Persoalan Agama: Semudah Itukah Untuk Murtad Wahai Lina Joy?
Kemungkinan besar kes Lina Joy sudah lapuk dan basi tetapi bagi aku tidak. Kerna aku percaya bahawa akan terdapat banyak lagi kes-kes yang seumpamanya itu pada masa hadapan.
Sebenarnya aku tertarik dengan tulisan saudara El-Azeel Ibn Abi El-Azeel aka El-Azim Ibn Abi El-Azim dalam blognya mengenai isu kemurtadan Lina Joy tersebut. Di sini aku teringin untuk megulasnya dengan lebih lanjut.
Sebenarnya aku pelik dengan sesetengah masyarakat Melayu yang memperjuangkan hak kebebasan beragama dan melaung-laungkan toleransi Islam dalam hal ini. Pada tanggapan aku, mereka ini adalah
1. Masih tidak faham apa erti kebebasan beragama dalam Islam
2. Kekurangan logik dalam minda
3. Tidak mempercayai ruh dalam Islam
4. Terbawa-bawa dan mendewa-dewikan rentak barat dalam menangani isu agama
Pada dasarnya, Islam memang tidak pernah memaksa manusia untuk memeluknya. Tetapi apabila seseorang individu itu telahpun anuti, maka dengan secara otomatisnya individu itu telahpun berada dalam prosedur-prosedur Islam dan mereka tidak boleh melewati batas-batas tertentu yang ditegah oleh Islam. Segala tindak-tanduk mereka telahpun diambil kira dan di situ terdapat suruhan dan larangan yang perlu mereka mengambil kira.
Kita ambil contoh mudah, jika seseorang individu itu telahpun bersumpah menjadi seorang anggota tentera/kadet, maka dengan sendirinya individu tersebut telahpun tertakhluk di bawah undang-undang tentera. Maka dengan sendirinya individu tersebut tidak boleh berbuat sesuka hati seperti yang biasa dilakukan sebelum menjadi seorang anggota tentera seperti berambut panjang dan tidak memakai kemeja-rasmi jika keluar ke pekan atau off-duty.
Semasa peperangan, seseorang anggota tentera amat dilarang meninggalkan post-kawalan dan meninggalkan medan perjuangan ATAU terus meninggalkan tugas sebagai anggota tentera. Jika mereka lakukan juga, maka beberapa tindakan tatatertib pasti akan dikenakan ke atas individu tersebut mengikut prosedur-prosedur tentera dan undang-undang negara. Dalam sesetengah negara, HUKUMAN MATI boleh dikenakan ke atas individu ini yang dianggap sebagai TRAITOR ataupun PENGKHIANAT.
Sedangkan manusia-biasa itu bisa patuh dengan undang-undang ciptaan manusia, secara logiknya mengapa manusia itu boleh berdegil dengan undang-undang ciptaan tuhan? Itulah yang sering menjadi persoalan dalam minda-jahil aku sekarang. Dalam hal ini, aku nampak tiada toleransi Islam terhadap mana-mana individu yang cuba memisahkan dirinya dengan Islam atau dalam perkataan lainnya disbut sebagai "MURTAD".
Pemansuhan identiti Islam di dalam kad pengenalan(ic) juga aku anggap sebagai suatu cubaan yang boleh mengeruhkan lagi suasana dan mencabar umat Islam itu sendiri.
Secara logiknya kita ambil contoh jika seseorang anak yang memansuhkan nama bapa dalam kad-pengenalannya, maka apa perasaan seseorang bapa jika seseorang anak yang dikasihinya berbuat demikian?
1. Adakah bapa tersebut mendiamkan diri tanpa persoalkan tindak tanduk anak kandung tersebut?
2. Adakah bapa tersebut membiarkannya?
3. Adakah bapa tersebut berasa gembira?
Jika bapa tersebut tidak bersetuju dan tidak meredhakan perbuatan anak tersebut, maka begitu juga sentimen yang cuba dimainkan oleh Lina Joy dalam memansuhkan identiti Islam dalam kad pengenalannya. Justeru itu, sudah semestinya ia meninggalkan satu implikasi dan impak yang sangat besar dan mendalam yang tidak boleh dipandang ringan.
Walaubagaimanapun, secara sindiran, mungkin Lina Joy ini mempunyai sikap yang berterus terang atau tidak mahu menjadi seorang munafiq. Ya memang aku akui bahawa sikap munafiq dalam diri sesetengah Melayu adalah lebih teruk daripada seseorang kafir yang telahpun mengisytiharkan dirinya terus keluar daripada agama Islam.
Sebagai penutup, mengapa Islam sering dipersalahkan di atas kekecewaan Lina Joy dan mengapa tidak mempersoalkan apa yang Lina Joy telah lakukan ke atas Islam?
dan nasihat aku pada Lina Joy
"kau telahpun murtad, tidak berseorangan dalam hal ini dan boleh berbuat apa saja yang kau mahu. Mengapa perlu bersusah payah ke mahkamah untuk padamkan identiti itu?"
Sebagai penutup, mengapa Islam sering dipersalahkan di atas kekecewaan Lina Joy dan mengapa tidak mempersoalkan apa yang Lina Joy telah lakukan ke atas Islam?
dan nasihat aku pada Lina Joy
"kau telahpun murtad, tidak berseorangan dalam hal ini dan boleh berbuat apa saja yang kau mahu. Mengapa perlu bersusah payah ke mahkamah untuk padamkan identiti itu?"
0 Comments:
Post a Comment
<< Home