..

Sunday, March 04, 2007

Persoalan Kecil Politik: Antara Gimmick, Propaganda dan Pilihanraya




errr...

Maka Shahadan..Arakian..... setelah pilihanraya semakin hampir maka canang dan nobat dipuku bertalu-talu juga adanya...

Maka sementelahan itu...berpusu-pusu manusia dari ceruk rantau di beri satu berita yang meyakinkan agar orang-orang yang separa penting itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan di atas kes-kes rasuah dan salah laku.

Maka terbitlah di dada2 akhbar kes keterlibatan orang-orang politik yang memakan rasuah itu dan ini yang menggambarkan bahawa betapa telus dan adilnya kerajaan yang memerintah sekarang ini...

Maka tertipulah lagi manusia-manusia yang berlabel layu itu buat kesekian kalinya di mana kegagalan itu akan terus mewarnai kehidupan masing-masing....

Lihat kes Perwaja-steel Al-Eric Al-Chia yang masih tertunggak ke hari ini. Aku meramalkan El-Eric Chia itu sudah masuk kubur, Namun kes-kes itu masih belum lagi selesei-selesei.

Saddam yang banyak kes itu pun dah selesai jika ada determination walaupun berada dalam mahkamah separa-kangaroo. Jika tak ada kepentingan TERUSSS JALAN. Yang masalahnya jika terlalu banyak hanky-panky dalam barisan pemerintah... maka rahsyia terus menjadi rahsyia...

Walaubagaimanapun aku percaya... Jika si-dia sudah tiada kepentingan lagi... Maka segera terus dicantas manusia yg tidak berkepentingan itu.....................tapi kena tunggu la "JIKA SI-DIA SUDAH TIADA KEPENTINGAN LAGI"

Pendek kata....Apabila dekat dengan pilihanraya... maka Ketelusan pihak kerajaan mengadili individu2 dalam kerajaan yang buat salah bagai sebuah pesta...
Maka banyaklah scape-goat, black-sheep dan aka kambing-hitam akan dipanggil utk diberi keterangan juga sebagai saksi

Beberapa nama akan disebut sebagai pemberi dan penerima rasuah. Dan siasatan demi siasatan akan dilakukan sebagai post-mortem.

Selepas pilihanraya tamat....dan parti-parti itu masih lagi menang maka.........


TAPPPPPPPPPPP!!!!!



Tiada lagi...
individu rahsuah yang dipanggil. segala kegiatan mahkamah pengadilan akan berhenti.

tiada lagi mereka kelihatan berjuang untuk rakyat...


Semuanya jadi sedia kala. Seolah2 tiada apa2 yang berlaku sebelum ini. Tapi yag pastinya...mana yang perlu naik akan terus naik. (harga)

nota: Aku berharap supaya apa yang aku tulis ini tidak benar. Tapi yang pasti...harapan hanya tinggal harapan..
he..he.he.

4 Comments:

Blogger zf_zamir said...

memang, lagipun masa sudah suntuk, maka terhangguk2 laa kepala kita dihayun doktor spin mereka..ekonomi, cuepacs, 5juta, rasuah bla..bla..bla..

poket kita akan terus dikerah, aku walau masih pra-perkhidmatan, jua akan terus dipaksa menjadi robot..

robot2 yang hanya tahu mengangguk apabila ditekan punatnya..

12:55 AM  
Blogger leeds said...

biase laa tuuuu..

nama pun politik :D

8:15 AM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

entahnyer...

kata pun politik...
sure bnda2 tu sume wujud dlm dunia tu...

anyway, "harapan tinggal harapan"...apakah maknanya?apakah harapan yg abg hakim gmbarkan?

10:47 AM  
Blogger aku said...

el hakim..ni la masalah orang kita hari ni..bila sesuatu kejadian berlaku di depan mata yang melibatkan kita masih tak mau melihat dari sudut yang betul. Apa yang berlaku dalam politik hari ini mesti difahami ianya berkait secara langsung dengan batang hidung kita. Bukan marah ni..nasihat hehehe

Senario yang kau katakan tu memang berulang kali berlaku tapi masalahnya berulang kalipun...orang kita..orang melayu masih lagi bleh buat dunno..ahhh biarlah ..biasalah..lantak dialah.. macam macam lagi kenyataan yang membiarkan saja situasi itu berlaku...

tak ke nampak bahawa kalau orang politik tu tak betul, maka kita lah yang akan tanggungnya.. keputusan-keputusan orang politik kita lah yang akan dikerah untuk patuh..

tak boleh ke berubah pk sikit.. bila sebut politik janganlah kesampingkan terus..buat dunno je...ambik la tau..ambik "cakna" .. sensitif..peka..

gunakan kuasa yang ada pada kita..susah sangat ke untuk bangkitkan sikit dalam diri tu sifat perjuangan..sifat nak mengubah kepada yang lebih baik? kalau pasal cinta ke apa ke bagai nak rak tengok..peka..terbeliak biji mata .menangis hiba..tersentuh..huhuhu

bila part politik..emm biar saja..malas nak pk.. sampai bila? sampai dah teruk?

kena sedarlah kalau lantik orang yang tak layak jadi pemimpin..inilah masalahnya.. check and balance oleh rakyat tak berlaku..so jahanamlah negara ni.. aku tak suruh ko orang tunjuk perasaan tapi semua bijak dah kan..pk dan bertindaklah ..walau apa cara sekalipun..jangan main biar je ..

emmm dah la kot..bukan marah ni.. nasihat huh :P

4:42 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker