..

Monday, July 28, 2008

Persoalan PAS: Mahukah Mengulangi Pengalaman Lama ?


elhias: There's no Escape for the Broken heart.


Sumber: Utusan Malaysia (Sila klik)

Tawaran umno kepada PAS untuk menerajui kerajaan negeri Perak sepatutnya tidak diambil peduli oleh PAS.

Kerana bagi aku, aku yakin bahawa iMNO bukanlah suatu wadah perjuangan ikhlas lagi.

Keikhlasan hati para pemimpin iMNO sudah lama mati. Ibarat seorang Atok-tua yang berumur 89-tahun yang kematian pucuk pada umur 51-tahun akibat Eksiden. (hehe..)

iMNO bagi aku hanya untuk mengenakan PAS. Seperti biasa habis manis, sepah dibuang.

Pemimpin berjiwa syaitan dan bertunjangkan nafsu, mana mempunyai semangat dan bercita2 keislaman.

Persoalannya, jika iMNO betul-betul ikhlas untuk bergabung dengan PAS maka 2 perkara di bawah harus dilakukan pada awal-awal lagi iaitu

1. Menyerahkan negeri-negeri (spt Tganu, Perlis) yang masih di bawah BN untuk diterajui oleh PAS. Mengapa sibuk untuk memiliki Perak yang sudah sememangnya ditadbir oleh pakatan rakyat?

2. Ahli-ahli iMNO sepatutnya bernaung di bawah PAS. dan merealisasikan kewujudan dan bercita-cita untuk menubuhkan negera di bawah pentadbiran Islam yang melaksanakan hukum hudud mengikut syariat yang ditetapkan.


Kepada PAS, tolong janganlah terlalu ghairah dengan pangkat dan harta. Sesungguhnya ia adalah suatu PERANGKAP.

Jika para pemimpin PAS bersetuju dengan tawaran iMNO maka tidak syak lagi bahawa

"....THE DAMAGE HAS BEEN DONE..." ----


Labels: , , ,

..

Wednesday, July 23, 2008

Pertikaian: Jiwa KeIBLISAN, KeSYAITANAN & Kelahanatan Kerajaan Kita



elhias: dalam perkara untuk membuncitkan tembolok sendiri, cepaattt jer menangkap menteri2 kita ni.


sumber: Sila klik saya

hehe...

Salah satu sifat kebangsatan, kelahanatan, kesyaitanan , keiblisan dan kepunahan bangsa Melayu ini adalah terlalu "CEPAT-MENANGKAP" atau mengambil tindakan untuk menonjolkan kemewahan diri sendiri, rakan-taulan dan kaum-kerabat.

Amatlah terlalu padan muka kepada mereka yang terlibat seperti Menteri-Besar Terengganu dan konco-konconya kerana bagi aku mereka ini terlalu bengap dan susah-untuk-faham apabila membaca pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan atau rakan mereka sendiri.

Bila dalam pekeliling telah menggariskan supaya format-A diikut, dgn cepat bangsa Melayu-bertaraf lahanat itu membuat kesimpulan dan mengambil tindakan supaya Jalan-x mesti dilalui untuk mencapat format-A tadi dgn menggunakan berbagai alasan dan helah untuk memenuhi nafsu-sarakah dan nafsu bangsat mereka.

Sedangkan mereka tahu natijah dan waktu sekarang adalah tidak membolehkan mereka melakukan hal-yang demikian.

Tetapi oleh kerana mereka terlalu cepat-sangat-menangkap dalam kecenderungan itu, maka tindakan yang diambil akan menjadi drastik tanpa-tangguh-tangguh lagi. dan hasilnya memang PADAN-MUKA!

Persoalannya mengapa dalam hal untuk mengembungkan perut dan tembolok diri sendiri terlalu cepat untuk diambil tindakan? Tetapi untuk menyenangkan pihak rakyat, tindakan yang diambil terlalu lembab ibarat siput yang kehilangan lendirnya untuk bergerak ?? Itulah bangsat dan lahanatnya bangsa Melayu ini dibandingkan dengan bangsa-bangsa ultra-progresif spt bangsa jepun dan cina.

Kadang2 bukan saja kerajaan negeri saja yang dilabelkan oleh aku sebagai kerajaan lahanat. Kerajaan pusat juga 2 x 5.

Bab-bab pengambilan cukai dan menaikkan harga petrol amat drastik dan cepat dibuat keputusan. Dalam masa sehari atau semalaman saja tindakan menaikkan itu boleh dilakukan.

Tetapi bab-bab spt
1. mengembalikan wang terlebih bayar dalam LHDN kepada rakyat
2. isu pengurangan kadar tol yang membebankan rakyat
3. Upgrading sistem pengangkutan Negara untuk rakyat amat terlalu lambat dan masih lagi dalam proses pertimbangan.

Pertimbangan kepala hotak!!!

Miscellaneous
--------------
Walaupun ada segolongan dari pihak pembangkang yang mengucapkan syabas kepada Ahmad-Said kerana berani membongkar penyelewengan dalam penyelenggaraan harta kerajaan,

bagi aku ITU-TIDAK BOLEH!!!!! aku tidak bersetuju kerana ia akan melahirkan situasi menang-menang pada pihak kerajaan yang memerintah. Rakyat biasa dalam hal ini tetap juga kalah.

AKU KLASIFIKASIKAN KES AHMAD SAID INI SEBAGAI KES YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN.

Kesimpulan aku untuk hal yang ini adalah Puak2 yang bernafsu IBLIS memang TIDAK BOLEH DIKALAHKAN dengan hujjah-hujjah Puak yang Berjiwa KeSYAITANan

HEHE..

Labels: , , ,

..

Monday, July 21, 2008

Pertikaian: Apabila Iblis Mengajar Syaitan Jangan Membazir

z
elhias: Harapkan mahal jer lebih. tapi tak berkualiti. senang rosak.
oopss..sori. jgn salahkan aku. Bukan aku yg kata, tapi orang kuat kerajaan yang mengesahkan. hehe..

Utusan Malaysia: Isu Pembelian 14 Mercedes oleh Kerajaan BN Terengganu

hehe...

Tiada keanehan berlaku apabila kerajaan Pusat memiat telinga kerajaan Negeri atas sesuatu kesalahan yang dilakukan kerana ketua kpd kerajaan negeri tersebut bukanlah seseorang yg menjadi favorite-mereka.

Tetapi apa yang menarik di sini memperlihatkan seperti seseorang yang kelihatan macam-bagoos sedang membuli seseorang yang yang perangainya pun kelihatan macam bagoos juga.

dan

Secara tidak langsung kerajaan negeri tersebut telahpun mengkondem reputasi kereta nasional yang selama ini diwar-warkan sebagai kereta yg paling terbagoos di peringkat nasional iaitu PERDANA. Tak salah aku, wakil2 kerajaan sebelum ini tidak habis-habis memuji kebagoosan kereta nasional yang paling mahal itu.

Apa yang paling menggelikan sekali adalah: alasan kerajaan negeri untuk membeli kereta baru adalah disebabkan maintenance kereta lama (proton Perdana) tersebut melebihi RM 50,000/=.

Maka adalah sesuatu pembaziran jika kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan wang sebanyak itu bagi proses pembaikan.

Untuk MENGELAKKAN PEMBAZIRAN MAKA hendaklah kita beli MERCEDES 14-BIJIK.
Semoga agaknya cost-maintenance akan menjadi sifar.

Bagoos, bagooss... Bijak...bijak...

Semoga tuhan mengasihani pihak tuan.

Labels: , ,

..

Saturday, July 19, 2008

Persoalan Debat Anwar-Shabery : Hujjah Yang Mana Satu ?


elhias : Gambar Hiasan. Terdapat hujjah Anwar itu yang boleh menjadi HEADSHOT kepada Shabery-chik

Mungkin Agak terlewat untuk aku mengupas tentang debat antara Menteri Penerangan dan Pak Sheikh Anwar yang telah berlangsung pada Selasa lepas.

Namun begitu, hujjah yang diberi oleh Pak Sheikh tetap relevan untuk diketengahkan sampai bila-bila selagi polisi kerajaan tentang petrol ini tidak diubah.

Dalam byk2 hujjah, ada satu hujjah daripada Pak-Sheikh Anwar yang aku kira boleh menyebabkan parti UMNO yang didokong oleh Shabery Chik itu SEPATUTnya boleh gulung tikar disebabkan selama ini mereka hanya "BIKIN TARAK SERUPA CAKAP" atau hanya omongan kosong saja.


Persoalannya hujjah yang mana satu ?

hehe...

Aku pun sudah lupa akan hujjahnya tetapi cukuplah sekadar mafhum apa yang diperkatakan oleh Anwar yang jelasnya seperti berikut:

"Kenaikan minyak petrol/diesel ini sudah terang-terangan amat menyusahkan dan membunuh secara diam orang2 Melayu kerna peratus kemiskinan di kalangan Melayu amat tinggi. Untuk apakah kerajaan Barisan Nasional mengwar-warkan mempertahankan HAK dan kedaulatan bangsa Melayu sedangkan pada masa yang sama bangsa Melayu sudahpun terjelepuk kesusahan dek kerna kenaikan harga minyak secara mendadak di luar kemampuan orang Melayu itu sendiri."

Selepas hujjah itu dikemukakan oleh Anwar, sepatutnya Shabery harus turun dari pentas dan mengaku kalah kerna jika diteruskan adalah tiada gunanya.

Hujjah bodoh si Shabery tentang Rakyat di Malaysia cukup makan sudah tidak dapat diterima lagi. Kerna Rancangan Bersamamu di TV3, sebuah stesen TV DOKONGAN Kerajaan BN sendiripun telah mengesahkan bahawa terdapat rakyat di negara ini yang hanya memakan nasik berlaukkan siput babi.


AKHIR KALAM, HEADSHOT BUAT iMNO



Labels: , ,

..

Thursday, July 17, 2008

Persoalan PDRM: DNA Anwar Yang Mana Satu ?


elhias: apa jadi kalau DNA diletakkan pada tilam yang bukan empunya

Headline Berita mainstream: Polis kesal Anwar Ibrahim enggan secara sukarela menyerahkan SAMPEL DNA beliau.


Bila kita baca saja Headline di atas, kebanyakan orang melayu terus tertipu. Ramai orang Melayu menganggap bahawa Anwar Ibrahim takut dan bersalah dan gementar untuk mengemukakan pembuktian. Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah.

hehe...minda melayu begitulah.

Saya nak uji sa-dikit. Apakah yang dimaksudkan sebagai POLIS berkehendakkan DNA di sini ?

Kes liwat Anwar pada tahun 1998 dulu pun telah dibuktikan dgn DNA Anwar sebenarnya telahpun ada dalam SIMPANAN POLIS. (since 10 years ago) dan DNA Anwar sebenarnya masih tersimpan dalam simpanan Polis sejak 10-tahun dahulu sehingga ke hari ini.

DNA seseorang itu tidak berubah sejak bayi sehinggalah ke-tua bangka hatta sehingga hendak mati sekalipun. DNA TETAP TIDAK BERUBAH.

MENGAPA POLIS NAK LAGI ????? Kalau nak lagi...
Bukankah senang saja utk mereka perolehi ?

