Persoalan Bangsa: Melayu dan hak sovereignity
Pilihanraya bakal datang lagi. Mungkin 7 - 9 bulan lagi. Parti memerintah sedang sibuk memancing undi dengan menggunakan jentera kerajaan dan jentera parti. Seolah-olah kedua-duanya itu adalah satu perkara yang tidak berbeza. Hak kau hak aku. Hak aku hak aku. (tak malu)
Satu sahaja aku mahu kasi ingat. Jangan hiraukan Kelantan yang ditadbir oleh parti pembangkang. Biarkan mereka.
-----------------------------------------------
Orang melayu jika berpolitik tidak ingat dunia. Terlalu emosional. Biasa..semua bangsa pun begitu. Yang kawan jadi lawan, yang lawan jadi kawan. (fikir sendiri)
Kadang-kadang rhetorik perjuangan bangsa terlalu melampau. Tetapi adakah perjuangan itu tepat pada sasarannya? atau sekadar super-rhetorik yang diulang-tayang? Itulah yang menjadi persoalannya.
Aku selalu berfikir.
Ya Aku selalu terfikir.
Jika betul komponen utama parti pemerintah memperjuangkan bangsa Melayu maka sudah semestinya mereka tidak mengambil kisah jika negeri pantai timur iaitu kelantan mahupun Terengganu ditadbir oleh parti lawan iaitu parti PAS.
Pada aku senang sahaja. Logik yang amat senang. Terlalu senang lagi menyenangkan.
Bagi aku parti PAS adalah sebuah parti yang ditadbir oleh orang Melayu. Orang atasannya adalah orang Melayu. Orang bawahnya juga orang Melayu. Bangsa yang sama. Bangsa yang serupa. Makan dan beraknya juga sama. Sembahnya adalah sembah yang sama. Bunyi bacaan Qurannya sama. keturunannya kemungkinan sama. Cuma mungkin orang lelakinya sangat malas. Tapi macam lelaki kita sangat rajin?
Kalau macam itu, biar saja lah... orang Melayu memerintah di situ. Jangan diganggu gugat. Kenapa mesti adakan kempen untuk menawan kembali Kelantan? Aku sudah tidak faham.
----------------------------------------------------
Sepatutnya parti yang memerintah dan orang2 berbangsa Melayu itu sendiri, yang mempunyai daya untuk melaksanakan itu dan ini. Sudahpun mempunyai fokus untuk menawan kembali negeri Pulau Pinang. Kerana orang Melayu telahpun terpinggir di sana. Aku pelik pada kempen pilihanraya yang lepas-lepas... jentera parti kerajaan menggunakan keseluruhan jenteranya untuk memfokus ke-haprak-kan PAS di Terengganu dan Kelantan di mana seolah-olah manusia Melayu di sana terlalu sengsara. Tetapi mereka tidak pernahpun fokus tentang nasib orang Melayu yang tidak pernah terbela di Pulau Pinang di bawah pemerintahan parti komponen cina.
Mengapa jadi begini?
Setelah aku fikir masak-masak aku sudahpun temui jawapan iaitu
Otak dan minda orang Melayu memang mempunyai masalah. Mungkin cecair dan bendalir dalam otak orang Melayu kurang atau tidak pekat. Mungkin otak orang Melayu lembik dan kurang geliga. Mungkin urat-urat halus dalam otak orang Melayu terlalu halus menyebabkan darah kurang masuk ke dalam injap-injap dan bilik-bilik sel dalam otak yang menjanakan pemikiran yang sihat lagi bernas. Mungkin otak orang Melayu sudah hilang separuh kerana bentuk kepala orang Melayu yang leper dan tirus yang menyebabkan bahagian yang cerdik itu telah terpotong. dan seribu kemungkinan lagi yang aku tidak sanggup untuk tulis kerana ia memakan ruang dan waktu.
Oleh kerana takutkan bangsa cina yang mungkin bakal tidak mengundi parti mereka , maka orang Melayu sanggup pijak bangsa sendiri. Terbit satu lagi ayat negatif buat bangsa Melayu iaitu
"Lembut pada Lawan. Keras pada Kawan"
Maka sebab itu Bangsa Melayu ini jaguh menghentam antara satu sama lain. Nasib baik orang Melayu ini penakut dan tidak aggresif. Kalau tidak kemungkinan besar akan jadi pertumpahan darah seperti di Pakistan di mana puak-puak Sunnah atau Syiah sering meletupkan mesjid masing2.
-------------------------------------------------------------
Mengapa mesti takutkan bangsa Cina? Sampai bila mahu takut? Takut atau hormat? Hormatkan perpaduan? Negara sekarang ini aman kerna perpaduan yang terjalin antara Melayu dan ethnik lain
? Bullshit!!!
Pada aku senang sahaja. Perpaduan dan keamanan yang kita nikmati sekarang ini bukannya datang secara langsung di atas perasaan hormat-menghormati antara ras sesama kaum. Baik Melayu dengan cina. Mahupun Melayu dengan India. Pada aku Cina tidak pernahpun menghormati Bangsa Melayu. Begitu juga India. Dalam hati masing-masing sudahpun tertanam api di dalam sekam. Cuma tunggu masa sahaja. Walaubagaimanapun masa itu seperti tidak mengizinkan.
Keamanan yang dikecapi sekarang ini bukan lahir dari perasaan hormat-menghormati antara kaum tetapi lahir dari kebodohan orang Melayu itu sendiri.
Semua yang bangsa lain hendak nampaknya hampir dapat. Bangsa-bangsa itu tidak perlu korbankan nyawa atau harta. Mereka cuma duduk diam. Sedikit demi sedikit hak mereka semakin bertambah. Jadi apa perlu bersusah payah untuk menghentam bangsa Melayu terang-terangan? he..he..he..
Cuma bangsa Melayu itu, hanya segelintir kecil yang sedar. Yang lain-lain buat-buat tak sedar atau separuh sedar.
---------------------------------------------------------------
Jadi jika Kelantan itu PAS yang pegang.... biar saja lah....sementelahan itu, fikirkan bagaimana untuk perkembangkan pengaruh Islam dan budaya Melayu itu di Sabah dan Sarawak. Melayukan mereka di sana. Islamkan 90 peratus orang Bumiputra di sana. Apakah itu mustahil? Jika masih merasakan mustahil dan terdapat sejuta alasan maka sahlah otak, urat-saraf dalam kepala orang-Melayu itu memang ada masalah.
nota: Penulis adalah neutral neither ahli-UMNO, KEADILAN mahupun ahli-PAS. Kemungkinan besar bakal ahli-kubur. Penulis cuma menyebelahi kepada bangsa sendiri tetapi bukannya bersifat Assabiyah. Menurut penulis, integriti bangsa Melayu itu sangat dipentingkan dan bukannya perpecahan.
NOTA KHAS: Penulis faham. Penyatuan 100 peratus bangsa Melayu bukannya satu yang mudah. kerna takdir dan sifat dalam diri manusia itu amat suka bertelagah.
14 Comments:
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلاَّ أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواْ وَلَوْلاَ كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
( Suray Yunus : Ayat 19 )
" Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu. "
[679] Maksudnya: manusia pada mulanya hidup rukun, bersatu dalam satu agama, sebagai satu keluarga. Tetapi setelah mereka berkembang biak dan setelah kepentingan mereka berlain-lain, timbullah berbagai kepercayaan yang menimbulkan perpecahan. Oleh karena itu Allah mengutus rasul yang membawa wahyu dan untuk memberi petunjuk kepada mereka. Baca ayat 213 surat Al-Baqarah. [680] Ketetapan Allah itu ialah bahwa, perselisihan manusia di dunia itu akan diputuskan di akhirat. [681] Maksudnya: diberi keputusan di dunia.
http://the-noble-quran.blogspot.com/search/label/Surah%20010:%20Yunus
Buatlah apa yang sehabis baik boleh kita usahakan. Jangan difikirkan sangat hasil akhir kerana Allah tetap pengurnia yang terbaik.
Wallahu a'laam...
Ya Ashabul internet..
Ya... aku faham. Konsep takdir jua.
Allah bersifat menduga dan maha pemberi ujian.
terima kasih kerna sudi.
aku belum daftar mengundi..
el-leeds,
salah satu sifat manusia adalah alpa.
tp bila dah terantuk barulah nak terngadah.
he..he...he..
aku x sindir sesiapa..
cuma aku bercakap mengenai diri aku.
he..he..he...
SPB untuk kau.
he.he..he.
Ntah kenapa saya setuju semua saudara kata...
Ni nak kongsi...
"Mungkin urat-urat halus dalam otak orang Melayu terlalu halus menyebabkan darah kurang masuk ke dalam injap-injap dan bilik-bilik sel dalam otak yang menjanakan pemikiran yang sihat lagi bernas."
Ada kajian kata, kita kena banyak sujud untuk bagi darah masuk kat saluran2 halus nih...itu saya baca dalam hikmah sujud!
Ohh yaaa...lupa!
saya sudah lama daftar mengundi...
saudara boleh fikirkan dimasa depan untuk menjadi calun...mungkin "parti bebas?"
elhakim @ tomhakim calon dari parti bebas untuk PRU akan datang..
hehe..
pada aku, kalau yang satu tu dah terang-terangan retorik islamik, baik ambil yang betul2 perjuangkan islam..
apa yang kita nak harapkan?
ketua SPR?
atau ketua pengarah BPR tu?
el-summyaah, el-zamir aka el-PAS-supporter,
Partai bebas adalah parti yang sia2. perjuangan sia2.
Daripada aku korbankan wang-ringgit deposit akibat kalah dan diberi kepada monyet2 bertopengkan manusia itu baik aku sedekah pada monyet2 yang sebenarnya.
aku percaya kau hakim...
yes.... bro elhakim,,
Maz ingat owang Melayu ni kena team-up, team up...
coz sorang-sorang for sure tableh punya...
satu lagi... memang betul orang Melayu ini suka berpecah-pecah sebab nafsu diaowang kuat...
berpecah-belah disebabkan tamak itu sangat ramai.
Orang Melayu banyak bersifat tamak haloba. gelojoh.
sebab itulah asyik suka berpecah-belah.
Kita tak ske semua itu.
I really enjoy reading your posting about bahagian otak yang terpotong i2.
yes... Most Malays memang mempunyai masalah bentuk tengkorak kepala yang rupanya agak tidak cantik dan sempurna yang mencerminkan bentuk otak.
Ia memang suatu jelmaan yang tidak lengkap.
Ada certain opinion yang mengatakan bahawa yang terpotong itu adalah bahagian yang cerdek.
Dan yang tinggal itu adalah bahagian tak cerdik seperti, malas, angan-angan, dengki, tamak, haloba, suka tidur dan macam2
anyway Maz harap, itu hanya borak2 kosong dengan kengkawan sahaja....
:))))))
:PPPP
Eh, kat mana akak nak daftar mengundi ni? Sabar je aku...
Nur raina,
dekat mana lagi...
Kalau tak kat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia....
dekat jer tu....UNDI pun UNDI POS.
Kat Adelaide ada satu.
akum mr hakim
ko nye pemikiran sama ngan pemikiran aku..meh lawat blogspot aku..baca about melayu gak..
aku suka cara ko berfikir dude..melayu akan sedar bila negara malaysia ni jadi mcm palestin kot..dimana suatu ketika dahulu palestin tu dihuni oleh org palestin tapi skrg dikuasai oleh org asing iaitu israel laknatullah..
bila agaknye melayu akan sedar ye sedara??
hak2 org melayu dah di ambil sikit2..
mrsm dulu hak org melayu dah masuk kaum non bumi
tanah2 rezab melayu dah di ambil sikit2..
tolong sedar laa melayu weii..
bila ckp skit pasal melayu,org2 melayu lain melenting..marah..
bukan x bangga ngan melayu...
sbb aku terlalu bangga ngan melayu aku tulis post tu..
bahasa melayu x jadi kebanggaan semua org lagi skrg ni..bila ckp
dalam bahasa melayu je org akan ckp kita ni x maju laa,kolot laa,kampung laa..
malah bangga ngan bahasa asing
bangunlaa melayu islam weii
bangkitlaa melayu islam
sudah cukup tebal selimut yg kita guna ni skrg...bila agaknye selimut yg kita guna tu dapat jadi perisai utk bangsa kita ye...
bila agaknye tahi mata yg kita buat selama ini akan bertukar jadi emas utk selamatkan bangsa kita..
skrg ni melayu sama melayu bergaduh..bangsa lain seronok je tgk and tunggu zaman kejatuhan melayu..malah mereka support pergaduhan sesama kita adalah..
isu2 yg kecil dibesar2 kan,tp isu2 bangsa melayu didiam2 kan..
aku bukan sokong mana2 pihak or nak kritik mana pihak..aku neutral.
aku cuma nak selamatkan bangsa aku je..tolonglaa sedar..
baca sejarah melayu melaka balik dan kaji balik sejarah melayu melaka,apa faktor yg memangkinkan kejatuhan zaman melayu melaka tu...
byk faktor dia..
x kan nak suruh sejarah kejatuhan melayu melaka berulang lagi..bila dia berulang so kita akan menyanyikan lagu newboyz ni"sejarah mungkin berulang"..meh kita nyanyi lagu ni ramai2..so baru kita igt..bukan org melayu skrg ni suka menyanyi dan berhibur..
saudara sebenarnya..rasa cam nak beri ceramah je..kat smua org melayu islam ni..nak sedarkan semuaorg..nak bangunkan mereka dari buaian tidur yg nyenyak ni..
sampai sini saja laa saya nye comment k..sbb terlalu panjang sgt..sampai terlupa..rasa nak wat post lagi je...hehehe
ya Allah bantula agamaku dan bangsaku ini..-amin-
sy syg kan agama dan bangsa sy...
Post a Comment
<< Home