..

Tuesday, May 13, 2008

Persoalan keagamaan: Bolehkan perkataan Allah itu digunakan di dalam 'kitab perjanjian Baru di Malaysia?' jawapan versi aku



elhias: Manuskrip purba yang tertulis di atas batu yg terdapat di Timur-Tengah. Mungkin apa yang tertulis di situ adalah suatu penghayatan ke atas penyembahan ilahi. Siapa tahu entah2 tertera perkataan ALLAH di situ ?



Saya rasa isu ini agak lapuk. Cuma mungkin baru bagi negara Malaysia untuk mereka yang mendiami semenanjung dan dihebohkan secara resmi bagi usul ini.

di Indonesia, Sabah dan Sarawak penggunaan Allah dalam kitab Injil telahpun berleluasa sejak sekian lama. Bible terjemahan Indonesia terutamanya...

============
Saya mempunyai sa-dikit pandangan berkenaan dengan hal ini. dan telahpun saya fikir akan implikasinya akibat penggunaan perkataan Allah itu dalam Injil di Malaysia.

Walaupun pandangan saya ini agak cetek dan dangkal, namun saya ingin ketengahkannya jua.



Bagi saya pula, ALLAH itu bermaksud tuhan jjka terjemahan direct dari bahasa Arab ke BM.

La ilahaillah bermaksud "tiada tuhan, melainkan Allah."

nah! jelas tuhan itu adalah ALLAH. dan
Allah itu adalah Tuhan.

Orang Arab, baik Arab-Kristian, Arab-Druze, Arab-Non-Muslim semua refer perkataan ALLAH untuk Tuhan yang mereka sembah.
Dalam bahasa Arab, tiada perkataan lain untuk refer kepada tuhan kecuali ALLAH. (cuma sifat Allah sahaja yg berlainan bagi agama2 yang selain dari Islam)

Oleh yang demikian, bangsa Arab baik Moslem, mahupun non-Moslem, tiada masalahpun untuk mengaitkan perkataan tuhan itu adalah ALLAH.

dan Allah telahpun berfirman dalam kitabNya yang mafhumnya adalah seperti berikut:

"Apabila ditanya kepada orang-orang Kafir tentang siapakah tuhan mereka, maka Akulah Yakni Allah SWT "

Maknanya di sini, baik orang2 Islam mahupun orang-Kafir termasuk yang jahil-murakkab sekalipun menyembah Tuhan yang sama iaitu ALLAH. Cuma gaya penyembahan dan penyerahan yang berbeza antara satu sama lain.

Saya rasalah jika puak2 kristian di Malaysia ini hendak menggunakan perkataan Allah bagi tuhan mereka, maka dipersilakan.

tiada ruginya orang2 Islam seperti kita, sebaliknya dengan tidak secara langsung agama Islam itu mendapat kelebihan dan disanjung kelak (secara resmi)

Aku dapat merasakan bahawa semakin terbukti akan ke-agongan ALLAH itu sendiri dan semakin kita menghampiri dan merasakan akan kekuasaan ALLAH. Dan itu adalah bukti kehendak ALLAH yang MAHA ESA itu sendiri.

percayalah.

wallahualam.

kes-selesai.

-FIN-

Labels: , , ,

16 Comments:

Blogger rastom said...

Prof Emeritus El Hakim, dalam banyak banyak kertas kerja akademik yang tuan bentangkan sepanjang simposium Linguistik Melayu Se Dunia, tiadalah yang mampu menyaingi yang ini. Tahniah! Saya akan mengesyorkan hujah Tuan ini ke hadapan Majlis Permuafakatan Melayu yang di pengerusikan oleh Dua Abdool, yakni Abdulla (PM yang Tuan sayangi) dan Abd Raheem Tambi Kici.

4:59 PM  
Blogger the indie story said...

el hakim,

biar aku beritahu sebagai seorang sahabat. kau tersalah kali ini.

kau tersalah teknik berfikir. jadi kau terkeliru sebenarnya.

hujah engkau ini sebenarnya tersangat-sangatlah mudah dipatahkan.

namun tidak mengapa. sekurang2nya kau akan ketemukan jawapannya nanti.

aku tidak akan membuang masa untuk berdebat disini.

jadi cukuplah aku ringkaskan begini.

Allah itu esa. jadi bukan semua tuhan yg dimaksudkan oleh agama yang berlainan membawa pemahaman yang sama tentang ALLAH.

adalah salah jika engkau cuba berhujah dengan merujuk analogi dalam situasi yang berbeza. Aku banyak kawan2 (yg kononnya liberal dan berfalsafah) seperti engkau ini. kami berdebat dengan hujah dan fakta. akhirnya mereka keliru dgn hujah sendiri.

jadi jangan lupa juga dgn missionari secara halus.

perbanyakkan menonton video Sheikh Ahmed Deedat dan istighfar.


jika punya kesempatan akan kujawab satu persatu hujah lemah engkau. perbaiki lagi teknik berfikir.

aku bukan mendabik dada, cuma sekadar berlaku jujur dgn seorang yg aku anggap sahabat blogger.

jika maksud engkau mereka menyembah tuhan yg sama, ternyata kau salah. mereka sebenarnya sesekali tidak menyembah tuhan yg sama. tidak turunnya wahyu kpd muahammad jika mereka menyembah tuhan yg sama.

Allah pada mereka tidak sama seperti Allah kpd kita. Nah...cukup setakat ini. yang lain pandai2 ko fikir sendiri.

9:12 AM  
Blogger Elhakim said...

hehe..

tetuan elmoderator,

aku rasa kau masih tidak faham apa yang aku tulis.

Jangan berfikir terlalu kompleks.
Ambil yang mudah. Islam itu mudah.

Aku menulis dari perspektif tuhan itu sendiri iaitu ALLAH SWT.

Aku tidak menulis melalui pandangan manusia yang bukan Islam.

Tidak sesekali Ya!

=========

Agama Samawi dan agama langit itu pada asalnya adalah agama Allah.

Agama Yahudi itu merujuk pada kitab dzabur dari Allah

Agama Mesir itu merujuk pada kitab taurat dari Allah

Agama Kristian itu merujuk pada kitab Injil jua dari Allah.

Oleh kerna kesemuanya datang dari ALLAH bagimana untuk kau sangkal bahawa kesemua agama langit itu tidak merujuk kepada tuhan yang esa nan tunggal iaitu ALLAH SWT?

kan ALLAH jua yang berfirman dalam kitabnya el-Quran bahawa kesemua penyembahan yang dilakukan oleh Ummat manusia adalah merujuk kepadaNya.

dan sifat tabie' manusia itu sendiri yang mempunyai sifat memerlukan penyembahan bagi mereka menyerah diri kepada sesuatu yang Maha Berkuasa dan Perkasa.

(Lainlah kalau segologan manusia itu terang-terangan mengatakan bahawa mereka penyembah Syaitan. hehe... which is this is not the case here)

sahabatku el-moderator, hehe..

Janganlah kau pula tersesat dengan menimbang pandangan manusia-manusia Kafir yang terang-terangan memisahkan diri mereka dengan Islam.

Sudah ditakdirkan bahawa Manusia Kafir itu tidak sesekali memperakui apa yang mereka sembah itu adalah tuhan kepada ummat Islam.

Jangan kau ambik hujjah itu.

Sila Pergi ke perkara pokok dan Akarnya.

Kerna ia lebih mudah.

hehehe...

6:36 PM  
Blogger the indie story said...

Abu el hakim at tawajjuh,

aku sediakan 3 artikel berguna untuk menjawab hujah2 yg engkau. Bukan niat aku untuk membuktikan aku betul dan engkau dipihak yg salah. Kita disini untuk berbincang bukan bergaduh. Apapun aku respek dengan keberanian engkau untuk berbahas secara ilmiah dengan hati terbuka tanpa berburuk sangka. Aku teruskan perbincangan ini, kerana aku tahu kau jenis boleh dibawa berbincang.

Tapi kalau selepas ini engkau masih tak dapat terima dan rasa marah kerna mungkin disebabkan oleh ego;tindakan aku ialah MENUTUP RUANGAN PERBINCANGAN SECARA SERTA MERTA. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu bermusuh dgn ko dalam hal yg remeh temeh. Lagi sekali ditegaskan aku bukan mahu berbalah dgn kau. Aku juga secara peribadi menghormati pandangan ko.

Nah ini artikel 1:


AWASI DAKYAH KRISTIAN
SINOPSIS OLEH USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI

Melihat tulisan Joseph Masilamany di akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 berjudul "Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan Allah saya rasa sakit hati. Geram bercampur marah. Ternyata apabila pemimpin kita ‘berlembek’ dan banyak ‘memberi muka’, maka pelampau Kristian negara kita mula tunjung belang kebiadaban secara terbuka. Tidak salah bertoleransi. Tapi toleransilah pada maudu’, masa dan tempatnya.

Selaku wartawan, Joseph Masilamany berdakyah bahawa "penggunaan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan begitu meluas untuk beberapa generasi di banyak negara. Beliau mendakwa lagi : “Ia bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam",

Benarkah begitu? Hakikatnya, dakwaan beliau bukan lagi menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi menghina dan menyakiti hati umat Islam se Nusantara. Saya percaya bahawa lontaran idea ini merupakan nukilan pendapat Paderi Lawrence Andrews. Pandangan ini disajikan kepada masyarakat untuk meluaskan pengaruh dakwah mereka terhadap melayu muslim kita.

Buktinya, Paderi Lawrence secara jelas mendakwa, "Istilah Allah yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan.”

Mereka mendakwa : “Kami sebenarnya mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan Allah sebagai terjemahan dari istilah God dan 'Tuhan' sebagai terjemahan bagi istilah Lord."

Beliau seterusnya mendakwa bahawa "Mulai awal abad ke-19, para penganut Katholik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan Allah telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God."

Beliau turut menyatakan bahawa "para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat."

Menurut Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri, "Para penganut Kristian yang tinggal di negara-negara majoriti Muslim menggunakan kalimat Allah apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami.”

Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007.


MENCABAR :

Cara dua wakil Kristian di atas berhujah sebenarnya mempatrikan satu dakyah. Dakyah untuk mengaut keuntungan dakwah kristian melalui bahasa. Dasar pendirian dan pendekatan mereka sama sekali tidak benar. Bahkan tersasar dan benar-benar mencabar keistimewaan umat Islam.


APA ADA PADA BAHASA :

Mereka lupa “Bahasa Jiwa Bangsa”. Dan bahasa jugalah menjadi perantara untuk mengilmukan bangsa. Kekuatan suatu bahasa mempengaruhi pemikiran manusia. Pengaruh pemikiran pula bertindak sebagai pencorak pegangan dan memberi impak terhadap cara seseorang berfikir. Hati-hati berbahasa kerana bahasa juga mendefinisi budi - bahasa kita.

9:22 PM  
Blogger the indie story said...

ARTIKEL 2:

HUJAH KELIRU PADERI OLEH USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI



Bagi menegakkan benang yang basah. Paderi Lawrence mendakwa, "Bible bahasa Melayu menggunakan Allah untuk God dan 'Tuhan' untuk Lord." Sebenarnya dakwaan ini tidak benar sama sekali. Paderi Lawrence dan Herman Sastri bukan arif dan pakar bahasa. Mereka berdua tidak perlu mengajar Melayu Muslim tentang istilah dan kepenggunaan bahasa yang betul dalam bahasa Melayu?

Sebenarnya, Bahasa Melayu memahami istilah Tuhan merujuk kepada God bukannya Lord. Dalam kes ini, Syed Ali Tawfik (Ketua Pengarah IKIM) mengulas : “Orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab iIah digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris God dan istilah Melayu Tuhan. Apabila istilah Arab Rabb digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris 'Lord'.

Oleh yang demikian, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya Tiada Tuhan melainkan Allah, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai There is no God but/except Allah. Sekiranya istilah God diterjemahkan sebagai Allah, maka terjemahan tersebut akan berbunyi Tiada Allah melainkan Allah (''There is no Allah but Allah"). Terjemahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa orang Melayu.

Ia dilihat satu kontradiksi dengan realiti semasa. Bahkan mengundang kebuntuan dalam memahami agama.

Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa Paderi Lawrence sengaja menggunakan rangkai kata bahasa Melayu tetapi tidak merujuk kepada disiplin bahasa melayu itu sendiri.

Apabila dikhuatiri penggunaan bahasa janggalnya itu dipertikai, beliau mula berpindah ke penggunaan 'bahasa Malaysia' dalam terbitan mingguan katholik mereka. Kononnya ia digunakan untuk memenuhi keperluan "ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia" di negara ini. Langkah ini memanifestasikan kenyataan bahawa beliau sendiri yang mencipta kekeliruan bahasa untuk memerangkap bangsa.

Akhirnya beliau berselindung di sebalik keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan bahawa bahasa Melayu dirujuk sebagai 'Bahasa Malaysia'. Bagi saya, ini adalah satu propaganda dalam menjadikan bahasa sebagai medium terbaru dakwah mereka ke atas Melayu Muslim kita. Apakah golongan kristian sudah ketandusan idea dan miskin bahasa?

DAKWAAN SUMBANG

Paderi Lawrence juga mendakwa, "Kami mengikut Bible," mengenai penggunaan istilah 'Allah' bila merujuk kepada istilah 'God'. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Rujuk Bible ke buku bahasa Melayu sekolah rendah?

Sebenarnya dalam Last Testament @ New Testament perkataan Tuhan diistilahkan dengan Yahweh, Yehovah, Eloah, El, Elohim dan lain-lain lagi. Penganut Kristian tentu lebih arif tentang nama-nama Tuhan mereka. Justeru, apakah motifnya untuk dipergunakan kalimah Allah dalam kitab Suci dan di gereja mereka. Bukan setakat melayu muslim sahaja keliru. Penganut Kristian katholik pun dikhuatiri keliru dan binggung akibat kenyataan Paderi Lawrence yang membengongkan itu. Jelasnya, beliau tidak merujuk Bible. Tetapi sekadar bermain api bahasa sahaja.


LAFAZ ALLAH DALAM BAHASA ARAB :

Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz 'Tuhan' ('God') adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan. Dan Hanya Islam bersifat eksklusif. Keekslusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.


Penggunaan Lafaz Allah dalam Islam menunjukkan keEsaan, objek tumpuan (al-Somad) kemuliaan teragung (Jal al-Jalaluh), Pencipta (al-Khaleq) dan Pemerintah Alam Semesta (Rabb ‘Alamin).


Justeru, istilah Allah hanya sah untuk Tuhan yang Sebenar iaitu Allah. Istilah inilah yang dibawa Para Anbiya’. Ini kerana semua mereka menyeru kepada Islam. Cuma matang dan lengkapnya Islam di zaman Nabi Kita Muhammad SAW.

Manakala mengikut ajaran Kristian, tidak ada nama khas Tuhan dalam Bible. Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah samada Lord (di syurga), God (Jesus-menunggu wahyu) atau Roh Kudus (turun ke bumi).

Kita sedia maklum, konsep Ketuhanan Kristen boleh dipecah-belah. Tiga dalam Satu. Semacam ramuan syampu atau kopi tertentu. Cumanya cabang fahaman berbeza. Kristian Unitarian percaya Bapa ialah Tuhan sebenar. Jesus dan Roh Kudus adalah lebih rendah darinya.


Kristian Trinitarian pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus adalah Tuhan Sebenar. Tiga Peribadi dalam Satu Peribadi. Tapi boleh dipecah-belah dengan 3 watak berbeza.

Walau bgaimanapun, mereka tidak mengistilahkan Tuhan Bapa @ Tiga Peribadi Satu Peribadi itu adalah ALLAH.

Sedangkan di dalam Islam adalah jelas. Tuhan Sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dipecah-belah. Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dgn Tuhan yang lain) ia menjustifikasikan fahaman Islam Liberal. Iaitu fahaman yang menganggap Satu Tuhan Untuk Semua Agama. Nau’zubillah min zalik.



PENELITIAN :
Lebih lanjut mari kita meneliti secara mendalam apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan? menerusi versi terjemahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali : Surah al-Ikhlas : "Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur'an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

Kalimah Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur'an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714).

Oleh itu, jelaslah bahawa bahagian akhir penerangan tafsir berkenaan, Al-Qur'an secara jelas menyanggah konsep Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Jika wujud percanggahan kenapa hendak dipergunakan juga kalimah Allah?.

Jika ada yang mendakwa nama khas Tuhan adalah Lord, kenapa istilah Lord diterjemahkan dengan 'Tuhan Bapa'. Buktinya :

“…biarlah dunia percaya yang BAPA telah mengutus aku (Jesus).”(Yohanes,17:21)

“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”(Markus 13: 32)


Justeru, Jika ada yang mendakwa nama khas Jesus ialah ALLAH, kenapa tidak diterjemahkan sedari dulu lagi JESUS ALLAH. Sebaliknya dipergunakan TUHAN JESUS. Ternyata, mereka cuba merencanakan sesuatu yang tidak berfakta dan tidak masuk dek akal.

9:24 PM  
Blogger the indie story said...

ARTIKEL 3:

KITA PERLU SEDAR OLEH USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI



Sebenarnya Yahudi dan Kristian bukan agama. Sebaliknya merupakan ‘kepercayaan’ yang direka cipta dari unsur manusia sahaja. Al-Qur’an menjelaskan kepada kita bahawa mereka telah mengubah kitab terdahulu mengikut selera hawa nafsu mereka. Mana bisa mungkin ‘ciptaan’ atau ‘tokoh tambah manusia hendak dianggap agama @ Agama Samawi.


Lihatlah percanggahan intisari kitab mereka antara satu sama lain.
Barangsiapa yang menganggap Nabi Isa menyeru kepada ajaran Krisitian atau Nabi Musa menyeru kepada agama Yahudi. Atau Nabi Ibrahim menyeru kepada berhala maka sesungguhnya dia telah menentang qath’ie dilalah yang menafikan kesyirikan para anbiya’. Dan mengingkari qat’ie dilalah adalah kufr lagi murtad. Na’uzubillah min zalik.

Berdasarkan status ini, mereka perlu sedar bahawa mereka tidak berhak untuk ‘meminjam’ atau ‘mengimport’ kalimah Allah ke dalam ‘kepercayaan’ mereka.


PENGGUNAAN ARAB KRISTIAN:

Penggunaan lafaz 'Allah' oleh Kristian Arab di Asia Barat hanyalah bahasa pertuturan. Kelaziman mereka berdasarkan kebudayaan hidup. Dan ia bukan membayangkan kepercayaan yang bersatu dengan Islam. Justeru, penggunaan Arab Kristian terhadap kalimah Allah bukannya satu hujjah.

Saya rasa, Paderi Lawrence atau Rev. Herman Shastri tidak pernah membuat kajian terjemahan Bible dalam bahasa Arab?

Apakah mereka menguasai bahasa Arab? Kalau menguasai bahasa pun, teologi Kristian tidak menghidangkan tasawwur yang jelas mengenai 'Allah'. Bahkan, agama lain juga begitu. Jika tidak mempunyai tasawwur Ketuhanan Allah yang jelas, maka anda tidak berhak menggunakan istilah 'Allah' samada di gereja mahupun di dalam Injil (al-Kitab) yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

PENGGUNAAN TUHAN DIKALANGAN ORANG MELAYU

Terang lagi bersuluh bahawa 'Tuhan' menurut Melayu Muslim dipergunakan untuk dua maksud. Pertama, Tuhan bermaksud Tuhan semua agama. Ini adalah pengertian umum. Kedua, Tuhan bermaksud Allah. Pengaplikasian ini lazimnya berdasarkan kepada dilalah tertentu seperti dalam pengucapan doa, kalimah sandaran, amalan ritual, maksud ucapan dan selainnya. Pengunaan lafaz yang kedua ini amat sinonim dengan Melayu Muslim.

Tegasnya, Allah bukanlah 'Tuhan' Kristian. Oleh itu, pengaplikasian bangsa Melayu terhadap kalimah Tuhan bermaksud Allah tidak mencerminkan Tuhan Kristian. Sebaliknya merupakan syubhat yang sengaja ditimbulkan oleh Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri sahaja. Ia juga tidak mencerminkan sebahagian besar penganut Katolik, gereja, atau Paus.

PADERI SEMAKIN BERANI :

Ketahuilah, Paderi ini tidak sekadar meluahkan idea di dalam akhbar. Setelah mereka gagal diakhbar serta dihujah pelbagai pihak. Paderi ini berkomplot pula dengan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk membuat tuntutan rasmi kepada JAKIM agar dibenarkan menggunakan kalimah Allah di gereja dan di dalam al-Kitab (Injil versi Melayu) mereka. Mereka berhujah berdasarkan al-Qur’an, al-Sunnah dan serjarah. Namun, pihak kami berjaya membalas hujjah-hujjah mereka secara beradab dan ilmiyyah. Akhirnya, tuntutan mereka tidak dibenarkan sama-sekali.

Lantaran bungkam dengan penjelasan JAKIM, mereka ‘mengugut’ JAKIM untuk mendapatkan hak melalui mahkamah. Disebabkan itulah The Star pada 28 Disember 2007 mendedahkan Paderi Lawrence berkata, "Kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan perkataan tersebut (Allah- di gereja & Injil versi Melayu) diselesaikan melalui ketetapan mahkamah."

Sebenarnya mahkamah tidak memiliki kuasa ke atas tradisi pemikiran agama? Mahkamah juga tidak memiliki kuasa untuk memutuskan ketetapan mengenai siapa yang lebih berhak ke atas lafaz Allah! Beliau sebenarnya tahu, tapi sengaja membakar kemarahan orang melayu.

Tidakkah Paderi Lawrence sedar bahawa antara isi kandungan surat dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 16 Mei 1986 menyentuh empat peristilahan Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible. (dalam apa-apa jua keadaan) iaitu: Allah, Kaabah, Baitullah, dan Solat.
Keputusan ini menjustifikasikan sikap Paderi yang sanggup membangkitkan isu sensitif agama sebenarnya membelakangkang Jemaah Menteri, Timbalan Perdana Menteri, mahkamah. Bahkan mengundang ammarah Umat Islam se nusantara.

KESIMPULAN :

1) Usaha Paderi dan rakan sekutunya untuk menggunakan kalimah ALLAH sebenarnya adalah satu dakyah untuk mengaburi Melayu Muslim.

2) Mereka sengaja mencetuskan polemik bagi kemarahan orang melayu.

3) Ayuh, bangkitlah saudara-saudariku, pemimpin agama, pemimpin bangsa. Sedarlah..melayu, agamamu dalam bahaya. Lakukan sesuatu untuk mempertahankannya.

4) Jika kita pentingkan ‘pertelingkahan dalaman sahaja’ (Syiah-Wahhabi-Liberal DLL) siapa pula yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama dari ‘ancaman luar.’

5) Saudara Lawrence & Herman Sastri sedarlah bahawa anda tidak berhak menterjemahkan peristilahan Islam ke dalam tradisi pemikiran agama anda. Paderi kita sibuk mempertikaikan penggunaan kalimah Allah, sedangkan Archbishop of Certerbury, London mengizinkan Shariah Law (Perundangan Syariah) diamalkan di Britain untuk umat Islam. Renungkan!

6) Berhati-hatilah dalam melontarkan idea. Jangan sampai ‘membakar’ bangsa dan agama. Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu. Penulis bukan pengapi, tapi sekadar memberi peringatan supaya kita tidak mudah lupa diri.




Allah Tuje Malum, Allah Tuje Malum, Allah Tuje Malum

9:25 PM  
Blogger Mak Su said...

sebut sebut nama bagai nak rak. tapi adakah ada usaha nak dekati? dekat kawannya, lagiiiii dekat, sehingga lebih dekat dari urat leher sendiri.

sebutlah sampai tersedak

10:31 PM  
Blogger Elhakim said...

Tetuan el-moderator..

hehe

naper laa... sampai nak pikir aku nak gaduh-gaduh ni...
nak musuh2 ni...

hehe...

.

11:35 PM  
Blogger Elhakim said...

hurmmm.... beginilah

(sambil api rokok dinyalakan...)

aku faham. sensitiviti mengenai kekeliruan yang coba dijanakan oleh pihak kristian-mistian ini ke atas ummat Islam dalam kesempatan yang tiada-seberapa ini.

satu saja aku yg aku pegang...

Penggunaan kalimah suci Allah dalam bible ini aku lihat bukannya baru.. tapi telahpun lama...(lihat fakta bible versi Indonesi di Sabah/Sarawak)

Hasilnya ???

Penggunaan Kalimah Allah ini sebenarnya menjerut-leher mereka sendiri ketika mereka dalam keadaan tiada-sadar.(gerakan misionari)

Penghijrahan beramai2 penganot-Katolik/Kristian-protestant sebenarnya agak ramai berbanding dengan murtad-kubra (dalam dunia ini)

Yakinlah, bahawa di negara Arab, puak Kristian-Arab kelihatan berada dalam keadaan telur di hujung tanduk (terutama di Falestine dan lebanon) di mana kebanyakan dari mereka telahpun memeluk agama Islam.

Tampak nyata sekali bahawa penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan bagi puak2 Kristian di tanah2 Arab kelihatan tiada kesan thdp ummat Islam.

Aku melihat ke arah satu perkara iaitu Gandingan antara orang-Orang Islam dengan penghijraahaan beramai-ramai orang-Kristian untuk memeluk Islam sebelum berlakunya Qiamat-Qubra nanti.

Penyatuan ini telahpun dikiaskan sebagai Rasul-Isa sembahyang berimamkan El-Mahdi.

Bagi orang berfikiran negatif seperti aku, Aku lihat itu sebagai FAKTA.

Oleh kerna aku memang seorang yang negatif, maka aku percaya seperti di bawah:

"Allahlah yang menjaga kesucian Al-Quran. MAKA
Allah jualah yang menjaga kesucian igamaNYA."

Maha Suci Allah tiada akan dibiarkan ummatnya sesat. Pasti ada pertolongan kerana iradatNYA.

hehe..

11:53 PM  
Blogger Elhakim said...

Pertolongan yang sentiasa dicurahkan oleh ALLAH selalunya dalam bentuk

BLESSING IN DISGUISE...

hehe....

seperti mana yang pernah terjadi ke atas Rasulluah semasa PUAK-KUFFUR mengingkari perjanjian Hudaibiah dengan beliau.

Yang terbelit lehernya adalah orang-Musyrik itu sendiri hehehe

Takperlah..
sebarang usaha untuk menidakkan penggunaan kalimah Allah ke atas bible hanya ku anggap sebagai usaha orang Islam spt kita untuk menjaga agamanya sahaja.

Jika ikhlas, mereka memperolehi token dari ALLAH.

Sesungguhnya tiadalah ALLAH mempersoalkan hasil tetapi lebih kepada usaha ke arah kebaikan.

Jika undang2 membenarkan penggunaan ALLAH dalam bible, maka tunggulah Kuasa Allah SWT yang bersifat Kun -Fayakun.....

yang lurus boleh jadi bengkok
yang bengoko boleh jadi lurus
yang telentang boleh jadi telungkup

hehehe...

Harus jua kita tunggu pendapat Ulama' yang selalunya memperolehi petunjuk dan Hidayah dari ALLAH dalam kes ini...


Bagi aku pula, (panadngan peribadi yang pure)

kes ini telah lama selesai

hehe...

12:01 AM  
Blogger Elhakim said...

wahai moderator.....(suara guruh kematian)

ingatlah bahawa byknya berlaku kes2 kemurtadan di mesia ini bukan disebabkan oleh penggunaan perkataan ALLAH dalam bible..


tetapi...lebih kepada

kegagalan undang2 yang telah diamanakah kepada pemerintah.

Pemerintah tidak memegang amanah itu dengan secukupnya.

Maksiat terjadi di sana-sini...

ingatlah bahawa siksaan tuhan itu amat dekat...

heeeeee...

12:09 AM  
Blogger Elhakim said...

Akhir kalam, sebagai kesimpulan...

Kebarangkalian cause dan effect dalam hal ini hanya 2 iaitu:

1. Penggunaan kalimah Allah TIDAK-DIBENARKAN

2. Penggunaan Kalimah Allah DIBENARKAN.



=============
Akibah cause and effect

Kes 1
Jika tiada dibenarkan penukaran itu, maka tiada apa2 perubahan yang berlaku. Apa yang saudara lihat pada masa akan datang adalah apa yang saudara lihat pada hari ini. Ya. Tiada apa2 perubahan yang signifikan.

Kes 2
Jika dibenarkan pertukaran itu, Insyalah suatu rahmat pula yang akan berlaku... Orang Kristian pula yang akan confuse dengan agama mereka dan ia bakal menjanakan perasaan curiosity untuk compare antara Islam dan kristian secara ilmuah dan mendalam.

Mungkin ini adalah rahmatNya yang harus kiter tunggu.

hehehe....


mobile beb..jgn jumud...!!!
Winner is always winner...!!!
loser is always loser..!!

God control everythin'

12:17 AM  
Blogger rastom said...

Tuan Tuan Para Hujjatul Ilmi sekelian, ingat sifat sifat Allah. Tidak terjejas langsung kesucian, kekuatan, kehebatan Dia, waima siapa nak panggil apa, kerana soal bahasa ini adalah soal apa? Siapa yang mengajar bahasa kepada manusia manusia dan juga jin jin (bukan Jin Dollah aa)melainkkan Allah. Kenapa kita sebut Allah, apa ada dengan istilah Allah dalam bahasa Arab? Nanti sat..depa panggil makan nasi.....(bersambung)

3:52 AM  
Blogger Elhakim said...

elturan elrestomi..

hehe...SUDAH KAYA NAMPAK

kami di selangor ni makan ubi keledek jer..

haha..

6:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wake up smell the coffee friends and brothers of the HUMAN RACE!!!!

This is the matter of language not of any other sort!!!!

Why is it a big deal???!!! Your GOD my GOD we all have our own beliefs and note that all religion teaches good.

Haggling and squabbling over something such as this is out right stupid and a waste of time instead debate on policies that we need to change to help the needy the poor and the sick.

This is an issue of language not any other. Some of you may be stupid enough to think that it is something worthy to be debated. This usage of the word Allah is blown way out of purportion!!!

Get a life.....people!!!! EWl moderator if you dont have anything to say which is intelligent please for heaven sakes dont comment as all I see you doing is fucking avoiding the issue!!! You're an embarrasment to MALAYSIANS

Cheers

Concerned

2:16 AM  
Anonymous femdom fiction stories said...

When we dried off, Bob told me that he used to watch me in thestore and hoped this day would come and that he could meet me andget friendly with me. He entered me in one slow motion and I wentcrazy.
teen erotic spanking stories
free teen incest stories
free online bare ass spanking stories
sister inlaw fuck stories
teen gay stories xxx
When we dried off, Bob told me that he used to watch me in thestore and hoped this day would come and that he could meet me andget friendly with me. He entered me in one slow motion and I wentcrazy.

8:18 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker