Persoalan Tentang Qiamat: Mehdi dan Nabi Isa Turun ke Bumi ?

Imam Muktabar ahlus-Sunnah Jamaah telah menetapkan bahawa mempercayai akan Imam Mahdi turun ke bumi sebagai penyelamat kepada Ummah hukumnya adalah tidak wajib. Hanya puak Syiah sahaja yang wajib mempercayai tentang itu dengan kedatangan "Imam ke-12 " tersebut.
Namun begitu terdapat banyak sumber2 hadith seperti hadith-hassan yang mengatakan akan kebenaran tentang kedatangan Imam Mehdi dalam bentuk individu atau 'dzat'.
Walaupun begitu ada juga sesetengah cendekiawan yang bersifat neutral yang menafikan tentang perihal kedatangan Imam-Mehdi dalam bentuk individu atau dzat tersebut. Mereka mentafsirkan bahawa hadith tersebut menqiaskan tentang kedatangan Mahdi dalam bentuk dzat.

Sesungguhnya bagi mereka, sebenarnya Imam Mahdi adalah suatu bentuk 'sistem' di mana pada masa akan datang, sebelum Kiamat berlaku, sistem kuffar akan bertukar kepada sistem Islamiyah, setelah ummat Islam kembali ke pangkal jalan dan bangkit semula.
Jika begitu, apakah yang dikatakan sebagai Imam Mehdi dan Rasul Isa tersebut ?
Yang membingungkan aku adalah seperti ada terlintas dalam fikiranku bahawa Imam Mehdi dan Nabi Isa (AS) tersebut adalah 2- lambang keagungan yang pasti berlaku semasa dunia hampir di ambang Qiamat.
Nabi Isa tersebut adalah lambang kepada puak Kristian yang bakal kembali kepada ajaran yang sebenar.
Manakalah Imam Mehdi pula adalah lambang kepada ummat Islam yang juga telah kembali ke pangkuan jalan setelah kebangkitan Islam tiba.
Yang mana maksudnya bahawa,
Kedua-dua pihak tersebut akan bersatu-padu mengalahkan puak-zionist atau Yahudi yang sedang mengamalkan sistem dajjal
wallahualam.
Aku hanya mencatit apa yang terlintas di fikiran aku sahaja.

nota: sebenarnya penulis amat gembira jika "messiah" atau al-masih yang sebenar-benar tiba dalam bentuk dzat atau individu daripada hanya sebuah sistem yang diperakui oleh Allah SWT.
Labels: imam mahdi, islam, nabi isa, persoalan kiamat

