..

Thursday, March 08, 2007

Persoalan Aku: Isu Iran, Neocons dan zionist




Semasa termenung di dalam tandas , selalu sangat aku termenung dan memikirkan mengapa si-bahalol American-Neocons berhajat sangat memperbesar-besarkan rhetorik mereka untuk menyerang Iran lantas memperhebatkan propaganda-propaganda mereka. Tetapi tak serang-serang juga.

Untuk catitan ini, aku membariskan satu-persatu sebab musababnya. Agar salah satu drpdnya menjadi kenyataan kelak. Walaubagaimanapun ini hanya logik aku sahaja daripada pembacaan di internet.

Sebab musabab itu adalah:

1. Malu kerna kekalahan di tangan insurgents di Iraq. Askar US pula sekarang in menjadi mangsa
2. Malu kerna tidak berjaya menghapuskan saki-baki taliban(remnant) di Afghanistan. Malah Taliban semakin berkuasa dari hari ke hari. (he..he.he.)
3. Tekanan demi tekanan daripada pihak lawan dan kongress yg dikuasai oleh parti Demokrat (lebih kurang 2 x 5 )
4. Mencari dolak-dalik untuk meminta dunia menyokong mereka apabila Iran diserang
5. Untuk menaikkan kembali imej Amerika yang semakin terhakis kesan daripada penjajahan di Iraq dan Afghanistan
6. Sedang mencuba sedaya upaya agar kekalahan kali ini tidak boleh di samakan dengan kekalahan di Vietnam yang masih lagi menghantui mereka. At least mereka cuba menjajah satu lagi negara umat Islam.
7. Mahu terus membuktikan bahawa mereka masih lagi mempunyai daya 'threaten' atau 'sengatan berbisa' terhadap mana-mana negara yang dilabelkan sebagai 'degil'
8. Arahan daripada Zionist/Israel yang meramalkan bahawa kemungkinan Iran adalah kuasa besar Islam yang sebenarnya yang mengakibatkan kesengsaraan Israel pada waktu2 mendatang. (wallahualam)
8. atau memang sebagai TAKDIR (cause and consequence). Ini adalah punca kejatuhan sebuah empayar sepertimana yang dijanjikan oleh tuhan melalui putaran roda-alam.


Mengikut perkiraan aku, pihak zionist hanya dapat berkuasa di negara Israel sekarang ini adalah tidak lama. Lebih kurang sama lamanya dengan pihak Salib menduduki Jerusalem pada kurun ke 9 dan 10. Yang mana ia hanya mengambil kurang daripada 100 tahun.

Aku meneka bahawa Israel akan terlepas daripada genggaman zionist/Yahudi mungkin dalam 202x atau paling tidak 203x (setelah 1948 + 89 tahun).
nota: 1948 terbentuknya negara Yahudi,
89 adalah jumlah tahun pihak Kristian Salib mengusai Jerusalem pada masa dahulu.

Senario Urutan pendudukan Manusia di Tanah Israel (Jerusalem) dalam benakku adalah begini:
==============================================================

0. (Agama Allah-Islam) Jerusalem pada asalnya ditadbir oleh Bani Israel. Lihat Nabi Daud, Nabi Sulaiman dll.

1. (Kafir) Jerusalem adalah di bawah kerajaan Rumawi (Rom-Barat. Ibu kotanya adalah di Rom-Itali) semasa Rasul Isa (AS) lahir.

2. (Nasrani/Kristian) Sebelum kedatangan Islam, Jerusalem adalah di bawah jajahan Rom Timur (Byzantine). Ibu kotanya adalah di Constatinople (Turki)

3. (Islam) Semasa Empayar Islam berkembang, Jerusalem telah jatuh ke tangan orang-orang Islam yang diketuai oleh Panglima Abu Ubaidah Al-Jarrah. Pada masa itu Sayidina Umar menjadi Khalifah.

4. (Kafir-Kristian/Nasrani) Jerusalem jatuh kembali ke tangan puak Kristian-Salib di atas arahan Pope Urban II dan dibantu oleh tentera-tentera Knight Templars dari Perancis. Era Freemasons telah terbit.

5. (Islam) Jerusalem kembali semula ke tangan Islam di bawah Panglima Islam yang bergelar Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dari dinasti Ayyubiyyah, Damsyk.

6. (Kafir-Yahudi) Jerusalem telah dirampas secara haram oleh British daripada Arab Palestine dan diberi kepada Yahudi dan Zionist. perdana Menteri Israel pada masa itu adalah David ben Gurion. David telah dibantu oleh Moshe Sharett dan Haim Weizman

7. InsyaAllah Jerusalam akan kembali semula ke tangan Orang Islam.

Dipendekkan rentetan dan urutan senario di atas kita akan dapati Jerusalem telah di jajah oleh
1. Agama Allah - Nabi Daud
2. Kafir Romawi- Rom Barat
3. Kafir Nasrani - Rom Timur
4. Agama Allah - Umar Khattab
5. Kafir Nasrani - Pope Urban II
6. Agama Allah - Salahuddin Al-Ayyubi
7. Kafir Yahudi - David Ben Gurion
8. ???????????????? <------- Yang pastinya adalah Islam kembali

Kesimpulan
------------
Oleh kerana Tanah Jerusalem itu sentiasa menjadi perhatian dunia dan apa-apa yang terjadi pada Tanah tersebut mencerminkan pergolakan dunia maka tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa sesiapa yang menakhluki Jerusalem adalah mereka yang mengusai dunia dan yang paling berpengaruh.

Lihat sendiri political milestones di tanah Jerusalem yang telah aku tulis sebentar tadi. Sungguh hebat ke atas sesiapa yang dapat menakhluki Tanah Jerusalem ini.

----------------------------- imiginasi -----------------
Kadang-kadang aku selalu membuat andaian bahawa Jerusalem ini diibaratkan sebagai gadis dan bidadari yang sangat cantik yang sangat mempesonakan yang sering menjadi rebutan sang-sang kumbang dan pahlawan yang hebat.

Kulitnya mulus.. putih gebu, bertubuh langsing, alis lentik, pipi cerah kemerah-merahan bak epal, bibir halus menawan , hidung mancung, gigi putih mutiara, rambut halus hitam keperang-perangan dan beralun. Leher jinjang.... warna mata hazel, kehitam-hitaman dan berbau harum semerbak haruman-wanita indah kurniaan tuhan.

tiba-tiba wajah hodoh tua-kutuk Ariel Sharon muncul.....lalu menghancurkan segala khayalan melodi indahku....

Aku terus buat apa yang patut dan segera tinggalkan tandas itu...

Esok ku sambung semula.

Labels:

15 Comments:

Blogger leeds said...

mantapnya informasi walaupun terhasil ketika termenung dlm tandas..

:D

12:54 AM  
Blogger Elhakim said...

Ya. aku cuma merokok dalam tandas.
aku tidak buat apa2 kecuali merokok.

he..he.he.

9:32 AM  
Blogger Abang Long said...

Salam hormat buat Saudaraku El-Hakim.
Orientalis Barat berteori:
Barangsiapa yang menguasai Baitul Maqdis (sebagai Kiblat pertama Umat Islam), maka mereka akan menguasai dunia. Dimana salah satu dari fakta ialah, walaupun mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad, tetapi dari segi ilmiah - 1)dari situlah manusia pertama (Nabi Muhammad), telah naik ke langit. 2)Baitul Maqdis terletak dipenjuru bertentangan dengan Ka'abah (seperti kelaziman, Ketua Gangster akan duduk dipenjuru), supaya dapat melihat keseluruhan kawasan dan mengawal keadaan. 3)Selepas munculnya AL Mahdi, tempat seterusnya yang akan dituju oleh tentera Islam pimpinan AL Mahdi adalah Baitul Maqdis (itu salah satu dari sebab rejim zionis menanam pokok gharqad), satu - satunya benda yang akan melindungi Yahudi Zionis. Wallahuaklam.

9:47 AM  
Blogger Elhakim said...

el-abgLong,
Ya.. aku pernah terdengar pasal pohon berduri yang dinamakan pohon gharqad.

-wallahualam

rupa pohon itu adalah

dalam google..taip gharqad

seakan2 pohon berduri rupabentuknya

10:01 AM  
Blogger Mazween-Laugh said...

mmm...
Pernah nampak gambar-foto wanita itu.
Tapi gambar siapa yer???

8:51 PM  
Blogger Unknown said...

Lucu tetapi berinfomasi. Inilah sebabnya saya suka ke mari walaupun tidak tinggal sebarang jejak :D

6:41 PM  
Blogger Unknown said...

Bagus, saya suka entri ini. Kalau begitu, selalu-selalulah merokok di tandas tetapi tidak buat benda lain kalau begini hasilnya.

1:54 AM  
Blogger Elhakim said...

ustazah zalisa,
ya..betul...
dalam dunia maya..memang tidak mempunyai jejak.


ainin naufal,
he..he..he.

tolong belikan aku satu karton rokok.

5:05 AM  
Anonymous Anonymous said...

Apa-apa pemikiran semasa dalam tandas adalah dipengaruhi syaitan, kalau dapat idea atau pemikiran baru semasa dalam tandas jangan digunapakai, akan bawa keburukan/kegagalan. itu yang saya belajar, ini sekadar nasihat...

Tutup kepala tak masa dalam tandas tu? kalau tak sah2 jugak syaitan duk bertenggek atas kepala. juga ingatan dari saya yang sebenarnya alpa dan lali juga...

2:53 AM  
Blogger Elhakim said...

he..he..

Betulker idea di dalam tandas itu adalah dipengaruhi syaitan?

Bagaimana pula idea diluar tandas?

pada aku.. manusia melayu itu sentiasa mempunyai syaitan bertenggek walau di mana jua berada...

Maksiat diluar tandas amat lebih hebat.

aku mintak maaf... kerna aku mempunyai keupayaan untuk berfikir walau di mana jua aku berada...

anugerah tuhan.

he..he.he.

7:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

ello brother... hehehe akut ak baca entri ko ini.. tpai saje je aku nak letak comment.. psal nama aku jadi yano...??heheheh u always make me laugh....

6:45 AM  
Anonymous Anonymous said...

lupa nak ckp...firasat aku.. kau seorang king kontro;; tak pun king kong... semua nama ko nak letak nama ko dulu..el..el.. el...

6:46 AM  
Blogger Elhakim said...

yanni,
biasa la...

sbb aku terror.

hik.hik..hik

3:24 PM  
Blogger Ryna said...

Abg ElHakim...
Una mana yek? Blog dia dah hilang

12:28 AM  
Blogger Elhakim said...

el-misa,

Memang Una-Karl telahpun hilang di persada Blog ini.

Ada beberapa sebab Una hilang. Antaranya adalah:

1. Kehilangan blog gadis pujaannya. Ini Mendorong utk beliau juga menghilangkann diri. (apalah guna berblog jika gadis pujaannya telah tidak berblog lagi)

2. Mungkin beliau sibuk utk menguruskan si-dia... iaitu wanita pujaannya

3. Situasi ditempat pekerjaan yang sangat mencengkam

dan beribu2 kemungkinan lagi... yang kitapun ngak ketahui..

he..he..he..

wasalam..

4:46 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker