Persoalan Kemanusian: Umat Islam dunia berkiblatkan barat dalam pemerintahan mereka?
1. Selamat Hari Raya AidilAdha/Tasyrik
2. Selamat Tahun Baru 2007
3. Utara dan Selatan Semenanjung mengalami hujan lebat. Banjir tercetus di satu dua tempat
4. Gempa Bumi di dasar lautan Korea/Taiwan. Kabel telekomunikasi dasar laut terjejas teruk. 5. Internet lambat nak mampos. Hampir memusnahkan minat dan enthusiast aku untuk update blog. Kaji laju sikit will ya?
6. Kes gempar: Saddam Hussein Al-Takriti mati digantung. <------ KES BERAT DAN GEMPAR
Setelah aku terima berita kematian saddam daripada seorang saudara pada malam aidiladha minggu lepas, aku terdiam. Seolah-oleh tiada reaksi. Aku tidak tahu perasaan aku pada masa itu. sama ada aku sedih? geram? dendam? ya. aku sendiri tidak dapat mengenalpasti reaksi aku. Yang aku tahu adalah kematian itu adalah satu takdir yang pasti. Hendak tidak hendak semua makhluk akan mati termasuk penulis dan kucing penulis itu sendiri.
Sebenarnya aku tidak expect kematian saddam di tali gantung setelah perbicaraan di mahkamah kangaroo ciptaan lahanat pihak imperialist/neo-con-Amerika telah mencapai suatu titik noktah yang agak tergesa-gesa. Tidak pantas dalam hal ini saddam dijadikan kambing hitam kerna yang aku tahu bahawa saddam adalah ciptaan imperialist amerika itu sendiri untuk meneutralkan timur tengah pada masa itu daripada cengkaman pihak syiah yang telah berjaya melenyapkan pengaruh amerika di bawah pemimpin agong dan mentor keagamaan mereka yang bergelar Ayatollah Ruhollah Mousavi Al-Khomeini dengan tumbangnya rejim Iran di bawah Shah Pahlavi. (sekitar 1979). Nampak sangat pihak Amerika terpaksa mengorbankan bekas anak didik mereka demi menjaga maruah dan menutupi kelemahan dan kegagalan polisi mereka di Iraq demi menjulang nama gah mereka di persada dunia. Hakikatnya kekalahan demi kekalahan pihak tentera Amerika di Iraq oleh pemberontak/insurgent di Iraq semakin tampak dan tidak dapat ditutupi lagi.
----SEJARAH DI REWIND-------
****Penakhukan bumi Iraq oleh Amerika pada tahun 2003. Umat Islam di Iraq hidup dalam keadaan lahanat dan melarat. Mesjid dibom. Pihak sunni dan syiah bersengketa (walaupun mungkin persengketaan itu hanyalah polemik dan bohong yang sengaja diuar-uarkan dan diada-adakan.)****
Pada aku terlalu banyak kesilapan saddam sebenarnya walaupun dari segi dzahir beliau nampak sebagai seorang nationalist arab yang agak lantang dan berani. Yang aku tahu bahawa, beliau memang tersilap langkah. Yang paling nyata kesilapan beliau adalah ketika beliau dengan bangganya dapat menakluki Kuwait dalam masa 2 jam dengan kekuatan infantri dan kereta perisai Iraq pada tahun 1990. Terkilan juga aku pada waktu tersebut. Penaklukan Kuwait bukan bermaksud keagamaan tetapi lebih kepada penaklukan kerana perebutan kawasan telaga minyak dengan berfaktorkan sumber-sumber sejarah bahawa Kuwait adalah sebahagian daripada Iraq. Iraq bertambah berang apabila Kuwait tidak setuju dengan penghadan pengeluaran minyak yang menyebabkan Iraq pada masa itu telah mengalami kerugian yang agak besar.
Siapa yang mendorong serangan Iraq ke atas Kuwait?. Mengikut teori dan telahan aku sendiri adalah pihak CIA itu sendiri TANPA DISEDARI oleh Amerika. Semuanya telah termaktub dalam perancangan zionist dan FREEMASONS. Mereka telah merencanakan kesemuanya. Tetapi mengikut logik aku lagi... walau apa-apapun Allah juga yang mengizinkan dan menentukan.
perjumpaan sulit antara Saddam dengan pihak CIA-zionist.
CIA-zionist : "Hoi Saddam, kalau hang nak serang Kuwait, hang seranglah...pihak kami sentiasa mengalu-alukan serangan anda. nampaknya Kuwait semakin sombong. negara hang boleh jadi papa-kedana kalau kuwait terus dengan polisi minyaknya"
Saddam: "Kalau begitu, baiklah. aku akan serang Kuwait tidak lama lagi".
Saddam tersilap langkah kerana menerima cabaran pihak CIA tanpa berfikir panjang. Ya memang kesilapan segelintir pihak Arab sejak dahulu lagi kerana menerima nasihat daripada pihak barat tanpa berfkikir panjang. Sudah resmi segelintir pemimpin Arab begitu. Mereka amat takut pada tekanan. Teori aku yang lain-lainnya
1. Muammar Ghadaffi sekarang ini terpaksa melembutkan kepalanya yang keras. Beliau sekarang ini seakan-akan tunduk dengan gesaan Amerika untuk memansuhkan program senjata pemusnahnya.
Dua orang warga Libya yang disyaki meletupkan sebuah pesawat barat di Lockerbie Scotland juga telah diserahkan kepada pihak British oleh Libya untuk perbicaraan. Walhal sebelum itu Gaddafi sudah berikrar untuk melindungi warganya daripada perbicaraan berat sebelah oleh pihak barat.
Libya telah dimandulkan. Ya Libya telah dimandulkan sejak tahun 1986 apabila Tripoli dan Benghazi dibom oleh pihak Amerika. Presiden Amerika pada masa itu adalah Ronald Reagan.
2. Saudi Arabia sedang sibuk memerangi pihak militan yang seakan-akan tidak wujud di atas rhetorik perang ke atas pengganas Al-Qaeda di atas suruhan Amerika dan Barat. Sekarang ini apa yang aku nampak, kerajaan dan ulamak Arab Saudi lebih menyebelahi Israel apabila Lubnan diserang pada tahun 2006. Mereka menyalahkan Hezbollah di atas peperangan ini. Mereka sanggup menuduh bangsa mereka sendiri yang menyebabkan kemusnahan Lubnan. Pada aku apa punya bodoh kerajaan Arab Saudi ini.
3. Fatah mengikut telunjuk zionist dan barat. Fatah dan Hamas bergaduh kerena tidak sebulu dan sependapat. Akibatnya Fatah tidak dapat menerima dengan tenang kemenangan pihak Hamas dalam pilihanraya 2005 yang lepas. Pertumpahan darah antara pihak Hamas dan Fatah tidak dapat dielakkan. Lain-lain negara Arab tunduk kepada Amerika dan Israel untuk tidak memberi bantuan ekonomi kepada Palestin di bawah pimpinan Hamas. Pimpinan Hamas porak-peranda kerana rakyat Palestine telah dikhianati oleh Fatah.
Pada aku persengketaan antara Fatah dan Hamas ini sungguh bodoh, pelik dan aneh. Musuh di depan mata. tetapi adik-beradik bercakaran antara satu sama lain. Musuh (zionist) tersenyum. emak-bapa kepada adik beradik itu (negara arab lain) tersipu-sipu malu. Pada pandangan aku yang separa bernas, Fatah tidak suci dalam perjuangannya. Perjuangan Fatah telah diselewengkan oleh pemimpin2 mereka sendiri sejak arwah Yasser Arafat lagi. Jika mereka jujur, masih banyak kelemahan dan kesilapan dalam pihak Fatah itu sendiri. Mereka berjuang bukan untuk agama tetapi lebih kepada perjuanngan kerana Bangsa dan tanah air. Dalam hal itu, mereka membenci jihad. Mereka lebih cenderung menerima teguran Amerika dan Israel dalam apa jua tindak-tanduk mereka kerana takutkan habuan mereka tidak diperoleh. Mereka juga berjuang kerana wang dan harta. Maka pada aku perjuangan mereka adalah sia-sia.
Pengikut Fatah ini bukan sedikit. Oleh kerana perjuangan mereka tidak ikhlas, maka aku kira sebab itulah perjuangan pihak Palestin menentang Israel tidak kemana-mana dan banyak menemui jalan buntu. Mereka menghadapi kegagalan demi kegagalan. Sejarah juga membuktikan kedangkalan pihak Palestine dalam perjuangan mereka. Mereka (Arab-Palestine) sanggup menyingkirkan kerajaan Khalifah Turki di Palestine di atas nasihat British sekitar tahun 1920an. Natijahnya dosa dosa itu ditanggung oleh cucu-cicit mereka sekarang ini. (Syaitan dan iblis bertepuk tangan kegembiraan. Aku kira kegembiraan itu tidak panjang.)
4. Tumbangnya kerajaan Taliban pada tahun 2001. Tiga buah Negara umat Islam yang mengiktiraf kerajaan Taliban sebelum ini yang berpaling tadah dan mengikut telunjuk Amerika dan zionist untuk tidak memberi bantuan kepada kerajaan Islam taliban. Tiga buah negara umat Islam yang agak kuat berfahaman Wahhabiyah tersebut adalah
a. Saudi Arabia
b. Pakistan (Musharaf)
c. Yaman (aku tidak pasti)
5. Banyak lagi perkara yang seumpama itu. Umat Islam lebih banyak menerima-pakai nasihat dan gesaan musuh sebenar mereka untuk berbuat itu dan ini. Umat Islam kini agak tenat dan semakin tenat. Aku kira umat Islam ini hanya tunggu masa untuk pulih sahaja. he..he.he.
Kesimpulan yang aku beri kali ini adalah:
Maksud daripada Firman Allah:
"........dan sesiapa yang meminta pertolongan selain daripada Allah. Maka tunggulah (pembalasan Allah yang maha dahsyat...)"
Bagi aku, sejahat-jahat Saddam pun, beliau telahpun menerima hukumannya di dunia. Semoga Allah SWT meringankan hukumanNya di akhirat. Sesungguhnya Allah SWT itu adalah maha pengampun dan maha penyayang. Walau apa jua pendapat, Saddam bagiku masih tetap dikagumi. Keperwiraan seorang Bangsa Arab yang meladeni karenah paksi Iblis Jews, Zionist dan Freemason yang menjadi tonggak utama dunia dewasa ini. Bangsa mana lagi yang berani menentang secara terang-terangan polis dunia Amerika dan sekutunya zionist-freemason tersebut?
Bangsa Melayu? bangsa Acheh? bangsa Hindustan? bangsa Kurdish? bangsa Jepun? bangsa Korea? bangsa filipino? bangsa Latino? even bangsa Russia yang dahsyat dengan teknologi nuklearnya pun terkencing bila berhadapan dengan Amerika. he..he.he..
Jika keIslaman Saddam di redhai Allah, terimalah dariku.... AL-FATIHAH.
12 Comments:
Al Fatihah.
aku kagum ngan apa yg kau tulis.
ternyata kau mmg banyak membaca, sesuatu yg susah nak jumpe pada masa ni..
jarang jarang..
aku mmg kagum, sbb kalau kita baca akhbar pun, belum tentu akan jumpa macam ape yg kau tulis.
pasal saddam ni, aku terima je bulat2 ape yg kau tulis...sbb banyak mana aku membaca pun, aku mcm takleh relate..dan aku agak slow utk paham sejarah perang2 dunia ni..
cuma sentiasa amik tau..masalahnye kalau ajak member2 sembang pasal bab2 ni...cakap sorang2 laa aku..
sebab..Malaysia..dan kebanyakan rakyat Msia, dah layu..
pemimpin pemimpin kita sekarang, dah tak lantang macam Dr M dulu..
lembap, dan malaysia mcm layu jer..
zaman Dr M, mase tu kaki kaki bodek dia semua sokong bila Dr M kritik Amerika dan sekutunya...sekarang, bila Dr M kritik Paklah, dia kena balik..
maaf keluar topik sikit...sbb aku suka kait ngan ape yg berlaku di tanah air kita..bangsa kita.
layu. tu je la mampu aku kata.
teruskan menulis.walaupun kau negatif, tapi tulisan kau mampu buat org2 layu utk berhenti sejenak dan berfikir.
kita mungkin tak mampu ubah org lain, tp kita boleh ubah diri sendiri.
azam aku 2007, utk lebih banyak membaca.
:)
Al Fatihah.............
Satu entri yang baik Hakim. Setuju dengan kata Leeds yang kau banyak membaca, banyak buat kajian. Aku pasal politik tak pandai sangat. Boleh dikata tak minat .
Tapi ada sesuatu yang menyentuh sanubari ini. Kenapa mesti hukuman gantung dijalankan pada malam Hari Raya Haji ?? Ini ada satu penghinaan yang amat besar buat umat Islam. Mungkin betul kata kau dah ditakdirkan dia mati ditali gantung, dia akan mati pada malam Hari Raya...
Walau apa pun aku tak fikir Iraq akan aman sesudah Saddam mati...
dengan perpecahan kaum antara sunni dan sunnah ianya akan hanya membuat pergolakan politik Iraq bertamabah keruh.
Dasar luar Amerika tidak berubah sejak zaman Bay of Pigs, era menyebok di Eropah, Amerika Latin, Vietnam, Somalia dll. Dasarnya: Sekali dikatakan hitam, maka hitamlah walaupun rakyatnya 3 000 lebih digodam. Untuk berundur walaupun desakan rakyatnya melihat korban 3 000 lebih, adalah satu *kemaluan* besar. Di Vietnam, lagi banyak angka korban tentera USA. Prinsipnya, "It's all or nothing".
Seperti kata elhakim, benar sekali yang Saddam tersilap langkah dengan diplomasi ikut ikutan, kemudian berusaha pula ingin menjadi "Champion of the Arabs" seolah olah mau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh almarhum Pres. Nasser (Mesir).
Pemimpin Dunia Ketiga yang keras kepala wajib belajar diplomasi dan ukur baju dibadan sendiri. Fikirkan nasib rakyat, jangan asyik nak mendabik dada tunjuk hero kerana diplomasi kuasa besar sentiasa mencari ruang untuk mengilas leher pemimpin dunia ke 3 wassalam.
trimas kerna menulis :).......memberi aku peluang membaca buah pikiran engkau tentang gejolak dan karenah persengketaan di timur tengah umumnye dan zionist amnya.
thanks dude!.
Pertama, akak nak ucap Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Kedua, seperti Leeds, akak setuju dengan apa yang kau kata tu (ek eleh... sengih besor pulak dia... dah betoi, takkan akak nak tegakkan benang yang basah lak). Ketiga, akak doa ada orang yang heret Bush, Blair, Howard, Rice, Chenney, Rumsfeld dan Powers ke muka pengadilan. Good riddance kalau mereka tak ada di muka bumi nih.
manusia seperti Fukuyama, sudahpun mencemuh kapasitinya yang lepas, neokonservatif.
dan semakin ramai yang sedar. tetapi, sejarah tetap akan berulang, berputar mengisi rantaian masa.
dengar khabar, kononnya lebih 50 ribu gurkha bush yang mati di Iraq sebenarnya.
dan perihal Saddam, sangat menyedihkan. konsep penyembelihan pemimpin hanya diaplikasi di zaman revolusi perancis saja. hinggakan shah iran pun sempat lari dari tali gantung.
ini petunjuk, tamadun kita yang semakin terkebelakang.
salam abg elhakim...welcome back..
firstly, innalillah ut yg telah tiada..kita yg dok ada lagi nih at least buatlah apa yg patut di masa yg patut di tempat yang patut dan di situasi yg patut...emmm, anyway, abg hakim dh buat sesuatu yg patut kot...which is, menulis entry ni...mnjadikan ct yg kategori layu(versi leeds..hehhe) dlm info2 spt ni ingin cargas membuka mata..
teruskan menulis..hehhe..miss u abg hakim...skrg dh x miss dh la kan..sbb dh kembali..hee hee...jgn maraaa aaa...hhehe
leeds,
bila aku x kutuk melayu barulah ko kagum.
karl,
saddam digantung pada hari raya haji sebab amerika-zionist mahu menghina islam dan umat islam itu sendiri.
Hanya mereka yang tolol, bahlol, bangang dan berbaur bongok AKA bebal sahaja yang payah nak faham polemik dan sindiran tajam ini.
Sepatutnya pada hari raya aidiladha orang Islam korbankan Lembu. Tapi mereka korbankan Saddam pulak.
seolah-olah saddam itu adalah seekor lembu. Pada aku, dengan secara spontan dan indirectly, seorang bekas pemimpin arab-Islam telah disamakan sebagai seekor lembu oleh Barat.
Yang aku tahu... masih ramai pemimpin-pemimpin Arab yang masih bebal dan tidak mengerti akan penghinaan ini.
he..he..he..biarkan mereka dengan keBEBALan mereka.
tuhan x nak tolong.
Rastom,
yes... Amerika memang menyebok. Dasar luar AKA dasar menyebok Amerika telah banyak menyusahkan negara2 dunia ke-3 yang lain. sebab itulah aku menggelar negara US sebagai negara pemBULI.
Khairena,
blog kau di mana?
NURAINA,
Aku rasa nama2 mereka tidak akan diheret ke mahkamah dunia utk diadili. sengaja Allah SWT berbuat begitu. Kerana siksaan FULL-THROTTLE Allah SWT adalah di neraka. Mereka boleh ditempatkan di singgahsana Raja Firauan, mahupun Namrud di neraka.
May God Blast them.
"SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PEMBALAS DAN MAHA BERAT AKAN SIKSAANNYA"
Jika mereka itu SADIST, aku kira ALLAH AKAN MENJADI MAHA SADIST JAUH LEBIH DAHSYAT DARI SEKALIAN MANUSIA YANG ANGKUH DAN SADIST di dunia ini.
Biarkan....
Zamir,
aku percaya memang gurkha Bush mahupun Mercenaries yang tidak berdaftar, angka matinya jauh lebih ramai dari tentera US (registered-legal armies) di Iraq.
pawana malam...
aku x boleh update blog sebab network terlalu slow dan aku pula agak sebok...
aku akan menulis jika aku ada idea nak menulis. Kalau x ada idea, aku x akan menulis...
ha.ha..ha.
percaya tak kalau saya kata bangsa Melayu yg bakal mengganyang puak2 tak ada hati dan perut itu?
zalisa..
aku tak percaya.
sori.
setakat abdullah badawi tu...
belum apa-apa dah terima token dari US...
LALU tak buat apa-apa...
beliau hanya berkata..
"Islam mengajak perdamaian....
apa yang kita NIKMATI sekarang ini adalah hasil perdamaian..."
itu sahaja yang badawi tahu...
apatah lagi
1. najib
2. khairy jamaluddin.
3. mahupun MahatMatTahir
dan barua-barua IMNO yang lain...
serta pemimpin melayu2 yang akan datang.
mereka sekarang sangat selesa tidur di atas tilam empuk seperti katil dan tilam spring-Marilyn Monroe tahun 60an itu...
takkan berani nak lawan US...
KAU BERMIMPI KER ZALISA???
Apa sahaja kejadian tragis yang berlaku terhadap negara2 dalam dunia ini adalah akibat dasar luar amerika. Amerika akan sedut kekayaan minyak bukan untuk rakyat amerika pun, tapi untuk syarikat-syarikat yang melobi dibelakang presiden, naib presiden, setiausaha pertahanan . Mereka sendiri ada syernya dalam syarikat2 pemakan darah manusia tu.
Mereka akan tabur duit atau perempuan kepada pemimpin, kalau tak jalan mereka hantar CIA untuk harubirukan negara, kalau tak jalan lagi mereka bunuh, kalau tak berjaya juga mereka hantar tentera dengan alasan memerangi keganasan.
Presiden panama, Omar Torijos mati dalam nahas kapal terbang angkara CIA. Hanya kerana mempertahankan terusan Panama untuk orang Panama. Amerika peduli apa, terusan panama strategik bukan sekadar untuk ekonomi tetapi juga pertahanan. Amerika sekarang sibuk membesarkan terusan panama sebab carriernya yang paling besar tak muat lalu terusan panama.
PM Iran, Mossadegh yang dilantik secara demokrasi di Iran dijatuhkan dengan rampasan kuasa yang dimulakan Kermit Rosevelt,ejen CIA hanya kerana dia mempertahankan minyak Iran daripada dibolot dan disedut habis oleh Syarikat minyak british dan amerika.
Arab saudi? paling memalukan dalam sejarah umat Islam. Bagai lembu dicucuk hidung, mereka sudah dibayar amerika untuk mendengar kata. Baca John Perkins:Confession of an Economic Hit Man.
Saddam. Dia memang memeningkan kepala Bush Sr. dan Bush Jr. Malangnya jarum CIA jalan sampai dia hentam Kuwait. Arab kuwait ni pun bodoh jugak, sampai rakyat palestin yang terhutang budi pada saddam pun dihalau keluar.
Iraq adalah kunci kepada keamanan Israel dan perluasan kuasa amerika. Minyak Iraq, sebab sampingan tapi menghairahkan. BP, EXXON dan Shell akan dapat kontrak 30 tahun sedut darah tanah Iraq.
Fatah dan Hamas? Ini yang paling menyedihkan. Memang ceritanya dibesar-besarkan. yang benarnya Abbas sudah berkira-kira wang yang akan disalurkan amerika jika hamas tiada kuasa. Dia bakal mengulang kesilapan arafat dan PA.
Apa kata kita desak Kerajaan Malaysia hantar Mat Rempit untuk jadi pembaling batu di Palestin. Daripada mati tak syahid, baik mati syahid. hehe.
Entri ni baru namanya ada persoalan kemanusiaan yang membelai minda.
ah butoh
Post a Comment
<< Home