Permasalahan Remeh-Temeh: Cinta Tak Kesampaian
Salah satu perkara yang membuat jiwa aku sakit kali ini adalah melihat wajah George w. Bush di kaca TV yg dengan tergamaknya mengisytiharkan Mission Accomplished di Iraq sambil menggunakan kuasa vetonya entah yang keberapa kali bagi mengekalkan kuasa tentera-tentera babi di Iraq. Dengan periystiharan itu, maka dengan ini sudah termaktublah segala penipuan2 yang dilakukan oleh dunia barat untuk menghantam dunia umat Islam yang semakin jauh dari pegangan agamanya.
Oleh itu aku di sini tidak mahu bercerita tentang politik mahupun krisis dan percakaran agama Islam dengan agama2 lain kerana ini akan menambahkan lagi ketensionan aku dan aku fikir ia boleh memudaratkan psikologi dan akan memusnahkan kedamaian jiwa. Kadag-kadang rasa nak mengamuk jer….Semenjak dua menjak ini aku berasa tidak sedap kerna pergolakan di Asia Barat semakin teruk dan meruncing. Aku tidak berapa pasti adakah harga minyak akan terus kekal serendah 50 dolar se barrel atau akan naik lagi jika apa-apa terjadi kelak. Ketensionan ini termasuklah penipuan dan penyelewangan phak SPR dalam bertindak adil semasa pilihanraya di Ijok dan di ...... (tak sanggup nak cakap sebab hati sakit)
Aku rasa aku hendak menulis mengenai benda-benda yang ringan sahaja termasuklah soal-soal berkaitan dengan hati, perasaan dan cinta kerna pada aku benda-benda ini amat sinonim dengan bangsa-bangsa hebat termasuk bangsa Melayu (he..he.he.he.)
Aku rasa aku hendak bercerita sedikit tentang Perihal Cinta Yang Tidak kesampaian. Kerana aku pernah mengalami perkara ini sejak aku di bangku Tadika lagi. Kalau hendak di kira dengan jari aku telah jatuh cinta lebih daripada 1000 kali. Wanita-wanita yang menjadi mangsa percintaan aku pun hanyalah wanita sembarangan, tiada istimewanya. Contohnya
Kategori Gadis tempatan
1. Amelina
2. Mas Idayu
3. Kim (iklan Shampoo Sunsilk)
4. Linda Rafar
5. Fauziah Latiff (masa universiti dulu)
6. Siti Nurhaliza (*sigh*)
Kategori Gadis Luar negeri
1. Banyak sangat... kah.kah..
2. Termasuk gadis2 Telenovela baik dalam mahupun luar negeri
3. Britney Spears/Angelina Jolie/
(nota: aku amat benci dengan movie hindustan termasuk para pelakonnya. kerna garapan movienya tidak rasional langsung dan berbalik dengan tema yang sama iaitu cinta terlarang yang amat memuakkan dan membosankan.)
Yang ironinya aku telah jatuh cinta 1000 kali tetapi aku frust lebih daripada 100000 kali. Walaubagaimanapun itu takper... kerna aku sudah agak biasa dengan perkara-perkara ini. Maka oleh itu, aku failkan perkara ini sebagai lumrah hidup dan juga sebagai satu peristiwa dalam lipatan sejarah silammmmm..... heh..heh..heh..
Yang bagusnya jika aku jatuh cinta dengan wanita dalam movie A, cinta aku akan segera beralih jika aku menonton movie B. kerna kemungkinan heroin dalam movie B itu lebih menawan daripada gadis dalam movie A. Jangan begitu wahai pembaca blog lelaki. Kerna kamu pun berpenyakit seperti aku. Cuma kamu malu untuk luahkan di sini. he.he.he.he..
(nota: Pembaca blog wanita, jangan mempersoalkan mengapa aku meminati gadis-gadis seperti itu, tanya sendiri dengan ALLAH, tuhanmu kerna Dia yang menjadikan aku. Malam ini harus sahaja kamu berdoa, semoga jawapan itu kau temui di dalam mimpi.) heh..heh..heh.. Kalau kamu sudah berkahwin, aku tidak pasti suami-suami masih setia lagi denganmu jika wanita-wanita itu mengorat dan menggoda mereka. (he.he..he.)
