Persoalan Kasih . Suatu Ketetapan?
Remaja dan muda-mudi Melayu di zaman ini nampaknya sangat mabuk berkasih. Tiada yang lain dalam benak mereka tetapi hanyalah untuk berkasih. Suatu istilah yang sangat buruk bagiku dari suatu sudut. Jangan berpura-pura tidak mengerti dengan bertanya kasih yang mana satukah yang aku maksudkan . Aku nyatakan di sini, maksud kasih yang tiada kena mengena dengan ibu bapa, sanak saudara, agama dan jauh sekali kasih kepada tuhan.
Pada aku apa perlunya kasih sebegitu jika ia lebih membawa kepada kecelakaan dan keburukan. Baik kepada individu mahupun berkelompok seterusnya kepada satu bangsa. Kasih sebegitu daripada pengamatan aku adalah suatu candu durjana yang berasid lagi keji. Kerana apa? kerana benda dan hal-hal yang lain pasti turut terabai, terhakis disebabkan olehnya. Jangan bohongi aku bahawa kamu boleh konsentrasi dalam sesuatu tugasan setelah kamu mengambil candu durjana yang berasid lagi keji itu.
Bangsa Melayu pada persepsi dan logika aku adalah suatu bangsa yang nipis lagi fragile. Jika di samakan dengan besi, Ia adalah suatu besi yang nipis dan tidak tahan karat. Apatah lagi jika terkena candu berasid, maka besi itu akan berkarat, rapuh dan reput. Tiada imunisasi dan tiada perisai. Jelas di sini bahawa bagi aku bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang dijadikan oleh tuhan sememangnya lemah, penakut, tidak bertenaga, baik dari segi mental mahupun fizikal. Begitu juga dari segi rupa-paras. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana sudah itu kudrat dan IradatNya. Mahu apa lagi? Jangan kamu cuba persoalkan. Kerana pada aku itu adalah suatu fakta yang tidak boleh diubah-ubah. Suatu ketetapan sejak azali lagi. Jika kamu bertanyakan kepada Allah SWT, kenapa bangsa Melayu ini lemah, maka nescaya Allah SWT akan menjawab: "Adalah hak Aku menjadikan sesuatu itu mengikut kemahuanKu" Aku cuma boleh tambah di sini..., begitu juga dengan rupa-paras seseorang. Ada yang tuhan jadikan cantik ada yang tuhan jadikan buruk dan jelek. Lebih malang lagi, ada manusia yang Allah jadikan cacat. Semuanya adalah mengikut kehendakNya. Tetapi jangan khuatir bukan bangsa, rupa-paras yang Allah pertikaikan apabila kita mati nanti, tetapi daya-usaha peribadatan kita. Itu sahaja. (Bangsa Melayu ini lemah, oleh yang demikian, daya-usaha peribadatan mereka juga turut lemah. Bagaimana ya? aku tidak boleh jawab yang ini)
Berbalik pada persoalan berkasih-sayang antara satu sama lain itu tadi, aku rasa remaja dan muda-mudi tidak perlu mengamalkannya. Belum sampai masanya lagi. Buangkan kesemuanya atau tinggalkan separuh di dalam peti sejuk. Supaya boleh digunakan apabila dewasa nanti. Tetapi jika sememangnya perasaan kasih itu menebal dek kerana kehendak tuhan, aku tidak boleh kata apa-apa lagi. Maka jahanamlah nasib diri. Kerana mungkin itu adalah sebahagian dari kemahuanNya. Jika tidak, kenapa Dia jadikan syurga dan neraka ya? Astaghfirullahal'azim. Gunakanlah akal manusia untuk memilih yang terbaik. Jika akal pun tidak segagah nafsu bagaimana untuk melawannya ya? Yang aku tahu, sememangnya akal orang Melayu ini lemah. begitu juga jati diri dan tahap ke-pro-aktifan. Jika ditakdirkan begitu, maka tiada apa lagi yang boleh dibuat. Bagi aku, orang Melayu di Malaysia semuanya cukup. Pada zahirnya sejak kecil lagi mereka kelihatan beragama dan terdidik. Tetapi entah kenapa apabila meningkat dewasa, semuanya cair oleh kerana kelemahan yang telah diciptakan oleh Allah ke atas mereka. Memang benar mereka ini senang terpengaruh oleh kerana kegagalan fungsi akal. Akan tetapi, sesetengah orang Melayu masih lagi bernasib baik kerana bukan semuanya begitu, cuma majoriti sahaja. Minoritinya masih lagi suci bersih.
Anjakkan lagi pemikiran kita ke suatu sudut yang lain. Persoalannya perlukah kita berkasih untuk membina satu koloni yang bahagia dan menjamin baka untuk generasi yang seterusnya? Mungkin bagi kamu perlu. Tetapi bagi aku "perasaan kasih" itu tidak. Kenapa ya? Aku cuma terkenangkan sang anai-anai, semut dan kelkatu pada waktu kecilku. Aku tidak pasti samada mereka ini dianugerahi kasih-sayang atau tidak. Yang pastinya mereka ini tidak berakal. Jika dilihat dari segi zahirnya aku lihat mereka ini hidup dalam rukun dan damai. Tidak pernah seumur hidup aku melihat ada peperangan besar-besaran antara semut-semut, kelkatu, mahupun anai-anai. Mungkin sesetengah antara mereka mengamalkan canibalism. Tetapi manusia yang dianugerahi oleh tuhan kasih-sayang ini lagi teruk bagi aku. Mengenai pembiakan pula, aku lihat semua serangga ini sangat produktif. Walaupun tidak wujud kasih-sayang antara mereka, kadar pembiakan mereka sangat tinggi... dan ironisnya, mereka tidak dengki-mendengki dan berdendam antara satu sama lain. Jika kamu bunuh salah satu antara mereka aku rasa mereka tidak akan mencari kamu untuk membalas dendam. Jika adapun, itu adalah suatu kes yang terpencil dan luarbiasa.
Itulah yang aku dapat mengenai serangga. Andaikata jika sifat elok mereka itu tadi diberi Allah kepada manusia maka berani aku bertaruh kehidupan manusia akan menjadi lebih tenteram. Tiada masalah hasad dengki dan dendam-berdendam. Yang penting sekali adalah tiada masalah cemburu dan jealousy jika pasangan diambil orang yang mana perasaan ini amat jahat sekali bagiku kerana ia boleh membunuh pemikiran siuman manusia dan menjadikan seseorang individu itu tidak tentu arah dan kucar-kacir. Di sini, sila abaikan bagaimana cara serangga itu membiak. Anggap jodoh dan pertemuan manusia itu adalah rancangan tuhan dan manusia tidak perlu trial and error tercari-cari dan memilih pasangan sendiri. Ini bagiku amat membuang masa, merugikan tenaga dan emosi. Cukup masa, manusia akan mendapat jodoh dan berkahwin seterusnya mendapat cahayamata atau anak.
Mengenai kutukan aku mengenai bangsa Melayu yang lemah ini, janganlah kamu ambil hati kerana hanya Melayu sahaja yang layak menghina bangsanya sendiri. Sememangnya aku anggap aku terlebih layak daripada kamu kerana rata-rata apabila aku mengajukan soalan bangsa kepada kamu, kamu akan menjawab bahawa kamu orang melayu yang berketurunan jawa, atau bugis, atau mandeling, atau kampar, atau Minangkabau. Yang lebih mendabik dada lagi jika ada antara orang Melayu yang mengaku berketurunan cina, siam, hindustan mahupun Arab. Tetapi yang sedihnya ada antara orang Melayu yang tergamak mengaku berketurunan orang putih. Padahal kelihatan bagi aku hidung mereka saling tidak ubah seperti jambu yang ranum mahupun pelepah nyiur.
Ya! aku mengaku aku 100% Melayu tulen. Tidak usah kamu pertikaikan lagi. Aku jentik kepala kamu nanti.
Yang pastinya Tiada siapa yang berani untuk mempertikaikan aku ini.

12 Comments:
YANI, (smbungan dari blog azim)
Yani aku rasa engkau masih belum faham lagi apa yang aku tulis. Mungkin kau tidak baca dan belum menghayati apa yang aku tulis. Memang telah diduga ayat suci Al-Quran itu pasti tertera lagi. terima kasih.
aku bagi contoh paling senang sahaja.
Dalam masa 6 bulan ini, dapatkah kau mengumpul duit sebanyak RM 5 juta. Aku bagi kelonggaran gunakan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan itu.
hye..orang yg merokok...
cantik wallpaper dan background dier... kiter pun dah tukar background kiter.
Kiter dah baca all u punya entry...
persoalannya terlalu tinggi.. melibatkan persoalan prinsip2 ketuhanan. Cayalah. Suker kita dengan tulisan awak tau. Kiter tak terfikir langsung tentang itu sumer... mencabar minda dan mencabar otak kiter.
Maknanya tuhan memang begitu yer??
Telah ditetapkan sesuatu itu sejak azali lagi? Nasib kiter susah juger hendak diubah kot. Melalui persetujuan dia, barulah boleh berubah...well I guess...kita pun kadang-kadang ada jugak perasaan malas.
Tidak mengapa jika kita mempunyai perasaan malas???
hmmm.... takutnya..
dear mazween,
saya kira perasaan malas itu bagus untuk kita tidak bazirkan tenaga kita secara sia-sia.
Tidak perlu kita bersusah payah untuk mengejar perkara yang mustahil untuk kita peroleh. Anggap sahaja itu sebagai impian yang sudah lepas.
emm..ct dh jwb pertnyaan abg kt blog ct..pinjam kata2mu"tak mahu mengotorkan blogmu ini"..hehhehe
satu pertanyaan saya, kamu pernah kecewa??
duhai pawana malam....(he..he..he.)
aku tidak kisah...jika sesiapa datang untuk mengotorkan blogku ini...
Akan aku anggap bahawa ia adalah suatu takdir....
Apatah lagi jika kamu yang mengotorkannya. Ianya juga akanku anggap suatu takdir daripada yang maha Esa.
PadaNya kita datang, padaNya juga kita kembali..(he..he..he.)
Kotorkanlah.. x ada hal punyer.
warnasari said:
"kamu pernah kecewa?"
he..he.he.. aku menjawab:
Di manakah bumi....
Yang tidak dibasahi hujan....
Lidah yang mana yang tidak pernah tergigit....
Sungai yang mana yang tidak pernah mengalir ke Laut...
Laut yang mana yang tidak dirasai masin...
heh..heh..heh..
Nabi yang mana yang tidak pernah kecewa.
Kecewa itu banyak jenis.
Kekecewaan kita juga berlainan jenis.
Sebab kita ini srupa tapi tak sama.
Lucu cara saudara berbicara. konsep ketuhanan,hmmm... menarik. namun lucu :D
dear ustazah zalisa,
lucu? he.he.he..
apa yang lucunya yer?
WOOOOOOOOIII
TAK ADA SOALAN MENCABAR KER?????
AKU BOSAN AKU BOSAN AKU BOSAN AKU BOSAN
BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN
Harap harap janganlah rokok itu jenisnya gudang garam. Teruk padahnya. Lebih senang tinggalkan kekasih dari keenakkan Gudang Garam. Saya alhamdulillah terlepas dari cengkaman gudang garam, sekarang merokokdaun sahaja.
Pesanan Khidmat Masyarakat Tinggalkan Gudang Garam, atau apa apa rokok termasuk blogspot demi kelestarian hidupmu. Pesanan ikhlas dari Halwa Romantis
Mr. Rastom,
mengapa ya dengan gudang garam?
padaku gudang garam dan aku adalah sinonim sejak aku kecil-kecil lagi...
he..he..he..
Post a Comment
<< Home