Persoalan keagamaan: Bolehkan perkataan Allah itu digunakan di dalam 'kitab perjanjian Baru di Malaysia?' jawapan versi aku

elhias: Manuskrip purba yang tertulis di atas batu yg terdapat di Timur-Tengah. Mungkin apa yang tertulis di situ adalah suatu penghayatan ke atas penyembahan ilahi. Siapa tahu entah2 tertera perkataan ALLAH di situ ?
Saya rasa isu ini agak lapuk. Cuma mungkin baru bagi negara Malaysia untuk mereka yang mendiami semenanjung dan dihebohkan secara resmi bagi usul ini.
di Indonesia, Sabah dan Sarawak penggunaan Allah dalam kitab Injil telahpun berleluasa sejak sekian lama. Bible terjemahan Indonesia terutamanya...
============
Saya mempunyai sa-dikit pandangan berkenaan dengan hal ini. dan telahpun saya fikir akan implikasinya akibat penggunaan perkataan Allah itu dalam Injil di Malaysia.
Walaupun pandangan saya ini agak cetek dan dangkal, namun saya ingin ketengahkannya jua.
Bagi saya pula, ALLAH itu bermaksud tuhan jjka terjemahan direct dari bahasa Arab ke BM.
La ilahaillah bermaksud "tiada tuhan, melainkan Allah."
nah! jelas tuhan itu adalah ALLAH. dan
Allah itu adalah Tuhan.
Orang Arab, baik Arab-Kristian, Arab-Druze, Arab-Non-Muslim semua refer perkataan ALLAH untuk Tuhan yang mereka sembah.
Dalam bahasa Arab, tiada perkataan lain untuk refer kepada tuhan kecuali ALLAH. (cuma sifat Allah sahaja yg berlainan bagi agama2 yang selain dari Islam)
Oleh yang demikian, bangsa Arab baik Moslem, mahupun non-Moslem, tiada masalahpun untuk mengaitkan perkataan tuhan itu adalah ALLAH.
dan Allah telahpun berfirman dalam kitabNya yang mafhumnya adalah seperti berikut:
"Apabila ditanya kepada orang-orang Kafir tentang siapakah tuhan mereka, maka Akulah Yakni Allah SWT "
Maknanya di sini, baik orang2 Islam mahupun orang-Kafir termasuk yang jahil-murakkab sekalipun menyembah Tuhan yang sama iaitu ALLAH. Cuma gaya penyembahan dan penyerahan yang berbeza antara satu sama lain.
Saya rasalah jika puak2 kristian di Malaysia ini hendak menggunakan perkataan Allah bagi tuhan mereka, maka dipersilakan.
tiada ruginya orang2 Islam seperti kita, sebaliknya dengan tidak secara langsung agama Islam itu mendapat kelebihan dan disanjung kelak (secara resmi)
Aku dapat merasakan bahawa semakin terbukti akan ke-agongan ALLAH itu sendiri dan semakin kita menghampiri dan merasakan akan kekuasaan ALLAH. Dan itu adalah bukti kehendak ALLAH yang MAHA ESA itu sendiri.
percayalah.
wallahualam.
kes-selesai.
-FIN-
Labels: agama, islam, persoalan, Persoalan hukum Islam
