..

Tuesday, November 28, 2006

Istilah Melayu dan nama-nama kita




Apakah itu Melayu?

Jika dijawab dalam istilah bangsa, orang Melayu adalah terdiri daripada rumpun suku kaum nusantara yang menetap di Semenanjung Tanah Melayu juga di Sabah Sarawak.

Ada juga yang mengatakan bahawa istilah Melayu itu adalah datangnya dari kaum Bugis yang melabelkan mereka yang melarikan diri dari tanahair akibat serangan penjajah Belanda. Melayu bererti “melarikan diri”. Ya seolah-olah seperti penakut atau pengecut bunyinya.

Pada aku bunyi dan rentak perkataan Melayu itu sendiri agak aneh. Sementelahan lagi maksud dan erti perkataan Melayu bagi bahasa ibunda Melayu itu sendiri pun sudah buruk dan jelek. Melayu adalah datangnya dari perkataan layu. ‘Me’ menunjukkan kata buat atau verb dalam bahasa inggerisnya. Jika dicantumkan Melayu dengan perkataan orang atau bangsa maka jadilah “orang Melayu” atau “Bangsa Melayu”. Jika diterjemahkan perkataan tersebut dalam definisi Bahasa Melayu maka kita akan dapati bahawa seseorang itu atau sesuatu bangsa itu sedang menguncupkan dirinya atau sedang layu iaitu satu bangsa yang sedang meredupkan diri, layu, terkulai, tidak ceria, tiada tenaga dan berbagai-bagai lagi definisi yang negative. Persoalannnya di sini ya, mengapa kita mengambil istilah yang paling buruk untuk menamakan bangsa kita sendiri?

Maka pada aku sebab itulah banyak antara orang orang Melayu yang menamakan anak-anak mereka dengan perkataan yang kurang elok bunyinya seperti Amran bin Burok, Osman bin Kering, Usop bin Bagok, Kenit, Hitam, Bagong, dan berbagai lagi istilah sinonim yang kadang-kadang tidak menggambarkan langsung keadaan yang empunya nama tersebut. Maka inilah yang dinamakan sebagai inferiority complex yang terus berpusat dalam diri orang Melayu akibat dari pemakanan yang tidak elok yang diambil oleh mereka tiap-tiap hari seperti belacan, ikan kering, santan kelapa yang berlebihan, ikan perkasam, mee maggi dan seumpamanya itu.

Bagi orang Inggeris pula, mereka menamakan orang Melayu sebagai Malays. Aku jangkakan bahawa Malays itu diambil dari perkataan Malaise. Malaise ini bermaksud berpenyakit atau sesuatu entiti yang berpenyakit. Semasa Inggeris menjajah tanah Melayu dulu mereka selalu refer perkataan ‘malaise’ kepada Malays. Seolah-olah perkataan Malays dan malaise itu adik beradik. Contohnya jika mereka menyuruh pekerjanya (seorang Melayu) untuk membuat sesuatu perkara yang agak payah. Dan pekerja itu gagal untuk menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang tertentu, maka orang-orang Inggeris tadi pasti mengeluh .... ‘ah ! typical Malay. Malays Malaise. What do u expect ?’

Tapi bagiku pula nama atau segala sesuatu yang boleh seseorang itu refer/panggil kepada diri kita, maka itu dikira sebagai doa. Jika ibu kita memberi nama yang buruk, maka buruklah yang kita dapat. Jika kita mahu orang panggil kita dengan suatu istilah yang buruk… maka dengan secara otomatik kita menyeru supaya orang-orang itu berdoa sesuatu yang buruk kepada kita. Contohnya kita rela dipanggil sebagai Brader Seks atau Mat brutal.

Berikut adalalah beberapa kenalanku di Internet yang nama timangan diberi oleh mereka sendiri. Bagiku nama panggilan itu ada yang positif juga ada yang negative. Tetapi ini ku kira sebagai persepsi aku sahaja. Mengikut logic aku. Mungkin betul. mungkin tidak. Jangan marah ya…

  1. KarlChinteng- tiada apa apa makna bagiku. Hanya mengambil nama Karl sebagai nama bangsa Eropah. Chinteng aku tidak tahu apa ertinya. Sorry. Harap maaf.
  2. Leed al-Malique. Leed – Nama Sesuatu tempat di Eropah. Malique/Malik – istilah Arab juga nama/sifat Allah yang Maha terpuji. Kemungkinan wanita ini amat berbangga semasa belajar di Leeds dahulu.
  3. Azim – istilah nama/sifat Allah. Sifat Dominan Allah SWT. Nama yang agak menggerunkan. Aku kira Azim sepatutnya seseorang yang mempunyai sifat dominan dan tidak berlawanan dengan sifat terpuji tersebut.
  4. Manique Kayangan- Kemungkinan wanita ini sedang berada di awang-awangan. Maafkan aku ya, jangan selalu berada di awang-awangan…nanti terjatuh ya..
  5. Nagacute. Naga - suatu binatang yang agak buas. Cute bereti comel. Jika digabungkan maka kita akan dapat Naga buas yang comel. Kelihatan ada photonya di situ. Ku kira wanita ini agak comel juga. Tapi bahayanya tetap ada sebab ia buas. Awas ya! Lihat saja komentarnya dalam blogku ini.
  6. Anak Bumi – Aku kira jejaka ini mahu mengisyitiharkan dirinya sebagai the truth Malaysian. Mungkin sesuai juga jika dinamakan sebagai Anak Watan. Mungkin beliau mahu semua mengetahui bahawa beliau sangat sayang kepada tanahair.
  7. Pawana Malam – Aku berasa ada sesuatu yang sedih/negative pada diri wanita ini. Pawana adalah angin. Malam adalah gelap dan hitam. Aku takut wanita ini dalam keadaan terumbang-ambing dan sentiasa dalam keadaan Malam walhal aku sentiasa kesiangan.
  8. Puteh Seroja – Wanita yang bersifat lembut. Seroja melambangkan ketaatan. Wanita ini sangat lembut dan sentiasa menangis aku kira. Terlalu sentimental bersama cempayang kesayangannya itu. Oleh itu kamu semua...usah ganggu dia.
  9. Zalisa Maz – Wanita ini agak berani kerana menampilkan namanya yang 70% benar. Tidak salah aku wanita inilah yang suka bertekak dengan aku tempohari. Walaubagaimanapun aku rasa, aku menang. :PPPPPP
  10. Yani – Wanita yang agak berterus-terang dengan nama yang agak sempurna iaitu Wan Haryani. Bunyi macam lembut tapi askar. Aku allergic dengan wanita askar sebab mereka Queen Control aku kira.
  11. Khairena – Nama yang agak bagus. Cuma orangnya tidak mahu berdaftar dengan blogspot. Mungkin takut dengan aku gamaknya.
  12. Puteri Daluwarsa – Wanita ini terlalu ekstreme dengan epik dan hikayat sehingga berupaya mempengaruhi aku untuk membaca tulisannya. Namanya agak aneh dan ganjil. Jika tidak dilihat 5 kali, kemungkinan namanya terus luput dalam ingatan sebab agak sukar untuk disebut-sebut. Aku rasa wanita ini TIDAK SUKA namanya sentiasa bermain dibibir para pembacanya. Beliau hanya menyeru agar kita mengaguminya sahaja. InsyaAllah aku kagum.
  13. Warnasari – Ku kira wanita ini agak berwarna-warni seperti bunga. Jika aku bayangkan, wanita ini agak kemerah-merahan. Mungkin akibat sumpahan tulip daripada profilenya.
  14. Nur Raina Afsana – Wanita ini juga berani sebab tidak suka berselindung dengan nama samaran. Siap dengan photonya sekali. Sangat jelas. Kalau terjumpa di supermarket, pasti aku kenal. Aku kira wanita ini mahu jadi pengkritik dan penulis. Aku doakan semoga engkau berjaya.
  15. Dingin – Seseorang yang asalnya mahu dikenali sebagai bersifat dingin. Sukar berkata-kata, selalu melayani perasaan, terlalu prejudis dengan alam sekeliling, pernah mengalami pengalaman pahit yang telah berjaya menukarkan persepsi beliau terhadap sesuatu. Beliau akan kenang sesuatu peristiwa tersebut sehingga akhir hayatnya. Bagiku itu sudah pasti. Walaubagaimanapun istilah Dingin itu telah berjaya diputarbelitkan menjadi maksud positif iaitu keindahan. Aku tidak tahu apa yang relatifnya antara dingin dan keindahan. Sesungguhnya aku tidak tahu.
  16. amanitium – aku tidak tahu nama apa ini. Kemungkinan beliau tidak sampai hati untuk menamakan dirinya sebagai titanium? Plutonium? Kerana terlalu kedengaran seperti atom.
  17. amin ahmad – Beliau satu-satunya tetamu lelaki yang berani menonjolkan identity dirinya yang sebenar. Aku kira beliau mahu menjadi seorang ahli politikus. Sekaranglah masanya untuk memperkenalkan diri kepada kita semua. Habis tu Bila lagi????
  18. rastom – aku kira kemungkinan nama sebenarnya Rustam. Sorry aku tidak tahu. Ya sudah tentunya beliau agak skeptical dan bijak dalam banyak perkara. Sesungguhnya beliau agak berpengalaman.
  19. Me,myself, around the world- Pria ini cuba mahu sinonimkan dirinya ke peringkat global. Baginya, beliau amat berperanan dalam dunia ini. Mengikut perkiraan aku cita-cita pria ini agak besar. Aku juga doakan supaya cita-cita kamu akan terkabul.
  20. Laugh – Sekumpulan wanita yang happy-go-lucky yang suka tertawa apabila berjumpa sesama sendiri. Wanita-wanita ini aku kira hanya berada dalam kelompoknya sendiri dan tidak suka mencampuri urusan orang lain. Wanita2 ini juga mampu untuk membuat lelaki merana jika kesembilan-sembilan mereka minta dibelanja. :PPPP Aku harap wanita ini tidak materialistic kerana pada aku, dunia materialistic adalah dunia yang palsu.
  21. Aku – beliau hanya mahu dikenali sebagai aku. Mula2 nampak mcam mahu berdebat denganku.. tiba-tiba beliau tak jadi. Tak tahulah mengapa agaknya.
  22. Anynomous – Halimunan yang malas nak daftar dalam blogspot
  23. Elhakim – he..he.he.he.. for sure segala yang positif pada nama aku. Lihat sajalah maksudnya…

20 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kuakakaakuaa... pecah perut aku baca entry ko kali ini... sampai budak depan meja aku heran tgh aku..ok.. yg pertama.. nama aku Wan Noorhayani ye.. bukan haryani..wan= nama keturunan dari daeng salili.. saudagr islam dari bugis belayar ke perak.. dan berkawin dengan anak sultan perak.. lalu menjadi pembesar perak...Noor= cahaya manakala hayani=hayat+ aini = hidup + mata.... dikira namaku adalah cahaya hidupku atau cahaya mataku...

P/s aku pernah menangis bila membaca entry ghazz..sampai org depan meja aku risau tgk aku..hehehe kali ni aku bantai gelak... dia cakap aku ni gila!!kejap nangis. kejap gelak..dan aku bukan tentera laa...

cth melayu cepat melatah: elhakim..heheh sila baca dgn TELITI untuk mengetahui siapa sebenar aku.. sebelum mengatakan aku TENTEra

1:02 AM  
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

"Anak Bumi – Aku kira jejaka ini mahu mengisyitiharkan dirinya sebagai the truth Malaysian. Mungkin sesuai juga jika dinamakan sebagai Anak Watan. Mungkin beliau mahu semua mengetahui bahawa beliau sangat sayang kepada tanahair."

ok, 60% benar. 40% lagi jika kau kenal aku dengan lebih personal, hehe...

nice article hakim. tapi melayukah aku, kau dan semua di sini? Melayukah keturunan kita 400 tahun akan datang?

salam.

8:59 AM  
Blogger Elhakim said...

abang elhakim dear...

sedapnya kata kat kiter.
sampai hati kata kiter materialistik.
Kita tak terfikir pun nak jadi materialistik.

kita tak pernah pun suspect apa-apa kat abang elhakim...jahatnya dia.

anyway.... nice entry...keep it up K?

9:39 AM  
Blogger rastom said...

hehehe Tuan yang arif elhakim memang kau layak jadi hakim. dalam malaysia cuma ada 3 rastom. satu di kelantan (ex timb, MB)satu yang ini yang separuh abad usianya Pandai hang teka), dan satu lagi di KL yang masih dalam 20an. Yang nama Rustam ramai, lagi ramai di Iran! heheheheh!

9:42 AM  
Blogger karl Firdaus said...

Hakim, Very nice entry!! kau betul betul buat aku tergelak..

aku rasa kali ini blogger hanya mempertahankan diri masing masing, tak akan ambil pusing pasal topik kau tentang kita orang melayu ke tidak...tak peduli nama orang lain awang ke, buang, pungut atau embun.....

Nama aku dicarta nombor satu... entah apa silapnya namaku first kau catit dinombor teratas. Begini ceritaku...Memang benar nama ku nama Eropah, tercatit pun dalam surat beranak dan ic..

Nama sebenarku Karl Firdaus Steward
Keluarga panggil Teruna... masih ada nama Islam iaitu Firdaus...

Dan kalau kau nak tahu chinteng tu nama kucing kesayanganku..........

10:04 AM  
Blogger Unknown said...

Errrkkkk!!!! Salah la elhakim. Tu nama samaran Kak Raina tu. Nak tahu nama betul, kena cari akak kat supermarket.

Bab berani tu memang berani tapi bila tengok PHSM hari tu, sampai sekarang takut.. huhu... sabar je aku... anyway, nice n3 (sebab you puji laa.. kalau tidak, tak koser nak layan.... acah je..) huhu... jumpa di supermarket nanti...

6:16 AM  
Blogger leeds said...

suketi jer cakap aku belajar kat leeds.

suketi buat kesimpulan.

takder keje dah ker dok taip satu2 nama org tu?
(tp mmg aku tergelak aaa memmbaca dan sedikit excited sbb nama aku pun ada)

namaku lidya abd malik,
kekawan panggil Lid,
so nak bg ejaan komplikated skit dan ader nilai2 komersil,
jd aaa Leeds Al-Malique..

sekian time kasih..

9:15 AM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

salam....
ahahhahahhahaha
ahahhahahhhhhhhhhahhahahahhahahah
ahahhahahahhahhahhahahahah....

namun gelakku bkn tanda suka atau setuju ya wahai abg hakim( nak org pgl die tun hakim konon..cehh..hehehe)

ya pndptku sama spt abg teruna karl..dah agak dah..sure x ramai yg komen on malay2 issue ni..

sesungguhnya tafsiran abg hakim pada nama2 tu dah mencuri perhatian pembaca sepenuhnya...hehehhe

pawana malam adalah angin malam..
yang kan sentiasa berhembus selembut2nya utk menenangkan hati penghuni malam..
dgn kerna angin malam itulah manusia lena diulit intan..
ketiadaan angin malam selalu dirindui..sama spt diriku..aku pembawa kekuatan dan sering dirindui..namun perindu yang paling malang itu adalah diriku sendiri..di dalam dada ini..

dan yg paling benar...sy sering mendapat kekuatan dgn menghela nafas2 baru dari tiupan berirama nan lembut oleh si pawana malam..

itulah ceritanya..
dan nama penuh ku Siti Nur bt Makni

dan abg hakim..sedih itu kan selalu ada dlm diri makhluk yg bernama manusia..cuma izinkan aku berjujur dgn kesedihanku di dlm blog ini kerna di sinilah sahaja tmpt mengadu yg aku ada..kerna aku perlu menjadi seteguh besi di luar dr alam maya ini..

emm...dn abg hakim..namaku di no 7 ya..suke sgt sbb 7 dan 6 adalah number feveretku..hehhehe

dah mcm surat pulak yer komen ct kali ini..hehhe

but anyway, hayati kata2 ini abg hakim..
"only the painter understands the paintings well.."
begitulah alirannya dgn perihal tafsiran nama itu..

ttg perkataan negative pula...tiada elemen negative yg akan ct biarkan dlm diri ini jika hadirnya sbg penghalang ku menuju cita..

p/s: mcm mane abg bleh kata kak yani tu tentera?
ni sure x baca entry yg baru2 ni.ish2.hehheh

hadapi hari2mu dgn senyuman..

10:30 AM  
Blogger azeel said...

aku sudah was-was dengan yani... takut aku jadinya sebab sifat ketenteraannya!

aku takde komen apa kau tuliskan tentang 'nama' aku, cuma ingin aku khabarkan, aku sebenarnya berselindung di sebalik nama 'azim' itu. nama benarku, ehmmm.. nantilah dulu aku beritahu.

memilih nama 'azim' kerana a,z,i dan m adalah huruf-huruf yang ada di dalam nama penuhku. itu saja.

4:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pandangan dari melayu melaka tulen bang, tukaunama. Maaf semua penulisan ditulis dalam bahasa melayu, kalau tak faham cari kamuslah. Kalau orang putih tulis dalam bahasa inggeris mahu menonggeng cari kamus. Inilah sikap kita.

Elhakim, pandangan kau amat berat dan menyiksakan. Tapi itulah realiti yang orang melayu harus hadapi dan seterusnya mengubah pandangan bangsa lain terhadap mereka.

Samalah juga pandangan agama lain tentang islam. Pelbagai asakan dari pelbagai sudut yang dihadapi oleh orang islam di seluruh dunia. Tak pernah sesaat pun orang islam akan merasa selesa dengan asakan yang datang.

Begitulah juga dengan orang melayu. Tunjang mengukuhkan kekuatan orang melayu adalah sifat lemah lembut yang sudah sebati dengan diri dan kehidupan sosial. Usah kata melayu di tanah melayu ini, di mana sudut dunia pun kalau dikatakan melayu, memang sudah terkenal dengan sifat tersebut. Inilah yang disalah anggap oleh bangsa lain sebagai lemah dan kurang motivasi. Aku sangkal dakwaan melayu lemah dan mundur.

Siapa kata melayu paling tinggi rate untuk hasad dengki?. Itu cuma tohmahan yang perlu di hindari. Bangsa lain pun tinggi juga hasad dengki. Selagi darah merah mengalir dalam setiap tubuh manusia, selagi itulah hasad dengki wujud. Cuma cara dan pendekatan amat berbeza. Peduli pergi mampus dengan kata-kata PHD melayu. Siallah mereka kalau itulah yang sering diulang-ulang. Macam cilaka mereka yang selalu melaungkan istilah sinonim janji melayu, phd melayu, melayu bodoh, nampaknya asakan bertubi-tubi hanyalah menampakkan sifat negatif orang melayu yang sudah pun ditanam oleh penjajah portugis, belanda sehingalah inggeris. Kemudian diteruskan oleh pencinta2 inggeris dan juak-juaknya sehingga dihimbunkan dengan satira rakyat tentang pak pandir, pak kaduk dan lain-lainnya. Kenapa pak pandir di anggap sangat bodoh di jana ceritanya di seluruh semesta. Ada pula yang bangga dengan cerita pak pandir ini. Mungkin pencerita mahu kita mendalami maksud yang tersirat. Betul atau tidak, ini satu cabaran bagi kita menentang sikap melayu yang dipaparkan oleh pak pandir dan pak kaduk. Buka mata buka minda.

Semua bangsa di dunia memeliki sifat mereka tersendiri. Tak usah cakap tentang bangsa lain di serata dunia. Di sini sudah cukup, kalau dengan sikap mata duitan, sikap asabiah terhadap bangsa sendiri, sikap tujuan menghalalkan cara, apa sahajalah setiap bangsa lain sikapnya.

Kenapa bila disentuh tentang melayu, tak apa, biarkan kita bincang, melayu memang begitu, kita mesti ubah sikap melayu. Kenapa pula di sentuh bangsa lain di sini, ini isu sensitif, boleh merosakkan perhubungan kaum, kenapa perlu kita menjahanam dan mengutuk bangsa melayu sedangkan kita tak boleh menyentuh rambut bangsa lain. Pergi mampus dengan mereka.

Aku tetap melayu, walau pun mungkin aku cuma ada semangkuk darah melayu. Aku tetap bangga diri aku melayu dan islam. Ingat tiga perkara yang perlu dipertahankan, agama, bangsa dan negara. Aku tetap mempertahankan agama, bangsa dan negara. Agama menjadi perkara nombor satu, nombor dua bangsa dan nombor tiga negara. Ini tanah air aku. Pedulikan apa yang mereka anggap tentang tanah air aku.

Panas tetap panas, ingat ini: anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi.. air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang...bla...bla...bla... bla...Lihat aje lagu ini sampai aku tak ingat senikatanya.

Sampai bila isu melayu mundur, bodoh, tak bermotivasi akan habis selagi kita sendiri tidak berbangga dengan darah yang mengalir dalam tubuh sendiri.

Allah juga yang mengetahui semuanya. Kembali kepada asalnya, bahawa Melayu Takkan Hilang selagi kita mempertahan ISLAM, MELAYU dan TANAHAIR tercinta. Disini darahku tertumpah, disini darahku mengalir, disini juga darahku akan berhenti.

8:16 PM  
Blogger Unknown said...

Zalisa itu bukan nama sebenar saya saudara elhakim@tomhakim. Hanya zal itu sahaja nama sebenar saya. Isa itu nama ayah saya. Almaklum saya ni anak ayah.... jangan jeles ek!

Ya ke saudara menang? saya fikir saya yang menang!

2:19 AM  
Blogger ZaKiN said...

Hahhahhaha.. aku gelak.. tapi tak suka kontroversi!! apakah aku "manique kayangan" yg ko maksudkan..??hohoho..

Aku tak tau samada aku dikayangan atau tidak.. tapi aku pilih nama tue kerana aku suka.. dan aku rasa tak ramai sedar ada lagu disebalik nama tue..

kebetulan aku kerja diudara.. walaupon menapak kaki dibumi.. huhuhu..

aik.. apa aku cakap nih.. hohohoho

3:40 AM  
Blogger Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

terima kasih kerana teringat namaku...

juga terima kasih kerana selalu mengingati cempayangku...

ahahhahaha...

p(^_^)q

9:25 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

sdr elhakim,

erti Melayu ialah ia melayukan dirinya, iaitu yang diibaratkan orang dahulu kala adalah umpama pucuk kayu yang melayukan dirinya. Yakni merendahkan dirinya dan tiada mahu membesarkan dirinya , baik dari adab tertibnya, bahasa pertuturannya, adab makan minumnya, perjalanannya dan kedudukannya samaada dalam majlis atau pada tempat yang lain.

sumber: Melayu Islam Beraja, Menggali Hakikat Leluhur. Disusun oleh Tun Suzana Tun Othman dan Hj Muzaffar Dato' Haji Mohamad.

Adapun, adakah lagi Melayu yang seperti ini? Ada. Dan ramai juga yang sudah meninggalkan asas melayu dalam diri.

Daluwarsa itu ada maknanya, bukalah Kamus Dewan.

8:28 PM  
Blogger faraien said...

satu entry yg menarik ya...

12:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

owh....

aku disergah dalam topik mu kali nih.. hehe
tak apa. aku pasrah... dan berserah je.
kerna, size dan berat otak dalam kepala memasing pun manakan sama kan? hik hik..

kewll.... sebab salah eja nama aku hehehe

7:36 AM  
Blogger NUR said...

ermmm...saya juga tidak terkecuali ya...suka hati kamu la..menarik...

4:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

apa ada pada melayu.. ku kira ia cuma nama yang mencorakkan komuniti dan budaya.. asal kamu hidup atas nama melayu, kamu tetap mati sebagai melayu.. tetapi mati dalam pegangan agamamu.. itu belum tentu..

1:47 PM  
Blogger mama ami rania said...

Manique Kayangan- Kemungkinan wanita ini sedang berada di awang-awangan. Maafkan aku ya, jangan selalu berada di awang-awangan…nanti terjatuh ya..

mungkinkah anda kawan YM saya..? manique_kayangan@yahoo.com

memang saya selalu berada di awangan dan bermimpi berada di kayangan..boleh?..ehehehe

11:55 PM  
Blogger mama ami rania said...

Manique Kayangan- Kemungkinan wanita ini sedang berada di awang-awangan. Maafkan aku ya, jangan selalu berada di awang-awangan…nanti terjatuh ya..

mungkinkah anda kawan YM saya..? manique_kayangan@yahoo.com

memang saya selalu berada di awangan dan bermimpi berada di kayangan..boleh?..ehehehe

11:55 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker