Adakah Ketetapan Allah Suatu Kekangan?????
Yang dihormati sahabat dan saudaraku 'AKU'
nota kaki:
Dan ini membuktikan kudrat dan iradat yang Maha Esa jua.
Wallahu'alam bissawab.
hmmmm.. sudah aku jangkakan RETHORIK-profile aku pasti menjadi persoalan dan dispute. Sudah semestinya itu yang aku mahukan.
Aku dapat rasakan segala apa yang ada pada manusia sekarang ini adalah 100% dalam cengkaman Allah SWT. Aku sebagai manusia tidak mempunyai banyak pilihan. Begitu juga dengan engkau, isteri , dan anak-anak. (Jika engkau memiliki mereka ).
Aku tidak berfikir secara jauh. Ambil contoh yang paling terdekat. Capai sebatang pen dan letakkan dihadapan engkau. Adakah Allah mengetahui apa yang akan terjadi pada pen itu akhirnya? Adakah kau akan mematahkannya? Adakah kau akan membiarkannya? Adakah kau akan menyimpannya? Adakah kau memberinya untuk anak-anak engkau bermain? Adakah kau akan tongsampahkannya secara tiba2? Adakah kau akan melakukannya kesemua sekali? Adakah Allah itu mengetahui apa yang terjadi pada pen tersebut? Sudah pasti jawabannya ialah Ya bukan? Sebab sifatnya adalah MAHA MENGETAHUI. Aku rasa jika kau tahu jawapan dari Allah dan engkau cuba mahu mengubahnya, maka diberinya dua iaitu
1. tidak memberi keizinan (sama ada maut semasa kau mahu mencuba)
2. Keizinan bersyarat. Iaitu segala ketentuannya pada pen tersebut sejak azali lagi.
Nah jawapan ke-2 itu memansuhkan kehendakNya yang pertama tadi tetapi masih lagi dalam ruang lingkup kudrat dan iradatnya. Masihkah lagi engkau mengaku bahawa manusia mempunyai banyak pilihan ?
Contoh yang aku sebutkan tadi adalah dalam skala yang kecil dan terpencil selalunya mungkin diabaikan. Aku beri lagi contoh kedua.
Cuba engkau bertanya pada rakan-taulan. Adakah pekerjaan yang mereka miliki sekarang memenuhi apa yang dicita-citakan sejak kecil lagi??? Aku berani menjawabnya 90% mereka pasti menjawab tidak. Bahkan 100% pun mungkin aku sanggup.
Ini juga adalah hasil daripada kudrat dan iradat yang Maha Kuasa. Dia memberikan kita sedikit kebolehan serta hati yang berubah-rubah. Kudrat kita pun Allah sudah jamin bahawa ia berlainan antara satu sama lain. Hasilnya adalah apa yang engkau lihat sekarang iaitu, manusia, rezeki dan pekerjaan yang berbeda- beda. Biarpun mereka mempunyai jasad yang dipanggil manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada cerdik, ada yang bodoh. Ada yang kuli, ada yang tuan. Ada yang memerintah dan ada yang diperintah. Masihkan manusia mempunyai banyak pilihan???
Mahu saja aku menyuruh engkau supaya pergi ke sekolah dan menyelidiki apa kemahuan budak-budak itu apabila mereka dewasa kelak. Tahu jawapan mereka bukan?? Kesemuanya mahu jawapan yang positif tidak ada yang negatif. JIka ada yg negatif, itu adalah budak yang gila atau cacat pemikirannya. Kita boleh abaikan dalam kondisi persoalan Qada' dan Qadar ini.
(cigarrete break) puff...puff...puff...
Nah!! hasilnya sila lihat 20 tahun yang mendatang. (Jika kita masih hidup). Adakah engkau jamin bahawa budak-budak itu kesemuanya berjaya dalam hidup?? Dapat memenuhi cita-cita mereka yang engkau soal 20 tahun yang lepas. Adakah tidak seorang pun budak dari sekolah itu menceburkan diri mereka ke dalam Kriminal atau jenayah? Adakah kau dapat memberi jaminan kesemuanya berakhir dengan baik????
Siapakah yang menentukan kesemuanya ini???? Adakah sudah tersirat apa yang tersurat sejak azali lagi? Pernahkah budak2 itu berdoa atau ibubapa mereka berdoa untuk kesejahteraan anak-anak mereka dan segala hajat termakbul dan tercapai?
Aku faham.. persangkaan baik terhadap Allah adalah sesuatu yang benar dan diminta. Tetapi permohonan kepadaNya tidak semestinya tercapai walaupun kita gandakan usaha kita atas sesuatu sebab yang kita tidak ketahui.
SEBAB YANG TIDAK DIKETAHUI DAN TIDAK BOLEH DIKETAHUI inilah yang menjadi TAJUK diskusi kita. Justeru menandakan Kebesaran sang Pencipta yang kita agung-agungkan. Terlalu misteri dan mencengkam hati dan sanubari.
Lihat saja persoalan sang-malaikat dengan Tuhannya tentang mengapa dijadikan manusia walhal sudah diketahui bahawa manusia ini sifatnya berbunuhan antara satu sama lain. ***
Apa yang Tuhan jawab??? Sesungguhnya Aku mengetahui segala sesuatu. (Konsep Dominasi ALLAH SWT)
Pada aku sifat dominan yang ada pada ALLAH SWT inilah yang menyebabkan manusia tidak mempunyai banyak pilihan. Dan memang aku pegang logik ini. Dan ini adalah persepsi aku. Manusia mempunyai kelemahan. Mereka tidak mungkin dapat mengubah segala ketetapan dan ketentuan yang Maha Esa.
Tidak juga aku menyangkal kadang-kadang ia menjadikan aku begitu malas semalas-malas manusia dan sedikit merasa kecewa. :=)
Namun begitu... atas segala yang aku peroleh sekarang ini aku tetap amat bersyukur pada Yang Maha Esa dan gentar padanya..
Alhamdulillah...

***Malaikat bertanyakan pada Allah swt tentang penciptaan nabi Allah Adam. seorang manusia. Bagaimana Malaikat mengetahui bahawa manusia yang berasal dari Adam ini akan cenderung kepada berbunuhan antara satu sama lain.
Menurut satu kajian bahawa sebelum wujudnya Adam, ada species versi manusia yang suka berperang antara satu sama lain. Mereka ini telah dipupuskan oleh Allah SWT kerana berlaku kezaliman yang berleluasa dan keingkaran mereka terhadap Allah pada tahap yang melampaui batas. (Lihat Al-Quran tentang kudrat Allah Taala yang menghapuskan satu generasi manusia dan menggantikan mereka dengan generasi yang baru)
Aku andaikan bahawa spesies "man-kind" terdahulu daripada versi Adam adalah berupa
monyet atau Ape. AKU TIDAK MEMPERCAYAI teori Darwin kerana Darwin mengteorikan bahawa keseluruhan manusia pada hari ini adalah berasal daripada monyet melalui teori sesatnya iaitu EVOLUSI.
Memang pada telahan aku bahawa manusia berwajah monyet ini telahpun mendominasi bumi ini sejak zaman pra-sejarah berjuta2 tahun yang lampau dan mereka tidak mempunyai pertalian sedikitpun dengan Nabi Adam AS melalui kajian scientifik yang berasas. Nabi Allah Adam adalah versi khalifah di muka bumi ini yang selanjutnya selepas makhluk monyet itu.
Dan tidak ada versi yang lain selepas versi Adam AS sehingga bumi menempuhi Qiamat nanti. Insya Allah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home