSIMA pada suami yang seorang itu."
ayat ini jelas menggambarkan EGO seorang lelaki.
macam bagus je 'suami yang seorang itu'.
uweekkkk!!
:P :P :P :P :P :P :P
amik..sekali tekan 2 keluar..:P
korang lelaki, kalau dah berkenan kat perempuan lain selain bini korang yang satu tu, kawen je laa..peduli apa ngan sisters in islam ke apa2 ker...
tak payah nak berhujah berdegar2 pakai analogi kucing jantan ke dominan ke tak dominan kerr...kalau mampu, kawen je...
takda sapa larang!
Hahaha.......
Blog kau kali ini cantik Hakim .. Penuh dengan Gambar Leeds heh heh .... Aku cadangkan dilain entri kau ajar para suami macam mana nak pujuk isteri pertama yang kita nak pasang satu lagi ....... boleh ??
Macam mana nama aku boleh jadi elchinteng nih ??
untuk leeds....
hahahhaah si cantik manis elhakim..tetiba je naik hangin :P
_________________________________________________________
" uish! kalau bab kawin banyak ni berdegar2!
kemain semangat lagi..."
jawapan: kalau dah sampai 7 kali respond ..siapa yang berdegar2 tu? ahakssss hihihi
_________________________________________________________
" Quote:
"tetapi wanita ni kebanyakkannya tamak..tak mau berkongsi."
tamak? perempuan tamakkan seorang lelaki atau lelaki yang tamak nak ramai perempuan?
siapa yang tamak sebenarnya?
jawab la kalau berani..."
jawapan: ni jawab bukan kerana berani tapi nak tenangkan leeds... :)
pemikiran melayu pasti akan berkata bahawa kalau lelaki kawin lebih dari satu maknanya ialah tamak (leeds tergolong dalam pemikiran macam ni) walaupun dalam bentuk persoalan hakikatnya itu adalah penyataan. Pemikiran macam ni lahir kerana selamanya sejak leeds dilahirkan sampai sekarang..leeds dibesarkan dalam pemikiran yang aku istilahkan sebagai pemikiran melayu. Sistem pendidikan yang membentuk leeds adalah sistem pendidikan melayu yang hanya hafal untuk lulus exam...tak lebih dari itu. Didikan dari kedua ibubapa leeds itu lah bagi aku sebenarnya membuatkan leeds sedikit berfikir tentang Islam dan sedikit ada budaya berfikir mengikut kacamata Islam..kalau keluarga leeds tak bentuk budaya pemikiran Islam pasti akan keluar dari jari jari leeds kata kata yang lebih pedas untuk menolak poligami. :) maaf ye leeds sebab terlalu kritis dalam soal ni.
Kalau leeds ambik budaya pemikiran Islam, pastinya leeds akan merujuk kepada apa yang Rasullulah s.a.w telah amalkan dan lakukan. Kalaulah persoalan leeds tu ditujukan kepada perlakuan Rasullulah s.a.w macam mana? sanggupkah leeds bertanya macam tu? apakah Rasullulah tamak sebab berkahwin lebih dari satu? Namun pastinya soalan itu bukan kepada Rasullulah s.a.w ..soalan itu ditujukan kepada lelaki melayu pada masa sekarang ini. Secara jujur dan adilnya, memang layak soalan tu dikemukakan kepada lelaki melayu sebab kebanyakkannya mereka berkahwin lebih dari satu bukan kerana Allah..bukan kerana sunnah.. tapi lebih kepada kerana lain dari itu. Ini hakikat..sebab tu dalam bicarakan soal poligami aku tak memihak kepada siapapun baik lelaki atau perempuan. Persoalan yang aku lontarkan ialah budaya berfikir dan pastinya ini melibatkan soal tindakan akhirnya. Kita lakukan apa kita fikir..
apa yang patut leeds sedar ialah halalkan poligami, jangan ada dalam hati rasa menolaknya, poligami bukan menyebelahi lelaki tapi mesti dilihat dari skop yang lebih luas, ianya adalah jawapan kepada begitu banyak masalah sosial yang berlaku. Kalau mat salleh dia kawin satu tapi ada seribu perempuan simpanan sebab depa ni tak de jalan keluar yang sah. Masyarakat mereka dah terlalu sakit sampai tak bleh nak cari jalan keluar..sanggup terima budaya macam tu dari poligami. Poligami antara lain pihak wanita dijamin akan hak dan lain-lainnya. Walau isteri no 2 ke 3 ke 4 ke..masih ada hak yang boleh didapati secara sah. Bukankah poligami itu adalah suatu kaedah yang bertamaddun yang penuh dengan nilai-nilai yang baik?
kalau dilihat Allah amat tau akan kemampuan manusia ini dan sebab tu dihadkan kepada 4 sahaja, dan tidak lebih dari itu...ini sunnahnya..rasanya dari kita menolak dan mempertikaikan soal poligami ini alangkah baiknya kalau dari sekarang kita sama sama fikir akan hikmah atau kebaikkan nya buat para suami atau para isteri. Kita kaji bagaimana poligami ini memberi kebaikkan kepada kita ..
satu perkara..kaum wanita lebih banyak berpaksikan nafsu atau perasaan dalam membicarakan soal poligami ini dari melihat ianya dari perspektif yang betul. cubalah tenangkan hati..gunakan akal..rujuk kepada Islam dalam membicarakan soal poligami ini..jangan melenting tak bertempat..jangan melatah tak berpijak...renungkan balik ...
sekali lagi aku nak jelaskan , aku cuba menarik kalian dari berfikir sebagai melayu kepada berfikir secara Islam.. melayu tu bukan Islam dan Islam bukan melayu...so jangan melayukan segala apa yang Islam kata..tapi Islamkan apa yang melayu kata.
ok leeds? :)
leeds,
harap bersabar...
Bermadu dengan lelaki beriman itu banyak manisnya.
kita namakan ia sebagai "THE ART OF ISLAM".
kali ini aku bersetuju dgn kau... tapi biarlah aku menjadi 1st wife....dari menjadi yg kedua.... akan ku eliberate dlm entry aku...
pertama : pembudayaan
kedua : faktor persekitaran
ketiga : rasa pemilikan yang tebal
isu pertama: faktor pembudayaan, seperti yang blogger 'aku' nyatakan, pembudayaan menjadi rangka pemikiran, bingkai konsep atau kalau nak omputeh sangat discourse framework kita terhadap sesuatu. ini kadangkala menjadikan kita berat sebelah atau bias, kurang rasional tetapi emosional dan sebagainya terutamanya apabila isu tersebut menyentuh sesetengah atau setempat atau terarah fokusnya yang berkait rapat dengan sensitiviti kita. pembudayaan memandang sinis terhadap isu bawaan kau kali ini kim boleh saja terbentuk sejak dari kecil, atau terdidik dari bacaan dan sebagainya.
isu kedua : faktor persekitaran yang dipengaruhi oleh faktor pertama tadi iaitu pembudayaan secara kolektifnya menjadi pegangan dan prinsip sesetngah pihak. justifikasi agama ditinggalkan, berpandukan contoh melalui media maka mereka buka kitab sendiri menyalahkan takdir tanpa memandang secara kritis terhadap isu pokok yang perlu diutarakan.
ketiga : rasa pemilikan yang tebal. kalau aa laptop, bagai nak mati jaga laptop betul2, kalau ada kereta, kalau boleh tak mahu ada calar atau kalau ada harta, sikit pun tak terasa nak derma sebab kononnya kita yang penat kerja orang lain yang makan hasilnya pula. pembudayaan ini beranak pinak dari fahaman sekular di mana prinsip takdir dinyahkan dan menganggap bahawa apa yang kita usahakan 100% hak milik kekal kita. mengenepikan agama atas nama hak sosial, perjuangan bersifat material, fizkal dan keduniaan semata.
* * *
faktor ketiga ini penting kerana perlu dihadami dan dicerna sehalus mungkin agar kita faham bahawa laptop, kereta, harta malah suami sekalipun hanyalah kurniaan Allah semata, bukan hak milik kekal yang tidak boleh dilepaskan.
meminjam kata kak maizura (anti-feminism.blog.com), isu utama, pokok persoalan atau wacana yang perlu diperbahaskan sebenarnya adalah usaha memperkasa lelaki berbanding usaha feminism ini. kalau kita berjaya mendidik lelaki hari ini menjadi lelaki dalam kata yang sebenarnya menurut kaca mata Islam, tidak akan wujud masalah pukul dalam rumah tangga atau poligami yang tidak seimbang dan sebagainya.
harapan kepada pendukung perjuangan feminism ini, buka mata & hati..bukan kecanduan bukti dari media sahaja, yang tidak tentu aspek intelektualnya..
p/s: aku ada jumpa buku zainah anwar islamic revivalism terbitan tahun 1989, tapi sebab menyampah tengok mukanya buku itu masih tersepuk di celah buku atas meja, kau tolong bacakan untuk aku kim, haha..
ish....
td dah tulis...terdelete pulak...
ct rasa this entry really show how pathetic u are!
how ego u are...and how different u are compared to others...mksud ct, different in negative way....
very sorry to say, tiba2 abg dah rampas a little bit of my respect that i put in u...
dgn beraninya u mention "kitorang perempuan2 ni perlu layan suami yg "sorang" se"maksima" mungkin.."ceh...betul kata kak leeds, itu statement org ego...i can tell from here, maybe dlm percintaan bersama org mcm u,u akan lebih byk menerima drpd memberi...very imbalance!! huh!!
camo on..kita ni manusia...jgn lah disamakan dgn kucing jantan yg dominan tu!! contoh yang sedih sekali...!kalu mcm tu, lebih kurang jela..u all lelaki dominan dgn kucing2 tu..tahu tak apa bezanya kita manusia dgn haiwan?allah letak kita makhluk tertinggi sbb kita ada akal fikiran..thats y kita tak boleh samakan diri kita dgn diorang!!please la...
lelaki dibenarkan kawin byk atas sebab mahu melindungi wanita..bkn dibolehkan atas sebab menggatal aje...plz do not putarbelitkan fakta islam..
kalu dah menderitakan si isteri kalu kawinn dua..nak buat apa..xde suami pun lagi bagus,kan...!
cuba fikir betul2...wanita ni ada emosi...and they are very soft hearted...kalulah suami dia tu kaya, berharta, dan and then mintak nak kawin lagi satu...dgn seorg wanita baik,yg susah sangat, miskin, asyik diburu oleh bekas suami yang penagih dadah, menyara anaknya, asyik ditimpa masalah, asyik dipandang hina..insyaallah si isteri td akan kesian pada wanita miskin td...(pd pndgn ct je la kan...)
in that situation, ct akan benarkan!! bukan dlm situasi di mana suami gatal yang mata keranjang...pantang di goda! and plus...mcm la lelaki ni pandai nk layan prempuan..sorang pun x dpt nk jaga hati sepenuhnya, ada hati nak jaga dua!!duh...
oh..next time, think before u act(type)!! even sometimes the thoughts u have pun might be wrong...
malangnya this entry spoil my mood tonight..the saddest part is..tonight is my birthday...ohhh...
ada byk lg nk tulis..nak tumbangkan kata2 u..tp...ahhh..biarla..
sorry for being extrasensitive...but u've knocked on my "sensitive" door...till then, assalamulaikum..
El hakim...
Boleh mencelah? Aduuh hangat yer...Poligami? Saudara ada berapa isteri? Cubalah poligami kalau berani...nak rasa nikmat, khasiat dan manisnya madu kenalah cuba dulu lepas tu baru cerita...baru orang percaya...poligami ni banyak hikmahnya...kan semua sunnah tu bawa kejayaan? ~selain dapat ganjaran pahala...
Niat dan mesej yang nak disampaikan pasal poliogami tu betul ...cuma analogy tu agak keterlaluan (walaupun ada logiknya & jelas. Lagi satu "adil" dalam berpoligami ni memang lelaki (suami) tak mampu, sebenarnya letak pada redha dan ikhlas isteri...baru suami tak jalan senget di padang Mahsyar.
Apapun...lelakilah mainkan peranan menyuburkan sunnah berpoligami ni, perempuan ni kan dicipta untuk dipimpin...pokok pangkalnya pemimpinlah yg buat keputusan...kena bentuk isteri dan sediakan isteri sedia ada supaya rela dimadu...(sah ramai pompuan terasa statement saya ni...)NESCAYA kalau kredibility dan kemampuan suami ada isteri takkan menentang!
Salam hormat buat EL-Hakim.
Satu entri yang begitu panas dan sensitif, dan diperkatakan secara terbuka, dan mendapat maklumbalas yang tidak sedikit. Apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, bermaksud kita WAJIB melaksanakan apa yang telah diperintahNya, dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Ayat tentang hukum berpoligami didalam Al- Qur'an bukannya ayat suruhan, tetapi ayat penjelasan, dimana Allah mengetahui setakat mana kemampuan seorang lelaki dalam mengendalikan urusan keluarga. Terus terang, abang yang telah beristeri dan beranak pinak, mengetahui dengan mendalam tentang bagaimana susah, sukar dan lelahnya, mengendalikan sejuta permasalahan, dan abang juga mempunyai beberapa orang teman yang mengamalkan poligami, dimana mereka berterus terang menyatakan, yang "kalau boleh, engkau janganlah kahwin lebih dari satu". Mereka ini adalah dari golongan hartawan dan memiliki aset yang kalau diturunkan kepada generasi ke 10 pun, mungkin takkan habis. Tetapi, bila abang bertanya lanjut "kenapa". Mereka cuma menyebut satu saja ayat "engkau sanggup ke, bila engkau sakit, tak boleh bergerak, engkau kena pergi kerumah satu lagi ?", sedangkan HAK isteri yang lain untuk bermalam WAJIB ditunaikan. Itu baru satu contoh yang mudah. Beginilah, perempuan itu ibarat - KACA. Kalau diketuk sedikit sahaja ia akan pecah berkecai, boleh disatukan balik tak ?, jawapannya boleh, tetapi tidak sama dengan yang asal, begitulah HATI perempuan. Cuba bayangkan satu lagi, satu ketika dulu, sewaktu aku susah, isteriku lah yang sama - sama menangis, menggadai barang kemas, supaya perniagaan berkembang, sekarang aku dah kaya, dan bila dah kaya kita cari perempuan lain, untuk dijadikan sebagai isteri kedua, ini bermaksud, isteri kedua tidak akan dapat merasai erti PERIT dan PEDIH sewaktu susah, sebagaimana isteri pertama yang sudah TERLALU BANYAK BERKORBAN. Akhir kata, bukan abang tidak mampu berpoligami, tetapi, abang selalu berkata dalam hati, BAGAIMANA KALAU AKU PULA JADI PEREMPUAN DAN ISTERI, APAKAH PERASAAN AKU ?. EL - Hakim, ini sekadar pandangan abang yang telah MERASAI hidup sebagai seorang suami. Wallahuaklam bissawab.
abang long...
sebenarnya ada perbezaan antara apa kita fikir dan apa kita nak dengan orang lain nak..hukum tak turun berdasarkan kemahuan kita tetapi hukum diadakan untuk manfaat semua orang.. hukum keharusan poligami jelas antaranya atas sebab nafsu manusia, keperluan biologi manusia disamping keperluan keperluan lain juga.
Kemampuan manusia juga berbeza..tak sama..ada manusia yang tak kisah dengan sesuatu situasi tapi bagi manusia lain ..may be teruk dah bagi dia..ini jelas.
namun..persoalannya sekarang bukan soal lelaki nak kawin lebih dari satu.. tapi wanita yang menolak poligami baik secara langsung atau tak langsung. tak mau menerima poligami sebagai keharusan..sesuatu yang dihalalkan.
lihat pandangan di atas..baik leeds, baik pawana malam, baik hani sumayah tu..semuanya seolah olah menolak poligami walau tak mengatakannya secara terus terang. cuba tanya hati hati mereka secara ikhlas.. wahal sebenarnya janganlah sampai mencabar ketentuan keharusan tu..dan jangan pula mencemuh lelaki yang mengamalkan poligami ...terima lah secara baik.. kalau tak boleh menerima tak pe..nyatakan bahawa hukum poligami tu baik dan bolehlah selepas tu nyatakan ketidaksediaan untuk bermadu atas sebab sebab peribadi..biar lelaki dapat melihat apa sebab yang sebenarnya mereka risau...selepas tu bolehlah dicari jalan penyelesaiannya. ini tidak..dibantainya lelaki yang nak berpoligami..malah yang menyokong poligami pun dibantai macam elhakim ..elhakim tak salah bila mengesyorkan keharusan ini...apapun contoh dia tu hanya sekadar menguatkan cerita dan kenyataan...salah ke kalau elhakim menyokong akan keharusan itu? apakah poligami itu sesuatu yang teruk? tentu tidak bukan sebab Allah dah mengharuskannya.. harus..kalau nak buat..kalau tak nak jangan.. tapi jangan mengutuk perbuatan tersebut.
tak perlu nak sentimen bila ckaap soal ni..kan dah cerdik pandai semua hehhehehe
sudahlah tu kim..... nak dapatkan yang satu tu dahlah azab , itu belum termasuk bab menjaga .....ini kan pulak nak tambah lagi satu ....
kau betul betul sanggup berbini lebih dari satu ke ??
HAPPY BIRTHDAY Hakim...
aku suka pendapat abang long..
aku tak menolak poligami...entah2 abah aku pun kawin dua, tiga..manalah aku tau...
komen aku agak emosi, bukan kerana aku menolak atau menentang poligami *scroll up....nope..takder sepicing ayat pun kata aku menolak poligami*
CUMA.....cuma...err...biarlah jawapan tu aku simpan dlm hati aku...
hati seorang perempuan...
kalau aku tulis pun, ramai yg nak balas balik dengan EGOnya kan?
baik aku diam...
for me...
It is not easy to be fair...
Nak jadi adil bukannya mudah.
Kadang2 kita cakap tp tak serupa bikin.
hari ini kita kita adil.
tp esok lusa lain pula jadinya.
so I not really vote for it.
Baik jangan.
Pilihlah cyang sebaik-baiknya.
aween rasa x taulah..
kalau di madukan..
cam x best jer....
dear el-AbangLong,
ElKarl, El-Aku, El-Leeds,
El-Summayyah, El-Yanni, Elzamir
Dlm Islam,
Setiap penyakit ada Obat dan penawarnya.
Betul. Islam tidak mewajibkan poligami cuma seperti yang aku tulis..Islam cuma menghalalkannya di atas certain case yang tak dapat dielakkan.
Kadang2 certain daripada kita akan berasa tertekan jika berkenan dengan seseorang lantas akan mengundang penyakit jiwa. Apatah lagi jika melibatkan individu2 yang telahpun berumahtangga.
poligami dilihat sebagai suatu entiti yang dapat menyelesaikan masalah bagi situasi ini. Hanya sesetengah individu sahaja yang ditakdirkan oleh Allah SWT untuk berpoligami. Bukan semua.
Begitu juga bagi manusia yang
1. cacat
2. Kaya-Raya
3. genius, bijak pandai
4. pemegang jawatan2 penting
5. mati-syahid
6. Lelaki berkahwin lebih drpd 1
Bukan semua. Ya. Bukan semua dari kita yang mempunyai sifat dan berkebolehan seperti di atas.
poligami aku lihat sebagai special-case sahaja. Certain bahagian aku lihat ia sebagai sunnah Nabi maka harus aku sanjungi.
Bukan semua lelaki yang berkebolehan begitu.
Atas segalanya adalah Ujian.
sama ada kita
1. berjaya
2. atau gagal.
wallahulam.
kau playsafe ya?
muahaha..
Assalamualaikum... wah, lama Misa tak online, tiba2 isu ni naik juga. Dah agak dah, mesti panas. Panasnya kerana.... kerana perkara sensitif ini tidak boleh tidak akan bercampur dengan emosi.
Pergilah kemana jua, negara Islam, negara kafir pun, emosi akan dibawa bersama. Mana ada perempuan yang sanggup menerima madu. Kenapa? Kerana dia tidak yakin pada suami dan kerana cemburu. Ini memang benar, alangkan puteri Rasulullah SAW sendiri merasa sedih apabila mendengar suaminya mahu berkawin lagi (walaupun saat itu sekadar khabar angin).
Misa teringat satu surat pembaca di Utusan Malaysia. Katanya dia pernah menyatakan hasrat bernikah pada isteri dan keluarga. Semuanya membantah bermati-matian. Akhirnya sang lelaki yan dominan ni tidak jadi bernikah kerana si perempuan ke 2 akhirnya berjauh hati.
Alangkah kecewanya lelaki kerana katanya selama usia perkahwinannya, dia tidak pernah mengabaikan rumahtangga dari segi zahir dan batin (menurut katanya dan kita positiflah, yang dia berkata benar, jangan emosi dulu). Akhirnya lelaki tadi hilang arah. Dia mula melanggani pelacur di lorong2 gelap. Hal ini akhirnya diketahui keluarga dan masyarakat. Mereka sekadar bercakap belakang tetapi tidaklah marah bermati2an sepertimana dia menyatakan hasrat mahu bernikah dengan cara baik sebelum ini.
Kesimpulan lelaki tadi, masyarakat lebih memandang mulia pelakuan haram daripada poligami kerana poligami sesuatu yang terang dan jelas. Melangan pelacur satu pelakuan tidak bermoral tetapi poligami bagi masyarakat adalah pelakuan tidak bermoral dan penganiayaan pada isteri pertama. Maka dengan itu, dosa poligami lebih besar daripada melanggan pelacur yang tidak halal baginya.
Buat kaum hawa, jagalah suami anda sebaiknya. Seperti abg long, betapa baik isterinya sehingga abg long tidak sanggup berpoligami walaupun poligami itu HALAL. Jangan menuding jari pada lelaki sahaja, sesekali kaum hawa kena muhasabah diri, sudah cukupkah layanan pada sang suami yang dominan aka normal? Sudah baikkah perangai kaum hawa sehingga tidak memeningkan kepala sang suami? Sudah cukup menenangkankah kaum hawa pada sang suami dll. Jika semuanya baik, sudah tentu lelaki 'malas' nak cari lain.
Jangan emosi... ini blog elHakim, ikut suka dialah nak cakap apa, hentam dia kat blog sendiri jom. Hehehhehe....
Assalamualaikum... wah, lama Misa tak online, tiba2 isu ni naik juga. Dah agak dah, mesti panas. Panasnya kerana.... kerana perkara sensitif ini tidak boleh tidak akan bercampur dengan emosi.
Pergilah kemana jua, negara Islam, negara kafir pun, emosi akan dibawa bersama. Mana ada perempuan yang sanggup menerima madu. Kenapa? Kerana dia tidak yakin pada suami dan kerana cemburu. Ini memang benar, alangkan puteri Rasulullah SAW sendiri merasa sedih apabila mendengar suaminya mahu berkawin lagi (walaupun saat itu sekadar khabar angin).
Misa teringat satu surat pembaca di Utusan Malaysia. Katanya dia pernah menyatakan hasrat bernikah pada isteri dan keluarga. Semuanya membantah bermati-matian. Akhirnya sang lelaki yan dominan ni tidak jadi bernikah kerana si perempuan ke 2 akhirnya berjauh hati.
Alangkah kecewanya lelaki kerana katanya selama usia perkahwinannya, dia tidak pernah mengabaikan rumahtangga dari segi zahir dan batin (menurut katanya dan kita positiflah, yang dia berkata benar, jangan emosi dulu). Akhirnya lelaki tadi hilang arah. Dia mula melanggani pelacur di lorong2 gelap. Hal ini akhirnya diketahui keluarga dan masyarakat. Mereka sekadar bercakap belakang tetapi tidaklah marah bermati2an sepertimana dia menyatakan hasrat mahu bernikah dengan cara baik sebelum ini.
Kesimpulan lelaki tadi, masyarakat lebih memandang mulia pelakuan haram daripada poligami kerana poligami sesuatu yang terang dan jelas. Melangan pelacur satu pelakuan tidak bermoral tetapi poligami bagi masyarakat adalah pelakuan tidak bermoral dan penganiayaan pada isteri pertama. Maka dengan itu, dosa poligami lebih besar daripada melanggan pelacur yang tidak halal baginya.
Buat kaum hawa, jagalah suami anda sebaiknya. Seperti abg long, betapa baik isterinya sehingga abg long tidak sanggup berpoligami walaupun poligami itu HALAL. Jangan menuding jari pada lelaki sahaja, sesekali kaum hawa kena muhasabah diri, sudah cukupkah layanan pada sang suami yang dominan aka normal? Sudah baikkah perangai kaum hawa sehingga tidak memeningkan kepala sang suami? Sudah cukup menenangkankah kaum hawa pada sang suami dll. Jika semuanya baik, sudah tentu lelaki 'malas' nak cari lain.
Jangan emosi... ini blog elHakim, ikut suka dialah nak cakap apa, hentam dia kat blog sendiri jom. Hehehhehe....
Nasihat buat isteri pertama yang takut dimadukan, buatlah macam saya. Duduk di luar negara (kecuali di negara-negara Islam) di mana poligami tidak dibenarkan. Aman tenteram. Bila sudah nanti, barulah bawa suami tu balik semula ke Malaysia. Masa itu, nak berjalan pun dia tak larat. Inikan pula nak tambah satu lagi cawangan... ha ha ha...
Leeds, jangan marah lerrr...be happy.
Bagi isteri pertama yang takut dimadukan, tirulah macam saya. Duduk di luar negara yang tidak membenarkan poligami. Aman tenteram. Lepas tu, pandai-pandailah mencengkam suami atau ugut kononnya kita pandai voodoo dia... ahakz... baru dia takut. Lepas tu, bila dah tua, barulah pulang semula ke Malaysia. Masa itu, hendak berjalan pun dia tak lalu, inikan pula hendak membuka cawanangan baru... huhu...sabar je aku.
Leeds, calm down Leeds.. jangan murka...
Nasihat buat isteri pertama yang takut dimadukan, buatlah macam saya. Duduk di luar negara (kecuali di negara-negara Islam) di mana poligami tidak dibenarkan. Aman tenteram. Bila sudah nanti, barulah bawa suami tu balik semula ke Malaysia. Masa itu, nak berjalan pun dia tak larat. Inikan pula nak tambah satu lagi cawangan... ha ha ha...
Leeds, jangan marah lerrr...be happy.
Nasihat buat isteri pertama yang takut dimadukan, buatlah macam saya. Duduk di luar negara (kecuali di negara-negara Islam) di mana poligami tidak dibenarkan. Aman tenteram. Bila sudah tua nanti, barulah bawa suami tu balik semula ke Malaysia. Masa itu, nak berjalan pun dia tak larat. Inikan pula nak tambah satu lagi cawangan... ha ha ha...
Leeds, jangan marah lerrr...be happy.
Bagi isteri pertama yang takut dimadukan, tirulah macam saya. Duduk di luar negara yang tidak membenarkan poligami. Aman tenteram. Lepas tu, pandai-pandailah mencengkam suami atau ugut kononnya kita pandai voodoo dia... ahakz... baru dia takut. Lepas tu, bila dah tua, barulah pulang semula ke Malaysia. Masa itu, hendak berjalan pun dia tak lalu, inikan pula hendak membuka cawanangan baru... huhu...sabar je aku.
Leeds, calm down Leeds.. jangan murka...
jawapan ada blog saya elhakim ;)
Dengan tersiarnya jawapan diblog Kak Zalisa ........nampaknya bertambah panaslah topik ini ...
Aku ucapkan kalian selamat Bertarung.........
hee hee......
Alamak, berapa banyaklah komen akak...sabar je aku... sori elhakim. ada masalah sikit bila nak publish.
Sebuah entri yang manis, tetapi belum tentu berguna utk dimakan. :)
El hakim
Sedikit pembetulan untuk "AKU"...saya tak pernah menolak keharusan berpoligami seperti andaian En. Aku...saya telahpun berkecimpung dalam poligami sebagai isteri kedua sejak 2001, baik2 saja...alhamdulillah...
pembetulan diakui benar...maaf ye hanisumayyah :)
tengok kesannya bila kaum wanita terlalu beria ia menolak poligami..sampai ada yang sanggup membunuh anaknya sendiri...
risau kalau kenyataan kenyataan kita sebenarnya membuat keadaan berfikir wanita semakin teruk dalam soal poligami.
hani sumayyah..
semoga tuhan memberkati diri mu.
dan
semoga ALLAH SWT akan .............
semua lelaki2 di Malaysia ini. (he..he)
amin...amin ya rabbil alamin...
Hai, assalamualaikum. Kak ila baru hari ini terjumpa pondok buruk ini, jadi tidak ada sebarang komen, hanya bertanya khabar dan menambah rakan blog, tapi apa yang kak ila lihat, anda membentangkan satu isu besar (poligami). Bagus dan tahniah di atas keberanian anda. Kak Ila juga sering menyingkap isu ini di dalam penulisan akak. memandangkan isu ini menarik dan tidak ramai memahaminya. terus terang kak ila katakan kak ila bukan penentang poligami kerana ianya halal, cuma apa yang kurang kak ila senangi adalah sikap si pelaku poligami itu sendiri, fikir2kan ya? baik lelaki mahu pun perempuan.
Suami:
Ayang, abang nak erm..kawen lagi blh tak?
Isteri:
InsyaALLAH boleh, tp sblm tu ayang ade permintaan sket.
Suami:
Ape ayang?
Isteri:
Ade test utk abang. Kita switch roles utk hurm..let say..5 bulan ker, setahun ker, lebih pun takpe. Abang nk switch role selama 5 tahun pun ayang lagi suka (kalau umur perkahwinan dah 5 tahun)
Suami:
Macam mana tu?
Isteri:
Macam ni bang, mula dari pagi, abang kejutkan ayang subuh, subuh tu kan bang kalau boleh sblm nk azan, iye lah, kalo subuh sendiri tak jaga, mcm mana nak jaga dua keluarga nnt kan bang. Kemudian bang, sediakan tempat solat, then pas ayang mandi bla bla sume, ayang nk abang sediakan baju office yg bergosok. Pastu sblm pegi keje, sediakan sarapan ringan untuk ayang. Balik dari office, about 6 kan selalu sampai umah, ayang nak abang bersiap2 sediakan makan malam. Oh, satu lagi, makan malam yg ayang selalu buat, abang cakap cukup menyelerakan, abang selalu puji, so ayang nak abang sediakan macam tu jugak. Maknanya, tak boleh buat cikai, garam, gula bla bla bla, basically bang kena TELITI, mcm yg ayang selalu sediakan utk abang, memasak dengan penuh rasa kasih sayang dan hati yang tenang. Oh, barang2 dapur, abang tak boleh tinggalkan dapur kosong tadek raw materials. Bear it in your mind, nak beli sayur apekebende, ayam daging, tu tak masuk bawang lada bla bla bla. Lagi satu bang, memasak tu bukannye macam nk sediakan 5 min instant noodles tuh. Habis2 sejam dua jugak. Lepas solat maghrib sume, kita makan, later abang kena basuh pinggan mangkuk hayun tu sume, kemas dapur sebersih-bersihnya. Orang kata kan bang, nk tgk keharmonian rumahtangga, salah satunya dengan jenguk dapur. Maknanya kan bang, time dapur kena berasap, hah kena keluarkan asap, pastu time dapur tak dipakai, hah kena bersih sebersih-bersihnya sampai kuman fikir dua kali utk beranak pinak kt dapur tu. Got that bang? Ok, pas kemas dapur sume, abang kena fikir psl kain baju. Bila masa nak basuh, nak sidai, nak lipat. Kalau abang simpan kain baju seminggu pastu tunggu weekends baru nk mesin basuh bekerja, abang nampaknya kena habiskan weekend ngn kain baju aje. Lagi satu, kalau ade sedara mara melawat during weekdays, pastu tgk kain baju tersadai tinggi mcm bukit, hilanglah keharmonian rumahtangga kita dimata sedara2 kita kan bang. Lepas tu bang, kebersihan rumah. Kena selalu tgk, mop seluruhnya paling2 seminggu sekali, macam ayang selalu buat. Dah sume2 keje tu, agak2 dah pkl berape ye? Mungkin dah sampai waktu utk tido. Ayang selalu sediakan diri ayang supaya kelihatan cantik sblm tido. Sbb ayang tanak abang rasa mcm abang tido sebelah pontianak plak. So, abang kena buat bnd yg sama. Tanak abang tido dengan peluh2 akibat buat keje umah seharian. So, itulah rutin seharian, dgn ayat lain, tanggungjawab isteri abang amek, dan tanggungjawab suami, ayang amek. Walaupun dulu, seingat ayang, mase kt sekolah, ustaz ade ckp memasak sbnrnya tanggungjawab suami, but since we grew up in this type of culture, so mostly keje dapur isteri yg buat. So abang faham? Bagusss....since we have no maid before, so abang kena buat sume tu. tapi kan bang, itu belum masuk part kebajikan anak2 lagi..hah...anak2 lagi banyak songeh bang..bebudak kan...so, abang kena bagi mereka layanan sebagaimana ibu abang memberi layanan yg terbaik semase membesarkan abang dulu. Makan minum, pakaian, tidurkan anak, hal2 sekolah, teach them how to behave properly, fight for survival bla bla...tu kan bang, kira syukur sbb abang tak di test utk pregnant. Kalaulah ayang boleh buat abang pregnant, lagi thrill. So, abang akan merasa la ape ibu2 mengandung rasa. Oh abang, kita sama2 bekerja mencari rezeki, jadi masalah office takleh nk dijadikan alasan untuk malas mengerjakan tanggungjawab abang dirumah. Abang ade masalah kt opis, ayang pun ade jugak. Hehe..cuak ker bang? Bukan sehari dua tau..berbulan2 ni..kalau ayang nk demand lebih, abang kena buat bertahun2 sebagaimana umur perkahwinan kita. Itu kan bang, belum masuk masalah lain lagi. Because marriage is not all about doing such chores. Which means, when im in depression, used your ability to cheer me up. Be supportive for most of the times. Belum masuk bab agama lagi tu. Bagaimana nak memakmurkan rumahtangga dari perspective agama. Btw, one thing i noticed about guys. They have constant feelings. Tak mcm perempuan, cepat toink toink sket bila ‘cuti’. Jadi, simulation ni mmg agak tak adil sbb byk beri kelebihan kt abang jugak, in terms of man’s energy or feelings. So bang, lepas abang lepas test ayang ni, abang nilailah....Nilai sebaik-baiknya ape yg ayang dah buat...nilai ape ayang sacrifice to serve u best, to raise up the kids..nilai each and every sufferings... evaluate by using your brain and heart, not your ego...nilai semua2 bang ehh....so bang, bila kita nk mulakan test ni?
[from: Nur. (saya seorang yg tidak menolak poligami)]
apa-apa je lah labu..
sila ke blog aku!
ohoohohoho
p(^_^)q
abg hakim...
cepat2 ke blog ct..ade sesuatu untuk abg..cheewaahhhh....
meh2 cepat..lalalla
Salaam El-hakim dan semua...
saya dpt add blog ni dari sahabat blog, hani sumayyah...menarik, kan?
kebetulan dulu saya ada entry sebegini dari KACAMATA saya seorg WANITA. Ikhlas, praktikal dan memakai lensa ISLAM utk melihat poligami.
http://taicheeviews.blogspot.com/2007/01/berbagi-suami-part-1.html
1. Saya TIDAK MENOLAK poligami, malah I'm open to it IF AND ONLY IF lelaki itu cukup beriman dan beramal. Faham apa ISLAM. Praktis Islam sebenar, bukan tang poligami je yg dia terer, tapi Islam yg Ad-Deen...menyeluruh...
2. Saya cuba memasukkan diri saya dlm kasut (put myself in their shoes) menjadi Bini Pertama dan Bini Kedua. (menjadi seorg lelaki berpoligami, saya tidak tahu)
Saya bukan pengamal poligami. Malah saya masih bujang, berkerjaya..saya rasa ada bagusnya if saya menjadi yg kedua. SBB
1. Saya tak perlu terhogoh hagah berlari ke rumah utk masak, sbb hubby stay di rumah First Wife. Jadi kalau takde anak, saya bleh konsentret kat keje
2. I have my own *space* and too comfortable being alone for so many years.
3. Independant- saya tak akan menyusahakan suami nak ke mana2...
so, utk org spt saya, poligami itu SANGAT praktikal.
I'm open to options...dan saya redha kalau ITU yg ALlah tentukan...
El-Hakim,
contrary to your popular belief about Andalusia (or andartu) rupa paras dan jodoh...ekhem..<---entry kat bawah sanun)
Well i can't blame you for being typical.
tak semua yg masih belum berkahwin itu tidak mmpnyi paras rupa yg elok. Ada yg bagus pakejnya, ada yg kurang. Kita kan cuma manusia..byk kekurangan...ada multifaceted factors yg membuatkan andalusia mcm saya masih memilih menjadi single (by choice).
Simply because we don;t want to marry for the sake of *marrying*. Takde keikhlasan. Well anyho, jodoh (dan rezeki) dtg dari AlLah..SAya anggap, AlLah bagi kita petir dan guruh dahulu sblm dia begi saya pelangi, insyaAllah...
Abg ElHakim,
tulisan ini memberi banyak repond. Misa berterima kasih sangat. Misa nak membuka minda Misa dan Misa paling payah nak buka minda orang lain. Misa tak pandai berbicara macam abg, tapi tulisan abg Misa sokong.
Perempuan, jangan sentiasa rasa sudah menyediakan yang terbaik, walaupun suami kamu bukan yang terbaik, namun itulah satu2nya buat kamu, dan itulah yang terbaik. Sedangkan suami kamu, bisa2 aja menambah kamu4 dalam hidupnya agar kehidupan suami kamu menjadi lebih bahagia dan lengkap.
Jika poligami sudah terjadi, jangan bunuh anak kamu, jangan racun suami kamu, jangan kelar badan kamu... [Datuk Dr Fadzilah Kamsan: untuk kembali bahagia (buat isteri pertama), beri kemaafan, nilai diri, perbaiki diri, jaga rumahtangga kamu]
Misa nak bercakap banyak tapi Misa takut menghiris hati kaum hawa yang kadangkala emosi mendahului akal. Maaf sesangat.
Tambahan lagi, ia adalah sesuatu yang 'sedap', lezat lagi berkhasiat.<----nampak sangat nak berpoligami sebab NAFSU SYAHWAT semata.Poligami tu dibenarkan untuk lelaki membela nasib perempuan,menjaga kehormatan perempuan,kalau sebab NAFSU semata,lupakan saja.Rasulullah berkahwin dengan isteri-isterinya sebab tanggungjawab.Tgk pada Aishah,dia kecil lg bila Rasulullah kahwin dengannya.Bukan sebab NAFSU semata tp nak membela nasib Aishah.
Orang lelaki bila masuk bab poligami bole ikut hukum Al-Quran tapi bab lain tamau ikut plak.Bila hari Jumaat aku tengok berlonggok2 lelaki yang aku rasa agamanya Islam lepak kat kedai2 makan tak pegi sembahyang Jumat.Mana hukum Al-Quran?Itu wajib kan?
Tak masuk lagi solat yang wajib yang kita tak nampak.Jangan nak samakan diri dengan Rasulullah kalau NAFSU dah mendahului iman dan agama.Baginda lelaki mulia,pertuturunnya pun mulia.Mana ada sebut LAHANAT??Dalam Al-Quran pun ada sebut supaya menjaga percakapan kan?Cakap perkara yang elok kan?Maksudnya tak cakap kasar(mencarut).Tamau ikut Al-Quran ke macam hukum poligami?Macam mana?Boleh??
Orang perempuan tak kan kesah kalau suami dia nak kahwin as long as perkara wajib yang lain tu dia jaga,bole berlaku adil bla bla bla.Poligami memang halal,jangan risau.Memang tak bole tidakkan hukum ALLAH.Tp hukum yang lain kene tengok jugak,dari sekecil-kecil perkara yang kita pandang remeh.Ramai lelaki sekarang nak beristeri lebih,sebab NAFSU.TAK PUAS.Yelah..'LAZATKAN'????Realiti umat akhir zaman.
dah mmg sedap. Nk wat camna lagi ek? Bukan saya yang kata. Dia yang kata. Mereka yang kata. Sy tak bersalah. he..he..he..
lagipun sy tak ada kena mengena dengan ini semua.
cuma jujur saja apa yang dibayangkan.
anonymous, apa kata..kalau kau dapat anugerah cemerlang ---> RM 100 juta dan rumah Banglo 2 bijik? dan kereta mewah sebijik?
lezat tak kau bayangkan? Apa persepsi kau?
Tanya juga orang2 di sekeliling kau? lezat tak jika dapat RM100 juta cash kerana anugerah sesuatu???
Apa??? Kau tidak suka? Mungkin kau tidak ada nafsu.
he..he..he..
Poligami yang membuat para kyai cabul adalah atas nama Alloh. Padahal jelas sekali poligami merendahkan derajat wanita. Membunuh juga atas nama agama. Kekerasan atas nama agama. Kenapa menjadi begini?
Waktu jaman Majapahit, orang Jawa (Gajah Mada, dll) membuat nusantara makmur dan jaya. Orang jawa berkebudayaan tinggi, kreatif dan toleran.
Setelah Islam masuk di Jawa, negara kita hancur korban dari penajahan Belanda, Jepang, dsb. Korban dari korupsi, kekerasan/teror, malapetaka. Dan korban dari imperialisme Arab (Indonesia adalah negara pemasok jemaah haji yang terbesar di dunia). Bangsa Arab ini memang hebat sekali karena telah berhasil menemukan cara untuk memasukkan devisa untuk mereka sendiri. Sedangkan situasi ekonomi negara kita dalam keadaan yang sangat parah. Imperialisme Arab ini memang sangat kejam. Turun-temurun sampai anak-cucu, tidak tahu sampai kapan, nusantara diharuskan membayar "pajak" kepada Imperialisme Arab ini dengan alasan: menjalankan rukun Islam.
Padahal, sebelum Islam (agama import) masuk ke Jawa, orang Jawa sudah memiliki agama universal yaitu agama Kejawen.
Bagaimana caranya supaya orang Jawa kembali bisa memakmurkan negara kita yang tercinta ini?
hmmm... bagus iu ni, tetapi anda akan dapat banyak lagi komen di blog saya at norwat.spaces.live.com
Post a Comment
<< Home