..

Sunday, December 03, 2006

Aku dan Manusia Iblis(1): Suatu Dendam Abadi

Dalam sesetengah hal, manusia boleh terbagi pada dua:
1. Manusia yang suka

2. Manusia yang tak suka (si-iblis)

Manusia yang suka selalunya adalah manusia yang sekepala dengan aku. Gelaknya macam aku. Tutur katanya macam aku. Persepsinya lebih kurang macam aku, Penglibatannya dalam sesuatu hal perkara pun macam aku. Pendek kata aku adalah terdiri daripada manusia yang amat sporting, easy-going, dan macam2 lagi. Aku tidak mahu banyak menulis mengenai manusia yang sporting sebab aku terlalu kenal dengan diri aku. Cukup. Aku rasa tiada kepentingan untuk aku memperkatakan tentang diri sendiri di medan terbuka ini. Biarlah segala yang baik tersimpan saja untuk investment.



Aku lebih suka menceritakan mengenai manusia-manusia yang tak suka ini. Manusia-manusia yang tidak suka ini aku anggap sebagai manusia Iblis. Kadang-kadang memang aku suka ungkit benda-benda silam yang boleh aku anggap sebagai perkara2 dendam yang tak sudah. Tetapi aku tidak mahu ia senang difahami kerna aku takut orang yang berkenaan akan dapat hidu apa yang aku tulis ini. Di sini aku tidak mahu berterus-terang. Biarlah kali ini aku tidak sporting. Sebenarnya ini adalah urusan mental mahupun fizikal. Untuk itu aku hintkan kepada kejadian 15 tahun lepas. Walaupun ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan aku pada zaman sekarang. Selalunya puak-puak itulah yang jadi mangsa ketidakpuasan hati aku kali ini. he..he..he.. (walaupun aku tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka pada masa ini).



Manusia yang tidak suka selalunya akan mengeluarkan perkataan-perkataan dan berpersepsi/ berkeadaan "lahanat" seperti di bawah ini:
1. "Susah nak cakap...."
2. "Tak boleh nak cakap..."
3. "Saya tak boleh janji...."

4. Berdolak dalik

5. "No hard feeling...."


Aku merasakan bahawa manusia yang tak suka ini, berpandangan aku adalah dinosaur. Mereka allergic dengan dinosaur. Padahal selepas itu mereka berkumpul dengan tyranosaur(T-Rex) yang 10x lebih teruk daripada dinosaur. Memang 'dia' yang tak suka itu sedang dikerumuni dengan T-Rex kurus berwarna hitam, juga T-Rex yang saintifik namanya adalah 'Budi'.


Sebelum itu, Mati-mati aku menyangka bahawa manusia yang tak suka ini adalah manusia kayangan atau insan suci yang turunnya dari langit bersama dewa-dewi langit yang bersih. Rupa-rupanya dia sama sahaja dengan manusia yang lain yang juga berkehendakkan yang gitu-gitu. Yang hamjadahnya aku bersikap contra. Yang cilakanya manusia yang tak suka itu bersikap pro. Maka jadilah saling-tindak-balas manusia yang tidak sekepala ini berperang di alam ghaib yang aku sendiri pun tidak tahu sama ada manusia tersebut kisah atau tidak. Siapa yang menang. Siapa yang kalah. Yang aku tahu aku kisah. Ya...memang lahanatnya pada masa tersebut aku kisah. Yang baruanya ada suara2 hati yang mengatakan aku adalah seekor Saddam. Tetapi pada hakikatnya tiada tipu helah mahupun trick untuk aku gunakan bagi memperdayakan puak-puak manusia yang tidak suka itu. Dan realitinya aku bukannya Saddam yang suka menggunakan helah dan trick untuk memperdayakan musuhnya.


Manusia yang tak suka ini pernah mengatakan bahawa kewujudan dia di sini adalah satu tujuan murni dan satu matlamat yang bersih. Itu sahaja yang aku dengar dari mulut iblisnya itu. Aku tidak tahu sama ada si-iblis itu bercakap benar atau bohong. yang keparatnya setelah 6 - 7 bulan selepas itu, si-iblis tadi mula mengorak langkah seperti mana yang aku syorkan sebelum itu. Padahal si iblis lahanat itu telah menolak mentah-mentah syorku itu sejak awal lagi. Aku rasa si-iblis lahanat itu berbuat demikian setelah terdengar bujukan rayu si-Ifrit mata satu yang gemar berbudi. Cair, luluh jiwa si-iblis lahanat itu tadi apabila mendengar kempen si-lahanat afrit mata satu. "Babi sungguh". Itu sahaja yang terlintas dalam fikiran aku pada masa itu.


Pernah dua-tiga kali aku terserempak dengan si-iblis and the gang duduk semeja berbincang mengenai hal matlamat ilmu-ilmu yang bersih. Sehingga berjaya memecahkan empangan aku. Agak lega aku pada masa itu seketika setelah empangan tersebut pecah. Walaupun aku terpaksa berbuat sesuatu untuk menyucikan zat aku selepas itu. Tapi tak kisahlah sebab aku betul-betul lega selepas itu. heh..heh..heh...


Oleh kerana terlalu takut dengan the act of deny daripada si-iblis trio itu, aku cuba sedapa upaya untuk tidak berhadapan dengannya jika tidak bersedia. Jika aku bersedia dan bertentangan dengan iblis tersebut, aku akan cuba pura-pura untuk senyum sambil mengadap matahari supaya wajah aku nampak lebih putih dan bersih dari mata si iblis itu. Sekurang-kurangnya si-iblis itu tahu rupa aku yang sebenar walaupun mungkin dia akan persetankan itu semua.


Hidup dalam cengkaman si-iblis memang sesuatu yang amat menyiksakan. Boleh jadi gila jika bukan aku yang mengalaminya. Tambah-tambah lagi di sekeliling terdapat teman-teman, sahabat handai yang mulai kecoh dan bising. Ia amat sensitif bagi aku pada masa itu. Kadang-kadang kawan-kawan juga mengapikan. Kadang-kadang mereka bakar semangat untuk menentangnya. Tidak kurang juga yang membuat aku menggelabah tidak tentu fasal.
Si Iblis yang tidak suka ini berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai bandar PlayStation berhampiran dengan Bandar George. Dahulu sekolah menengah awalnya adalah konvert. Oleh kerana kebijaksanaan dalam sesuatu peperiksaan si iblis itu telah pun ditukarkan untuk memasuki MSMR yang berpengkalan di suatu tempat tidak jauh dari kampung baruku sekarang ini (kampung terbitan).
. . .

Lipatan Sejarah di-Rewind.

. . .

Entah apa malang nasibku pada masa itu tiba-tiba terserempak dengan si-iblis itu semasa ia sedang membelek-belek senarai bilik yang bakal diduduki di Subang Jaya. Terus aku tergamam dan ingin tahu aku menjadi-jadi untuk mengetahui latar belakang si-iblis keparat itu yang bakal membuang masa aku pada kadar yang amat banyak. Itulah detik pertama aku untuk intip si-iblis lahanat ini. Pelik. Mata Iblis ini agak sepet dan alisnya agak lentik. Gampang...! Iblis manakah ini?


Seawal pukul 8 pagi aku dan teman-teman bergerak untuk menuju ke medan destinasi. Di tengah2 perjalanan kami berhenti minum. Dari kejauhan aku akan meneliti gerak-geri si-iblis ini bersama dengan rakan-rakannya ke destinasi yang sama cuba partisinya berlainan dengan aku. Mata si-iblis tu amat tajam seperti mata helang. Aku khuatir intipan aku akan disedari oleh si-iblis tersebut kerana mata si-iblis itu panjang ke tepi. Dan kemungkinan si Iblis itu dapat melihat telinganya sendiri. Apa-apapun itu cuma anggapan aku saja.


Kepala lutut aku merasa longgar tidak bermaya apabila berhadapan dengan si-iblis ini. Aku tidak tahu kuasa apakah yang wujud dalam diri si-Iblis ini. Amat aneh. Terus saja aku tuduh bahawa si-iblis ini meletakkan sesuatu dalam makanan aku. Mungkin dalam hidangan umum di sebuah restoran di situ. Tidak mungkin orang seperti aku boleh tergugat kedudukan oleh si-Iblis Maha Lahanat itu. Amat tidak adil bagi aku.
Di sebabkan syak-wasangka inilah maka hidup aku sentiasa dibayangi oleh si-Iblis tersebut. Mana-mana pun aku pergi, si-Iblis tadi tetap memburu aku. Sangat tidak tenang jika kita tunaikan seruan alam mata si-Iblis tadi masih mengekori aku. Baik dalam keadaan tidur mahupun jaga. 28 jam sehari. si Iblis tadi memberontak dalam fikiran aku. Ah.. Mampos aku kali ini. Bersambung...

p/s: Bagi budak-budak muda jauhi diri anda daripada terkena pancaran radioaktif sinaran mata helang si Iblis. Sekali terkena... habis satu period hidup kamu.

11 Comments:

Blogger karl Firdaus said...

Hakim,

kepala aku sekarang sedang pusing.... maaf aku baca pun naik pusing....... mungkin aku kena baca lagi....hee hee

Anyway take it easy my friend... Jangan jadi pedendam tak bagus. Tuhan pun marah...........

8:20 AM  
Blogger Elhakim said...

Karl....
jadilah seorang pendemdam...
kerana aku ditakdirkan untuk jadi pedendam.

Dendam aku tidak padam.

Satu lagi...

JIKA SESIAPA YANG FAHAM APA YANG AKU TULIS PADA KALI INI.... habis aku....

"I AM FUCKED!!!!! "

Janganlah ada yang faham...

walaupun begitu... aku mahu engkau baca apa yang aku tulis itu.

Dilihat boleh, dipegang Jangan,
Dibaca Boleh. Difahami Jangan!!!!

9:18 AM  
Blogger karl Firdaus said...

Hakim,

woh........ ini sudah kes berat.. marah betul kau kali ini ya.. tenang tenang..... tarik nafas panjang panjang k.........

aku dah baca buat kali kedua dan cuba untuk memahami tapi tak faham faham........ mungkin itu yang kau mahu.. aku tak berani nak komen apa apa cuma aku doakan yang terbaik buat kau......... Semoga hidupmu akan lebih tenang dihari hari mendatang InsyaAllah...Amin..

11:20 AM  
Blogger leeds said...

aku baca tapi tak paham.

tapi aku nak tinggal komen jugak

menunjukkan aku telah membaca repekan ko wpun aku tak paham.

(tetiba rase pening)

4:50 PM  
Blogger Elhakim said...

abang Elhakim dear,
biar kiter teka....

hmmmm sy rasa... manusia Iblis tu
"MESTI SEORANG PEREMPUAN KAN?"

tul tak? Am I right????


shame on u.
:PPPPPP (boooooo.....)

5:42 PM  
Blogger Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam
aku baca sekali... tak faham..

dua kali ... tak faham...

nak baca kali ke 3.. perlu ke?

ahahhahah

moga sabar dan tabah mengahadapi perjalanan hidupmu!

(^_^)

6:49 PM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

eemmmm....assalamualaikum tun perasan..hehe
ahahhahah...

let me just guess....ini adalah dendam terhadap perempuan kan??

benarkah abg hakim??
kalu benar...itulah agaknya dinamakan angau spt yg entry abg yg lepas..(jgnlah menafikannya...)

emmm....tp andai bukan perempuan ...still saya ada nasihat..
dendam jangan..maafkan sahaja walau tidak boleh melupakan..kan lebih elok..

andai berdendam...
mgkin lebih persis spt 'iblis' itu sndiri...

renung2kan lah ya abg hakim..

anyway...
hadapi hari2mu dgn senyuman..

11:44 AM  
Blogger Unknown said...

ahahahah....

kekalahan itu pasti, saudara elhakim@tomhakim!

4:22 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

tak baik kuat berdendam. Kamu kan seorang lelaki muslim. Dendam itu meracuni hati tau. Bukankah hati itu yang memandu kita menjalani hidup.

4:49 PM  
Blogger azeel said...

ini bukan masalah gender. lelaki atau perempuan sama saja. hakim nak marah lelaki atau perempuan.. bukan isu sebenar.

isu sebenar, dia benar-benar lepaskan marahnya. dan selalunya orang marah, kata-katanya sukar difahami. itu sebabnya aku pun sukar menangkap apa yang sudah diperkatanya.

tak salah melepaskan amarah sekali-sekala. dikhuatiri apa yang tersarang di hati itu nanti, lebih memudaratkan. bisa kena penyakit hypertension. tapi hakim, cukuplah sekali ini saja marahmu. selebihnya bila marah, ingat pada perkara-perkara yang bisa buat kamu lembut dan sejuk. mengangkat air sembahyanh yang paling mudah. bukankah air itu lembut lagi melembutkan?

5:35 PM  
Blogger zf_zamir said...

entah..

tapi, dendam itu boleh jadi stamina..

hehe..

walau apa pun, entri ini semacam mungkin..

frekuensi kita sama?

10:42 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker