..

Tuesday, December 05, 2006

Aku dan Manusia Iblis(2) : Medan Tempur




Gelap Sungguh!!!. Kali ini hidup aku sungguh gelap. Aku tidak nampak akan potensi diriku sama ada aku dapat untuk mengalahkan si iblis lahanat itu. Walaubagaimanapun masih aku terdengar-dengar suara-suara di awang-awangan yang mengatakan bahawa kemenangan itu pasti akan menjadi milik aku. Sekaligus hak aku yang mutlak. Kadang-kadang hari-hari yang kulalui terasa tawar dan hambar. Juga terasa dunia berhenti berputar walaupun dari satu tempoh kepada tempoh yang lain amat pantas masa itu berlalu. Mula-mula kita di awal waktu. Tetapi tidak lama kemudian kita di akhir waktu. Aku juga menggelabah. Tetapi perasaan ammarah aku itu lebih mengatasi segala-galanya. Tidak aku kisah lagi dunia di sekeliling aku ini. Aku mesti mengalahkan si manusia lahanat itu. Namun diri aku senantiasa berdebar-debar dan perasaan penuh "thrill" menyelinap berselindung di sebalik sanubariku.

Tekak aku amat berlainan rasanya. Bila aku minum minuman yang manis (honey-dew) aku rasakan kemanisan itu tersekat di kerongkong. Lapar aku dibuat-buat. Tomyam, sup ayam, ayam kicap adalah makanan aku. Tapi bukan lagi kegemaranku. Televisyen ada di mana-mana. Konsentrasi aku hilang. Kawan dan taulan juga ramai. Setiap patah bicara mereka aku amati. Jangan sesekali menyebut nama iblis juga rakan si iblis dihadapan aku. Itu amat sensitif. Segera aku akan lari jika kamu semua berbicara mengenai si-iblis itu di hadapanku. Tetap aku tidak marah. Kerana kamu semua tergolong dalam golongan manusia yang tidak tahu. Jangan kamu senyum bila berjumpa dengan aku. Pasti akan aku tanya apa maksud senyuman mu itu. Aku rasakan manusia-manusia yang senyum disekeliling aku adalah manusia yang menyindirku.



Urusan wajib sehari-harian diabaikan. Tiada minat. Lebih banyak menumpukan untuk menundukkan si-lahanat itu. Otakku bekerja untuk menumpaskan si-lahanat. Walaubagaimanapun aku tidak sanggup menentang si-iblis itu secara berhadapan. Kerana aku takut, kelemahan aku diketahui. Manusia yang mempunyai ketinggian seperti aku, berwajah matang, kulit agak gelap juga banyak aktiviti-aktiviti luar kufikirkan adalah musuh persaingan aku. Selalunya manusia-manusia ini amat pandai "menkontrol". Sesungguhnya aku benci dengan kebolehan "mengkontrol" manusia-manusia yang seumpama itu. Aku labelkan perkataan mengkontrol itu adalah perkataan yang jijik. Tidak pantas manusia seperti aku ini mempunyai kekuatan untuk mengkontrol sesuatu. Apatah lagi untuk mengkontrol seseorang manusia lain. Bunyinya seperti anjing. Eeeeeeee... benci dan jijik aku.

----Lipatan Sejarah hitam di-Rewind -----

Sesungguhnya dalam tempoh waktu yang singkat, aku kira selama 4 bulan dendam dan amarahku hanya aku simpan di dalam hati. Aku tidak mahu rahsia ini diketahui orang. Aku rasa amat tidak logik kerana kemarahan ini tidak setaraf dengan aku. Aku tidak pernah merasa kemarahan itu sebelum ini. Mengapa tiba-tiba manusia iblis yang agak asing, yang tidak pernah aku pinta seumur hidupku , yang berkehendakkan nyawa itu muncul di hadapan aku pada masa itu. Apa salah aku kali ini? Banyak kali aku rujuk pada tuhan. Sehingga sekarang aku masih belum ketemu jawapan. Adakah ini adalah dosa masa aku form 4? Kalau betul pun kerana itu, aku rasa bukan salah aku. Dia yang cari gaduh dengan aku dulu. Lagipun pada masa itu aku amat mentah. Aku bisa bergaduh dengan sesiapa asalkan ada sesiapa yang mahu mencabar aku. Itu sahaja. Yang aku tahu lama-kelamaaan, mungkin kerana faktor usia atau mungkin aku agak sibuk. Mood aku untuk bergaduh sedikit demi sedikit aku lupakan. Cabaran daripada budak itu tidak lagi aku endahkan kerana aku hendak memberi penumpuan pada sesuatu. Lagipun perasaan untuk bergaduh pada masa itu tiada lagi pada aku. Secara otomatik ia hilang dan lenyap begitu saja. Bukan salah akukan? Tidak keterlaluan jika ku katakan bahawa mood aku hilang disebabkan takdir dan waktu. Bukan disebabkan ada lawan yang lain. YA ITU ADALAH. TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR!.... ya segalanya adalah takdir. Perasaan itu adalah takdir. Tiada apa pun di dalam dunia ini kecuali takdir. ya itu adalah takdir semata-mata. Jika itu adalah takdir... apa salah aku? Amat pahit jika sering aku terdengar di dalam kepala aku bahawa sesuatu takdir itu tetap di balas dengan takdir yang lain. Jika diikutkan fitrah songsang seseorang manusia... amat tidak adil tuhan itu ya??????

Di Subang Jaya, Pernah satu petang, aku terlihat si-hamka yang duduk di atas kerusi onggek-onggek telah disapa oleh si-iblis durjana itu. Aku hanya bisa melihat dari jauh. Apakah perkaitan si-iblis ini dengan si-hamka itu? Aku lihat si-Hamka seolah-olah terkejut. Aku tidak tahu adakah si-Hamka itu betul-betul terkejut atau terkejut yang dibuat-buat. Oleh kerana aku mempunyai kuasa yang dapat membaca fikiran teman-teman aku, aku boleh buat kesimpulan disini bahawa si-Hamka itu tidak mempunyai sebarang minat untuk bertarung dengan si-iblis itu. Wajah Hamka amat muda dan comel. Hamka di dunia lain. Si-Iblis itu di dunia lain. Dunia mereka tidak sama. Betul telahan aku bahawa si-Hamka tiada mempunyai minat untuk menyahut seruan iblis itu untuk bertarung. Lagipun mereka berdua tidak berpadanan. Akan hancur badan Hamka jika bertarung dengan si-iblis itu kerana badan Hamka kurus dan langsing. he..he..he.

Cuti kali itu, aku harus bercuti ke negara barat. Hendak tidak hendak, aku terpaksa. Itu adalah arahan. semasa di pesawat aku terkenangkan si-lahanat itu. Rasa bahang dendam berbaur benci aku meluap-luap. Rasa agak bersalah kerana aku hendak bercuti ke syurga tetapi sebelum itu aku tidak menyahut seruan yang memanggil untuk menundukkan si iblis keparat itu. Rasa bersalah kian mencengkam. Di negara2 barat dendam dan nafsu ammarah aku tidak jua padam. Makin lama makin mencengkam. Kebetulan ada seseorang negro yang juga matanya melerik ke-sisi persis si mata helang dan ia berkeadaan saling tidak tumpah dengan mata si Iblis lahanat itu. Aku teringatkan musuh aku itu. Namun begitu aku tidak berani untuk menghampiri si-negro itu kerana wajahnya yang begitu. Aku anggap orang yang berwajah begitu adalah sama. Mereka adalah musuhku. dan bukan saing atau sebulu dengan aku yang maha tidak mengerti ini.

Di negara-negara barat aku ada tercakap dengan boss dan 2nd boss aku bahawa bila aku balik ke tanahair, akan aku tumpaskan musuh aku iaitu si-Iblis durjana itu. Aku kelihatan amat confident. Boss aku seolah-olah mengiyakan apa yang tersirat dalam benakku di samping mencabar kebolehanku walaupun aku tahu bahawa itu mungkin cabar-cabar ayam. Sesungguhnya boss aku tidak rela untuk aku bertarung dengan mana- mana Iblis pada waktu itu. Aku seperti yakin. Walhal aku tahu bahawa pergaduhan ini pasti tidak akan terjadi dan mustahil akan terjadi. Aku tidak mempunyai sebarang senjata.


.........aku tertunduk lagi.

6 Comments:

Blogger leeds said...

aku makin paham..... :)

paham paham sendiri..

teruskan menulis...aku akan setia membaca...

*walaupun tiap kali baca aku jadi pening*

5:07 AM  
Blogger zf_zamir said...

emm, cantik..

bagus, teruskan, wahaha..

aku faham, mungkin situasi kita berbeza..

boleh ke?

7:08 AM  
Blogger karl Firdaus said...

Ini mesti kes waktu sekolah dulu. Zaman nakal. Betul tak ??

Dan mesti ada kaki buli... aku tahu, pasal masa aku kat sekolah dulu pun banyak budak budak gangster......kerja dia orang nak bantai aje lain tak ada....

10:43 AM  
Blogger Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

ahahhaha...

tulislah apa saja... aku semakin keliru dengan ceritamu...

adakah hamka itu 'kereta mayat'?

mungkin satu hari nanti aku akan faham!

ahahhaha

p(^_^)q

4:12 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

kau tgh hypertension. jgn lepas cara yg salah. carilah kawan gaduh di alam maya. :)

nak gaduh ngan aku? tak payahlah. aku tak reti bergaduh.

4:44 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

aku xpaham,hehehe....

6:46 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker