..

Tuesday, January 23, 2007

Persoalan Ummah: Muslim vs Islam ?



Terdapat pelbagai andaian dan fakta yang menyatakan cara-cara pihak barat/orientalist melumpuhkan daya dan kekuatan ummah sejak kurun ke-18.
antaranya adalah:

1. penakhlukan bumi umat Islam
2. membudayakan hiburan dan menerapkan nilai-nilai hedonisme
3. perang saraf dan perang psikologi
4. memfitnahkan agama Islam
5. mengembang-biakkan ideologi sekularisme
6. Muslim vs Islam

Beberapa orang tokoh dan Mujaddid Islam pada awal kurun ke-20, seperti Sheikh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani telahpun menyatakan bahawa penakhlukan tanahair ummat Islam telah sedikit sebanyak menghapuskan nilai-nilai Islam dalam diri ummah pada ketika itu.

Bapa Turki Moden, Mustapha Kamal Ataturk pula telah berjaya menyesatkan ummat Islam Turki dengan menerapkan nilai-nilai kebudayaan dan nasionalisme dalam sistem pemerintahannya yang berjaya melumpuhkan pergerakkan Islam di Turki. Antaranya adalah larangan azan dalam Bahasa Arab. Sebaliknya diganti dengan Bahasa Turki, Quran ditukar sepenuhnya ke dalam bahasa Turki, menyemarakkan ideologi sekularisme dan hedonisme dengan adanya majlis tari-menari pada setiap majlis resmi kerajaa dan banyak lagi.

Sejak akhir-akhir ini, Islam dengan sewenang-wenangnya telah difitnah sebagai suatu agama yang menggalakkan keganasan. Akibatnya ummat Islam tidak lagi dihormati. Sebaliknya Islam dipencilkan dan dibenci oleh masyarakat dunia.

Bagi aku, fakta 1 - 5 adalah benar. Ia telah sedikit sebanyak berjaya menjejaskan reputasi Islam itu sendiri. Akibatnya penerapan Islam dengan sempurna di dalam diri masyarakat ummah telah terbantut. Dalam banyak-banyak fakta yang telah disebutkan di atas, fakta yang paling bahaya dan mujarab sekali yang dilakukan oleh pihak orientalis adalah fakta no. 6. Iaitu Muslim vs Islam. Dengan wujudnya fakta no. 6 tersebut, maka fakta 1 -5 telah dapat disempurnakan dengan begitu baik sekali sehingga kesan-kesan itu amat nyata di mata kita sekarang.


Bagaimana para orientalis dan pihak barat mewujudkan pakatan Muslim vs Islam?

Dengan mengadakan hubungan baik terhadap pemimpin-pemimpin suruhan mereka di negara-negara ummat Islam. Kerajaan pimpinan ini dinamakan sebagai sekutu mereka. Secara tidak langsung, pihak barat dan orientalist telah berjaya mewujudkan satu lapisan logikal (logical layer) sebagai pendinding iaitu perisai sebelum pihak Islam yang sebenarnya menyerang mereka. (Lihat teori Divide and Conquer)

Analogi dan teorinya adalah seperti berikut:

Pada dasarnya, dalam dunia terdapat 3 entiti yang berpecah:

1. Pihak Barat/orientalist/zionist (musuh Islam)
2. kerajaan umat Islam (PRO- barat)
3. pihak Islam sebenar

Dengan adanya kerajaan Islam yang pro-barat inilah, maka pihak Barat dapat membendung penularan pihak Islam sebenar daripada menjadi kuat. Pergerakan Islam yang sebenarnya dapat ditumpaskan dengan senangnya. Balaci-balaci PRO-Barat inilah yang bertanggungjawab menumpaskan pihak Islam sebenar dan pihak Barat hanya dilihat sebagai pemantau sahaja. Maka inilah yang dinamakan sebagai "Muslim vs Islam" sambil pihak barat bertepuk tangan.

Untuk menjamin keselamatan kerajaan Islam pro-barat, pihak Barat telah bersetuju untuk membantu pro-mereka dalam apa jua masalah baik dari segi ekonomi mahupun politik tetapi dengan syarat, kerajaan Islam pro-barat mestilah
1. Tidak menjadikan hukum Islam sebagai asas perundangan
2. mempertengahkan elemen dan budaya barat
3. penerapan sekularisme sekaligus menyemarakkan hedonisme

Contoh2 praktikal
Malaysia: lihat perlembagaaan Malaysia yang ditaja oleh suruhanjaya Lord-Reid. Pihak Barat akan tetapmenyebelahi kerajaan yang mendokong perlembagaan yang berteraskan Lord-Reid.
Pakistan: kerajaan Pervez Musharaf yang terang-terang pro-Barat menentang saki-baki pejuang Taliban (yang semakin kuat-Alhamdulillah)
Arab Saudi: terang-terangan menyokong Amerika berlabelkan Bersama Amerika, memerangi keganasan
Indonesia: tunduk di bawah gesaan Amerika untuk memerangi Jemaah Islam
Algeria: Front Islamic Salvation (FIS) telah menang dalam pilihanraya mereka. Tetapi kemenangan mereka dinafikan secara mutlak oleh pihak kerajaan mereka sambil dibiarkan oleh pihak barat.
Palestine: Sekutu Israel (FATAH/PLO) terang-terangan membantah kerajaan HAMAS .
Libya: telahpun mengikut telunjuk barat buat masa ini. Segala gerakan Islamiah akan dihancurkan dengan pemantauan pihak barat
Mesir: sekutu kuat Amerika. Gerakan Ikhwanul-Muslimin (Moslem-Brotherhood) sedang giat dihancurkan oleh pihak kerajaan Mesir
...dan banyak lagi.


=================== EPILOGUE =============================

Penulis terkentut-kentut apabila masih ingat lagi penganugerahan Malaysia sebagai MODEL Sebuah Negara Islam oleh George W. Bush Jr. pada zaman pemerintah YAB Perdana Menteri Malaysia ke-4 Dr. Mattahir. Dengan kembang hidung Mattahir bangga dengan Anugerah Model Negara Islam tersebut sambil diheboh-heboh dalam suratkhabar rakyat (mainstream press).

Pada hemat aku, anugerah itu terlalu amat boleh dipertikaikan kerana George W.Bush bukannya seorang Islam dan pemahaman Bush terhadap Agama Islam pun amat dangkal sekali. Bahkan beliau adalah seorang Kristian Protestant yang berethnik Irish. Senang cerita, beliau adalah Kafir jahil Murakkab yang terang-terangan anti dengan agama Islam itu sendiri. Beliau tidak pandai berbahasa Arab, jauh sekali mengaji. Siapa Bush yang boleh menganugerahkan sesuatu di atas nama Islam?

Analogi ini samalah dengan seseorang graduan BSc. Sains Sosial yang menganugerahkan Sijil Doktor Falsafah PhD in Engineering ke atas seseorang yang lain. Adakah graduan Sains Sosial tersebut faham akan kerja-kerja Engineering sehingga beliau layak untuk mentauliahkan seseorang itu dengan ijazah yang paling tertinggi???

Siapa yang boleh mentauliahkan seseorang itu sebagai Ulamak? Tidakkah Ulama' yang paling ariff sekali antara ulamak-ulamak yang sudah sedia wujud????

Pada aku yang layak untuk mentauliahkan sesebuah negara itu sebagai sebuah negara Islam adalah Jumhur Para Ulama yang betul-betul Ikhlas dan berkhidmat kerana Allah SWT. Bukan juga Ulama sesat yang mengikut telunjuk kerajaan atas nama menjaga periuk nasi.

Aku rasa begini, setelah Malaysia dinobatkan sebagai sebuah model negara Islam contoh, maka kerajaan yang sedia wujud sekarang ini telah diberi mandat untuk menyerang mana-mana pergerakan Islam yang lain yang tidak sehaluan dengannya.

Walau apa-apapun ini hanyalah catatan penulis sahaja. Mungkin ada perkaitan antara mereka yang telah lama mati ataupun yang baru sahaja hidup.

47 Comments:

Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

fuh!!
mantap!!!
great example!!!
ct suka bahagian epilogue sbb......oh...

eemmm...hilang kata2....ilmu itu indah..yang buruk itu hakikat pembawaan ilmunya tersendiri...welll done!!

assalamualaikum...take care,,

12:26 PM  
Blogger pu3Chempakabiru said...

Untuk pertama kalinya setelah entah berapa kali aku masuk ke blog ko ni, aku jadi terkedu. Senang cakap aku kagum dengan N3 yang ko paparkan kali ini and Well.. AKU SETUJU BANGAT dengan segalanya. N3 yang ko garap cukup mantap dan dapat membuka minda kita untuk berfikir dan menilai. Yess, aku pun heran cam ne lah Malaysia boleh dapat pengiktirafan itu dan dengan bangga tersenyum konon Malaysia lah yang bagus hingga membolehkan negara ini diiktiraf sedangkan kalau kita lihat dan kaji apa yang ada di sini... fuhhhhh jauh menyimpang dari apa yang dikehendaki oleh Islam. Ciri-ciri sebuah KeIslaman dalam negara ini cukup sedikit sebaliknya makin bersepah ciri-ciri yang memualkan yang seolah macam tak nampak je oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Ehem.. apa ciri-ciri yang berlambak tu... well, yang tu nanti-nantilah aku story or may be my brother ElHakim leh tolong explain.. ;) ;)

3:47 PM  
Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

adussss...x reti kome nak komen....apepun byk kebenaran dari kesilapan...hehehehe...

4:17 PM  
Blogger ariapertama said...

kadangkala kita mengutuk amerika dan perbuatannya hingga menjadikan diri kita sendiri tak ubah seperti mereka. Mereka ( yg dikatakan musuh islam ) mempromosikan 'kebebasan' secara mutlak,maka bg kita yang berilmu promosikanlah pula kebebasan berpaksikan ilmu iaitu - human dignity. Namun,terlalu ramai muslim yg masih jahil. Jahil ini amat complex sifatnya,dasarnya ialah anti - ilmu pengetahuan.

6:25 PM  
Blogger azeel said...

penyelesaian paling mudah untuk selesaikan semua ini:

penyatuan politik, ideologi, ketenteraan dan ekonomi bagi semua negara-negara islam. ketika islam berpadu dan bersekutu di zaman rasulullah, itulah zaman keemasan islam.

sayangnya, negara-negara di benua kecil arab tidak mahukan penyatuan itu. dan sebenarnya negara-negara arab yang tidak bersekutu itu mengharapkan malaysia jadi teraju.
itu yang amat dikesali.

kalau mahu aku katakan kita ini bebal, aku kira lebih baik aku jeritkan bahawa arab-arab di sana lebih teramat-amat bebal dalam menghadapi masalah ini. bodoh dan terlalu ego dgn kabilah masing-masing. apa yang ada di bumi malaysia ini, walaupun tidak seberapa, lebih baik dari apa yang ada di seluruh bangsa arab di sana.

baru dimengertikan bahawa keseluruhan rasul-rasuk yang diturunkan adalah dari bangsa mereka. ternyata kebebalan dan kedegilan mereka itu terlalu tinggi darjatnya.

7:52 PM  
Blogger leeds said...

ilmu penting...

tak ramai generasi muda2 ni alert dgn ape yg kau tulis ni..

nampaknya penjajahan budaya mmg berjaya ke atas umat islam malaysia..

mungkin sbb langit yg terlalu terbuka..

aku salute kau sbb tulis sesuatu yang boleh membuka mata, at least org2 muda..

at least ader tempat utk escape dari benda2 yg melalaikan, ader ruang yg mana kesedaran boleh timbul, tanpa sedar..

keep writing, u have no idea HOW MUCH your writings 'touched' others...

peace!

8:30 PM  
Blogger Abang Long said...

Salam hormat buat saudara, pertama kali abang long bertandang kesini, dan membaca n3 yang dipaparkan, menyebabkan abang long terkedu. Harus diingat selagi mana ummah tidak berpegang kepada Al - Qur'an dan Sunnah Junjungan besar, maka selagi itulah kita akan terus dilanda musibah. Abang long masih teringat satu ketika umat Islam telah hampir BERSATU sewaktu berlakunya Revolusi Islam Iran, dimana para sarjana menyatakan yang itulah satu - satunya REVOLUSI yang bertunjangkan kepada Agama. Kemudian Dr. Mohd Yusoff Al - Qardawi menegaskan yang pintu IJTIHAD wajib dibuka kembali untuk "membersihkan" fikiran ummah dan bersatu dibawah kalimah Tauhid, diikuti dengan persidangan AL BAINA UT TAQRIB FIL MAZAHIB, satu konferans untuk mempertemu dan menyatukan kembali fikrah ummah yang telah "bercelaru". Seperkara yang abang long paling minat dan cenderung adalah, hingga kini tiada seorang insan yang berani dan berwibawa untuk dijadikan IDOLA, sebagai pemangkin KESEDARAN dan KEBANGKITAN umat, selepas perginya Ayatullah Ruhollah Khomeini, tiada seorang yang berani untuk menyedarkan dan membawa ummah kejalan yang SATU, maka semenjak itulah tiada lagi slogan LA SYARQIAH LA QARBIAH, WEHDAH WEHDAH ISLAMIAH, satu ungkapan TIDAK TIMUR, TIDAK BARAT, HANYA ISLAM YANG TERBAIK !!!, yang satu ketika menggusarkan BARAT. Wallahu'aklam.

3:47 AM  
Blogger Unknown said...

Wah! Dengan bangganya akak nak nobatkan kau sebagai Serikanda Islam... ahakz.. seriously Elhakim, membuak-buak darah di dalam hati Elnurrainaafsana bila membaca n3 kau ini. Walau pun selama ini kita tahu apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita, tetapi apabila ada orang merealisasikannya di dalam bentuk tulisan yang digarap sebegini bagus dan tepat, jiwa memberontak. Dapatkah jeritan di dada ditahan lagi?
Marah akan merugikan. Marah adalah hasutan syaitan. Tetapi, sayangnya anak-anak muda sekarang bertindak dengan sokongan marah yang dilampiaskan oleh syaitan.
Kata kuncinya, bagaimana kita hendak membimbing anak-anak muda supaya memahami harga diri dan juga maruah Islam? Supaya dapat membela agama dan negara. Supaya benar-benar berada di bawah panji-panji yang dipegang erat oleh Rasulullah semasa menentang musuh kita. Bagaimana?
Marilah kita mencari jawapannya bersama-sama. Jika elhakim mendapat jawapannya terlebih dahulu, elnurrainaafsana bersedia untuk berdiri gah di belakangmu, elhakim. InsyaALLAH.

10:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Abang Long, ayat LA SYARQIAH WA LA QARBIAH itu menjentik ingatan saya terhadap sesuatu.

Elhakim, kali ini saya hanya mahu menjadi pembaca :D

~zalisa maz~

6:36 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim,

Aku juga jadi pembaca saja kali ini.

11:04 PM  
Blogger Elhakim said...

dear all blogger yg dihormati,
pawanamalam, chempakabiru, rafflesiamerah,
ariapertama, azim, leeds, Abg_long,
nuraina, zalisamax, pu3_amidala,

alhamdulillah nampaknya kita telahpun sama2
terfikir akan hal-hal begini.

tulislah apa2 yang berkaitan seumpamanya
bolehlah kita bertukar-tukar pendapat.

Aku ni mungkin agak pessimistik. tapi aku rasa aku realistik. walaupun tak fantastik.

apa-apa pun
aku rasa kepincangan dalam dunia ummah islam masih lagi terdapat di luar sana.

semoga rahmat Allah ke atas kita semua.
amin amin ya rabbil alamin.

11:27 PM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

ya..amin ya rabbil alamain atas komen mu abg hakim...

eemm..pessimistik itu pilihanmu..realistik itu harus..fantastik itu pula kebaikan dan keburukan...kitala pendayungnya...apa pun..dinda nak doakan keamanan dan kemajuan spiritual dan hakiki pada setiap apa yang dilalui oleh etiap manusa yang menganut agama islam...
dan tak lupa uga kesyukuran kerna masih mampu bernafas..kerna mereka yg masih brnafas sahaja mampu memperbaiki apa yg ingin dibaikinya...semoga allah panjangkan umur kita semua..amin...(pengomen telah menerima berita kematian seseorg yg dikenali mlm td..thats y..)

assalamualaikum..take care

5:45 AM  
Blogger karl Firdaus said...

Hakim,

Nice entry.......... very good piece..

Well done

5:51 AM  
Blogger ayu_mkay said...

bagus sungguh N3 nya.. syabas..!

:)

8:37 PM  
Blogger Elhakim said...

ayumkay, Karl, pawanamlm,

trima kasih...
alhamdulilah..

maknanya aku x kesaorangan dalam memikirkan hal 2 sebegini.

4:06 AM  
Blogger zf_zamir said...

kini benar sudah, Islam itu datangnya asing, dan kembalinya asing jua nanti..

pabila semangat futuwwah @ solidariti @ kesetiakawanan sesama Muslim diganti dengan fahaman bangsat negara bangsa @ nasionalisme tajaan Barat, tinggallah Palestin seorang diri terkontang-kanting membaling batu menahan peluru..

dan kau, diutus untuk menulis sebegini rupa agar mampu menyedarkan ramai orang..

alhamdulillah, hehe..

kim, tulis sket pasal yahudi, rokok dan segala macam keparatan dunia kapitalisme..

3:28 AM  
Blogger Elhakim said...

elzamir..

he..he..

segan la pulak sebab ada keyword "diutus".

aku rasa kau lebih arif ttg kapitalisme...

mungkin kau sedang study political science.

maybe..

6:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ana sudah cakap berkali kali, sinar Islam akan kembali cerah di Barat (Eropah dan USA) Jangan lupa sejahat jahat orang Barat(masyrakat, dalam konteks ini)..pabila mereka temui Islam, mereka akan menjadi lebih baik dari Muslim di negara kita, negara Arab dan lain lain. Janga terkejut pula nanti kalau cucu Bush jadi ulama tersohor di Barat.

7:02 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

kim & zamir,

aku menunggu tulisan kamu berdua tentang kebobrokan kapitalisme. yg menjerat manusia atas dasar globalisasi dan menghalalkannya atas nama perundangan dengan perjanjian FTA.

Selain menulis, kita juga mesti berbuat. Jangan kuat membeli-belah barangan berjenama. Itu duri kapitalisme. :D

11:58 PM  
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

kapitalis???

islamis?

jihadis?

neo-komunis?

apa semua tu? semakin tahu semakin bengong???

'what comes with the wind, goes with the wind'
anonymous.

7:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tapi masalahnya, kita (baca pemimpin tertinggi negara)sering terperangkap dgn permainan gerakan zionis. Camno nak buek... :o

12:32 PM  
Blogger Elhakim said...

soulfof99,
tq. and welcome bro. :)))


anak bumi.

kapitalist?
contoh ketua kerajaan kapitalis adalah
george W. Bush.


islamist
pengikut fahaman islam.
suatu istilah SALAH yang diberi oleh golongan Kuffur/Kafir/orientalist/imperialist terhadap orang-orang Islam.

Istilah ini tidak sesuai sebab Islam bukannya fahaman tetapi Islam adalah AGAMA.

Islam adalah Agama yg diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW.
so Islam bukannya fahaman.

contoh istilah fahaman:
1. fahaman komunis
2. fahaman Marxisme
3. fahaman davidian
4. fahaman confucious

istilah Islamist juga berkait rapat dengan terrorisme yang sengaja dicipta oleh barat untuk memfitnah ummat Islam pada hari ini.

Mana-mana golongan yang berjuang atas nama Islam sering dilabel sebagai Islamist atau

ISLAMO-FACIST.

Jihadist
-istilah yang diberi terhadap para pendokong jihad.
contoh Jihadist pada zaman sekarang adalah
1. Taliban of Afghan
2. Insurgent of Iraq

di barat, Jihadist sering dikaitkan dengan keganasan / terrorisme

neo-comunist
communist baru
mungkin Hugo chavez of Venezuela kot.
aku x berapa pasti

Neo-con
neo conservative.
congress di America syarikat yang masih mengekalkan ciri-ciri imperialisme.

8:08 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim,

Nasionalisme juga benih sekularisme yang bercambah dalam proses sekularisasi dunia Islam.

isme ini yang disuburkan oleh imperialisme barat. Malah dibantu atas dasar untuk ketamadunan manusia. Sehingga Mustafa Kamal Attarturk melahirkan Turki Moden.

Tapi Turki Moden tidak ke mana. Sekularisme tidak memberikan Turki Moden kehebatan pun. Pengiktirafan sebagai negara EU tidak dapat, kehebatan negara Islam pun hilang. Turki terkapai-kapai mencari kemasyhuran identiti yang diidam.

Kim, apa isme yang di pakai Fatah dan Hamas agaknya?

12:57 AM  
Blogger Elhakim said...

Pu3 amidala,

aku mempercayai Hamas.

Fatah, bagiku adalah Israelisme...

he..he....he...

8:54 AM  
Blogger leeds said...

hakim, cuba la ko tulis pasal pengalaman ko ke negara luar, bangkok ke london ke...aku takleh laa nak compare sbb aku tak nah smpi sane, abih jauh Hatyai and Singapore..

letak laa gambar skali..mesti ader gmbr2 ko gi sane kan..buat laa citer catatan perjalanan pulak..

heheheeeee

7:38 PM  
Blogger Ryna said...

Keluar dari topik....
U kat putrajaya eh? Kenal2 tak sesapa kerja kat cyberjaya?

3:21 PM  
Blogger Elhakim said...

el-leeds,
he...he..he..

aku x biasa tulis catatan perjalanan.
lagipun dah lupa.
================xxxxx===============
misa,

ada, dan kenal.

nama dia Zainol Abidin Abd Rani.
kontraktor MDC.

7:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

a good n3. terkedu sekejap memikirkan pemikiran saudara. a very young guy have all those idea..bravo!

7:48 PM  
Blogger zf_zamir said...

fatah = arafat = plo = nasionalISME = kemerdekaan atas cara apa sekalipun

hamas = syeikh ahmad yassin = palestin = isu Islam sedunia

aku ada baca sikit..

8:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku bertanya kerana mana tahu kalau teman saya kenal kamu. Saya sering bercerita tentang penulisan saudara. Hhehehe... but dia kerja di SHtech.

=Misa=

8:33 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim & zf zamir,

ada baca buku HAMAS tulisan sdr Maslee? Rasanya dia juga ada menulis di Palestinkini. Panjang sungguh sejarah Hamas yang bermula dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Bilakah Abu Mazen hendak berfikir untuk rakyat Palestin?

2:21 AM  
Blogger Elhakim said...

misa,
sh tech tu apa?

pu3 amidala,
Abu Mazen tidak fikir utk Palestin.
dia hanya fikir tentang Israel sahaja.

he..he.he.

5:48 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim,

Dia fikir untuk kocek sendiri lah tu. Masih ada masa untuk materialisme. Itulah Fatah.

7:49 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim,

Abu Mazen akan dapat RM310juta(USD$86 juta)daripada US khas untuk latihan dan kelengkapan pasukan keselamatannya.

Besar sungguh belanja untuk pasukan keselamatan, keselamatan kocek dimasukkira tu.

9:02 PM  
Blogger Elhakim said...

el-amidala,

tidak mengapa kalau abu mazen, bermaharajalela dengan duit-duit itu.

Harus semua ummat tidak akan kisah dengan perangai beliau.

Pada aku....

"Hidup hanya Insyallah.
mati itu wajib."

aku pinjam kata2 Allahyarham Prof. Hamka

he..he..he..

7:29 AM  
Blogger Elhakim said...

err.. pu3 amidala el-daluwarsa,

aku tahu apa maksud RM310 JUTA yg diberikan oleh US kepada presiden Palesine.

Semata-mata ia bertujuan untuk mass-killing (massacre) pejuang-pejuang hamas dan pejuang2 jihad.


Sesunggunya pada aku akan terjadi...

senjata makan tuan.

pembalasan Allah selalunya begitu.

he..he..he.

8:24 AM  
Blogger leeds said...

kecewa aku. takder entry baru ke? eheeeeeehe

8:26 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

Kim,

kau ingat masa almarhum arafat terima dana bantuan US dulu, selepas penjanjian OSLO 1993? PA mencari pemimpin Hamas sampai ke lubang cacing. Pemimpin Hamas dipenjarakan di pejabat PA. Dan Israel menghantar askar berhelikopter mengebom penjara itu.

Jika Almarhum Syeikh Ahmad Yassin masih hidup, apa yang akan dilakukan agaknya.

Isu FTA sedang hangat ni, tak nak tulis ker. hehe..

4:46 PM  
Blogger Elhakim said...

el-leeds,

el-Amidala,

isu FTA,

aku rasa for sure Malaysia akan tunduk atas desakan/tekanan daripada Amerika nanti.

Siapalah kerajaan Malaysia di sisi tuhan...

he...he...he...

4:54 PM  
Blogger Ryna said...

SCTECH = Setia Haruman Technology. Office dekat dengan Cyberview tu. Maknanya memang kamu tidak mengenali. Hehehhe

5:18 PM  
Blogger Elhakim said...

el-misa atshushi,

yer...memang aku jarang2 ke cyberview lodge.

he..he..he..

5:24 PM  
Blogger zf_zamir said...

pu3 dal, belum, tengah baca buku baru dia, konflik palestin + israel..memang dia ada banyak tulis kat palestinkini..

duit tu dahalan amek sket, buat tentera baru, 12,000 org kot, tak tau, surat khabar cakap..hehe

emm, macam arafat, abu mazen sama lah, kat Gaza tu je dah ada 37 penjara untuk rakyat dia aje..

hari ni punya surat khabar, bukan main lagi rafidah, hehe, tak takut dengan bush..

haha..

6:16 PM  
Blogger Ryna said...

Abg hakim,
Apasal semua ada EL eh? Mungkin aku ada ketinggalan fakta? Apa maksud EL?

Cyberview lodge... cantik. Katilnya, pemandangannya, internet 24jam, apa lagi? Sembunyi Spanya juga seperti udah di Bali.... hehehe

6:41 PM  
Blogger Elhakim said...

el misa...

el itu bermaksud al dlm bahasa arab menunjukkan kata-nama.

apa kau sudah tidur di situ?

he..he..he..


elzamir...

betul...arafat dan elmahmoud elabbas
memang 5x2.

he...he..

berkiblatkan amerika.

8:04 PM  
Blogger Ryna said...

Udah, menemankan Michael Schumaker yang menginap di bilik yang paling mahal.

Abg Hakim, dalam internet kita bisa aja tengok semuanya. Lihat aja di sini.... http://www.cyberview-lodge.com

9:25 PM  
Blogger Elhakim said...

elmisa,
aku sudah tengok page itu.

memang cantik hiasan dalaman dan perabot2 kecuali katil. (w/p kau kata cantik)

Katil itu tidak cantik kerana terdapat ruang kosong di bawahnya.
mungkin utk hantu dan lipan tinggal.

JIka sekali pandang sudah semestinya katil itu KERAS seperti katil Tuk-Wan aku dulu.

Ia tidak seperti katil bangsa orang-putih / Amerika yang sangat empuk dan lembut. dan sangat enak ditiduri pada setiap musim baik sejuk dan panas.

he..he...he...he..

10:36 PM  
Blogger Ryna said...

Iya, nanti aku bagi idea pada perempuan berdarah di blog aku tu tingal di bawah katil itu, bukan lagi di dalam bathtub.

Sesekali perlu berubah angin juga kan?

hehehe.

11:29 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker