Persoalan Bangsa dan Ketetapan Ilahi
Di pejabat, kawan-kawan dan staf bawahan sering mempersendakan Abdullah Ahmad Badawi (AAB) tentang kualiti pemerintahan. Ini tak kena, itu tak kena dan Semua tak kena. Seolah-olah tiada satu pun yang betul mengenai AAB.
Ya, aku masih ingat 4 tahun yang lepas. Keadaan pun begitu juga semasa Malaysia di bawah pemerintahan Mattahir. Mereka juga memperkatakan kejelekan negara di bawah kerajaan nepotisme dan kronisme beliau. Apa yang dilakukan oleh Mattahir semuanya tak sempurna. Tidak selaras dengan apa yang diinginkan.
Yang herannya sekarang ini, mereka seolah-olah mendewa-dewakan kembali orang yang pernah mereka laknati dahulu. Apabila AAB memegang tampuk kuasa, mereka menyokong Mattahir.
Andaian yang boleh dibuat oleh otak aku yang penat, jika Mattahir memegang kembali tampuk kuasa, AAB pula yang disokongnya.
Pada aku, sangat aneh segelintir orang Melayu ini yang suka menjilat ludah sendiri.
Abdullah dan Mattahir bukannya penyelamat bangsa Melayu. Jauh sekali matlamat mereka untuk mendaulatkan agama Islam yang dianuti oleh kita. Mereka hanya memenuhi ruang kekosongan yang wajib diisi oleh seseorang manusia untuk menjadi 'kepala' kepada sesebuah negara. Itu saja. Kebetulan bangsa Melayu menjadi golongan majoriti di Malaysia ini, maka seharusnya orang Melayulah yang diberi peluang untuk menjadi kepala negara di sini. Jika orang senoi atau orang Kadazan yang menjadi golongan majoriti, tidak mustahil bagi aku mereka pula yang diberi kesempatan oleh British untuk menjadi kepala negara. Selalunya golongan majoriti itu selalu menonjol. Prinsip demokrasi amat mudah. Ia mengambil kedua-duanya sekali. Majoriti dan menonjol. Mudah saja perkiraan aku bagi otak yang sudah penat.
Bagi parti yang memerintah, segala perjuangan yang dicanang-canangkan adalah sekadar rhetorik sahaja. Hanya sesetengah sahaja yang ditonjolkan sebagai bukti bagi meraih sokongan dan simpati daripada golongan majoriti di negara ini iaitu bangsa Melayu.
Sekali lagi bangsa Melayu dikencing dan ditipu. Kesian. Jika aku diberi peluang untuk memilih oleh tuhan, tidak mahu aku memilih untuk menjadi bangsa Melayu. Baik aku menjadi bangsa Eropah yang beragama Islam.
Tapi tidak bagus juga menjadi bangsa minoriti di Eropah. Nanti disembelih sewenang-wenangnya seperti di Bosnia dan Albania. Ditindas seperti di Perancis dan German. hmmm... baik aku menjadi bangsa Arab. Bangsa junjungan kita. hmmm.... ada juga cacat celanya ya. Bangsa Yahudi yang menjadi musuh tradisi sejak berkurun-kurun lamanya yang mempunyai jumlah yang amat kecil pun tidak terlawan. Bahkan mereka sanggup meracuni saudara sebangsa untuk melindungi musuh mereka iaitu Yahudi. Lagi bertambah heran aku.
Baik aku menjadi Bangsa Yahudi. Bangsa para nabi dan rasul. Hurmmm.. sekurang-kurangnya aku mempunyai rupa paras yang tampan dan menawan. Tidak boleh. General ERROR. Aku lupa awal-awal lagi bangsa ini telah dilaknati oleh tuhan dalam Al-Quran. he..he..he.
Mahu bertukar agama? menjadi bangsa dominan Amerika yang bertakhta di dalam dunia kini? Lagi persoalan mengarut. Manakah mungkin. Aku dan Islam adalah sinonim. Aku tidak mempercayai agama-agama yang lain di dunia ini. Dalam urat nadiku mengalir darah yang bertasbih dan memuji Allah serta bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Aku bersumpah bagi diriku memang begitu. Dalam darahku tertera kalimah suci Lailahaillah. Jika tidak percaya, penggal sahaja leherku setelah aku habis mengucap. Kamu akan melihat darah pada lukaku akan membentuk kalimah tersebut terang-terangan di hadapan kamu semua.
Pada aku, di dalam dunia ini, tidak pantas bagi seseorang yang berbangsa Melayu untuk bertukar-tukar agama dari Islam kepada agama yang lain. Jika terjadi, manusia ini aku dicap sebagai hipokrit at the highest order. Bagi aku cuma ada dua. Islam atau tidak-beragama. Manusia yang tidak-beragama adalah seorang manusia yang mengingkari tuhan. Manusia yang mendustai tuhan. Manusia yang membenci tuhan dan marah kepadaNya atas sesuatu sebab yang aku sendiri tidak berapa pasti.
Ya di dalam alam realiti, manusia boleh bertukar-tukar agama, tetapi mustahil untuk bertukar bangsa. he..he.. mengapa tiba-tiba aku menjadi naif tadi. Tetapi jika tidak mustahil, sudah semestinya otak aku akan bekerja siang dan malam sehingga penat untuk memikirkan tentang bangsa apa yang harus perlu aku tukar.
Kesimpulan yang harus aku buat di sini adalah Ketetapan bangsa bagi seseorang adalah juga satu kekangan. Ada bangsa yang Allah jadikan sememangnya maju dan advance berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain. dan ada juga bangsa yang sentiasa Allah jadikan mundur sehingga bumi ini berhenti bergerak. Manusia tidak boleh dengan sewenang-wenangnya bertukar-tukar bangsa mengikut selera masing-masing walaupun rentak dari segi pakaian dan pertuturan boleh diubah mengikut citarasa sendiri. Oleh yang demikian, sememangnya manusia ini diuliti dengan takdir dan nasib. Tidak siapa yang boleh mengubahnya kecuali Allah itu sendiri. Manusia sekadar boleh berdoa dan berusaha. Tetapi segala ketetapan dan ketentuannya adalah terpulang pada Allah SWT. Secara tidak langsung manusia memang tidak mempunyai banyak pilihan.
Boleh aku tanya bangsa Melayu ini ke mana hala tujunya?

6 Comments:
wahai tuan yg budiman..he he...menarik gak yer..tp kan...ape yg kita mahukan x sama dgn ape yg org lain mahu kan...berbeda sama sekali.dn, xkan mgkin kite akan bisa penuhi kemahuan semua org..dr setiap konteks..ilmuan, agama,bangsa..yg plg susah adlh utk menyeimbgkan semuanya sekali..benar kan..thats y kite perlua ada kekuatan hati masing2 yg xkn tergugaT DEK PATAH PERKATAAN ORG SEKELILING....kan..kan?
as usual..reply kat blog sy ek..huhu
Wah!...
dapat gelaran tuan budiman pulak dia.... happylah tu???!!!....
:PPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
Boleh aku tanya bangsa Melayu ini ke mana hala tujunya?
Jawapannya terletak pada diri sendiri...tepuk dada tanya selera...
warnasari,
"tepuk dada tanya selera.."
aku rasa ia lebih mirip kepada persoalan individu bukan se-kaum.
saudari laugh,
Apa ada pada panggilan untuk aku bermegah2? Aku hanya seorang insan sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Hidup kita hanyalah mengejar kematian. Itu sahaja.
Encik elhakim yang sy hormati,
Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesempatan untuk 'hidup bersama' pelbagai jenis bangsa ketika saya sedang belajar di universiti. Tuntasnya, kesemua bangsa baik german, inggeris, islander, saudi, somali, pakistan, latin....mahupun melayu, SEMUANYA ada kekuatan dan kekurangan. Janganlah disangka si putih yang menakluk dunia da kaya raya itu lebih baik dr kita. semua sama sahaja.
Tak dinafikan melayu SEMEMANGNYA BANYAK kelemahan yang menonjol, namun perayalah, kita bangsa yang ada kelebihan yang orang lain tidak ada, dan ia hanya mampu diserlahkan dengan pengabdian kepada cara hidup ISLAM yang SEBENAR.
Hajat di hati nak ubah dunia, namun x mampu, negara? bangsa? negeri? masyarakat? keluarga?....saya mulakan dengan diri sendiri, kerna ia mampu jadi contoh yang baik untuk keluarga, keluarga, bangsa, negara, dunia. JOM.
-Aliuddin-
Post a Comment
<< Home