..

Thursday, November 23, 2006

Persoalan Kemanusiaan: Dilema Mencari Pasangan (bagi Lelaki)


Aku berpendapat bahawa mencari pasangan berlainan jantina adalah menjadi satu perkara yang lumrah bagi kehidupan lelaki normal. Cuma cara dan gaya sahaja berbeza antara satu sama lain. Tahap kesukaran Mencari pasangan ini terbahagi kepada 2 iaitu

1. senang
2. susah

Lelaki yang mempunyai personaliti dan rupa yang menarik, bijak, outgoing, berharta selalunya tidak mempunyai masalah dalam mencari pasangan hidup. Sekali petik 10 mari. Selalunya lelaki sebegini mempunyai tahap ego yang amat tinggi dan dahsyat. Selalunya lelaki jenis ini tidak cukup dengan mempunyai satu wanita di dalam hatinya. Malah mereka selalu mengharapkan supaya ramai lagi wanita-wanita yang lain akan terpikat kepadanya dan menjadi simpanan atau back-up jika sesuatu hal yang tidak diingini berlaku. Lelaki jenis ini selalunya amat mudah didetect. Lihat sahaja matanya apabila bercakap dengan mereka dikhalayak ramai. Selalunya mata mereka tidak duduk diam. Biji mata mereka akan melilau sana sini untuk mencari wanita yang seterusnya untuk dijadikan koleksi di dalam hati mereka. Mereka juga amat susah faham bila kita bercakap dengannya. Sering sahaja kita akan mengeluarkan soalan yang sama kerana lelaki ini selalunya mempunyai konsentrasi yang kurang semasa berinteraksi.

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak kurang juga ada antara lelaki Melayu mengalami tahap yang agak payah dan kronik dalam mencari pasangan hidup. Ini adalah kerana tidak semua ditakdirkan bernasib baik. Kadang-kadang mereka akan mengalami tahap trial and error utk mencari pasangan dalam tempoh yang agak panjang sehingga mereka mengalami paranoid. Paranoid di sini bererti jiwa yang keresahan, mimpi-mimpi aneh, membuang masa, hilang konsentrasi dalam sesuatu perkara, hilang jati diri, risau, buntu, 'high', personaliti terjejas, jiwa kacau, tertekan, malu dan meracau-racau. Natijahnya, ada antara lelaki ini mengambil jalan yang singkat iaitu membunuh diri atau mengambil dadah jenis morfin untuk hilangkan paranoid itu tadi.

Namun begitu, Jika lelaki ini tergolong dalam golongan yang masih mempunyai iman walaupun tak seberapa, selalunya mereka akan suka menyendiri, bersifat sentimental, mat jiwa-jiwa atau jiwang-karat. Pada masa yang sama, tahap inferiority complex mereka akan bertambah sejajar dengan kegagalan untuk mendapatkan pasangan yang diidamkan.(kesian). Selalunya mereka mempunyai tahap kesabaran dan defend mechanism yang agak tinggi. Dalam hati mereka selalu berbisik "alah...aku apa yang ada....kerja tak ada, rupa x hensem. Siapalah aku di mata si-dia" akan tetapi pada hakikatnya hati dan jiwa mereka masih lagi terpaut dengan wanita idaman mereka dan masih berharap agar wanita tersebut datang melamarnya. Dalam benak mereka, wajah wanita tersebut sering terbayang-bayang 24 jam. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa lelaki jenis ini mudah terkena penyakit 'angau' atau dalam bahasa inggerisnya disebut lovesick. Jika terkena penyakit angau ini, segala apa yang dilakukan adalah bertujuan untuk menakhluki si-dia walaupun si-dia tersebut tiada di depan mata (permainan minda). Tahap kerinduan pada wanita idaman itu akan menjadi-jadi apabila lagu-lagu cinta berkumandang seolah-olah lagu2 tersebut menceritakan berkenaan tentang dirinya yang sedang di alam percintaan (perasan). Begitu juga jika si lelaki angau itu terbangun tidur pada waktu senja mahupun dinihari. Rasa gelisah merindu pada gadis idaman adalah segala-galanya pada waktu itu. Untuk menghilangkan perasaan rindu itu tadi, biasanya si-lelaki itu akan menjenguk wanita idaman mereka dari jarak yang jauh. Jika wanita idaman itu tiada, dapat melihat rumah, atau segala apa yang bersangkut-paut dengan wanita itu pun sudah mencukupi untuk melepaskan rindu. Statistik telah menunjukkan bahawa 99.9% lelaki dalam dunia ini pernah mengalami trauma angau ini (tidak termasuk penulis. kerana beliau segala sesuatu, adalah berkecuali)

Ada juga segelintir lelaki Melayu yang agak penakut untuk meluahkan perasaan pada wanita idaman mereka. Walaubagaimanapun lelaki ini tidak boleh dipanggil dayus kerana kemungkinan besar keadaan tidak mengizinkan beliau berbuat begitu pada waktu itu. Lelaki jenis ini selalunya cenderung untuk menggunakan khidmat 'orang tengah'. Orang tengah yang dimaksudkan di sini bukan dari kalangan lelaki tetapi dari kalangan wanita, iaitu mana-mana wanita yang kenal dengan wanita idaman lelaki penakut itu. Oleh kerana sifat lelaki ini agak penakut dan pemalu, selalunya mereka gagal untuk menyatakan maksud dan tujuan yang sebenarnya mengapa tiba-tiba mereka berbaik dengan orang tengah. Selalunya yang menjadi mangsa adalah orang tengah tersebut. Keadaan menjadi lebih buruk apabila tiba-tiba orang tengah itu telah jatuh cinta dengan lelaki penakut itu. Walaubagaimanapun kemungkinan besar cinta orang tengah itu selalunya akan ditolak mentah-mentah. Yang sedehnya Meranalah orang tengah...(kesian).

Bagi aku, keyword untuk rapat dengan seseorang wanita yang bakal untuk dijadikan pasangan adalah "FAKTOR-KEDEKATAN". Faktor Kedekatan ini adalah kunci bagi segala pasangan untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Ia adalah asas yang penting sebelum perhubungan sesuatu pasangan itu pergi lebih jauh. Tanpa faktor kedekatan ini, maka mustahil sesuatu perhubungan-kemanusiaan itu terjalin. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta"

Apakah yang dimaksudkan sebagai faktor kedekatan itu?
Faktor Kedekatan ini adalah suatu keadaan fitrah di mana ia terdetik dalam ruang dan masa yang mana membolehkan bakal pasangan ini mengenali antara satu sama lain seterusnya terciptalah suatu percintaan. Agak aneh ya jika seseorang lelaki itu yang mengidamkan dan mengangankan seseorang wanita (contohnya CT Nurhaliza) tiba-tiba, dengan tidak semena-mena CT Nurhaliza itu tadi menjadi pasangan hidupnya. Perkara ini sering terjadi jika sang-lelaki melihat pelakon wanita yang cun-melecun dalam televisyen. Justeru itu amat mudah bagi mereka memasang angan-angan untuk menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai pasangannya. Perlu diingatkan bahawa itu adalah angan-angan bukannya realiti. Di sini tiada kewujudan faktor kedekatan. Oleh yang demikian, sebarang percintaan yang terhasil adalah sesuatu yang mustahil. Begitu juga jika si-perempuan tertarik dengan lelaki idaman mereka di kolej-kolej, di pejabat, mahupun boss ataupun manager mereka. Tidak mungkin akan berlaku sebarang hubungan percintaan jika perkara asas seperti faktor kedekatan itu tidak wujud.

Bagi mewujudkan faktor kedekatan ini bagi aku amat mudah. Contohnya si lelaki dengan tiba-tiba membayar harga makanan wanita yang diminati semasa beratur di counter dengan alasan bahawa beliau mempunyai wang yang besar. Suatu contoh lain yang agak sinonim dengan rakan aku yang tiba-tiba buat-buat pengsan sebelum kuliah bermula di universiti dulu bagi menarik perhatian wanita idaman beliau. Setelah habis kuliah tersebut, beliau terus menuju ke arah wanita tersebut dan menanyakan segala nota yang tertunggak akibat kepengsanan tadi. Wanita tersebut berkata "oh...mamat nilah yang pengsan tadi...." nah di sini kelihatanlah bahwa wanita tersebut telahpun tahu kewujudan kawan saya tadi sebelum beliau sempat memperkenalkan diri. Seterusnya pandai pandailah kawan saya tadi tu untuk carry on....untuk lebih furtherkan lagi silaturrahim mereka.

Sebagai kesimpulannya, bagi aku mencari pasangan yang sesuai dengan jiwa sendiri bukan sesuatu yang mudah. Tetapi bukan juga sesuatu yang payah. Ia sebenarnya adalah thrill dalam kehidupan. Jika senang kita dapat, maka senanglah ia pergi. Begitulah sebaliknya. Yang pentingnya kita mesti berusaha untuk mendapatkan jodoh yang sesuai walaupun pada hakikatnya segala sesuatu itu telahpun ditakdirkan sejak azali lagi. Bagi lelaki, kalau tidak berusaha pun tidak mengapa. Tunggulah sahaja peminangan daripada si-wanita yang senantiasa bermain-main dalam minda kita itu.

21 Comments:

Blogger karl Firdaus said...

Hakim,

Hmmmmmmm.......
Ada yang aku tak setuju kat sini. Mana kau dapat benda ni..?

Statistik telah menunjukkan bahawa 99.9% lelaki dalam dunia ini pernah mengalami trauma angau ini (tidak termasuk penulis. kerana beliau segala sesuatu, adalah berkecuali)

Tolong jelaskan, tidak termasuk penulis itu maksudnya apa ?

Susah nak percaya kalau 99.9 peratus boleh dikatakan semua lelaki pernah merasakan angau ? Kalau gitu bapak aku, bapak kau saudara mara lelaki kita , teman2 dan sebagainya pernah merasakannya.

Yang anehnya aku tak pernah pulak nampak mereka ini diserang angau ...

Apakah sebenarnya angau atau lovesick ini ? ( Kamus Inggeris megatakan lovesick ialah : Languishing because of Love !!)
Adakah ianya penyakit tanpa disedari oleh pesakit? Apakah ianya penyakit yang orang lain tidak boleh lihat?

Aku bertanya pada diri sendiri, apa pernahkah aku alami penyakit angau ini semasa aku bercinta ?

Bagaimana pula dengan lelaki2 kaya yang kau sebutkan tu? Apakah mereka juga mengalami angau ? Jika kedudukan mereka dah stable, pompuan sekali petik 10 mari, tentunya lelaki jenis macam ni tak sempat nak jamah angau.... kerana mereka siang siang dah pasang backup..melainkan pompuan yang mereka kasihi atau cintai itu tak layan cinta mereka....

Tolong jelaskan dengan lebih terperinci...kerana kalau kau tanya aku, 99.9% dah dikira hampir semua lelaki kena angau ini termasuk Bush, Saddam, Clinton ,Pak Lah, Mahathir, Pope,Jackie Chan, Michael Jackson dan Boy George.

Boy George... Hee Hee

Karl

11:14 AM  
Blogger Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

panjang daaa.. entri kau

(tidak termasuk penulis. kerana beliau segala sesuatu, adalah berkecuali)

ahahhahahha...

macam ni punya orang pun ada ke?

kesian.. kesian... (ditujukan bagi semua lelaki tanpa pengecualian)

4:18 PM  
Blogger Unknown said...

hahahahhaahhaha

5:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

yg aku pasti penyakit angau hanya untuk cinta monyet atau baru bermula cinta atau baru nak tackle... hahahaha aku pulak hanya tgk pada paras rupa.. tidak pada hartanya.... heheheh..


P/s angau ngan ss sama tak?? hehehe ..sure ko boleh jawab.. sebab ko banyaak kali kena kes angau @ ss ni...aku rasa ko ni tak pernah bercinta kot..

7:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

ala... yg penting niat untuk mecari pasangan.. kalau setakat lelaki tu nak buat stok 'geli'-'geli'..rentikanlah..hehe aku tau sngt jenis lelaki mcm tu.. nyaris la aku bukan jenis perempuan dari tipah tertipu...
dan lelaki pun satu.. nak cari tu biarlah macho skit... tunjuk keberanian...no harm if ur love will be rejected..but klau perempuan mesti mereka malu.. tapi tak salah do the 1st step... cuma kenalah dgn caranya....

7:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

untuk entry ini.....kesiannye lelaki.... huhuhu

2:25 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

hihihihii...tergelak betul membaca entri sedare. rasa nak pecah perut menahan gelak.

4:26 AM  
Blogger leeds said...

oohhh...

baru hari ini kutahu erti 'mencari cinta' dr hati seorang lelaki.

masalahnyer penulis yg menulis tu berkecuali pulak, heran camne dia leh tau apa yg lelaki lain alami kecuali dia?

ermmm..kesian la kat lelaki yg dok terangau angau ingin memetik bintang..
abis kalau dah sedar diri tu serba kekurangan apsal tak buat something utk majukan diri dan bintang2 tetiba jatuh ke riba?

Quote:
"Bagi lelaki, kalau tidak berusaha pun tidak mengapa. Tunggulah sahaja peminangan daripada si-wanita yang senantiasa bermain-main dalam minda kita itu."

tumpang tanyer, kenyataan rasmi dr kaum lelaki ke ni, kalau aku lelaki, maluuuu seyh!
nampak mcm kenyataan org malas.
org malas mmg tak suka berusaha malah sanggup tunggu bintang jatuh ke riba (tp entah bila, kesian).

perempuan perempuan berebut2 berusaha naik ke langit menjadi bintang yg berkelipan dan bersinar, malangnyer tak ramai lelaki yg mampu memetik.

so buat lelaki lelaki malas janganlah DENGKI pada lelaki lelaki bertuah yang mampu memetik bintang malah bintang2 jatuh ke riba tanpa dipaksa?!

tepuk dada tanye selera..
tepuk kepala tanya lah minda...


leeds
~bintang di langit

6:18 PM  
Blogger leeds said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6:18 PM  
Blogger leeds said...

sori ter'post' 2 kali.

tu yg delete tu.

excited terlebih kot.

6:20 PM  
Blogger Elhakim said...

Karl,
angau tu biasa la...George Bush giler tu pun pernah kena angau. Dia jadi jadi tak betul tu sbb effect angau dia semasa muda la tu...

Yani,
ko jenis bercinta tengok paras rupa. bagus...
Tapi selalunya biler pilih punya pilih for sure ko akan dapat rupa yang ntah apa-apa at the end. itula balasan....takdir.
he..he..he..
yani...
satu lagi... memang aku x pernah bercinta. Sebab tu aku x pernah jugak perasan mahupun ditimpa perasaan.

Leeds al-Malique..
Memang betul...
Aku memang terkecuali dari semua ini. Sebab aku manusia separa-ganjil. Sel-sel aku x sama dengan korang semua. darah aku titanium, bersin aku plutoniom, kentut aku atom.
ha.ha..ha..

nagacute..
bagus..bagus.. aku rasa bagus bila ko setuju dgn aku kali ini.

Puteri Daluwarsa...
Bagus...bagus...biar pecah di perut..
jangan pecah mulut. Ingat tu...
Ia adalah 'rahsia' kita.

Zalisa...
tunjukkan aku kekayaan kau. 5 juta mana? mana usaha kau?

Puteh seroja,
jaga baik-baik cempayang kau itu. Jangan kasi dia angau sama lelaki. Tetapi biarlah lelaki angau sama dia.
satu lagi. jaga pemakanana budak itu semasa ia kecil-kecil lagi.
ha..ha..ha..

Khairena,
tidak perlu kasihan...sebab lelaki mempunyai sifat dendam. satu pergi 100 wanita sakit akibat perbuatannya. ha..ha.ha..

7:16 AM  
Blogger Elhakim said...

nice entry huh? telling about urself brader?

I rasa saudara ini mempunyai perasaan terhadap sejenis kaum wanita.

I mean...bukan wanita biasa yang you hendak.

I rasa u juga bukan seorang pemilih. Cuma....

Species wanita yang u suka itu terlalu kurang dalam dunia ini.

I rasa u berminat terhadap wanita yang .....

BERMATA HELANG dan TAJAM.....

tul tak?

7:51 AM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

wow...
hangat pulak dlm komen blog mr debater ni yer..

emmmm....i think u ni mybe ade fear of commitment la abg hakim..
atau mgkin juga jenis yg x mahu mengakui sesetgh perkara..
anyway, its all up to u..wahao mr debater..

1 lagi..ade beberapa komen abg hakim dlm blog ct yg ct x paham..abg x jwb pun ct tnyer...
ct ni jenis yg xkn berhenti selagi x betul2 faham..
so, tlg yer..jwb skit ape mksud perkataan2 abg ek...
and yes..jwb dlm blog ct tau...
Hee Hee(gelak mcm abg karl)..

one bonus question 4 u...abg ni x prnah rasa cinta atau suke ke kat mane2 pmpuan seumur hidup abg??

if yes...i really wonder why..huhu

11:47 AM  
Blogger Elhakim said...

look like Tasha dah beri komen lebih awal lagi.

hmmmm...

Tak sangka ya...lelaki pun ramai juga yang kena penyakit lovesick ni...

Ingatkan gurl saja..

Elhakim pun pernah kena ker?
--Mazween

7:31 PM  
Blogger Elhakim said...

pawana malam..

maksud pawana.. sy takut dengan commitment dgn mana2 wanita?

jawapan saya: saya terlalu berani la plak... he..he.he.

Bonus Q
-------
Memang pernah aku suka.

5:04 AM  
Blogger Elhakim said...

Laugh/Tasha/Mazween,

Tasha,
macam mana U tahu yang aku suka wanita bermata tajam? he..he..he..
macam nujum la pulak.
Memang perempuan bermata tajam tu cantik. :))))))))
maksud aku Clarion-Looked.

Mazween,
he..he..he..
suka dia kalau lelaki kena lovesick. Adakah Mazween ni suka membuat lelaki lain lovesick?

Sepanjang hidup aku, rasa-rasanya tak pernah kot. he..he..he..

5:08 AM  
Blogger azeel said...

huh.. aku dah start angau ke sekarang ni?

5:47 AM  
Blogger Elhakim said...

azim,
mungkin jugeerrr....

4:18 AM  
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

aku 'aseksual'. ha ha ha.

8:54 AM  
Blogger Unknown said...

Bilkul betul... huhu...

6:33 AM  
Blogger golego said...

penderitaan terzahir di mata, ketenangan juga terzahir di mata, dilema juga terzahir di mata, tu yang susah kalau jumpa orang pakai contact lense nih..

11:58 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker