..

Tuesday, May 13, 2008

Persoalan keagamaan: Bolehkan perkataan Allah itu digunakan di dalam 'kitab perjanjian Baru di Malaysia?' jawapan versi aku



elhias: Manuskrip purba yang tertulis di atas batu yg terdapat di Timur-Tengah. Mungkin apa yang tertulis di situ adalah suatu penghayatan ke atas penyembahan ilahi. Siapa tahu entah2 tertera perkataan ALLAH di situ ?



Saya rasa isu ini agak lapuk. Cuma mungkin baru bagi negara Malaysia untuk mereka yang mendiami semenanjung dan dihebohkan secara resmi bagi usul ini.

di Indonesia, Sabah dan Sarawak penggunaan Allah dalam kitab Injil telahpun berleluasa sejak sekian lama. Bible terjemahan Indonesia terutamanya...

============
Saya mempunyai sa-dikit pandangan berkenaan dengan hal ini. dan telahpun saya fikir akan implikasinya akibat penggunaan perkataan Allah itu dalam Injil di Malaysia.

Walaupun pandangan saya ini agak cetek dan dangkal, namun saya ingin ketengahkannya jua.



Bagi saya pula, ALLAH itu bermaksud tuhan jjka terjemahan direct dari bahasa Arab ke BM.

La ilahaillah bermaksud "tiada tuhan, melainkan Allah."

nah! jelas tuhan itu adalah ALLAH. dan
Allah itu adalah Tuhan.

Orang Arab, baik Arab-Kristian, Arab-Druze, Arab-Non-Muslim semua refer perkataan ALLAH untuk Tuhan yang mereka sembah.
Dalam bahasa Arab, tiada perkataan lain untuk refer kepada tuhan kecuali ALLAH. (cuma sifat Allah sahaja yg berlainan bagi agama2 yang selain dari Islam)

Oleh yang demikian, bangsa Arab baik Moslem, mahupun non-Moslem, tiada masalahpun untuk mengaitkan perkataan tuhan itu adalah ALLAH.

dan Allah telahpun berfirman dalam kitabNya yang mafhumnya adalah seperti berikut:

"Apabila ditanya kepada orang-orang Kafir tentang siapakah tuhan mereka, maka Akulah Yakni Allah SWT "

Maknanya di sini, baik orang2 Islam mahupun orang-Kafir termasuk yang jahil-murakkab sekalipun menyembah Tuhan yang sama iaitu ALLAH. Cuma gaya penyembahan dan penyerahan yang berbeza antara satu sama lain.

Saya rasalah jika puak2 kristian di Malaysia ini hendak menggunakan perkataan Allah bagi tuhan mereka, maka dipersilakan.

tiada ruginya orang2 Islam seperti kita, sebaliknya dengan tidak secara langsung agama Islam itu mendapat kelebihan dan disanjung kelak (secara resmi)

Aku dapat merasakan bahawa semakin terbukti akan ke-agongan ALLAH itu sendiri dan semakin kita menghampiri dan merasakan akan kekuasaan ALLAH. Dan itu adalah bukti kehendak ALLAH yang MAHA ESA itu sendiri.

percayalah.

wallahualam.

kes-selesai.

-FIN-

Labels: , , ,

..

Sunday, September 09, 2007

Persoalan Hukum Islam: Mengapa Sehingga Kini Masih belum Menjadi Realiti ?


PAS adalah satu-satunya partai yang memperjuangkan undang-undang berteraskan theology atau undang-undang keagamaan atau dengan ringkasnya el-hudud.

Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah. Agama yang diredhai oleh Allah tersebut mempunyai teras yang bersumberkan hukum-hukum. PAS, pada dasarnya adalah penggerak dan nadi untuk merealisasikan hukum-hakam Allah SWT tersebut. Walaubagaimanapun sehingga sekarang hukum Allah tersebut masih lagi belum dipraktikkan. Persoalannya, adakah Allah tidak mahu membantu mereka yang inginkan menegakkan hukum tersebut.? Atau dalam ertikata persoalan cepu-emas “Mengapa PAS terlalu sukar untuk menang dalam pilihanraya ?

Suatu persoalan yang agak rumit dan agak sukar untuk dihuraikan. Walaubagaimanapun sebagai catitan peribadi, persoalan tersebut akan dijawab secara yang amat ringkas tanpa berteraskan dalil2 naqli mahupun akademik. Aku Cuma berfikir mengikut logic aku sendiri tanpa bertanyakan kepada mereka yang bijak-pandai tentang hal politik mahupun keagamaan.


Soalan 1: Mengapa Hukum Islam Masih Belum dipraktikkan di Malaysia?

Soalan 2: Mengapa Allah tidak mahu memenangkan parti yang mendokong perjuangan untuk merealisasikan hukum2 tersebut?


Jawaban2 ringkas untuk kedua2 soalan tersebut:

1. Persepaduan antara orang Islam di Malaysia dengan yang bukan Islam, sebulat suara TIDAK MAHU hukum tersebut. Dijalankan.

2. Ketentuan Takdir. Mengikut perancangan Allah itu sendiri. Dia Maha mengetahui.

Jika diteliti secara halus-halus, sesetengah golongan Melayu yang mengaku menyokong perjuangan Islam pun sebenarnya tidak bersedia dan tidak mahu hukum Islam itu dijalankan. Mereka menyokong perjuangan Islam adalah disebabkan:

  1. petrol naik
  2. malas berusaha. Dengan pertukaran kerajaan, semoga kemalasan mereka dirahmati dengan pembahagian hadiah2, royalty oleh kerajaan baru/alternatif
  3. tol naik
  4. Barang dapur naik
  5. tertekan dek majikan
  6. sering rasa mengantuk dan malas. Pertukaran kerajaan akan memberi nafas baru dan impak yang berlainan (semoga apa yang dirasa akan menjelma sebagai realiti)
  7. Dengki dan iri hati

Maka dengan alasan2 di atas, secara diam dan pasif, mereka menyokong PAS. Dan amat jarang2 sekali mereka menyokong PAS hanya kerna kerajaan sekarang ini tidak mempraktikkan hukum hakam Islam.


Sebab itulah amat payah untuk kita melihat mereka (orang Melayu) yang mempunyai harta yang banyak menyokong merealisasikan hukum Islam ini . Hanya mereka yang hidupnya terhimpit atau kuali-kuali sahaja yang menyokong perjuangan Islam ini dengan niat mendapat pembelaan atau pampasan yang berbentuk material setelah partai Islam itu menang.

Nota/warning: Aku tidak mengkritik dan menilai pucuk pimpinan perjuangan Islam. sebenarnya. Aku Cuma menilai mereka yang ikut-ikutan saja. He..he.he.

Kesimpulannya,

sebenarnya keikhlasan dan niat bangsa Melayu itu ke atas segala-galanya sememangnya boleh dipertikaikan. Maksud aku, Kematerialistikan dan Kesedaran orang2 Melayu itu wajib diambil kira. Jika tidak percaya lihat saja kualiti hasil-kerja kita sendiri dan bandingkan dengan hasil kerja orang lain.

he.he.he…

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker