Persoalan Bangsa: Melayu Gagal dalam Franchise Makanan Ruji- Harian ke Peringkat Antarabangsa?
Mee bandung RM 4.50 yang baru aku dapat tadi aku tolak ke tepi. Rasa tak sedap. Tapi minggu lepas sedap. Rasa terbuku di hati yang tak mungkin aku luahkan pada si tukang masak. Masing-masing dah tua. Pandai-pandailah. Takkan tak faham-faham lagi.
Aku tunduk dan melangkah pergi.
...
Peniaga restoran Melayu masih gagal mengekalkan resepi kesedapan masakan mereka untuk pelanggan tetap. Tukang masak ikut mood. Hari ini sedap. esok tak sedap. Tulat juga tak sedap. Minggu depan baru sedap. Mujurlah orang2 Melayu tiada pilihan untuk makan di restoran cina, kalau tidak lingkup. Yang menjadi persaingan mereka adalah restoran Mamak yang agak constant dengan masakan mereka serta waktu beroperasi yang kadang-kadang 24 hours per day.
Kadang2 restoran Melayu gimmick saja lebih, kalau baru dibuka, masakan yang disediakan, agak sedap. Semua resepi cukup. Kadang2 ayam dan daging dalam sesuatu menu agak berlebihan. Puas hati rasanya. Tapi apabila sudah ramai pelanggan, resepi bahan-bahan dikurangkan. Penyelewangan pasti nak berlaku. Maklumlah nak untung lebih. Semoga boleh kayos cepat. Kuah tawar. Kadang2 agak terlebih masin tapi kepekatan kurang. Tak ada balancing. Yang hamjadahnya kadang-kadang tak ada 'kick' langsung. Tawar, manis atau masin semata-mata. Seolah-olah tidak cukup rempah ratus atau bahan perencah. Tak constant langsung.
Kadang-kadang gerai atau restoran Melayu juga mengikut mood. Kalau pelanggan sikit, kuantiti sesuatu hidangan agak banyak. Kalau pelanggan banyak, kuantiti yang dihidangkan kadang-kadang seciput. 7 kali suap pun tak sampai. Kadang-kadang terputus. Nasi masih banyak, lauk dah habis. Seolah-olah terdapat kegagalan dalam minda sukatan orang Melayu. Measurement failure di situ.
Andaian yang aku boleh buat di sini adalah:
1. Makanan sebenarnya hanya cukup untuk 20 orang pada satu-satu masa.
2. Oleh kerana yang datangnya seramai 60, maka mereka kembangkan supaya cukup-cukup untuk 60 orang. --
Tak pernah aku dengar pelayan gerai mahupun restoran mengatakan pada aku. sorri bang. Mee bandung dah habis. maaf bang. nasi goreng tak ada. Kalau nak ikutkan mereka semua makanan order segera pasti ada. Cuma jika waktu peak, bahan-bahan dlm hidangan segera tersebut dikurangkan. Kadang-kadang Tak ada langsung. Kalau aku expect kombinasi daging, ayam dan udang dlm hidangan sesuatu nasi goreng, yang hanya ada adalah ayam. Daging dan udang lesap ntah ke mana. Kalau nasib baik dapat ayam fresh. Kalau tak, ayam lunyai.
Nasib baik ada menu nasi campur. Kalau ada, adalah. Itu belum kira soal kebersihan. Tapi aku tak kisah. Lalat banyak mana pun aku tak kisah. Perut aku besi. Kadang-kadang rokok pun aku telan. Aku tak nak cerita mengenai soal kebersihan. buang masa.
Kes sate lain pula ceritanya. Ada yang sedap. Ada yang tak sedap. Kadang2 sedap. Kadang2 tak sedap. Lagi tak constant. Yang aku tak tahan kalau terdapat kes baki sate bawa ke hadapan. Itu yang tak seronoknya kalau bawa saudara mara makan sate kajang. 4 lidi pertama, isi ayam dan daging sedap. lidi berikutnya rasa daging dah agak basi. Kadang-kadang agak hangus daging tersebut sebab nak cover kebasian daging tersebut. Orang terlalu ramai. Nak complaint pun tak guna. Memang tak dilayan. Kadang-kadang suara nak komplen pun tak keluar dan mereka buat-buat tak dengar sebab bunyi muzik bising. Lainlah kalau yang complain tu adalah Tuan Guru Imam Besar El-Hadhari El-Haji El-Abdullah Ahmad El-Badawi atau Ke-Bawah DYMM Seri Paduka Baginda yang dipertuan Agong Sultan al-Mizan Sultan Terengganu Al-Darul El-Iman. Orang Melayu memang begitu mereka gunakan helah orang terlalu ramai itu untuk buat cincai2. Hati pelanggan tak dijaga sebab medan sate Kajang itu agak popular. Masak macam hamjadahpun orang2 dari jauh mesti datang. Tambah2 lagi masakan2 yang dibakar dengan arang ini rasa-rasanya lebih kurang sahaja. Payah nak cari kesilapannya bagi newbies, novice mahupun intermediate user. Cuma manusia yang level expert, Advance dan veteran sahaja yang tahu rasa yang sepatutnya. he..he..he.. (tak ada kena mengena dengan aku)
Kejadian di asrama harian bantuan kerajaan (bukan asrama penuh) pun lebih kurang macam itu. Masakan rasa lebih kurang sahaja. Tak sedap langsung. Tapi kalau tengok menu bunyi berdegar2, silap2 hotel 3 bintang boleh kalah. Yang masalahnya adalah tukang2 masak atau pekerja2 dapur buat hal. Mereka songlap makanan. Kadang2 bawa balik gula. Kadang2 bawa balik isi-nyiur. Kadang2 bawak balik susu-isian setin ke rumah. Tapi budak2 no problem punya. Tambah2 budak lelaki. Masing-masing macam beruk-Lapor. Letak nasik basi pun habis satu tray. Tambah-tambah lagi kalau budak2 tu datang dari ceruk kampung tak kiralah tanjung karang, sungai besar, sabak bernam mahupun paya jaras. Budak2 sumbat Licin selicin-licinnya. Tak perlah.. aku pun malas nak bukak X-files ni.
Agaknya sebab itulah franchise makanan asasi utama harian Melayu jarang-jarang menembusi pasaran. Dulu ada Sate Ria. sekarang ni tak tau ke mana. Dulu ada Sate Aneka. la ni entah ke mana. Towkey dia bertapa kot. Aku pun tak tau. Sate Ria, cawangannya sampai ke London. Aku sempat makan di sana. Terkejut-rimau (bukan beruk. sebab beruk rupa buruk) aku sebab pembakar sate adalah Arab Lubnan. La ni aku x tau lah...sama ada masih wujud lagi ker tidak. he..he.he...
Akibat ketidak-constantnya masakan Melayu ini oleh tukang masaknya maka franchise makanan ini tidak boleh di bawa maju ke hadapan. Tabiat dan feel orang Melayu ni dah lali. Tambah-tambah lagi mereka big-boss. Main cowboy saja asalkan untung dapat. Inisiatif memperbaiki service kurang. Sebab itulah sesetengah expert (bangsa Melayu jugak) ada mengatakan bahawa orang Melayu cannot be a pure usahawan dan big-businessman. Cukup jadi peruncit sahaja. Ya memang. antara usahawan dan peruncit adalah 2 kategori yang berbeza walaupun pada hakikatnya mereka berniaga. Tak kisahlah sama ada peruncit untuk kedai runcit mahupun untuk gerai makanan.
Nasib baik daging babi itu haram. Kalau tak, mungkin terdapat pak aji atau imam-imam besar JAKIM bersidai di kedai Ah-Keong sambil menikmati Bak-Kut Teh sehingga terangkat kopiah mereka kesedapan. Salah satu kebesaran Allah untuk membantu ekonomi orang Islam. Blessing in disguise. Kredit untuk peniaga2 makanan Melayu Islam. Aku berikan tepukan gemuruh untuk mereka.
==========xxxxx=========
JIka dibandingkan dengan kualiti makanan segera dari Barat seperti Mc Donalds-Douglass, KFCK, King-the- Burger, Pizzai-Hut, Kenny Rogiers dengan kualiti makanan harian Melayu biasa amat jauh bezanya. Sebab itulah zionis, pihak orangpuith jauh maju kehdapan. Dalam soal pemakanan pun mereka telahpun fikir secara advance dengan adanya Quality Control atau QC. Mereka amat peka dan sensitif tentang kualiti tersebut.
Aku tidak bandingkan mereka dengan kita dari segi
1. kecantikan, kebersihan kemodenan Premis jualan
2. keayuan sesetengah pelayan2 restoran franchise barat yg baru lepas SPM dan muda2.
3. Kualiti zat makanan yang dihidangkan
Aku cuma bandingkan resmi masakan itu seada-adanya dan sepatut-patutnya. Kalau di Mc Donald lah contohnya, Burger Big-Macnya cukup dengan bawang, timun masam, salad2, onion, dan perasanya. Rasa dan kuantiti bahannya adalah constant. Kalau 50 tahun aku menikmati Big Mac, maka rasanya tak akan berubah untuk masa 50 tahun yang mendatang. Kalau itu rasanya maka begitulah ia. Tidak kira walau di mana jua kau berada, di London, Paris, di New York mahupun di Timor Leste ataupun di Timbuktu. Rasa kelazatannya samaaa sahaja.
Kehadiran pelanggan yang terlalu ramai tidak menjejaskan dan mempengaruhi kualiti dan kesedapan pada menu hidangan franchise makanan barat. Contoh, kalau 100 orang pelanggan Mc Donald, kuantiti sukatan menu dalam sesuatu hidangan adalah sebanyak itu. Tidak lebih tidak kurang. Tiada masalah shortage mahupun masalah terlebih bahan. Cuma terlebih masin ada laa... Nak kata 100 peratus perfect franchise makanan barat ni taklah jugak. Kadang2 di KFC ayamnya kecik. Tambah2 lagi KFC di kawasan bandar besar. peha anak ayam pun ada. Walaubagaimananpun rasa dan kualiti masakan ayam itu agak sama. (walau di mana juapun kau berada).
Pendek kata, kalau bahan2 dan ramuan untuk 100 orang bagi sesuatu sajian dalam satu-satu masa maka sajian tersebut untuk 100 oranglah. Tak lebih tak kurang. Kalau terdapat 101 orang yang datang. Maka pelanggan yang terlebih sorang (yang malang) itu akan menerima kata2 begini: "sorri encik. Big Mac dah habis. Sila order lain". Maka frustlah orang itu. Terkebil2 matanya menahan sayu.
Pada hemat aku, perkara begini jarang-jarang terjadi di restoran atau di gerai2 Melayu. Seperti yg telah aku katakan. Kalau bahan2 masakan yang ada hanya cukup untuk 40 orang dalam satu-satu masa, jika 60 orang yang datang, maka tukang masak akan jadikan 40 tadi kepada 60.
Sebab itulah tomyam-tomyam yang dipesan kadang2 hanya serai sahaja yang dapat. Isi ayam, sotong dan udang entah ke mana. Nasib baik aku tak sindir: "Bang!!! Sup Serai satu!!!!"
Maka di situ tiada Quality Control yang memainkan peranan.
Itu belum lagi aku nak cerita jika tukang masak restoran/gerai Melayu yang asal sudah tiada. Beliau sudah lari atau sudah mati. JIka tukang masak itu sudah lari, maka beliau akan lari dengan resepi-resepinya pergi. Kalau tukang masak itu mati, maka beliau akan bawa pergi resepi-resepinya ke dalam kubur. Tak taulah nak buat apa. Dahlah bodoh sombong, kedekut ilmu pulak tu. Lantak biarlah...hak dia. Lagipun trademark masing2.
Nah itu satu lagi natijah dan akibat jika tuan sesebuah restoran yang ariff dalam sesuatu bidang masakan itu tadi tidak mahu perturunkan ilmunya pada orang lain jika mereka meninggal. Jika orang lain yang takeover (termasuk anaknya) maka berubahlah rasa masakan mereka walaupun pada masakan yang sama. Jika 10 kali tukar boss atau tukang masak, maka 10 kalilah rasa yang berlainan dalam masakan itu walaupun restoran yang sama. Kalau sedap tak apa. Kalau tak sedap? macam mana. Tapi selalunya tak sedap. Itulah yang menjadi masalahnya. he..he.he.
Kesimpulan
=========
Tiada apa yang perlu disimpulkan di sini kerana segala-galanya telahpun terurai iaitu, Untuk Bangsa Melayu pergi Jauh dalam bidang Franchise Makanan Ruji/Harian pada Peringkat Dunia secara Total agak mustahil (jika macam inilah attitude dan mentality mereka) Ia Ibarat jauh panggang dari api. Sate - sate tu bolehlah.... lebih daripada itu tarak. Yelek....
