..

Tuesday, June 19, 2007

Pertikaian Ummah: Imam Mahdi dan Kebangkitannya di Nusantara




"Kebangkitan Islam yang ke-2 adalah bermula dari Timur-dunia. Bukannya di bahagian barat. Bangsa-bangsa Islam barat khususnya bangsa Turk, Arab telahpun banyak bergelumang dengan kuasa, darah dan air-mata. Kegemilangan yang lalu dibahagian barat tidak akan berulang. Biarkan ia menjadi suatu lipatan sejarah dan kenangan silam untuk kita semua." "Bangsa yang manakah yang belum lagi memegang tampuk tertinggi kuasa-Islam dunia?. Bukankah ia adalah bangsa Melayu yang berasal dari Nusantara, yang mengunjur dari Semenanjung Malaysia sehingga ke Selat Makasar seterusnya Jawa Timur? Maka sesungguhnya bangsa-bangsa inilah yang bakal menguasai dunia pada suatu hari nanti. Inilah yang dinamakan sebagai kebangkitan Islam yang bermula di timur."

"Islam di nusantara dikembangkan oleh pedagang-pedagang India-Moslem dari Gujerat. Tentulah ada maksud-maksud tertentu yang mendorong mereka menyebarkan Islam di No-Man's-Land bahagian Asia Tenggara pada waktu itu. Sesungguhnya mereka telahpun menduga bahawa rakyat-rakyat di kawasan inilah yang bakal menguasai dunia pada suatu hari nanti. Tidak lain dan tidak bukan. Itulah bangsa Melayu!!!"


"Ya! itulah bangsa yang bakal mendominasi dunia pada suatu hari kelak. Seorang Mujaddid El-Islami bakal lahir di sini. Mujaddid itulah yang dikenali sebagai...............

Es-Syeikh El-Muhammad Ibn Abdullah As-Suhaimi atau Es-Syeikh As-Suhaimi.


yang dikatakan ghaib pada kurun ke-19. Beliau tidak mati tetapi beliau dighaibkan oleh Allah SWT. Atas sebab-sebab tertentu"


Terkulat-kulat dan terkentut-kentut aku apabila nama Syeikh As-Suhaimi disebut oleh beberapa orang Ahli-El-Rufaqa' sebagai imam mujaddid yang membawa gelaran sebagai Imam Al-Mahdi, seorang messiah yang datangnya dari rumpun bangsa Melayu Nusantara.

Tegas mereka lagi... Gelombang Islam ke-2 adalah berasal dari Timoooorrrr.... dari Timuuurrr
dari timuuuurrr. Bangsa itu adalah bangsa Melayu....



================

Lamunan aku terhenti beberapa ketika waktu untuk memikirkan kelogikan dan kesahihan fakta-fakta mereka. Aku masih lagi terkulat-kulat dengan mata terpisat-pisat. Aku tambahkan sedikit kicap al-Arqam ke atas telur rebus setelah aku menghirup kuah maggi. Kali ini agak payah menelan kerana mungkin sedikit selera nafsu gelojohku terjejas dek dakwaan syeikh-syeikh El-Rufaqa mengenai El-Imam El-Mahdi yang berasal dari rumpun Melayu.


Aku sebenarnya sangat kasihkan bangsa Melayu ini. Siapa yang tidak bangga jika bangsa sendiri dinobatkan sebagai bangsa yang terunggul di dunia. Tambah-tambah lagi sesuatu yang berkaitan dengan El-Islam-Mislam ini. Tentulah terkembang-kembang hidung jika bangsa Melayu ini dianugerahkan oleh Allah SWT suatu kebaikan yang sedemikian rupa.
Tetapi sesungguhnya setiap kejadian ALLAH SWT ini tentulah mempunyai

"CAUSE AND EFFECT" yang bermula dengan Takdir.

Mengikut perspektif dan otak jumud lagi negatif aku ini, sehingga sekarang aku tidak berapa nampak sebarang kebangkitan yang signifikan ke atas bangsa Melayu yang dikasihi ini. Semakin banyak penyelewangan dan kesesatan bangsa ini, adalah yang aku nampak.

Tak tahulah samada Allah telah membutakan mata aku ataupun telinga aku yang telah tuli sebab tidak mendengar kebangkitan-kebangkitan yang maha dahsyat yang sedang terjadi di alam Melayu dewasa ini.


Walaupun pada dasarnya mempercayai el-imam El-Mahdi itu tidak wajib mengikut pandangan sesetengah ulama' el-muktabar tetapi sebagai seorang yang sangat kasih terhadap agama ini, aku masih lagi mengharapkan messiah itu muncul.

Walaubagaimanapun aku tidak expect bahawa el-Imam el-mahdi itu muncul di kalangan bangsa Melayu walaupun bangsa ini adalah kedudukannya di Timur.
Sebaliknya, aku lebih merasakan bahawa kebangkitan Islam yang dinyatakan dari sebelah Timur itu mungkin bermula di

1. Parsi

2. Iraq
3. Afghanistan
4. Pakistan

Kerna, jika dilihat dari segi logik peta dan kedudukan, ketiga-tiga negara tersebut adalah terletak di timur Tanah Arab. dan ini lebih mirip dengan kesesuaian bahawa Islam bakal bangkit dari Timur Semenanjung Tanah Arab dan bukannya dari timur Nusantara.


he.he..he.. =P usah perasan lerr kemu....


Hujah aku yang lainnya adalah... negara-negara Islam yang mengalami pergolakan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu, khususnya tentera kuffar dan kafir sudah tentu mempunyai daya penentangan dan benteng yang agak kukuh di sanubari pejuang-pejuang Islam mereka.

Perjuangan dan hentaman yang bertubi-tubi inilah yang bakal menghasilkan pejuang-pejuang yang mantap dan berkaliber yang membuatkan musuh-musuh gerun dan kecut. dan bukannya pejuang-pejuang Islam di nusantara yang masih lagi meneguk dan menghirup kuah mee-maggi, bermain playstation/computer-games serta mengharapkan pisang-pisang mesjid untuk santapan makan malam.


Itulah dia yang dinamakan sebagai Penganugerahan daripada ALLAH SWT dari bangsa-bangsa yang sedang hebat menerima ujian dariNYa. Walaupun begitu, aku tidak berani melabelkan pergerakan El-Aqram wal El-Rufaqa ini sebagai suatu pergerakan yang sesat 100 peratus. Bukannya disebabkan kicapnya sedap, tetapi memang fitrah aku tidak suka menjatuhkan hukuman yang sangat berat ke atas sesuatu individu mahupun berkumpulan terang-terangan. Jika penyelewangan dan salah-laku tidak mengapa. Tetapi sesat adalah sesuatu yang sangat berat.

Sebenarnya masih ada kualitas-kualitas yang masih baik yang terletak pada perjuangan el-aqram dan el-rufaqa ini. Kemungkinan besar, mereka hanya tersilap sahaja yang menjadikan mereka dipandang sesat. he..he.he. ntahlah.... Semoga Allah menunjukkan mereka di jalan yang benar.

Dari sudut filem, hollywood, jika
Freddy (Nightmare on Elm Street) bertemu (vs) Jason (Friday 13th) maka ia dapa menghasilkan sebuah filem yang bermutu dengan kesan-effectnya sehingga meraih box-office.

tetapi jika,
kerajaan Malaysia(korup) bertemu(vs) El-Rufaqa (sesat) maka semakin tinggilah darjah kegampangan yang dihasilkan.

wallahulam.

Labels: , , , , , ,

..

Saturday, June 16, 2007

Persoalan Ummah: Wajah-wajah Pembela Ummah?



Sesungguhnya bagiku, pemuka-pemuka aliran Wahabbiyah terkeliru antara amalan-amalan khurafat, dengan penghormatan ke atas kesan-kesan tinggalan sejarah yang diwarisi oleh Rasulullah SAW di Haramain.

Pencerobohan dan pemusnahan serta larangan-larangan untuk mendekati kawasan2 tersebut sedikit sebanyak amat ku kesali.

Pendokong-pendokong aliran wahabbi ini, buat masa sekarang telah menjadi satu tonggak kekuatan yang terpenting dalam pemerintahan kerajaan Arab Saudi serta umat Islam sejagat.

Segala jasa, pengkhianatan dan lahanatan mereka ke atas ummat Islam tidak akan dan tidak pernah aku lupakan.

Justeru itu, akan aku abadikan wajah-wajah mereka, bagi memenuhi ruangan ini supaya wajah-wajah tersebut tidak akan pudar dalam sentiasa segar dalam ingatanku.

Hanya Allah sahaja yang dapat menghakimi mereka. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik hakim dan maha pemberi hukuman dan pembalasan.

Semasa Rasulullah SAW hendak pergi meninggalkan dunia yang fana' ini, para2 sahabat terdengar sesuatu dari mulutnya yang berbunyi:

"ummati...ummati...ummati...ummati.."

Begitulah kasihnya Rasulullah terhadap ummatnya sehingga diabadikan kalimah "ummatku" walaupun beliau dalam keadaan yang sangat tenat.

Yang menjadi persoalanku adakah wajah-wajah mereka sebagai pembela Ummah setelah sekian banyak nikmat yang dilimpahkan ke atasnya?



Pemerintah pertama. Al-Marhum Raja Abdel-Aziz As-Saud. (pro-barat) (lahir: 1902/ memerintah: 1932-1953)



Pemerintah kedua. AL-Marhum Raja Saud Ibn Abdel Aziz As-Saud (pro-Barat) Memerintah:1953-1964



Pemerintah ketiga. Al-Marhum Raja Faisal Ibn Abdel Aziz As-Saud (Bukan pro Barat/zionist) Dibunuh oleh anak-saudara sendiri atas arahan CIA/Fahd (tanpa fakta). Memerintah: 1964-1975




Pemerintah keempat. Al-Marhum Raja Khalid Ibn Abdel Aziz As-Saud. Memerintah: 1975-1982



Pemerintah kelima. Al-Marhum Raja Fahd Ibn Abdel Aziz As-Saud. (pro-Barat). Memerintah: 1982-2005




Pemerintah keenam dan sekarang. Raja Abdullah Ibn Abdel Aziz As-Saud. (pro-barat???) 2005 - ???

Labels: , , , ,

..

Monday, June 04, 2007

Persoalan Ummah: Mengapa Malas Beribadah?



Aku bukanlah seseorang yang pantas membincangkan topik yang berat ini iaitu persoalan mengenai peribadatan. Aku apa kurangnya dengan kemalasan yang ada pada aku. Jika dilihat dari sudut luaran, aku bukanlah seorang ahli ibadah mahupun ahli sufi jauh sekali daripada menjadi imam-imam besar, ulamak mahupun ahli-ahli mujtahid serta mujahid.

Aku sebenarnya orang yang amalannya biasa sahaja. mengandungi sifat malas serta mata dan pemandangan yang meliar.

Sengaja aku mencatatkan segala naluri rasa aku mengenai persoalan kemalasan peribadatan ini untuk aku menterjemahkan dan mengumumkan kemalasan-kemalasan tersebut dikhalayak ramai agar aku dapat samakan kemalasan peribadatan aku dengan kalian semua tiada bedanya.

he..he.he.

Topik ini agak berat. Walaubagaimanapun aku cuba ringan-ringankan sebanyak yang mungkin agar catatan ini senang difaham untuk aku kenang sebelum aku dihisab dikemudian hari kelak.

Mengapa manusia berasa malas beribadat?

Soalan ini agak berat. Tetapi jawapannya agak senang bagi aku.

Manusia malas beribadat kerna...............................

manusia itu tidak tahu akan tarikh matinya untuk segala amalannya dihisab.

Itulah jawapannya. Mudah dan ringkas bukan?

Dari segi logika, Itulah jawapan yang paling tepat, padat dan mampat. Kalian yang membaca catatan yang tidak seberapa ini harus akui akan kebenaran jawapan daripada aku tentang mengapa dan kenapa manusia malas beribadat.

Sebab dan musabab tentang kemalasan manusia menunaikan ibadat ini tiada pun dalam hadith mahupun Al-Quran. Jangan dicuba untuk mencari-cari di situ. Jika dicari juga, kebuntuanlah yang kita dapat.

Pada hemat aku, kemalasan ini sebenarnya berpunca dari sikap-mikap manusia itu sendiri yang mana di antaranya adalah seperti yang berikut:
1. berkeluh-kesah
2. tidak sabar
3. terburu-buru
4. suka menyalahkan yang lain
5. suka memberi alasan
6. tidak tahu dan malas untuk ambil kisah

Keenam-enam sifat lemah manusia di atas jika dihimpunkan sudah cukup untuk menjadikan manusia tersebut bersifat malas dalam mengerjakan ibadatnya.

dan

Sesungguhnya aku akui, jika manusia diberi peluang untuk mengetahui tarikh kematiannya, dengan secara otomatis manusia-manusia itu akan segera rajin dalam amalan peribadatannya. Itu memang sudah aku duga dan memang terjamin akan kebenarannya.

Contoh paling lazim dan tipikal adalah waktu peperiksaan yang semakin hampir di mana para pelajar agak sibuk mentelaan pelajarannya.

Begitu juga dengan tarikh kematian. Jika manusia tahu akan tarikh kematiannya maka manusia-manusia di dunia ini akan segera berbuat baik di kala waktu ajal mereka semakin hampir.

Walaubagaimanapun terdapat kontranya jika manusia ini tahu tarikh kematiannya iaitu, jika saat kematian mereka masih lagi jauh, mereka akan sentiasa berbuat kejahatan kerana mereka akan pandai congak, bahawa mereka akan segera kuat beribadah di kala ajal mereka hampir tiba sahaja seperti 'work hard exam is around the corner'.

Satu lagi fakta yang sering aku terfikir tentang kemalasan manusia ini untuk beribadat adalah ketidak-tahuan manusia tersebut akan titik kematiannya.

manusia-manusia ini sering ditipu oleh dunia. Semakin lama manusia2 ini di dalam dunia maka semakin panjang usia yang dirasai.

Jika seseorang manusia itu berumur 40 tahun, diikutkan logik, tidak sepicin pun mereka terfikir bahawa ajal dan maut mereka sudah terlalu hampir atau noktah kematian mereka sedang berada di hadapan.

Apa yang dirasakan oleh mereka adalah terlalu banyak benda-benda di dunia yang mendatang atau semakin deras nikmat-nikmat tersebut yang dirasai.

Oleh itu, perasaan untuk sedar akan noktah kematian itu semakin jauh dirasai.

Agaknya itulah sebab-musabab mengapa manusia itu berasa malas untuk beribadat di samping faktor-faktor lain seperti
1. jahil (ignorance)
2. terlalu ikutkan nafsu
3. leka

Dan inilah agaknya yang dinamakan sebagai tipu-daya dunia.

gambar di bawah: Wajah syaitan yang menegah manusia daripada beribadah (agaknya)



wallahualam

Labels: , ,

..

Thursday, May 24, 2007

Persoalan Ummah: Ada Apa dengan Lubnan?



sejak seminggu lepas, otak dan fikiran aku sering berlegar tentang sebuah negara para anbiya yang dinamakan sebagai Lubnan/Lebanon. Negara kecil tersebut, tidak silap aku, sering bergolak dan sering dilanda ketidakstabilan politik yang mengakibatkan peperangan, demonstrasi dan perpecahan.

Dari segi sosialnya, terdapat banyak etnik, ras dalam sebuah negara kecil tersebut antaranya
1. Arab-Sunni
2. Arab-Syiah--militan Hezbollah
3. Puak Druze
4. Pelarian Palestine--militan Fatah-Al-Islam
5. Arab-Kristian
6. Yahudi-Jews
7. Warganegara Asing--Majoriti dari barat
8. Expatriate
9. dan lain-lain lagi

Jika hendak dinilai dari segi kemanusiaan, memang agak bangsat sekali kerajaan di bawah Perdana menteri Fouad Siniora dan Presiden Emil Lahoud. Kadang-kadang aku nampak bahawa kerajaan yang dipimpin oleh dua ekor beruk itu nampak dan kelihatan seperti dayus sahaja. Maksud aku, kedua-dua ekor bangsat itu bertindak seoalah-olah tak ada telur.

Semasa serangan Israel pada tahun lepas, kedua-dua ekor beruk-tiada telur ini hanya berdiam diri sahaja walaupun wilayah mereka di bahagian selatan telahpun dirogol bertubi-tubi oleh rejim zionist.

Tiada apa-apa yang mereka berani lakukan. Tentera-tentera Lubnan hanya menyepikan diri di bahagian utara dan tidak bertindak dan berhasrat untuk melakukan serangan balas.

Yang mempertahankan Selatan Lubnan pada masa itu hanyalah puak-puak militan Syiah Hezbollah/Hizbullah. (Bukannya Hasbullah Awang ). Kredit bagi puak Hezbollah kerana mereka amat berani mempertahankan kedaulatan wilayah Lubnan yang gagal dipertahankan oleh beruk-tidak-bertelur iaitu perdana menteri mereka sendiri. Apa yang menjadi persoalan bagi aku, bagaimana anggota Hezbollah yang cuma berjumlah tidak lebih daripada 20 ribu orang itu dapat menewaskan dan menggagalkan musuh mereka tentera israel yang mempunyai kelengkapan militer yang cukup canggih. Tidak salah aku, Rejim zionist dan Yahudi tersebut mempunyai kekuatan angkatan tentera yang ke-empat terkuat di dunia. (Rujuk fakta dalam CIA).

he..he. aku acah jer... apa yang hendak dihairankan, sedangkan tentera yang terkuat sekali di dunia iaitu tentera Amerika pernah gagal di Vietnam dan sekarang ini, sedangpun mengecapi dan menikmati kegagalan di Iraq dan Afghanistan.

Berbalik pula persoalan aku di Lubnan sekarang.

Mengapa sekarang ini, tentera-tentera Lubnan beriya-iya benar menyerang kedudukan militan Fatah Al-Islam, iaitu sebuah kumpulan militan yang bertindak sebagai penjaga atau mempertahankan hak pelarian-pelarian Palestine di Lubnan.

Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Lubnan untuk menumpaskan puak militan Fatah Al-Islam adalah
1. Jenayah rompakan bank yang dilakukan oleh Fatah Al-Islam baru2 ini(tuduhan sahaja)
2. Mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda (Al-Qaeda? benar-benar wujud ker?)

Jika difikirkan secara logik, tentera2 dan pihak berkuasa Lubnan hanya bertindak jika bank2 mereka dirompak dan bukan negara dan wilayah mereka dicerobohi.

Sementara itu, kelemahan yang terdapat pada Fatah Al-Islam adalah tidak memperoleh mana-mana back-up baik daripada pergerakan dan kerajaan Palestine itu sendiri mahupun daripada puak Hezbollah di Lubnan. Fatah Al-Islam dikatakan hanya bernaung di bawah pro-Syria ketika ini. Pada aku, itu hanyalah alasan dan pembohongan yang karut semata-mata.


dan...

Teori aku senang sahaja iaitu

1. Kerajaan pimpinan beruk-tidak-bertelur iaitu Fuad Siniora ini adalah pro-zionist dan pro-western itu sendiri.

2. Keengganan Pihak berkuasa Lubnan untuk campurtangan dalam mempertahankan wilayah selatan mereka semasa diserang oleh zionist-Israel adalah atas arahan barat dan Israel itu sendiri

3. Pihak berkuasa Lubnan membiarkan puak-Hezbollah mempertahankan wilayah selatan Lubnan dengan harapan agar Puak-Hezbollah akan dihancurkan oleh rejim zionist. Ini adalah sebahagian daripada dendam kesumat akibat daripada kehancuran tentera-selatan-lubnan iaiatu (South-Lebanon-Army--pro-zionist) yang dihancurkan oleh puak Hezbollah 20 tahun yang lalu.


4. Tumbesaran dan pemetaan semula negara Israel sedang cergas dilakukan

Kesimpulan
========

Tiada apa2 yang hendak disimpulkan. Jika ummat Islam masih berpecah, maka pecahlah kepala ummat Islam itu sendiri akibat ditembak oleh rejim zionist.


sekian, terima kasih.

Labels: , ,

Online Users
eXTReMe Tracker