..

Tuesday, November 14, 2006

Gambar Profile: Bukan satu Ketentuan Ilahi

Sememangnya aku bersuka pada orang yang berterus terang.
Tidak menyembunyikan rupa yang sebenarnya
Kerana rupa kita adalah anugerah tuhan untuk manusia lain menikmati.

Apa guna kita berahsia rupa kita, kelak rupa kita diketahui Juga
Amat malang kalau kita katakan bahawa diri kita cantik
Rupa-rupanya tidak cantik (pantang orang melayu dikatakan buruk ya).

Rupa dan wajah, Janganlah jadi seperti ini ya…
Ibarat Bulan mengembang penuh
Tetapi Ketika sampai dibulan. Kelihatan lobang-lobang jerawat, panau-panau salap, kurap-kurap kulampair , songkhla, daki-gatal, bekas chicken-pox, juga kedut-kedut duniawi jelas terpampang…

Amat malu yaa…(hik..hik..hik.)

Begitu juga bloggers…
Jangan ditampalkan gambar pic orang lain punya ya….
Kalau ditampalkan rupa kak Ct nurhaliza sebangsa kita yang sama
Masih lagi Boleh tahan ya. Tidak mengapa.
Sebab masih boleh kita kenal kedangkalan penipuannya.

Jangan ditutupi profile mu itu dengan muka orang-orang yang tidak dikenali
Terutama Orang Putih
Sebab ia amat mengelirukan

Kadang-kadang akan membawa bencana kepada diri sendiri
Segala kerja akan tidak jadi
Kerana tidak memahami isi hati
Akibatnya menyusahkan diri sendiri

Orang Melayu Begitulah suka berpura-pura
Tidak confident dengan diri mereka sendiri
Tidak kira dari keturunan Mana
Baik Mendaling, Bugis, Kampar mahupun Jawa
Termasuk Melayu tulin itu sendiri

Tapi Jikalau itu sudah memang gambar profilmu
Dan aku sudah salah tafsir…
Jangan marah ya..
Anggap entry ku ini tidak wujud.. Boleh diabaikan Untuk sepanjang waktu.

Malu juga aku nanti…
Akan aku tutup mukaku ini
Apabila Bertemu
Tanpa Janji-Temu (maknanya co-incident laa. Aparaa.. itu pun tak paham ker)

Jangan kau Jentik kepala ku ini..
Sebab ia amat keras dan berduri
Mahu patah jari-jemarimu
Yang gebu itu nanti… (he..he..he..he..)


:PPPPP week!!!

15 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahaha... aku rasa ko telah buat kesilapan yg besar..sedangkan manusia yg kita kenal diluar alam maya ini pun lagi bertopeng.... inikan pula manusia didlm alam maya ini....

P/s : Ini alam Maya... bukan alam reality... so apa yg anda baca dan dilihat itu tidak boleh dinilai dgn tulus....aku rasa aku tak mahu menyimpang dari tujuan aku untuk blogging ini.... aku ingin bercerita tentang aku tanpa org mengenali aku...aku rasa lebih mudah begitu kerana tanpa wajah... kita boleh bercerita apa sahaja... tanpa sekatan...

1:10 AM  
Blogger Elhakim said...

yani... ada sesuatu yang ingin aku perkatakan..
iaitu...

:PPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP



he.he..he.

akan aku pergunakan kepakaran satelitku untuk mengesan semua blogger di sini... tunggu ya!!!

1:15 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

sdr elhakim pasti sangat membencikan aku, kerana:

i) namaku pasti kau katakan tidak melayu
ii)wajah profail bukan wajah ku malah wajah minah salleh.

Aku tidak marah padamu kerana bencimu itu.

2:29 AM  
Blogger Elhakim said...

putri...
KOmen ku ada di dalam blog mu jika kamu masih belum temui.

5:56 AM  
Blogger Unknown said...

saudara ini benar2 lucu. tajuknya saja udah lucu. alam siber adalah alam yg paling bahaya. kerna alam ini terlalu terbuka.

andai wajah dipamerkan seperti saudara ini? masalah besar bakal berlaku kepada blogger perempuan. masalah apa agaknya ya?

6:50 AM  
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

biar blog aku ada belati dan darah,

jangan pernah khuatir,

kerna itu semua dari america..


ehehe

8:04 AM  
Blogger Elhakim said...

zalisa,
mungkin rupa aku menakutkan mereka ya?


dingin,
tp kelihatan belatimu itu dari indonesia.

hihihi

4:15 PM  
Blogger NUR said...

hakim sentiasa dgn teorinya yg pelbagai...namun kepelbagaian itu mewarnai dunia maya ini...ku kira gambar profile ku bukan satu masalah...

8:15 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

sdr elhaqim,

terima kasih kerana sudi komen di blog saya itu. Khazanah Dunia itu projek yang belum selesai.

Kalau sudi terjahlah ke www.cahayapuisi.blogspot.com

9:42 PM  
Blogger Elhakim said...

dear warnasari yg dihormati,...

Ku kira bila berbicara denganmu...
aku rasa aku hanya berbicara dengan sekuntum tulip.
ku fikir...itulah yang kau mau.

putri yg dikasihi..
terimakasih sbb sudi mengajakku ker taman puisi indahmu...

10:23 PM  
Blogger NUR said...

wahai elhakim yg misteri,
biar bicara mu hanya pada sekuntum tulip,Ia tetap sampai pada ku...

10:43 PM  
Blogger Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam

elhakim

lain kali jangan mengotorkan shout box saya lagi ya?

ahahhahaha

P(^_^)q

4:16 PM  
Blogger Elhakim said...

seroja...

eh... saya kan cempayang....

ha..ha...ha..

5:37 PM  
Blogger ZaKiN said...

hahhaha.. inilah aku sebenarnya.. hasil lukisan dari sekeping gambar aku sendiri..

3:45 AM  
Blogger ayu_mkay said...

kena ingat.. dr mata turun ke hati.. hehehehe.

lebih mudah bercerita tanpa wajah... kita boleh bercerita apa sahaja... tanpa sekatan... (salin ayat yani ekk).

8:43 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker