Bangsa Melayu lemah pada aku disebabkan oleh tubuh badannya yang lemah. Lihat saja tubuh orang Melayu yang kelihatan kecil dan tidak bermaya.
Apabila tubuh dan fizikal orang Melayu kecil, maka secara otomatis, jiwa mereka turut menjadi kecil dan lemah sejajar dengan tubuh mereka. Ditambah lagi dengan ketetapan bahawa akal dan fikiran bangsa Melayu ini memang ditakdirkan sebagai fikiran yang lemah, suka berangan-angan, suka hiburan dan berpoya-poya. (magnet kepada segala yang negative pada majoritinya)
Orang-orang Melayu bersifat sentimental, lemah, kuat berangan-angan, berjiwang adalah disebabkan kegagalan mereka di alam realiti. Mereka sebenarnya tidak dapat membuktikan apa-apa di alam realiti disebabkan rupa-paras, juga fizikal mereka yang amat terbatas itu. Mereka amat berasa rendah-diri dan berasa tidak setanding dengan bangsa-bangsa lain yang wujud di dunia ini. Apabila mereka berdiri di dalam kelompok bangsa asing, maka dengan secara otomatisnya mereka akan berasa hendak termuntah, terumbang-ambing dan goyah. Silap-silap mereka akan pengsan. Jika mereka kata sebaliknya, maka aku akan melabelkannya sebagai syok sendiri.
Di atas kegagalan inilah, bangsa Melayu mencari kepuasan dengan cara lain iaitu menanamkan sifat dengki mendengki sesama sendiri. Ini disebabkan mereka tidak berani mendengki bangsa lain kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak boleh ‘makan’ bangsa lain itu. Salah satu faktornya mungkin orang Melayu ini menganggap bahawa bangsa asing itu kelihatan amat cergas baik dari segi minda mahupun fizikal dan amat sukar untuk ditipu dan dipengaruhi.
Yang lebih sadisnya kebanyakan orang Melayu amat kuat sentimental jiwanya, berjiwang-jiwang kesaorangan dan kebanyakan wanitanya pula berpenyakit mudah ditimpa perasaan dan 'perasan'. Pada hemat aku, ini juga menunjukkan kegagalan bangsa Melyu itu sendiri di dalam dunia realiti Natijahnya, Bangsa Melayu itu terus terkulai layu dan tidak bermaya.
Ya! Tidak dinafikan bahawa terdapat juga bangsa Melayu yang kelihatan cergas dan pro-aktif. Tetapi pada aku majoritinya adalah bukan dari kalangan pure Melayu tetapi Mixed dengan kaum asing. Jangan silap faham. Bukannya mix dengan kaum mandaling, minang, kampar, mahupun jawa tetapi mix dengan bangsa seperti mamak dan seumpamanya lagi. Mereka ini kelihatan lebih agresif dan kadang-kala juga amat pembelit dan amat payah untuk dipredict.
Pada aku kesilapan orang Melayu yang paling besar adalah disebabkan pemakanan. Orang Melayu pada aku terlalu gemar makan nasi, ikan, belacan, tempoyak, durian dan seumpamanya. Akibatnya pertumbuhan fizikal orang Melayu menjadi terencat dan tidak lawa. Lihat saja orang Melayu yang berumur 28 tahun ke atas. Kelihatan perut-perut mereka semakin buncit dan memboroi. Tengkuk mereka memendek. Silap haribulan yang perempuannya akan menopause pada seawal usia 35 tahun. Semuanya berpunca daripada silap makan.
Nasi bagiku bukannya suatu makanan yang elok. Hendaklah orang Melayu selang-selikan nasi dengan gandum untuk anak-anak mereka yang sedang membesar. Juga daging supaya mental dan fizikal anak-anak mereka akan menjadi lebih agresif dan bertenaga. Gandum pada aku adalah makanan para rasul dan nabi-nabi. Maka elok juga semua tok-tok imam, bilal daripada kalangan orang-orang Melayu mempromosikan makanan jenis ini supaya menjadi makanan utama bagi orang kampong di Malaysia. (Yang aku tahu orang Melayu majoritinya masih lagi tinggal di kampong).
Pada aku tuhan sudahpun memberikan hint fasal makanan kepada hambanya tetapi entah mengapa bangsa Melayu ini pada aku kelihatan amat degil. Mereka lebih suka membeli rokok daripada membeli daging atau susu untuk keperluan anak mereka yang sedang membesar ataupun sedang remaja. Itulah mentality orang kampong yang berbangsa Melayu.
Nasi juga menterencatkan fizikal wanita-wanita Melayu. Jika dilihat betul-betul kita akan dapati bahawa wanita Melayu mempunyai potongan badan yang paling tidak cantik jika dibandingkan dengan potongan badan wanita asing seperti Cina dan India. Seawal usia 18 tahun potongan badan wanita Melayu kelihatan seperti makcik yang hampir-hampir hendak menopause. Bentuk fizikal badan mereka amat bulat-bulat dan kemetot lagi ketot. Jika kita ke London contohnya, di Malaysia hall kita akan dapati betapa onek-oneknya pelajar wanita Melayu ini berbanding dengan wanita-wanita asing atau orang putih yang tinggi dan langsing. Kesian sungguh. Nasib baik otak mereka bagus. JIka tidak, tak tahulah apa nak dikata.
Pada dakwaan aku, Wanita Melayu kerap terperasan potongan badannya masih cantik dan kurus adalah disebabkan mereka memilih baju kurung untuk pakaian hariannya. Mereka tidak sedar bahawa perut mereka semakin membuncit, leher mereka semakin memendek, lemak dipinggang semakin menebal, pipi mereka semakin tembam dan membulat, peha mereka semakin membesar akibat dek keselesaan maya baju kurung terbabit. Bagi wanita cina pula, mereka selalu memakai pakaian fit dan ketat, apabila badan mereka sedikit naik, mereka terus concern dan menggelabah dan cepat-cepat mereka kawal pemakanan mereka untuk menurunkan berat badan. Oleh sebab itulah majority badan wanita cina kelihatan cantik dan langsing lagi menggiyurkan jika dibandingkan dengan majority wanita Melayu.
Di sini, aku bukan suruh wanita Melayu supaya memakai pakaian seksi-seksi kerana ini adalah dilarang oleh agama. Oleh itu, pandai-pandai sendirilah. Ukur badan di baju sendiri.
Kesimpulannya, orang Melayu hendaklah mempromosikan makanan yang seimbang ke atas anak-anak mereka. Nasi hendaklah diselang-selikan dengan gandum. Ubi kayu hendaklah diselang-selikan dengan kentang. Penghisapan rokok yang kurang hendaklah ditambah-tambahkan. Ini bukannya apa, ini adalah untuk kesejahteraan orang Melayu juga sesuai dengan maksud firman Allah:
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri” Lihat. Allah menyatakan di sini adalah kaum. Dan bukannya individu ya!!! He..he..he.
Mahu apa lagi? Jentik kepala sudah. Mahu tempeleng ya???!!
25 Comments:
I am Fina.
hoi brader! x ada kerja lain ker? stereotype jer tulisan?
oh yes! satu lagi....
ARE U SURE U ARE 100% MALAY???
ARE U SURE???
according to picture, you are NOT!!!
I am sorry to say brader...
dia dah mula dah dgn theory yg selalu berat sebelah...
sdr elhakim,
org melayu malaysia juga kurang membaca buku apatah lagi menghasilkan penulisan. Apa kata saudara?
warnasari,
setiap teori tidak 100% benar kerana ada pembolehubah disana-sini. kan?
aduhaiii.....
aku terasa mau lempang laju2 je pada penulisan kali ini....
hewhewhew
yup...benar puteri...
kerana yang menulis itu manusia...
yang kerap memutar-belitkan fakta
can u hv ur pure idea/thought... dun copy from ungku aziz...
Miss fina,
please jgn terasa ya?
warnasari,
tak... tak berat sebelah. sesungguhnya ibu-ibu saudaraku pun perempuan Melayu juga. Begitu juga sepupu2 Perempuanku. Semuanya ada kena mengena dengan aku.
Puteri daluwrsa,
Betul itu wahai puteri. Sebab itulah aku suka berbicara dengan saudari dan blogger perempuan lain kerana
saudari adalah tergolong dalam wanita Melayu yang intelek.
Khairiena
ha..ha..ha...
tempelengmu tidak sakit.
Yani,
sesungguhnya ketidakseimbangan pemakanan Melayu telah diketahui lama. Yang lainnya adalah pengamatan dan ayat aku sendiri. Aku tidak meniru dari mana-mana sumber kerana aku suka mengikut logik aku sendiri dalam sesetengah perkara..
Aku tahu engkau marah. Jangan marah ya.. sila dengar lagu Abang Saleem-Iklim kesayanganmu itu.
Auchhh...ketot n kemetot nyer wanita melayu...jgn luper pada lelaki melayu yg ketot n kemetot juge ya...
cekpas,
yes i do agree with u.
sinis tapi menarik.
ko dah baca puisi aku yg terbaru... khas untuk ko.. krn mempertikai kenapa hanya ada persoalan yg sedih sedih..
apa kau merapu ni elhakim!
memang merapu..
dan sangat merapu...
m(~_~)m (aku sedang geram!)
cuba lihat, lehermu pun semakin pendek!
kau umpama orang yang menepuk air dalam dulang, terpercik muka sendiri!
tak ada jati diri, menghina bangsa sendiri, sangat day**!
ahahhahhahah!
zalisa,
tq zalisa...(ada jugak org appreciate)
yani,
nanti sat aku baca
putehseroja,
biarlah aku day** di mata mu itu,
asalkan dirimu tidak day** di mataku ini. ha.ha.ha..
uh..melayu...bodoh jika melayu itu dengki bangat pada melayu lain...entahla di hari ini..pemikiranku mengatakan melayu ini akan stay zero andai ada hasad dengki yg menjatuhkan melayu lain..jgnterasa ya andainya kamu adalah melayu..kerna melayu ini lazim sangat suka terasa pd benda2 sebigini lebih dr merasakn mereka lebih patut lebih bernas..
ahhh..maaf ya..ini hari marahku pd melayu..
Elhakim,
Hmmmm.... yang ini aku tak berani nak menjawabnya, kerna kalau aku katakan BUKAN, kau tidak akan percaya... kalau aku katakan YA... kau akan kata yang aku ini cari publisiti murahan.
Aku anak kelahiran Singapura. Memang punya ramai saudara dan sepupu terdekat diMalaysia. Terutama Kuala Lumpur dan Johor.
Beginilah, boss muda itu bukan aku .... mungkin sepupuku... dan mungkin YA dan Mungkin TIDAK..
Salam. Akak rasa, ada betul dan banyak yang tak betulnya dengan apa yang saudara tulis ini. Mungkin, betul pemakanan memainkan peranan penting di dalam pembinaan akal, fikiran dan tumbesaran badan. Tetapi, pemakanan orang Melayu sudah ditetapkan sebagai sesuai untuk bangsa kita. Kenapa orang putih tidak makan sambal belacan? Kenapa mereka makan steak atau cornbeef atau pasta? Pada kita, makanan itu tidak mengenyangkan, pada mereka, itu adalah makanan ruji mereka. Seperti juga nasi, adalah makanan ruji kita.
Saudara juga perlu selidiki fakta-fakta lain seperti, kenapa orang Melayu (asalnya) duduk di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina sahaja? Kenapa tidak ada orang yang berbangsa Melayu ditempatkan di England, Switzerland dan lain-lain tempat sejuk beribu tahun yang lalu? Mengapa kita terus berasal dari negara Asia? Mesti Allah mempunyai sebab yang tertentu.
Kenapa mat saleh yang putih melepak dan tinggi lampai tidak duduk di negara Asia (beribu tahun yang lalu,maksud akak). Kenapa orang Melayu berkulit sawo matang, dipenuhi dengan pigment yang membantu memproses cahaya matahari yang menjamah kulit kita. Jawapannya, Allah Maha Mengetahui. Dia meletakkan orang Melayu di kawasan yang sejalur dengan Khatulistiwa di mana tidak ada salji atau musim sejuk tetapi cahaya mentari yang bersinar meriah. Tanpa pigment pada kulit orang Melayu untuk membantu melindungi kulit kita dari sinar mentari yang terik, kulit-kulit orang Melayu pasti akan terbakar macam kulit roast chicken.
Hidung pula, kenapa hidung mat saleh lubang hidungnya kecil dan duduknya tinggi? Kerana negara mereka sejuk dan jika hidung mereka dikemekkan dan dikembangkan seperti hidung orang Melayu, pasti kerongkong mereka akan menderita apabila hidung mereka menghirup angin dingin di musim sejuk. Itu salah satu sebabnya dan adalah diantara contoh-contohnya.
Kalau melalut lebih panjang lagi, karang orang marah pula.
Jadi, janganlah nak tukar-tukar sesuatu perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah. Dia Maha Mengetahui. Tak payah fikir lagi. Bila kita duduk di luar negara sekali pun, pasti nasi yang kita cari.Bentuk badan sudah ditetapkan begitu. Mungkin saudara bernasib baik dapat bentuk badan yang saudara impikan. Mungkin orang lain juga bersyukur kerana bentuk badan mereka adalah bentuk badan yang mereka impikan, bukan bentuk badan yang saudara impikan untuk mereka.
Saudara bercakap tentang orang Melayu lebih rela beli rokok daripada membeli makanana anak dan barang-barang keperluan lain, tetapi di dalam gambar saudara, rokok tersepit di bibir. Hmm... macamana nak ajar orang ni?
melayu masih lemah kerna ada orang seperti kita. hanya pandai berblogging tp tidak punya kuasa untuk merubah dunia. (versi aku)
Aku tak boleh nak tahan tahan , tapi terpanggil untuk buat komen tentang ..........
"Persoalan Bangsa: Mengapa Melayu Masih Lemah (versi aku)"
Tak baik gneralise semua wanita melayu macam tu.....
Ada juga yang cantik dan seksi...dan perut kempes.... macam pompuan pompuan kat belakang rumah kau tu ....