Oleh kerna aku sangat Mahir dan Expert dalam Arena percintaan yang Tidak Kesampaian, maka Segera aku mahu berkongsi dengan kalian semua...
Petanda-petanda Cinta Yang Tak Kesampaian
=====================================
1. Jiwa terasa lemah dan lebih kerap perasaan suka menyendiri
2. Rasa tersiksa batin, tidak tenang dan tensi.
3. Bila minum minuman yang manis rasa air itu tersekat di kerongkong
4. Suka bercerita perkara-perkara yang sama berulang-kali seperti mula mengenali gadis / pemuda yang dicintai. Iaitu suka bercerita tentang perkara yang sama berbalik-balik tiada hentinya. (flashback banyak sangat)
5. Rasa berdebar-debar tidak menentu
Orang lelaki yang sedang suka dan meminati seseorang (suatu minat yang gagal), mereka akan segera terkenangkan gadis pujaan itu 27 jam sehari!!! Mereka akan segera terfikir, tarikh lahir, jarak umur berbeza, semasa umur jejaka itu 12 tahun, gadis itu berapa tahun pula?
Apa gadis itu sedang buat sekarang? dan banyaakk lagi sehingga tidak tertulis dalam blog ini. Kadang-kadang suatu perasaan aneh akan segera timbul pada tika dan saat waktu tertentu.
Bagi sesetengah lelaki, perasaan high feeling / emosi kerap terjadi pada waktu petang yang agak Panas, bening dan berwap. petang-petang yang panas itu akan segera mencengkam perasaan si-lelaki yang menanggung cinta yang tidak kesamapaian itu. Mereka akan berasa sebak, pilu, terkongkong pada waktu-waktu itu. Jika petang yang panas itu bergerimis, bertambah-tambahlah pulak penyakit lelaki itu. kah..kah.kah..
Ada juga lelaki yang sudah tahu bahawa cinta mereka bakal tidak kesampaian tetapi berpura-pura pula bahawa cinta tersebut masih lagi mempunyai harapan. Mula2 mereka fikir habislah nasib cinta mereka. Tidak lama kemudian perasaan dan harapan menjelma pula seakan perasaan tersebut bercampur-campur tidak keruan. Akibatnya kadang-kadang lelaki ini akan senyum kambing sendiri, kuat berkhayal dan lebih teruk daripada lelaki yang dilamun cinta yang sedang menghadapi penyakit angau sebelum ke jinjang pelamin.
=======bersambung. Sibuk…ada benda stuck tak tau nak buat. Pening palo. Tolong-tolong===
Labels: cinta
5 Comments:
layan je...
akhirnya ada juga seorang jejaka yang berterus terang bagaimana teruknya angau seorang lelaki ...
kadang-kadang orang perempuan patut tahu betapa teruknya lelaki bila bercinta!
kesiam tomhakim, tak dapek nak lihat update blog dia sendiri. Kejam memang kejamlah. Habis semua capaian kepada blog kena block oleh network admin. Persoalannya, network admin pulak tak block IP dia sendiri. Adil ke tidak? Ho Ho Ho. Bebudak penyokong MU meroyan bila MU memang EPL. Eloklah tu jaguh kampung akan bertandang ke sini lawan jaguh kampung kat sini pulak.
laki angaunya masa memula je.....
el-YANNi..
layan..hang jgn tak layan
el-azeel,
mungkin kau lebih teruk lagi...
eheheeheh
el-Tukaunama,
Tak dapek pakcik nak nolongnya..
kerajaan macam tu
el-misa at-sushi,
perempuan2 yg gitu-gitu aku kira, tidak pernah terkena penyakit angau..
mereka telahpun immune segala-galanya...
Hail to the king!!!
Post a Comment
<< Home