DNA sebenarnya sangat senang diperoleh. contohnya kita boleh perolehi DNA KITA DARIPADA sumber spt berikut
1. peluh
2. rambut, bulu betis
3. dan segala jenis bulu di badan
4. sel-sel pipi
5. air liur
6. darah
7. najis dan airkencing

Dari segi logik. Anwar pada malam semalam telahpun tidur dalam lokap polis. Sudah tentu DNA Anwar dengan mudah sahaja diperolehi samaada dari
1. rambut Anwar yang gugur dlm lokap
2. peluh pada tilam dalam lokap
3. peluh pada baju-lokap
4. Tahi dan Najis Anwar Ibrahim dalam tandas lokap
4. dsbnya

Kalau hanya setakat DNA yang dikehendaki oleh polis maka sudah tentu berjuta-juta sampel telahpun diperolehi dari Anwar Ibrahim saja pada satu malam.

TAPI POLIS MASIH LAGI TIDAK PUAS HATI DAN BERTEGAS UNTUK MEMPEROLEHI SAMPEL DNA Anwar lagi.

PERSOALANNYA: DNA ANWAR DARI ANGGOTA MANA YANG INGIN DIPEROLEHI OLEH POLIS DALAM KONTEKS INI ????

hehhehe....

JAWAPANNYA

SEBENARNYA POLIS MAHUKAN DNA DARIPADA Air-Mani Anwar Ibrahim. TAPI pihak Polis dan Kerajaan sangat malu nak sebut secara terbuka takut dipersoalkan oleh orang ramai. Itu jer..
maklumlah MALU ITU separuh dari Iman....
Walaubagaimanapun doktor-peribadi dan peguam Anwar TIDAK membenarkan Air Mani tersebut dikeluarkan secara paksa oleh Anwar.

==================


UNTUK APA AIR MANI INI DIPERLUKAN oleh PIHAK KERAJAAN DAN POLIS ???
Jawapan saya macam2....

Saya bagi contoh. Jika kita mendapat sampel air mani seseorang lelaki dan selepas itu kita taburkan air mani tersebut pada cadar tilam seseorang gadis atau wanita cantik, maka AKIBATNYA boleh BERCERAILAH wanita tersebut dengan suaminya (walaupun dia cun yang amat sangat). Saya boleh guarantee itu.

Itulah merbahayanya jika Air-Mani seseorang itu diletakkan di merata-rata.

Dalam Kes Anwar, Apa gunanya air mani itu jijka diperolehi oleh polis dan kerajaan???? itulah yang menjadi MISTERI.... sehingga sekarang... tungguuuuuuuuuuu



dipetik dari email seseorang

Labels: , ,

..

Wednesday, July 02, 2008

Persoalan Kerajaan: Kerajaan kita anti-maksiat ?


elhias: "kami anti Liwat!!!"


hehe....

aku ingin sebut suatu isu lama . Isu lapuk 10 tahun dahulu...

Nampaknya kerajaan kita, iaitu kerajaan Barisan Nasional cap Ayam adalah sebuah kerajaan yang mulia dan bermoral tinggi, dichop sebagai anti-liwat, juga kerajaan yang menekankan hak kesamarataan, juga justice


nota:
(justice itu bermakna keadilan. Oleh kerana kerajaan malaysia sungguh allergic dengan perkataan keadilan maka ia dilenyapkan terus dalam kamus kerajaan. Sehingga terdapat sebuah bangunan perundangan di Putrajaya digelar sebagai "PALACE OF JUSTICE")



Salah satu aspek kemuliaan Moral yang terdapat dalam kerajaan Malaysia sekarang ini adalah untuk mengekang kegiatan liwat.

Liwat itu haram dan suatu kesalahan besar katanya.

Tetapi walaubagaimanapun, aktiviti persetubuhan haram antara lelaki perempuan, juga pengoperasian kelab-kelab gay di sekitar bandaraya, masih dibenarkan dan tidak dikenakan sebarang pengenaan undang2 yang serius. Hanya tangkap muat saja dalam berita.

dahulunya mangsa liwat dihukum dan dipenjarakan tetapi kali ini tidak.

Syabas BN!!!

Maju, Aman, Makmur dan Selamat

Labels: , ,

Online Users
eXTReMe Tracker