Persoalan Kemanusiaan : Siapa Harus memiliki Wanita Cantik?
headline 1: ct normaliza berkahwin dengan datuk S
headline 2: linda ghafar berkahwin dengan yusri
heh...heh... sebenarnya aku mempunyai idea yang terlalu banyak untuk meladeni perasaan aku untuk menulis tanggapan negatif aku terhadap bangsa melayu kita ini. Tetapi biarlah kali ini aku berhenti seketika supaya aku tidak dianggap negatif oleh blogger sensitif walaupun hakikatnya aku memang seorang yang negatif. (walaupun dlm kepala hotak aku berapi2 untuk menyatakan sesuatu....tetapi kali ini biarlah tertangguh walaupun sesungguhnya memang aku geram)
Maafkan aku. Aku tidak expert dalam cinta. Aku adalah seorang yang kasar dan tulisan aku juga kasar.
Entri aku kali ini berkisar sedikit tentang wanita cantik. Siapa wanita cantik? Persoalan yang agak subjektif. Kecantikan adalah pada the Eyes of Beholder. Ya betul aku setuju. Sesetengah orang menyifatkan kecantikan terletak pada budi bahasa dan sifat yang lemah lembut. Maaf itu aku tidak setuju. Bagi aku itu adalah persoalan lain. Bukannya persoalan wanita cantik tetapi lebih kepada budipekerti yang mulia dan tidak boleh dicampuradukkan dengan kecantikan seseorang wanita. Jika term kecantikan itu terletak pada sifat maka seharusnya mahkota yang dianugerahkan kepada ratu cantik peringkat dunia harus ditarik balik kerana mereka aku kira mempunyai budipekerti yang maha buruk. Mereka hanya mempunyai kecantikan kulit tetapi tidak dari dalam.
Bagi aku pula itu senang sahaja. Kecantikan wanita itu terletak pada wajah dan tubuh badan mereka yang langsing. full stop. Ya itulah dia definisi wanita cantik. Senang dan ringkas. Aku tidak menipu. Wallahi. Itulah adalah tafsiran aku yang sejati. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna bahawa aku cinta dengan wanita seperti itu. Harus jangan salah faham. Antara cinta dan syok-karena-nafsu adalah dua yang berlainan. Aku tidak suka melahanatkan diri aku dengan membohongi bahawa wanita yang gempal dan gelap tetapi budipekertinya sangat baik itu adalah tergolong dalam golongan wanita cantik. Sesunggunya aku tidak tergamak untuk membohongi diri aku juga diri-diri kalian semua.
Jika ditakdirkan aku berkahwin juga dengan wanita yang hitam legam dan obesiti itu, maka aku kira bahawa itu adalah jodoh aku dan bukannya kerana kecantikan dirinya. Dalam erti kata lain bahawa aku telah berkahwin dengan wanita yang buruk lagi hodoh. Aku mengaku. Dan aku tidak suka kamu memuji isteri aku yang gemuk gedempol dan hitam legam itu sebagai seorang yang cantik. Kalau kamu memuji juga maka aku kira kamu telah melahanatkan diri kamu ke taraf yang paling bawah sekali dan segala pujian kamu tiada ikhlasnya. Kamu telah menipu perasaan kamu dan perasaan orang lain. Katakan bahawa isteri aku itu sebagai seorang yang hodoh. Aku tidak kisah. Ya sesungguhnya jika begitu keadaanya, maka aku akui bahawa dia sememangnya hodoh. Nak buat camna lagi?
Bagi aku wanita cantik dan elegan itu adalah amat berlainan sekali dengan wanita yang hodoh lagi buruk. Wanita cantik lebih bersifat optimistik, oppurtunist, arrogance, demand. Selalunya mereka tiada masa untuk melayani perasaan mereka dek kesepian kerana ruang waktu mereka penuh di isi oleh pujian jantan-jantan yang menagih kasih dan badaniyyah. Mereka mempunyai aktiviti-aktiviti luaran yang tidak terbatas. Mereka sentiasa "on air". Dikejar kehulu kehilir seperti lembu yang mempunyai daging yang empuk lagi enak.
Bila wanita cantik itu bercakap, tampak mempunyai gaya. Cakap yang meleweh leweh. Mereka percaya ramai jantan-jantan telah terpikat dengan bunyi suara mereka. Leweh-leweh mereka kedengaran makin tenat dan mengancam. Dalam hati mereka, berdetik "ramai jugak yang syok kat aku ni". Kemudian setelah habis mereka bercakap, mereka akan ke bilik air berdiri di hadapan cermin. dalam hati wanita cantik itu berdetik sekali lagi "cantik tak aku semasa aku bercakap tadi?".
Wannita-cantik dan Jatuh-perasan adalah berkadar terus. Lagi cantik wanita itu, maka lagi tinggi darjah ke-PERASAN-an mereka. Aku kira itu betul. Wanita yang cantik jika berjalan, mereka selalu berperasaan bahawa ramai lelaki-lelaki yang terpandang pada wajahnya kemudian jatuh cinta padanya. Jika wanita cantik itu adalah seorang yang sombong, jika aku katakan padanya bahawa dia telah tertinggal pen di atas meja, maka dengan segera dalam hatinya berkata "ah lelaki ni mesti terpikat dengan aku. x ada masa aku". Ha..ha.. ha .. itulah wanita cantik yang sombong. Biarkan mereka. Sebab itulah aku mempunyai kesukaran untuk menegur wanita cantik kerana respon mereka amat aneh dan pelik. Jika aku katakan sesuatu yang ikhlas kepada mereka yang tiada niat apa-apapun, dengan respon yang aku terima, aku kira dunia telah berhenti seketika. Mahu pitam aku dibuatnya. Kehidupan yang rancak jadi tergendala. Ya. Selalunya mereka mempunyai respon yang negatif kerana darjah kePERASANan mereka amat tinggi.
Tapi itu aku tidak kisah kerana mereka mempunyai hak berbuat begitu. Maka itu termaktub dalam kategori takdir bagi seseorang yang cantik. Seharusnya aku bersyukur pada tuhan kerana aku tidak tergolong dalam golongan wanita cantik. Sekurang-kurangnya tahap ke-PERASAN-an aku berada di tahap sifar. heh..hehe..he.. Bagi aku sangat letih jika mempunyai darjah keperasanan yang tinggi. Letih aku dibuatnya kerana semua hendak kena control. Makan, pakaian, tatatertib, cara suap nasi, cara tersenyum dan lain-lain lagi. Kalau boleh segala keburukan diri hendak dicover. Aku kira kalau boleh kentut pun hendak kasi wangi. he..he..he..
Wanita cantik jika hendak mencari jodoh. Persoalan yang pasti hinggap di benak mereka adalah:
"LELAKI INI SUKA PADA AKU. JIKA AKU BERKAHWIN DENGANNYA. APA BENEFIT YANG AKU TERIMA?"
ya... itu saja dalam kepala hotak mereka. tidak lain dan tidak bukan. Wanita cantik dan tahap kematerialistikan adalah juga berkadar terus sebab itulah wanita cantik harus dikahwini oleh mereka yang berharta. Kalau tidak, mesti seseorang yang mempunyai pangkat dan ternama. Seseorang lelaki yang penoreh getah atau pekerja binaan jangan harap untuk berkahwin dengan model minyak wangi. Itu juga telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Naluri manusia telah ditetapkan sejak azali lagi.
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah. Siapa yang harus memiliki wanita cantik bertaraf model?
jawapan adalah mengikut turutan:
1. Lelaki 2 mewah, hartawan, millionaire yang berani (tiada kena mengena dengan aku)
2. Lelaki2 berpangkat, famous, termasyhur yang berani (tiada kena mengena dengan aku)
3. Lelaki2 rupawan, handsome, machos yang berani (tiada kena mengena dengan aku)
4. Lelaki2 bacul (tiada kena mengena dengan aku)
nota: Kesemua lelaki2 tersebut tiada cacat anggota, berfikiran yang waras, charisma dan credibility yang tinggi juga sihat tubuh-badan. Faktor dan usia kadang-kadang bukan ukuran dan boleh diabaikan.
Ini bermakna, bahawa, kalau datuk yang berusia 100 tahun tetapi sihat tubuh badan dan mewah, juga boleh berkahwin dengan model iklan shampoo sunsilk.
Sekian, terima kasih.

54 Comments:
Coffee, Chocolate and Men... they'd better be rich!
Ha ha ha...
Elhakim, tidak semua perempuan cantik berperangai macam tu. Perempuan yang kureng cantik pun sama apa... ada perempuan yang tidak cantik pun berperasaan yang sama.
Dan, lelaki pun sama... dua kali lima. Yang perasan dia hensem tak pandang dah perempuan yang kurang cantik. Nak yang tinggi lampai, putih bersih bla bla bla. Yang tak hensem dan tak ada duit pun pandang perempuan cantik, apatah lagi yang tak hensem tapi berduit... sabar je aku.
Tapi, ramai lelaki hensem yang akhirnya berkahwin dengan perempuan yang kureng cantik kerana kureng sikit maintenancenya... huhu...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanya lah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu hingga ke akhir hayatnya. Kecantikan ini tak akan ada erti pudar atau pupus justeru tunjangnya berpaksi pada Agama yang SATU. InsyaAllah.
aku ukur kecantikan dgn level of confidence... jika dia rasa dia cantik..maka cantiknya la dia.. jika dia rasa dia buruk maka buruklah dia..
P/s : aku ckp diriku cantik dan bijak...hehehe.. lebih baik memuji diri sendiri dari mengharapkan org lain..
Hakim,
pada akulah... kalau dah ditakdirkan ketemu wanita buruk jadi bini aku,dah lah hitam legam, gemuk gedempol dan serba serbi tak kena , tapi aku tetap jatuh cinta bukan kerana paras dan rupa....
tapi kerna CANTIK BUDI PEKERTI....
Pada aku itulah KECANTIKAN yang sejati dan yang tulen sememangnya harus dimiliki oleh wanita...
Aku tak akan malu dan tak akan ambil pusing dengan apa orang nak kata, apa orang nak kutuk.....
Kerna aku lihat KECANTIKANNYA pada hati budinya.........
Kau tak pernah bercinta ke ?? Lain macam aje entri kali ini...Kau selalu bercakap pasal takdir.... so terimalah hakikatnya bahawa TUHAN itu maha adil dan kaya...manusia semua dilahirkan CANTIK.... cuma kita manusia aje yang ngada ngada ketogorikan antara cantik dan tidak !!!
Atau sekarang kau dah tak pemalu lagi.... dah berani approach pompuan kat luar .....dan dah pun jumpa yang kau berkenan....
Hee Hee .............
aku dah cakap...
penangan aku kat sini bisa buat blogmu ini kurang 'power' negative nya...
betul kan? ko yg selalunya di setiap entry hanya bercakap yg begative negative ajer, kali ni tetiba bercakap pasal sesuatu yg 'positive' pulak?
ye laah yg cantik2 tu positive lah, mane ader yg buruk dan huduh kita panggil positive tul tak?
pada aku, wanita cantik tu bukan setakat memiliki wajah yg cantik dan badan yg cantik tetapi otaknye juga harus cantik dan bijak selari dgn kecantikan fizikalnya...
(kalau cantik fizikal mcm supermodel tp berhujah tersangkut sangkut tu 'bimbo' namanya)
wanita cantik wanita yg ada aura..
aura dia pulak mestilah aura positive jer, kalau aura negative, lawa camne pun org tak berkenan gak, menyampah gak.
aura dia mampu buat dia menyerlah ke mana jua dia pegi...aura dia mampu buat lelaki 'gila bayang'...
wanita cantik juga ibarat bintang di langit. tak semua lelaki mampu memetik. kesian lah kat lelaki yg hanya mampu merenung bintang tapi tak mampu nak petik.
hanya lelaki yg 'tinggi' yg mampu memetik bintang di langit..
camne nak jadi lelaki 'tinggi'?
sendiri mau ingat lah!
Leeds
kau ni kelakarlah.........hee hee
karl:
ahaaaa...sense of humor itu penting.
tak semua wanita ader sense of humor.
hee heeeeeeee
hakim..hakim...selalu saja sarkastik..tetapi jujur.
hehe. terus tempur!
huish. honest! we ladies need more men like this on earth.
errr...yani..
kalau kita rasa cantik. Tapi orang lain rasa kita tak cantik...
aku rasa itu adalah perasan namanya..
hik..hik..hik
(x ada kena mengena dgn kau. andaikan ia hanya contoh)
Karl...
Sebenarnya Allah tahu. siapa yang diciptakan cantik. siapa yang diciptakan buruk. Begitu juga siapa yang diciptakan kaya dan miskin.
Penciptaan Allah thdp makhlukNya adalah tidak sama.
Sememangnya segala ciptaannya termasuk rupa paras adalah ujian. JIka muka kita buruk, maka itu adalah ujian. JIka muka kita cantik, maka itu adalah ujian.
begitu juga miskin dan kaya.
RAmai manusia lulus dalam ujian Allah dalam keadaan mereka tenat, miskin, faqir dan hodoh lagi buruk.
TETAPI
Ramai manusia gagal jika diuji oleh Allah tentang pangkat, harta, rupa-paras yang cantik.
he..he..he... (aku menang lagi)
Blogger-blogger lain nampaknya tidak ada masalah. Alhamdulillah. Semuanya menyokong aku..
he..he..he..
eh sorang lagi...budak leeds nih..lupa aku nak feedback.
Sebenarnya aku tidak pandang pada otak. sama ada seseorang pandai atau bodoh.
Jika seseorang wanita itu pada aku sangat cantik (seperti model dalam gambar entry aku) tapi dia bangang dan sering gagal dalam Calculus 123, aku tetap katakan ia cantik.
Buat apa aku nak pandang otak dia. Aku x kisah sama ada dia bimbo, slut atau hooker sekalipun.
Kalau dia seorang bimbo, tapi dah memang dia cantik, tetap aku katakan dia cantik. persetankan sama ada dia bodoh atau bijak.
Aku tahu... ko perempuan. persepsi ko terhadap perempuan memang berlainan.
Mesti ko nak tambah sesuatu pada wanita cantik itu.
ko mmemang x puas hati dengan apa yg aku cakap..
ha..ha..ha.. biarkan....
ari ni... ko tambah kebijaksanaan.
esok mesti ko tambah wanita cantik tu mesti dia meniaga cellfood dan berjaya dalam perniagaan dia...
aku dah faham dah perangai ko....
he..he..he..
nice try..
kau menang heh..........
kat entry aku ada aku puji satu pompuan melayu yang pada aku paling cantik... kau dah tengok ?
heh heh .......
aku nak bini macam tulah...
mana boleh dapat ?? hee hee
apa kata korang yang lelaki teruna ni letak ciri-ciri pompuan yang korang suka, korang minat dan berkenan untuk dijadikan isteri sepanjang hidup, teman bukan separuh jalan, than beri sebab kenapa korang cari yang canggitu. Yang dah kawin pun kira boleh gak la, cakap napa korang kawin ngan pompuan canggitu, sebab memang cinta rela ke atau rela kerana terpaksa ke atau kerana orang tua...
Ha Hakim, pe kata ko yang mula dulu.Lihat sejauh mana relevantnya fakta ko pasal pompuan cantik : siapa yang harus memiliki dan dimiliki
Karl,
ITULAH KAU.
KAU SEBENARNYA SALAH FAHAM. statement aku kau tak kaji habis2.
Aku cakap.... FILEM MELAYU ZAMAN SEKARANG. ZAMAN SEKARANG. IAITU 80an, 90an dan 2000an
aku tak mention pun filem melayu dulu-dulu.
Siapa yang buat/direct/sutradara filem Melayu sekarang?
Aku dah mention pun iaitu Prof Razak mohdiien, Ahmad Idham, Yusof Haslam.
AKU TAK MENTION PUN FILEM MELAYU 50AN-60AN hasil Allahyarham Pramlee, atau sekutunya daripada studio Jalam Ampas etc.
tulah kau...kau ambik mudah sahaja setiap baris patah perkataan aku.
ps: aku sudah baca entry kau. Aku tak boleh comment dalam blog kau sebab kau dah tukar kepada beta.blogger ada masalah login dan password.
chempaka biru,
Telah aku katakan. perempuan cantik taraf model bukan untuk lelaki yang pendapatannya sekitar 0 - RM15 ribu
Mereka kepunyaan Millionaire/billionaire
Perempuan yang bijak, beriman dan baik hati. Aku tak kategorikan sebagai perempuan cantik jika muka dan badan dia buruk dan selebet.
Kalau perempuan yang beriman itu mempunyai segala pakej tersebut iaitu kecantikan seseorang model, maka mereka harus dimilili oleh
1. Maharaja Islam (kalau wujud)
2. Emperor of Moslem
3. HOsni Mubarak
4. King Abdullah of Arab Saudi (kalo dia gatal la)
ada ngerti ???
Jangan samakan perempuan yang beriman/ berbudi bahasa itu sebagai prempuan cantik jika wajah mereka buruk.
DI SINI AKU HANYA MENILAI SECARA KECANTIKAN DUNIAWI DAN KECANTIKAN FIZIKAL SAHAJA.
Ingat tu segala perbincangan aku adalah LOGIK.
Aku bukan hipokrit.
Ramai lelaki yang mengatakan bahawa dia suka pada perempuan yang beriman dan bersopan santun tetapi hakikatnya mereka SANGAT GATAL pada perempuan yang cun-melecun. ITULAH ADALAH FAKTA!!!!
MEREKA TERPAKSA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN YANG BERIMAN TAPI TAK CUN TU SEBAB PEREMPUAN YANG CUN TARAF MODEL ITU MEREKA GAGAL MILIKI kerana tiada faktor-faktor kedekatan mahupun kelayakan.
Kalau mereka ngoratpun mereka tidak akan dapat.
Sila ambik perhatian.
terima kasih.
Meh Elhakim, aku komen.
Dah tentu kau tak layak memiliki wanita cantik. Aku juga tak layak Elhakim.
Peluang aku memiliki wanita cantik 0.09%. Peluang aku memiliki wanita kurang cantik 99.01%.
Ah lebih mudah mengurus yang kurang cantik, lebih setia padaku, lebih tinggi pengorbanannya pada aku. Yang penting: Aku menyintai dia, dia menyintai aku.
Mana lebih baik, 10 tahun hidup bersama yang kurang cantik, terasa 1 hari. Dengan hidup bersama dengan yang cantik, 1 hari umpama 10 tahun.
Moral: Tak usah mengejar wanita cantik, biarlah mereka yang mengejar kita. Ho Ho Ho.
p/s: sudah boleh register. Boleh le aku dan anak2 cuti panjang sikit. ElHakim, bayangkan anak aku yang berumur hampir 8 tahun memerintah. Apa yang anak aku boleh buat? Main playstations ajelah yang dia tahu. Ho Ho HO.
Quote:
"ari ni... ko tambah kebijaksanaan.
esok mesti ko tambah wanita cantik tu mesti dia meniaga cellfood dan berjaya dalam perniagaan dia...
aku dah faham dah perangai ko...."
ehehhehehe macam tau2 jer..
kau mmg bijak encik hakim..
cuma aku tetap menang laa..
sbb berjaya mengurangkan 'power' kenegatifan blog ko ni..
wpun hanya utk satu entry..
ahahhhaaaaaaa
Tapi ki macam lupa tentang satu perkara... HUKUM ALAM... apakah kecantikan yang mungkin kau labelkan itu yakni KECANTIKAN LUARAN akan kekal selamanya... key tak yah pi jejauh.. cuba balik nanti ko singgah ke pasaraya, atau pasar malam atau market kat chow kit atau kat mana-mana kedai buah. Ko beli sebiji je.. tak yah banyak2 epal hijau yang segar bugar.. ko letak kat atas meja... biarlah dalam seminggu dua.. ko lihat apa yang akan terjadi, kalau tak jadi apa2 ko biarkan dalam sebulan... aku cukup gerenti mesti ada perubahan.. cuba ko bayangkan PEREMPUAN CANTIK mengikut label ko tu lah.. apakah mereka boleh bertahan hingga ke akhir hayat???? kalau jangka hayat hanya sekitar 20 ke 30, mungkin boleh kot, tu pun kena amik macam2 suplement supaya segala yang kendur tak nampak dan yang kedut masih tegang... Fikir sendiri lah brother..... FITRAH TETAP FITRAH TAPI AKAL JANGAN LAH LETAK KAT LUTUT.... Hakikat tetap hakikat, tak kan jadi HIkayat punya....
The Brutal Princess
hahah ..perasaan.. mungkin juga..biar org lain kata aku buruk .. tapi aku masih kata aku cantik.. kerana aku tahu aku cantik..hahahah... cantik ke???
kalau diberi pilihan sama ada untuk diberikan kecerdikan atau kecantikan.. aku pilih kecerdikan.. kerana dgnnya.. i can survive.. and that is the real beauty...kerana aku takut bila cantik... i need to please man which i know they r and never satisfied on what they've already had..
P/s : am i gender bias??
Kim,
mana lah aku tahu pasal kau ni jenis main sondol aje........ kalau satu tak baik semua kau kata tak baik... so aku pun buat kesimpulan lah yang kau selalu nak muntah tengok filem melayu....
Jadi kau setujulah dengan aku yang filem era 50an ada mutu !!!!!( kalau gitu aku menang kali ini) ........ hee hee.......
Kim aku tak boleh terima post comment, beta boleh bagi post tapi blogger tak boleh pos kat beta .... what shall I do now ..Any idea ??
kau putus asa dengan wanita cantik dan wanita perasan cantik kerana mereka menggunakan kecantikan sebagai batu loncatan? jangan salahkan mereka, mereka dilahirkan dengan ujian yang maha hebat, iaitu kejelitaan.
cantik dan indah makna realisme kamu memang benar, lelaki itu seorang realis. Maka, dia harus menanggung beban keinginannya dengan mempertingkat tahap kehebatan dirinya.
Tapi alangkah rugi lelaki realis yang hebat tetapi cukup pada wanita cantik jelita. Jika kamu faham maksud ku, Kim.
:)
he..he..
ada orang perasan dia menang...
MANA BLEY....
ha..ha..ha.
Pu3 Daluwarsa...
bila umur semakin meningkat, keinginan utk wanita cantik semakin berkurang-berkurang...dan terus berkurrang..
kadang-kadang perlu difikir bahawa yang dikejar tidak akan dapat..
yang dikendong berciciran..
aku rasa
tiada mengapa tidak mendapat wanita-wanita cantik spt model. Kerana itu bukannya tujuan utama manusia lahir ke dunia ini.
he..he..he. Kalau dapat, itu dikira sebagai bonus hidup.
bukannya apa...
aku rasa itu adalah tipudaya dunia.
he..he..he.
baik mengundur diri saja...
sebenarnya apa yang aku tulis tiada kena mengena dengn diri aku...
Aku hanya berfikir...
Kepunyaan siapakahh wanita-wanita cantik spt model apabila aku terlihat gambar entry aku itu..
itu saja...
he..he..he.
kim,
haha, jangan kau menarik diri dalam polemik yang kau mulakan sendiri, kau memberi kemenangan besar pada aku pula. hihihi
hendak ku tanya pada lelaki-lelaki apakah cukup wanita jelita, rumah besar, ternama, hidup mewah barang berjenama? Apakah itu yang kalian cari? Ternyata kamu hidup untuk satu alam. wasalam.
pedulik apa pendapat org lain...
aku tetap berpegang pada kenyataan bahawa apa yg diciptakan oleh Allah nih sememangnye semua2nya cantik2 sekali.
ciptaaan manusia je yg selayaknye punya pelbagai citarasa.. ada yg cantik, huduh, buruk, senget dan sebagainya.
sebab, apa yg diciptakan Allah tepat ukurannya, seimbang pembahagian, dan lengkap sebab musabbabnya kenapa ia tercipta begitu.
manusia???....
manusia sendiri ciptaan Allah... lagikan pula mahu mendabik dada menilai sesuatu yg diri sediri punya kekurangan..
hmmm...... baca sahaje lah...
assalamualaikum...
ahahhaha..lambat plak la ct enter komen kat kali ni ek...wah..hebat!
wahai la abg elhakim yang melabel diri sndiri sbg negative...
kecantikan tu vry subjective la bang...kalu abg ade bini hitam dan gemuk..abg ckp dia x cantik!
tp di mata org lain dia mybe cantik dan bila org puji die cantik..abg x bleh ckp si pemuji tu menipu...tak boleh sama sekali!
bcoz we think differently..and we feel things in different ways too...!
sama mcm iguana...ada org ckp iguana tu comel..ade org tgk iguana tu scary...eemm..ape mcm?
dan abg elhakim@mr debater@ perasan tun hakim..hehhe
ni nk buat correction skit...ttg wanita cantik dan elegant..in their perspective ct x tau la kan.but in my point of view..cara ckp, bertutur..bkn dibuat2 agar nmpk cantk..tp agar nmpak sopan..dn kalu dh others nk tfsir dia nmpk elegant or cantik in that way,nk buat cmna kan...hehheh
dan juga...bkn wanita cntik je ade persoalan..
"LELAKI INI SUKA PADA AKU. JIKA AKU BERKAHWIN DENGANNYA. APA BENEFIT YANG AKU TERIMA?"
wanita hodoh and even cacat pun will think that way..apela abg ni..x sangka abg bleh pikir cmtu..ish..pathetic!
dan..talking about melayani diri bercakap ttg kesepian diri...abg salah sama sekali...sbb, semakin ramai yg mengejar kita..actually semakin rimas dibuatnya..dan semakin kita berfikir ttg kesepian itu..sebabnya, dlm ramai2 yg mengejar tu..xde satu pun yg kita berkenaan..atau jatuh dlm kategori"not my taste"...letih dan kesepian actually..
dan perlu rasanya di highlight di disini..bahawa...wanita cantik juga ramai yg kesepian dlm keriuhan(abg paham ker ek? i'm sure u do..)
oh...ya..sblm ramai yg assume yg bkn2..better to explain..bahawa, ct ni x cantik pun and yet i think cantik is a very symbolic and too subjective..and terpulang kpd kita actually nk pikir siapa cantik dan siapa tidak..to me..what matters more is...the sincerity in any single things we do...betul x????
menjadi perempuan cantik memang satu kelebihan, bisa menggoda mana-mana lelaki, samada tua atau muda, kaya atau miskin dan kacak atau tidak kacak.
bagi perempuan cantik yang 'berjaya', mungkin mereka memperolehi 'cinta' berpadanan dengan kejelitaan mereka. maksudku, setiap kejelitaan itu pasti ada harganya. dan selalunya, kejelitaan ini dikaitkan dengan kemewahan dan kekayaan yang mereka perolehi. dengan kata lainnya, menjadi cantik dan jelita adalah tiket mudah untuk memperolehi kesenangan duniawi.
tapi ada perempuan sebegini yang menyalahgunakan kelebihan ini. mereka akan mengusik banyak hati-hati lelaki dan seterus rela untuk melukai mereka. dari senarai yang panjang, mungkin mereka akan cuma memilih lelaki yang boleh dijadikan satu sandaran untuk memperolehi kesenangan hidup. dan lelaki-lelaki yang tidak menepati citarasa mereka, selalunya akan kecewa.
dan ingin aku nyatakan sekali di sini, kecantikan juga bisa membinasakan. apa tidaknya, dari apa yang aku lihat, perempuan cantiklah yang selalunya menjadi pelacur, tidak kira yang berkelas tinggi atau di lorong-lorong gelap. kecantikan menjadi umpan untuk mencari kesenangan duniawi. dan lihat pula GRO di tempat-tempat hiburan. tanpa kecantikan, mereka tidak akan bisa dapat bekerja di situ, walaupun IQ mereka kosong. maka tidak hairanlah dengan tahap pemikiran tersebut, mereka bisa dibawa balik ke ranjang tidur. kecantikan sekali lagi membawa kemusnahan pada mereka.
menjadi cantik mungkin penting bagi setiap wanita. kerana seperti kataku, ianya tiket kesenangan. dan aku malas untuk bicara tentang kecantikan dari segi moral dan fikiran. itu kelebihan yang lain. yang dimaksudkan oleh elhakim ini adalah kecantikan fizikal saja. dan benar juga katanya, tidak ramai perempuan cantik itu bijak. mungkin kecantikan itu saja yang mereka dianugerahi oleh Allah. ataupun mereka sudah jadi terlalu selesa dengan kecantikan hingga memikirkan tidak perlu lagi menajamkan akal fikiran. maka itu ramai perempuan cantik yang sekadar menjadi bimbo, simbol seks dan tempat memuaskan nafsu lelaki.
aku kagumi kecantikan wanita walaupun sedar mereka memangpun mempunyai kelemahan yang ketara. kelemahan dari menjadi manusia yang lebihg sensitif, atau kelemahan minda mereka. atau juga kelemahan mereka yang menunjukkan kewujudan mereka semata-mata untuk memancing lelaki-lelaki yg bisa menghujani mereka dengan kemewahan. kecantikan perlu dihayati sebenarnya. sepertimana pelangi yang cantik di langit. bisa buat kita terpesona, bisa buat kita melanggar bontot kereta depan kerana terlalu asyik dengan keindahan pelangi itu.
dan aku ingatkan pada perempuan-perempuan yang cantik di luar sana. kamu seperti pelangi, cantikmu cuma seketika, satu hari ianya akan pudar juga. mungkin disebabkan ketuaan, atau mungkin disebabkan curahan asid. hihihihi. kenapa perempuan cantik saja yang dicurahi asid? kerana kecantikan itu akan buat orang sakit hati, buat orang tersinggung, buat orang rasa meluat dengan sikap sombong kamu.
berhati-hatilah perempuan-perempuan cantik.... atau seperti kata elhakim, aku harus mengingatkan juga perempuan-perempuan yang terperasan cantik. kecantikan itu sebenarnya satu anugerah, tapi boleh membinasakan jika tidak tahu membawa diri.
tukaunama,
sekurang-kurangnya kau harus bersyukur sebab masih mempunyai peratusan utk memiliki wanita cantik bertaraf model iklan shampoo sunsilk (5 bintang). (KAU SENDIRI YANG MENGAKU) BUKAN AKU.
Maaf aku rasa peluang aku SIFAR. he..he..he.
karl,
ko memang x boleh dapat, sbb dia dah jadi nenek. dah x releven.
AKU TAHU KAU MAHU CARI WANITA YANG SEJENIS mcm ZAITON-chombi. Memang ada...
aku syorkan iaitu Zaiton Sameon.
ha..ha..ha..
Kau kalah.
CHEMPAKA BIRU
AKU TAK FAHAM. kenapa kau bayangkan semua wanita cantik akan jadi tua.
Aku akan jadi tua.
kau akan jadi tua.
sesungughnya aku fikir pada masa ini. masa releven. pedulik hapa aku tentang masa depan mereka.
Di sini aku tidak menulis utk wanita cantik taraf model 10 bintang bagi 20 tahun yang akan datang.
Nak buat apa??? ha.ha..ha..
sorry.. anda kalah. hujah anda x releven langsung pasal semua orang cantik jadi tua... sorry sekali lagi.
Khairena,
pendapat anda ketara salah. sorry.
Aku rasa... jika kau masih belum berkahwin...Elok saja kau berkahwin dengan lelaki yang hodoh, kerana pada kau... lelaki hodoh itu cantik.
bila kau berada pada situasi di situ, kau pula yang tak hendak. Jual mahal.
di sini aku hanya mengikut rentak hujah engkau sahaja. sebab itu adalah buah fikiran engkau. so sorry. kau juga kalah.
Pu3,
hmmm... aku tetap menang.
kau yang kalah.
pawana,
MEMANG wanita cantik TARAF MODEL berfikiran begitu.
MEREKA berfikiran harta dan materialistik. rata2 mereka begitu.
APA ENGKAU INGAT PEREMPUAN LAWA TU MINAT PADA PENGGILAP KASUT TEPI JALAN KER?????
apaara...
sorry PAWANA. KAU KALAH TERUK.
malam ni sila baca banyak2 ok? study lagi.
AZIM,
Dengan komen Azim kali ini, maka kemenangan aku dan Azim sudah lengkap.
memang pendapat aku dan azim lebih kurang sama. he..he.he..
Bagi blogger wanita-wanita yang kalah tu, balik dari pejabat nanti sila buat banyak-banyak kajian tentang masalah kehidupan alam sekeliling.
JIka boleh sila banyakkan pembacaan.
"MEMBACA JAMBATAN ILMU"
p/s : sorry aku terPROVOKE kalian lagi....
he..he..he..he...
Zaiton Sameon siapa eh........
Oh !!!! Yang itu, itu pun dah boleh jadi nenek daa........
aku menang.......hee hee
Dear Azim,
Bagus N3 yang diberikan. Yup, secara logiknya boleh diterima pakai, tapi cuba renungkan satu perkara. Mengapa perempuan yang cantik2 ni sering terjebak dalam satu fenomena yang meloyakan. Kalau tiada permintaan, masakan gejala ini akan semakin mendapat tempat. Key, ratu cantik….. mengapa mesti galak diadakan… mengapa mesti semakin laris permintaan…. mengexplotarikan kecantikan yang dianugerahkan ke jalan yang salah???? Kerana ada permintaan…. ada tajaan dari yang ingin mengaut keuntungan samada dari segi material mahupun hafsu. Dan tidak lain adalah dari golongan anda.. yakni LELAKI….. begitu juga dengan pelacuran dan GRO yang berlambakan bagai cendawan tumbuh sesudah hujan… mengapa… mengapa kecantikan yang ada pada wanita-wanita seolah-oleh menjadikan LELAKI kian bernafsu… kian tumpul akal yang diberikan. Ye, kita membincangkan waktu sekarang sebagaimana yang Hakim inginkan, tapi jika wanita-wanita cantik ini tidak disuntik dengan kesedaran, tidak dibekalkan dengan tarbiah, makanya sampai ke akhir zaman, manusia pasti hidup dalam belenggu JAHILIAH alaf global…. Rasanya tak perlu diperjelaskan apa ertinya JAHILIAH itu malah Hakim dan Azim tentu teramat arif.
Wanita cantik akan lebih cantik andai tahu menjaga adap sopan, akhlak diri dan keperibadian. Tunjangnya adalah iman dan taqwa yang boleh disuntikkan dari orang-orang yang rapat dengan mereka. Pelacur yang hanya bermodalkan tubuh dan kecantikan, apakah kita sanggup untuk melihat mereka terus diulit dan diratah oleh lelaki silih berganti?????? Wanita-wanita cantik diperaga dengan segala bentuk pakaian mendedahkan segala urat tanpa pedulikan batas aurat…. Apakah selamanya mereka akan diperagakan….Mengapa semua ini terjadi… fenonema yang dicetuskan oleh siapa… apakah oleh golongan Wanita-wanita cantik ini atau golongan lelaki yang lebih bermotifkan keuntungan memuaskan nafsu batiniah atau lahiriah…. So.. fikirkan lah sendiri. Rasional atau relevant kita sendiri yang menentukan. Jalan yang terbentang kita yang memilih.. cantik lahirian kini yang kita miliki, ke mana arah tujuan yang ingin kita bawa… dosa pahala ada di antara dua…
Tak kisah lah kalau hakim nak saya kalah. Bersama hujah yang x releven langsung tentang isu ini, tapi bagi saya, saya tetap katakan cantik luaran tak akan menjanji kebahagiaan yang hakiki kalau tidak disertakan dengan iman dan ketaqwaan pada yang telah menganugerahkan KECANTIKAN itu pada kita....
hey mr negative...
do not provoke telling me that i am wrong...ct bkn jenis yg melenting terus....hahhahha...
jadi, usaha anda adalah sia2..
dan, abg ni yg x pay attention...ct x ckp mereka suka pada penggilap kasut..siapa yg suka..mak bapak pun xkn approve tau....aiiiyyaa....kesian..memanglamereka ni materialistik..that one mmg dah vry synonym...hey, do not narrow down ur mind..
ct rasa abg x fully understood la..thats y abg jwb as simple as that...and yet u simply said u won!
owh...andai kemenangan spt itu yg menyenang hati abg..silalah rasa abg tu menang..x luak ape pun...bcoz..i heard someone said before..."people who have confidence in their opinion x pernah kalah.."
dan perlu diingatkan...jgnla ckp hal menang atau kalah dgn ct...bcoz ct bkn jenis yg masuk perangkap dgn such words..hahahha
hey mr debater..
menang ke..kalah ker..senyum je la yer..hehheheh
aku kalah??
aku menang?? hehehe
pedulik apa aku. hehe. kerna aku menuturkan dari apa yg aku sedarkan. bukan kalah menang soalnya. caturan dan pemikiran hidup aku bukan pertandingan, bukan juga perjudian.
bukan juga enkau yg tentukan jodoh aku kelak gimana cantik or huduhnya dia(menurut pndapat engkau ttg kehuduhan tu)..
cuma kecantikan menurut persepsimu yg aku kasihankan amat. amat tipikal dan sinis sekali. ironinya, kau hanya mampu melihat sebahagian sahaja arti dari kehidupan nih.
ohh.. ya. andai kau tak menganggauk or menggeleng dgn apa yg aku taipkan ini ya hakimm, hatta tidak tersenyum sedikit pun dengan komentar aku disini... sekali lagi ingin aku nyatakan...pedulik apa aku... hehe
engkau kata aku kalah?.. yaaa terpulang. aku terima.
engkau kata aku menang?... yaa terpulang juga..aku tetap terima.
semua aku terima dgn senyuman aje... hehe
yg pasti 1, aku tak mahu kalah dalam kehidupan aku kelak nanti di sana. cukup...
:)
isu panas ni...hihihi
ok cempaka biru.. i faham maksud kamu itu. bukan untuk menyalahkan sesiapa, sebab apa juga keruntuhan akhlak yang saya bentangkan itu adalah sesuatu yg kita perlu sedari dan berlaku di sekeliling kita.
samada pelacuran, GRO atau bohsia, adalah semacam satu perniagaan yg melibatkan perempuan2 cantik. dan perempuan yg tidak tergolong dlm kategori wanita cantik tidak akan diheret dalam permasalahan ini. maka disimpulkan, wanita yg tidak cantik ini sebenarnya sudah terselamat dari bencana yang menimpa wanita-wanita cantik.
dan sekiranya seorang wanita cantik itu turut cantik dari dalam diri mereka, aku kira aku juga akan cuba memikatnya. mulia hati, teguh pegangan agama pasti akan membuatkan wanita cantik llebih cantik. tapi tidak banyak yang begini. sukar dicari sebenarnya.
sekian terima kasih, yang itu aku suka, haha..
persoalan kemanusiaan : siapa harus memiliki wanita cantik?
ramai wanita yang mengaku mereka tidak cantik fizikal mengomen di sini, aku teringin melihat yang mengaku cantik fizikal ini mengomen, haha..
seawal perenggan di atas sudah boleh kubaca corak pemikiranmu, hakim..
sebab apa? sebab kita mempunyai pemikiran yang sama, muahaha..
zamir...
apa yang kau boleh bayangkan tentang aku?
apa yang kau fahami tentang manusia seperti aku?
aku mengaku di sini bahawa:
"aku tidak akan memuji wanita cantik di hadapan mereka jika mereka bukan milik aku"
khairiena..
apa-apalah asalkan kau bahagia...
aku doakan... semoga kau akan bertemu jodoh nanti...(jika kau masih belum)
semoga kau akan "sejuk" sentiasa.
he..he..he..
ejim...
aku hairan kenapa kau tukar azim kepada ejim...
saya akui saya cantik...
hakim aku dah tanya , harga samsung monitor arond $300 - $400 ... Boleh dapat kat sim lim sq lagi murah.............
zalisa,
kau mengaku cantik? bagus.
aku mengaku jelek.
Karl,
masih mahal kalau convert duit Malaysia.
di sini harganya RM789.00
convert to singapore currency.
Hakim,
Kalau dah convert lebih kurang dalam $350....around the same jugaklah.... for malaysian earning in malaysian ringgit mesti mahal lah...
Tapi kalau kau datang singapore kau pergi Sim Lim Square... kat sana barang komputer murah murah....
update laa cepat!
eheheh takkan dah ilang idea nak memprovoke kot!
pancarkan aura kenegatifan mu ayuhh!
ihihihihi..
*aku yg takder keje*
Alooowwwsss,
ElHakim, aku rasa terkeliru bila dengar nama Datok Bandar KL yang baru Dato AB Hakim Borhan. Tahniah atas perlantikan beliau sebagai dato bandar. Harap2 kesesakan lalu lintas perkara utama yang ditimbangkan. Ho Ho Ho, ElHakim compared to ABHakim, dokek-dokek jo namanya. Patutlah kurang update kau punya blog. Aku singgah office kau, golap gulita. Ekau poie mano, pi putrajaya ko?. Then aku balik lah. Hujan lobat sekarang nih.
chow.
aku bayangkan kau sangat hensem tetapi tiada siapa memahami kau..
haha..
disebabkan kau sedari awal menjenamakan diri kau sebagai cas negatif, aku generalisasikan itu sebagai pola yang sama dengan corak pemakaian otakku,
sedangkan aku sedang berusaha menukar casnya..
boleh ke?
leeds,
aku mahu update blog ini.
Tapi cas negatif aku masih tidak memberi izin lagi....
Tukaunama,
aku ada tapi tiada. kemungkinan aku
1. tandas
2. pergi bilik orang lain
3. cas negatif aku melesapkan aku dari pandangan orang yang mempunyai cas positif
zf zamir,
aku? hensem?
he..he..he..
pasti itu gambar aku?
pujian kau itu....aku anggap ikhlas dan aku amat menghargainya.
semoga ke-negatif-an aku dirahmati Allah SWT.
Quote:
"semoga ke-negatif-an aku dirahmati Allah SWT."
ameen...
pls keep writing yerr..:)
YaAllahHuakbar... tak habis lagi ke brother ElHakim... cuba ko bawak isu lain pulak... mual pulak rasanya asyik memperkatakan tentang cantik ni... bukan sebab aku tak masuk dalam ketegori cantik tahap model, tapi cantik ni terlalu subjektif... bergantung pada penilaian individu. Kalau ko pentingkan kecantikan lahiriah, ada pulak yang inginkan kecantikan dalaman yakni pekerti. So apa pun tepuk dada tanya iman, tapi sure kaum ko nak pompuan yang cantik luaran dan dalaman kan... kalau tak napa bila nak kawin mesti pilih yang beragama agar rumahtangga walaupun ditakdirkan tak kekal lama, masih tak porak peranda biarpun hanya seketika... jadi cantik mana yang lebih enak dan molek.....
abg hakim.
kdg2 manusia dijadikan negative kerna akan menjadi kekuatan utk harungi hdupmu....
anyway, abg updatela....
ct pasti abg ada idea yg berlegar2 dr fikiran negatifmu itu...
hehheheh...
negative ker..perasan ker...pengkritik ker..ape2 la pun...asalkan abg
hadapi hr2mu dgn senyuman...
"abg hakim.
kdg2 manusia dijadikan negative kerna akan menjadi kekuatan utk harungi hdupmu...."
hehe aku hanye copy paste dr atas.
niway, jika benar ininye kamu spt di atas, memang belas rasenye... kerna kekuatan itu takde rupenye selama ni. hmmm
haha..aku suka yg ini..
ko pernah dikecewakan dgn pompuan yg cantik ke??hehe...
aku xsuka mengorat wanita yg cantik..biar mereka yg mengorat kita(lelaki).haha...
~choclate n strawberry~
comment recording to "bangsa melayu bukan utk perfileman".
sbenarnya situasi ini biasa utk negara2 yg pernah dijajah. tetapi indonesia, vietnam dan beberapa lg seakan2 telah berjaya lari dari masalah ini.
p/s: ada yg berpendapat jika sesebuah negara itu berhasrat utk melahirkan filem2 yg bagus, rakyat2nya kena rajin membaca buku..=P
Pemerhati aka pembaca komen jer :D
Salam Hakim,
Mana kau menghilang, rindu pulak aku dengan kau ... kau sihat ??
Selamat hari Raya. Maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa...
Cepatla update..
abg hakim..
assalamualaikum...esok hari raya tau..selamat aidiladha yr..ampun maaf dr ct ..halalkan sumer yer..heheh
mane abg menghilang ni?tak rindu kat kitorg ker..update la bang...x perlu isi2 yg berat..santai2 juga ok.hehhe.
take care bro...
hmmm....
ade lelaki yg membahagikan cantik kepada dua.
1. cantik wajah
2. cantik perangai&pembawaan diri
utk seorg lelaki, dlm pemilihan seorg perempuan bgnya, org itu mestilah ade rupa (ikut taste die). tetapi mesti juga cantik perangai(ikut taste die juga). itu dr apa yg aku dpt dr pasangan aku. sungguh jujur btol die.
bagi org perempuan, lelaki mesti kene ade kemampuan utk menanggung hidup kite. aku gembira seandainya pasangan aku tu kaya raya. tapi cukup jugak kalo die boleh tampung tempat tinggal,makan,pakai. kalo org tua 100 tahun dan billionaire, aku taknak. kalo org tu datuk pon aku taknak. kekayaan yg melimpah ruah tak boleh menjamin kebahagiaan hidup.
aku ckp kat pasangan aku, kalo boleh aku xnk jadi datin. jadi die xperlu jd datuk(title).aku tak mahu terbiase hidup bermewah-mewahan.takut nnt aku alpa.
bg aku, ko jujur bile kate mcm tu. baguslah jika ko berjaya menjujurkan diri dlm mengatakan apa saja yg ko fikir btol.
cuma tak semua yg ko fikir itu, same apa yg org lain fikir (aku rasa ko tau itu)
=)
Post a Comment
<< Home