Hee Hee
Saudari NOR RAINA,
sy rasa bentuk badan wanita melayu masih boleh diubah lagi dengan diet yang sesuai serta senaman. bentuk fizikal yang tinggi pun boleh diubah juga melalui tabiat pemakanan yg seimbang. (Bandingkan warga Jepun sebelum dan selepas WW2 pls)
Sila lihat saiz penduduk kampung dgn bandar. Rata2 orang bandar adalah lebih tinggi drpd orang kampung. tul tak?
Lihat orang Hawaii. Mereka serumpun dengan kita iaitu Polynesian tetapi saiz mereka jauh lebih tinggi dengan kita kerana mereka memakan sumber protein yang agak lebih drpd kita. Sila lihat orang Maori di NZ. Mereka juga mempunyai susuk badan perkasa dan tinggi. Lihat sajalah pemain2 rugby mereka. (New Zealand ALL-BLACK TEAM.)
Jika hendak diBandingkan hidung orang Melayu dan Hidung orang Maori. Saya rasa mungkin hidung Melayu lebih mancung daripada hidung Maori.
Tetapi saiz mereka(MAORI) agak tinggi dan bentuk fizikal mereka agak perkasa walaupun kita adalah serumpun dengan mereka.(polynesian).
Bagi orang2 Melayu yg tinggal di kampung, Saya faham Constraintnya adalah budget kerana diet yang bagus seperti daging, kurang mampu dibeli oleh orang kampung. Roti dan susu juga mahal. Keutamaan adalah nasi kerana ia makanan ruji kita. Nasi x berapa elok utk kita kerana menyebabkan mengantuk apabila makan sewaktu tengahari. Try makan roti, InsyaAllah boleh stay sampai petang.
NOTE:
====
KOMEN PANJANG PUN TAK PER... SY TAK KISAH. LAGI BAGUS.
NAK KUTUK PUN TAK PER...
Saya bebas punya... don't worry. no hard feeling :)))))))))))
ANAK BUMI
YA saya akui. What can I do? Life is like that. dah takdir....kita bukannya Tuhan. HA..HA..HA.
KARL,
Memang diakui tak semua wanita Melayu begitu. ada yang cantik. Masalahnya majoriti tidak berapa pandai menjaga berat badan.
Mereka x berapa pandai menjaga "BMI"
contoh melayu tulen cantik = CT NURHALIZA. sbb tulah jadi rebutan orang kaya-kaya dan besar-besar. Tak silap aku dah hampir 100 orang masuk meminang. Belum lagi orang yang syok sendiri.
Itu maknanya betapa terhadnya kot orang Melayu yang cantik (Jangan tanya aku aku tak boleh jawab benda ni)
and....
Kat belakang rumah aku sumerr orang dah kawin kot...
he..he.he...
persoalannya di sini bukan soal bentuk tubuh... tapi pemakanan ya...
tp memang ada orang yang memang dilahirkan dgn bentuk badan yang tidak begitu menjadi idaman kaum adam.
yg penting di sini ialah keyakinan...
sy lihat di sini di negara mat salleh ini banyak ja wanita2 yang tiada potongan badan yang menarik tapi masih ttp menjadi kegilaan byk lelaki... kerana apa? kerana keyakinan diri yang tinggi serta kebijaksanaan... ada di kalangan msykt di negara barat selalu mendefinisikan kecantikan melalui kebijaksanaan akal fikiran... itu yg menjadikan seseorg wanita nmpk hot di mata mereka. Jd, suatu senario yg tidak aneh melihat lelaki kacak berjalan bersama2 wanita gempal yg kurang cantik di negara mat salleh ini... bagaimana kalo di Malaysia? mesti pandangan pelik drp org ramai akan terjadi... dan mungkinkah byk lelaki melayu begitu?
itu shj pandangan sy...
Hakim,
Kau betul betul CHAMPION ......... Aku nampak komen LAUGH di blog CEKPAS..... marah betul dia. Dia kata kalau dia jumpa kau kat luar dia nak ketuk kepala kau dengan kasut ...
Hee Hee... Aku nak jugak tengok, mungkin ketuk manja....
Jangan marah Laugh..
anonymous,
di barat terdapat manusia yg menilai kebijaksaan wanita lebih drpd keseksian tubuh badan? hmmm.. let me see that.
Karl...
mengikut perkiraan aku, Laugh hanya berimiginasi sahaja.
biarkan laugh dengan dunia khayalan mereka.
ha..ha..ha..ha..
nagacute,
jawapan telahpun aku tulis dalam BLOG ko.
nagacute,
yer...betul...saudari betul..
harus cuba...
Hakim,
kau masih jumpa bos muda dan kaum kerabatnya....?
Aku musykil macam mana muka mereka... aku dah tanya sepupuku.. tak ada yang mengaku....
hmmm...
Post a Comment
<< Home