Memang tidak menghairankan jika kita selalu dengar pasangan muda-mudi, yang remaja belia, yang bergaya, yang up-to-date mahupun yang ranggi berkata pada pasangannya untuk pergi dating
"jom Mc-D"
"jom KFC"
"jom pizza"
Tapi rasa-rasanya agak aneh jika ada couple yang menjadi perhatian ramai (public figure) mahupun anak-anak orang berada yang mengatakan pada pasagannya atau ibu2 bapanya
"jom gerai Kak Ani" atau "jom Pak-Abu" untuk santapan mereka. Kalau adapun, itu adalah kes-kes terpencil. Hi.... Tak biasa buat dek orang...

28 Comments:
abg. elhakim,
mmm...
aween rasa masakan melayu agak payah nak difranchisekan ker luar negera sebab masakan kita
RENYAH lah bang...
banyak sangat rempah ratus. Aween masak pun rasa lain2,
kdg2 arini aweenz rasa masakan aween sedap. esok dah tak sedap. Walaubagaimanapun masakan Aween selalunya memang sedap. kadang2 jer tak sedap.
:PPPPP
hmmm....
selama nie jadi pemerhati jer...
mmg btul pun... kadang rasa amat sakit hati makan kat kedai melayu... harga kadang2 mmg mencekik darah... rasa mmg sgt ntah haper2... naik fed up plak... tp dah nama nyer org melayu... mesti nyer carik makanan melayu gak... tak larat lah nak makan fast food jer... kadang bile kuar jenjalan tue nak ar jalan2 cari makan gak
Orang Melayu adalah bangsa yang tersangat baik. Mereka tidak mahu menghampakan perasaan orang, jadi walaupun sedikit sama dirasa... Hahaha.
Elhakim, apa kata saudara dan kekasih mulakan dulu? Jom gerai Zalisa yang kat tepi longkang tu!
~zalisa maz~
aween,
ehe.he.he puji sndrik nmpak.
Yan,
bagus... tau takper...he...he.hye..
Ustazah,
ajak ke gerai?
boleh tu boleh.
Tapi jgn ko gunakan air longkang buat kuah sup tu udah ler...
Lagi satu kalau kicap tu jangan gunakan brand
"Kicap cap Ummah"
sebab kicap ni hanyir. Mcam rasa darah. walaupun tertulis
"Kalau nak sedap lagi, perah asam limau"
:PPPP
chinese food ada franchise ke?
praktikaliti beb!
makanan barat mcm mc'd dan kfc dan pizza yg kau sebut sbg 'berkualiti' tu 'secara praktikalnya boleh di 'franchise' sbb mudah!
takat burger dan ayam goreng dan pizza, resepinya, rempahnya macam tu jerrr!!! mmg laaa 50thn lagi pun resepi dia mcm tu jerr..sbb pembuat resepi nya sorang tuu jerrr...contoh KFC, sir kolonel sanders je yang mencipta rempahnya.siap ade patent, tobat tader saper berani ubah.
cuba kau imagine tomyam.
takder resepi khusus utk tomyam. tomyam thai lain, tomyam kelantan lain, tomyam arau lain. semuanya bergantung kpd tukang masak. dan tukang rasa.
nasi lemak pulak. sambal dia resepi lain2. agak2 kau nikmat ke makan nasik lemak, kat mana2 pun sambal dia rase sama...boring laaa kan!
nasik goreng kampung. cuba kau imagine franchise nasik goreng kampung. rase sama. BORING! sbb tekak melayu ni, hari ni dia nak mkn nasik goreng kampung ader ikan bilis skit jerr...esok nak byk pulak...hari ni tanak pedas esok nak extra pedas.
kekadang nak tambah sup. kalau di 'franchise'kan, semua tu takleh. sebab dah standard, quality control.
sbb tu org tak makan KFC,mc'd or pizza hari2. sbb standardization boleh buat org MUAK!
orang still cari variety. jalan2 cari makan. kena kedai tak sedap, blah! esok takyah dtg dah. it's that simple!
sebab tu kedai makan bercambah2.kat mana2 ada. tambah2 kat Malaysia ni..syurga makanan.
we have choices! kalau tak suka makan kat kedai, belajar2 masak sendiri...
sedap tak sedap telan jerrr...
bab2 makan ni takyah laa pikir komplikated sgt, tak perlu nak kondem bangsa melayu semata2 masakan melayu tak sesuai nak buat franchise and go international...
ingat,byk makan banyak penyakit cepat mati...
ngehehehheheeeeeeeeeee
el-leeds,
apa kau fikir sushi tu lebih mudah dari tomyam?
Pergi saja ker Jaya Jusco Balakong. Lihat sendiri. Franchise makanan Jepun yang maha komplicated tu ada di mana mana. Di seluruh dunia.
Satay kita boleh franchise. Tapi tak ke mana.
kalau buat betul2 boleh maju.
tapi melayu masih dalam comfort Zone.
he..he..he...
el-hakim..
tak elok makan satay banyak2. kolestrol! makanan jepun, mana ader daging..makan laaa tiap2 hari pun, gerenti idop lama, kalau umur panjang laaa..satay takleh nak buat francise sbb org tak makan satay hari2...
org tanak buat bisnes yg harapan utk bangkrup tu tinggi!
ingat, tak semua melayu suka duduk dlm comfort zone. aku ulang, tak semua.
Leeds,
saya faham maksud abang elhakim tu...
Dia tak mencadangkan supaya semua nasi lemak, mee bandung untuk setiap gerai dalam Malaysia itu mesti mempunyai rasa yang sama. Itu dia faham.
Dia mahu, jika sesuatu gerai itu sedap, maka potensi untuk dikembangkan ke peringkat dunia mungkin ada peluang.
Tapi sebelum itu, Qualiti Control mesti ada dan wujud. Ya...piawai dan Quality control.
Tak bolehlah hari ini rasa sedap, esok dah tak sedap. begitulah seterusnya.
Jika seseorang tukang masak gerai itu mempunyai talent dan kemahiran yang bagus maka, kenapa tak patentkan saja resepi itu. Kalau tukang masak itu demam, maka penggantinya akan menggantinya untuk hari ini dan esok juga lusa.
So rasa yang berlainan atau tak sedap tak akan terjadi.
Kenapa mesti hanya tukang masak itu sendiri sahaja yang tahu. Itulah orang Melayu memang terkenal dengan kedekut Ilmu.
Satu lagi tekak Melayu memang tak boleh tahan dengan makanan2 barat seperti burger, pizza dll. sebab memang tekak Melayu.
TAPI AT LEAST RESTORAN2 BARAT ITU BOLEH BERTAPAK DAN MENCARI UNTUNG YANG BERLIPAT GANDA DI TANAH MELAYU DAN SERATA DUNIA INI. sampai buat orang2 Melayu ketagih pun ada...
Kalau tak pekena big Mac sebulan boleh tak buat kerja.
Leeds, Adakah awk terfikir bahawa makanan Melayu boleh mempengaruhi orang tekak Barat untuk menikmatinya sehingga jadi franchise yang besar?
saya rasa tak mustahil. Tapi orang Melayu hendaklah mengkajinya terlebih dahulu. standard dan piawai hendaklah di cari.
Tapi betullah kata elhakim. Kepala otak Melayu yang leper ini malas untuk fikirkan perkara-perkara research tersebut. Mereka suka saja berada dalam zon selesa. Mentang- mentanglah restoran cina bukan tandingan restoran melayu. so masak tak sedap kat kat kawasan kilang dan kolej2 pun masih laku jugak walaupun rasa macam basi.
THINK POSITIVE NAK MAJU KEHADAPAN!!!
Yang peliknya saya tengok dalam blog awak, suka pulak awk makan makanan barat tu ek?
"hari ni makan Mc D prosperity burger,
tomorrow makan kebab..hari lain tak tau nak makan apa..."
Tak dengar pun dalam blog awak yg mengatakan bahawa awk bercita-cita nak makan nasi campor, kuey teow goreng ker...
Itu bermakna orang Melayu sendiri memang tak berbangga dengan makanan Melayu dan amat menerima makanan barat yang sudah ada patent, piawai dan berkualiti itu.
Elhakim dalam hal ini... sangat bernas.
saya sokong dia.
---saya yang bernama.
leeds,
burger big mac, ayam kentucky, daging kebab pun ada koletrol. tapi.....masih ada franchise makaknan itu di seluruh dunia. maju dan maju
ngapa ek?
Tak ada kolestrol ker tu?
kalau beef-patties dalam Big Mac tu dah dikurangkan kolestrol, apa kata satay made in malaysia jugak kita kurangkan kolestrolnya.. buat research...
why not? don't u think it is posible?
--saya yang bernama.
leeds,
satu lagi.... chinese food memang ada franchise di negara2 maju seperti di Amerika...
Boleh lihat dalam TV mahupun movies..
mesti ada actor yg sebut..
today chinese..!!!
maknanya Barat telahpun menerima masakan chinese itu.
---saya yang bernama
heheheh anonymous...rajinnye awak tgk blog saye tu yerr...ader ke saya sebut saya tak suka masakan barat...jap nak scroll up, rasenye takderr...
dan perlukah saya bgtau tiap2 hari kat blog hari ni cita2 saya nak makan nasi campor or kueytiaw goreng? saya rase org pun nyampah nak baca...
eheheee sokonglaaa elhakim yang bernas tu...ada ke saya kata dia tak bernas?
jap nak scroll up...rasenya takderr...
pendapat awak pun bernas.tahniah. my suggestion, get a blog! anonymous is soooooo not cool :)
leeds,
sy memang nak buat blog. tapi masa tak izinkan.
saya baru jer grad dan dapat kerja swasta.
nantilah..bila dah confirm nanti, dan saya dah establish di sini, barulah saya buat blog.
ada banyak siri-siri training kat multinational company ini.
--saya yang bernama (Eisha_Emilia)
oooooo eisyaa emilia...sedapnyeeee nama...selamat berkenalan...tahniah sbb dah grad dan dpt keje kat multinational company...
hik hikk..kagum...dlm byk2 siri training tu...sempat lagi baca blog elhakim yg panjang lebar ni dan komen panjang sampai 3 komen sekali tekan!
and ader mase juga gi baca blog merapu saya tu...siap tahu saye suka mknn barat dan tak penah sebut nasik goreng and kuewtiaw goreng!
i'm impressed!! cepat2 ada blog nnt gi laaa komen kat blog saye, i nak link u! letak bwh nama leedselhakim...jadi leedseisya_emilia...and elhakim pun mesti nak link u...penyokong kuat dia laa katakan...el-eisya_emilia...
ehehheeee...
selamat berkenalan :)
kim, ada orang tengah berebutkan kau ke ni?
muahaha...
aku akan tetap menyalahkan...
sebab dia yang control negara...
sepatutnya manusia macam tu usahakan rnd sebab ada kuasa...
bukan sibuk nak kuatkuasa kutip duit rakyat je...
kita boleh melalak di sini, tapi usaha ke arah itu kurang...
dah selesa sangat dok pegang sejak dari dulu...
kadang aku tertanya, mereka2 itu pernahkah terfikir untuk menaiktaraf sistem terutamanya pemikiran dan mentaliti melayu..
selain dari fikir pasal duit saja..
el-eisya_emilia,
he..he.. sedapnya nama.... tima kasih sebab tolong jawabkan
starting gaji berapa ???
bukannya apa. saja aku nak tahu.
el-leeds el malik,
he..he..he...
kau pun suka makanan barat...
perfume pun dari barat
make up dari barat....
kau pakai nona roguy? sari ayu?
mastika ratu?
he..he..he..
el-zamir,
Ya kita punya hak untuk bertukar-tukar pendapat dalam blog....
Aku tiada kuasa untuk berdemonstrasi.
Jadi aku tulis saja...
at least
1. el-mazween, el-aweenz
2. el-leeds,
3. el-ustazah
4. el-eisya
sudi jugak baca he..he..he..
mereka pernah terfikir utk naik mentality orang Melayu.
Tapi apabila mentality orang Melayu itu naik, mereka terus sekat.
sebab mentality yang naik itu pasti menentang mereka.
Tepuk dada tanya selera... tak sedap toksah dah pergi ke sana.
Elhakim, akak setuju dengan Laugh. Sebabnya, restoran Melayu ni tambahan kat Malaysia, tak ada buku resepi khas cara penyediaan makanan macam di restoran segera. Akak pernah kerja di Kenny Roger's, jadi akak tahulah. Nak buat sweet corn muffin dia pun kena ikut sukatan yang telah ditetapkan. Di restoran di Malaysia, makcik pokcik pakai humban je bahan ikut pengalaman mereka. Kalau tuan punya restoran ambil inisiatif untuk buat buku khas tu, mungkin makanan yang dijual tak ler rasa lain-lain.
Pasal kuantiti tu biasa lerr.. kami pernah kena dulu. Tak larat nak makan sebab nasi goreng spesel cuma ada telur je yang speselnya. Sedap lagi nasik goreng yang kita masak sendiri di rumah. Hat tu memang dah mentaliti orang melayu, nak kaya cepat tapi tak mo tambah modal ler.. kononnya rugi. Padahal, dia orang patut tengok keuntungan jangka panjang.
http://blog.360.yahoo.com/blog-DLjcjUEic6dxK_S1dquu2ZxoKQ--?cq=1
saudara tidak mahu ke sini? Pergilah. berbincang dgn tuan punya blog itu tentang melayu atau islam?
~zalisa maz~
Kritis...
salam elhakim yg disayangi,
cuba try jengok kat area Kg Baru. Kat situ masih punya restoren2 Melayu (minang, kedah, kelantan dll) yg masih hidup berbanding kawasan2 lain yg sudah dimonopoli oleh Mamak dan Tomyam Pattani.
TETAPI,
kebanyakannya sudah mula menaikkan harga semaksima mungkin akibat proses 'kehancuran ekonomi' yg sedang dialami oleh Malaysia sekarang...wasallam...
kehancuran ekonomi..
kata 1 trilion..
hehe..
kim, tolong jawab bagitau aku..
haha
El-Nuraina...
he..he.
aku tak suruh semua masakan gerai sama dan sekata.
itu adalah mustahil. Kerana cara seseorang itu adalah berlainan dan begitu juga bentuk otak masing2.
Aku faham itu.
Tetapi..
Aku mahukan supaya setiap gerai mempunyai kualiti kesedapan masing2.
Jika hari ini aku rasa sedap,
maka 3 minggu lagi, jika aku datang, aku mahu rasa sedap seperti itu.
Jika ada 3 ekor udang, 5 ketul daging dan 6 ketul cebisan ayam,
dalam tomyam sesuatu restoran itu, jika aku datang 7 bulan lagi maka jumlah yang itulah aku expect dan aku harapkan. Tak kurang. TApi kalau lebih nasib la..
Masa aku Rasa yang sedap pun ttetap tak berubah.
Maka itulah yang dinamakan sebagai penjagaan Quality bagi sesuatu gerai.
QUALITY CONTROL...
angkat MARTABAT QUALITY CONTROL..
YA...
HIDUP QUALITY..!!!
HIDUP QUALITY!!!!
QC..
atau SIRIM, ISO 90001
HE..HE.HE..
BOLEH ...
BOLEH PUNYA....
MUSTAHIL TAK BOLEH...
Anak Bumi,
ya... aku faham...
semua sudah naikkan harga...
Apa boleh buat...
Ikan bakar pun naik harga.
el zamir,
hmmm ekonomi kita memang masih
x berapa baik.
kadar penganggruan masih lagi ramai.
serta..........
kadar nilai matawang yang agak rendah.
maknanya tidak sepower
tahun 1995 dulu.
Tahun 1995, Ekonomi Malaysia masa itu boom. sehingga ada yang mengatakan bahawa...........
1. "BUAT APA NAK KERJA dengan government sebagai pegawai kolar putih dan admin"
2. "Buat apa nak jadi cikgu dan tutor universiti"
3. "kerja swasta 4 ribu sebulan masa baru kerja itu perkara kecil dan biasa"
he.he..he.
Hahahaha @ Nasib baik daging babi itu haram. Kalau tak, mungkin terdapat pak aji atau imam-imam besar JAKIM bersidai di kedai Ah-Keong sambil menikmati Bak-Kut Teh sehingga terangkat kopiah mereka kesedapan.
Bab ini saya ada cerita panjang mau tambah,,,,,sebentar ya hehehe
abg elhakim,
'jom gerai leeds al maliue'
hehehehe..
;-D
tn elrastom,
sila tambah cerita panjang itu.
el-CONNA,
welcome. Kawan Leeds ke?
kawan leeds? :)
Post a Comment
<< Home