..

Saturday, November 11, 2006

Persoalan Bangsa yang Kecil: Suatu Ketetapan?


Orang Melayu ini dijadikan Tuhan Kecil….

Tubuhnya Kecil….

Seleranya Kecil…

Akalnya Kecil…

Pemikirannya Kecil…

Semangat untuk majunya kecil

Keretanya juga Kecil iaitu Kancil… Motor Juga…

Orang Melayu kelompoknya kecil…

Bandingkan jumlah Bangsa Melayu dengan Bangsa Kulit putih yang 2 – 4 Buah Benua mereka duduki… Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Australia dan New Zealand

Bandingkan jumlah Bangsa Melayu dengan Bangsa Cina yang negaranya meliputi hampir satu benua Australia Termasuk si sepet yang bernama Jepun dan Korea

Cuma hidungnya agak tinggi hi..hi..hi.. maksud aku hidung Jepun lebih tinggi daripada si-sepet Cina. Jumlah penduduk Jepun lebih 120 juta orang.. carilah dalam peta dunia…jika tidak percaya.

Bandingkan jumlah Bangsa Melayu dengan Arab.

Yang hampir keseluruhan OIC adalah Arab.

Malaysia dan Indonesia Cuma dua…

Mereka ada Libya, Arab Saudi, Morocco, Mesir, Iraq, Algeria dan banyak lagi…

Bandingkan jumlah Bangsa Melayu dengan India

He..he..he.. Mahu tahu ya? 1.2 Bilion penduduk dunia adalah daripada India… Ngak percaya pak? Lihat saja peta dunia atau CIA FACTBOOK. Cari saja dalam google..

Kesian bangsa yang tersepit ini….tinggalnya dipinggiran saja.. he..he..he. hampir tidak masuk dalam peta dunia..maksud aku tamaddun dunia… he..he..he. Siam bukan bangsa Melayu ya… mereka tidak pernah mengaku. Agama pun berlainan sekali

Cuma satu saja yang besar untuk orang Melayu…

Iaitu sluar dalamnya besar.. oppss maaf. Maksud aku nafsunya besar.

Nafsunya ada dua.. iaitu nafsu itu dan nafsu ini.

Aku tidak mahu bercerita mengenai nafsu ini. Aku lebih suka bercerita mengenai nafsu itu…

Maksud aku nafsu itu adalah nafsu hasad dengki…

Tapi tidak dipraktikkan ke atas bangsa lain. Mereka lebih senang praktikkan ke atas bangsa sendiri…dengki mendengki antara satu sama lain.

Lihat saja nanti rambut kamu yang gugur…apabila kamu meningkat lebih dewasa nanti..

Belly kamu juga akan naik. tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Aku tidak mahu memperkatakan apabila kamu meningkat tua nanti sebab itu sensitif.

Orang Melayu tidak suka dikatakan tua..juga tidak suka dikatakan bodoh..

Mereka lebih suka digelar tidak muda atau kurang pandai he..he..he. pada hakikatnya ia adalah sama aja….

Dekat mana kita tadi? Oh ya fasal rambut gugur ya…

Jumlah rambut kamu yang gugur apabila kamu meningkat lebih dewasa nanti menandakan kamu tidak suka orang Melayu yang lain lebih maju daripada kamu..

Kamu tidak percaya ya? Tunggulah nanti…

Aku tunduk ke bawah.

Aku tunduk ke bawah..bukannya apa….. aku mencari-cari lighter aku yang hilang…

Jangan marah yer.. aku ini orang Melayu. Tidak percaya?

Mari sini biar aku jentik kepala kamu lagi..

22 Comments:

Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

ooo...cik abg nk kotorkan blog kite yer...ha..terimalah kotoran tk blog abg ni...hehhehe

eemmm????ni suke suki nk jentik org ni kenape??ish2...cubit kang....:-p

1 lagi yg melayu ni besar...(just adding ur points..-melayu ni besar idea mengkritiknya...contoh terbaik,abg la....ahahhah...:-P....

haa? apekah point tuan utk membidasnya?hehhe...sila kotori blog guer..hehe

9:57 AM  
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

bangsa yang kecil = minoriti.

bangsa yang besar = majoriti.

minoriti + majoriti = total

1% + 99% = 100%

Kesimpulan, tak cukup Bangsa Melayu takkan wujud bangsa2 lain di dunia. Sesuailah peribahasa, 'Takkan Melayu Hilan Di dunia'..hehehe..

Salam.

11:25 AM  
Blogger pemusnah makna said...

hmm tuhan tak wujud kan bangsa rite???

12:37 PM  
Blogger Unknown said...

bangsa melayu suka dengki mendengki? statistik ada? bangsa lain saudara fikir tak ada yg berpenyakit begitu? mengapa? jawab, jawab jgn terbisu :D

12:43 PM  
Blogger Elhakim said...

mmm..susahnya soalan.
aku tipu saja. sebenarnya soalan kamu senang saja.

PAWANA MALAM
he..he..he..
memang aku suka mengkritik bangsa aku sendiri.

Jika aku orang cina, aku akan mengkritik bangsa cina. jika aku orang putih, aku akan mengkritik orang putih.

Jika aku ada anak, aku akan memukul dan menasihati anak aku sendiri. aku tidak akan cuba memukul anak kamu atau anak orang lain. Buat apa ya? buat sakit tangan aku saja.. he..he.he.

5:41 PM  
Blogger Elhakim said...

ANAK BUMI,
betullah tuh.
Jika betul aku akan katakan betul..
tapi persoalannya di mana ya? stakat ini sudah 10 kali aku baca komenmu itu. Adakah mata aku sudah rabun tidak dapat melihat soalan halimunanmu itu? he..he.he.

PEMUSNAH MAKNA
Namamu kini menjadi perhatianku. Dan aku sendiri pun tidak tahu MAKNA APA YANG KAU CUBA MUSNAHKAN. Tapi satu pintaku. Jangan kau cuba musnahkan blog aku ini sudah cukup. he.he.he.

Sebenarnya memang ALLAH menjadikan manusia itu berbangsa2 sesuai dengan maksud firmannya yang berbunyi

"Aku jadikan manusia itu berbangsa-bangsa supaya mereka dapat menolong antara satu lain" sila bertanya dengan ustaz dalam jangkauan ruang tempatmu berdiri ya?

ZALISA MAZ
statistiknya memang tiada..ia adalah melibatkan perasaan. Bagaimana untuk diukur dengan statistik. aneh persoalanmu itu.

contoh
Jika aku bertanya berapa percent tahap kemarahanmu.
kemudian kamu bilang, 80%.
Memang senang saja kamu bilang 80%. Tapi dapatkah kamu buktikannya dalam analisis berangka?

Melayu ini memang sifatnya dengki antara satu sama lain. Jika kamu ngak percaya silahkan bertanya orang-orang diskeliling kamu, saudara mara kamu. Atau aku rasa kamu sendiri pun sudah tahu. cuma saja kamu menguji aku.

Walaubagaimanapun di sini AKU BANYAK MEMBUAT PENGAMATAN DAN MENGIKUT HUKUM LOGIKA AKU SENDIRI yang amat mustahil untuk aku buktikan kepada kamu semua.

he..he..he..

WOI...SOALAN POWER-POWER MANA WOI ...SENANGNYA..
BOSANLA BEB BOSAN!!!!

5:55 PM  
Blogger Amanitium Cho said...

salam encik elhakim, saya terserempak dengan nik saudara ketika sedang merewang-rewang ke alam maya.

ketika membaca blog saudara, saya teringat blog saudara khalid jaafar. tentunya saudara dapat bertukar-tukar pandangan dengan beliau.

http://khalidjaafar.blogspot.com

11:46 PM  
Blogger Amanitium Cho said...

lupa pula, komen di atas tiada kaitan dengan topik dan saya bukan khalid jaafar, url tersebut juga bukan url blog saya.

sekian, salam.

11:47 PM  
Blogger Elhakim said...

he.he.tidak mengapa amanitium...

aku sememangnya amat respek dengan segala tetamu blogku...

he..he.he..

sengaja aku kata begitu sebelumnya

sebab aku ni bergurau..

ha..ha..ha.

1:02 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

melayu jadi kecil sebab cuba jadi lebih dari islam..

sebab soalan tentang melayu hanya sekadar saujana mata memandang dunia..dari pandangan kita

islam mengajak kita keluar dari kesempitan cita-cita dunia kepada keluasan cita-cita akhirat..

islam rahmat seluruh alam..tapi islam mana? islam siapa?

1:50 AM  
Blogger rastom said...

ooooo..melayu itu kecil ya? hahaha kita kira begini ya. melayu totalkan kesemua dikepulauan melayu atau rantau melayu, nah! cukup besar. total pendudukan malaysia + indon = lebih dari pak dan mak arab (termasuk anak dara mereka). itu baru melayu di rantau melayu, tidak termasuk melayu diaspora lagi. nah! di Afrika selatan ada cape malays, di belanda ada melayu maluku (ikut sosok etno-sosiologis)
ramai tu elhakim.

p.s Blogspot semakin mengarut, kenapa tidak berpindah saja ke Wordpress.com - ini pesanan khidmat masyarakat dari Halwa Romantis

3:24 AM  
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

melayu memang kecil,
tapi
melayu iu sebetulnya siapa?
apa melayu itu bugis
melayu itu jawa
melayu itu banjar
atau melayu itu melayu
?

3:58 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

wah, pak rastom masih terus berkempen..

sy dah cuba pak rastom..tp masih slow..jadi diteruskan dulu di blogspot.

4:03 AM  
Blogger Unknown said...

saudara masih belum jawab soalan saya lagi, elhakim! apa bangsa lain tiada yg mendengki? atau belum cukup powerkah soalan saya itu pada akalmu yg dangkal itu?

6:28 AM  
Blogger Unknown said...

hahaha... saya tidak akan bising2 saudara! tapi saya tidak puas kerana saudara menyembunyikan jawaban! hhuhuhu...saya menanggg... yeee....

8:13 AM  
Blogger Elhakim said...

amin ahmad.
terima kash sebab sudi memberi pandangan dalam blogku yang tidak seberapa ini... aku rasa kamu hebat..
he..he....

8:21 AM  
Blogger Elhakim said...

Mr. Rastom welcome.

sesungguhnya nilai perbandinganku adalah nilai provokasi. Cuma untuk menunggu umpan sahaja. he.he..he.

sesungguhnya awak betul. aku tidak nafikan sekali. yah memang betul jumlah kita sememangnya ramai.

walau bagaimana ramai sekalipun, orang2 melayu kita masih gagal untuk meletakkan diri kita di mata dunia khususnya dalam persoalan civilisasi. Persoalannya kita masih jauh untuk menjadi bangsa dominan walaupun dari segi angka mahupun jumlah kita jauh berlipat-ganda melebihi bangsa JEWS ATAU yahudi itu sendiri..

he..he..he...

mungkin aku salah...harap betulkan aku ya...

he.he.he.

8:26 AM  
Blogger Elhakim said...

DINGIN,
he..he..
jika mahu ikut hati jahatku ingin sahaja aku nyatakan PILIHAN JAWAPANMU yang terakhir sekali.

mungkin aku seorang sahaja dalam dunia ini yang mengaku KETULENAN 100 peratus Melayuku.

he...he...he...

walaupun kamu mengakatakan aku seorang yang sangat bodoh.

silahkan...

he...he..he..

8:30 AM  
Blogger Elhakim said...

ZALISA MAS..

SILA AMBIL TROPHYMU..

smoga kamu bermimpi bahagia malam ini...
he.he..he.

8:31 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

amin seperti biasa,melontarkan persoalan "islam yg mana?",islam yg saudara peganglah.

suka mengkomplekskan perkara mudah,hehe...aku hanya bercanda...=P

9:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

ermmm....berbalik kepada akar umbi...kita ini semua sama saja....tidak kira warna kulit dan bangsa...kesimpulannya sikap atau perilaku dan apa saja berbalik kepada hati masing-masing...tiada ketetapan..tepuk dada tanya selera...

12:24 AM  
Blogger Elhakim said...

trimakasih tuan anonymous.

8:47 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker